Ford, Cora, Tobey dan Suzette yang baru sahaja selesai hang-out di sebuah cafe atas ajakan Tobey, bercadang ingin pulang. Memandangkan jam menunjukkan sudah lewat malam.
Semenjak pulang dari mengikuti Ford dan Cora ke rumah Suzette tempoh hari, Tobey tidak dapat melupakan Suzette. Wajah Suzette sering terbayang-bayang di dalam fikirannya. Semakin dia memikirkan Suzette, debaran jantungnya semakin laju. Demi ingin melihat wajah gadis itu lagi, dia pun mengajak mereka keluar hang-out pada malam hujung minggu.
Dan malam ini, Tobey merasa sangat gembira kerana dirinya dapat melihat wajah Suzette kembali. Dia tidak henti-henti menatap Suzette.
“Semenjak pertama kali kau mengajak kami hang-out, aku tidak sangka kita boleh keluar hang-out seperti ini. Semoga kita selalu seperti ini, ya?”, kata Tobey sambil berjalan.
Cora tersengih, “Hehehe. Okay.”
Ketika mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta, Cora tiba-tiba menghentikan langkahnya, membuat yang lain turut terhenti.
“Umm, guys, kamu pergi dulu, okay? Aku ada tertinggal sesuatu.”, kata Cora lalu membalikkan tubuhnya kembali ke cafe.
“Okay!”, kata mereka yang lain.
Cora tertinggal jacket-nya yang disangkutkannya di atas kerusi. Setelah mengambil jacket-nya, Cora pun kembali menyusul mereka yang lain.
“Cora...”, tiba-tiba satu suara yang dikenali Cora, memanggilnya dari arah belakang, membuatnya langsung menoleh.
“Jensen?! Kau buat apa di sini?”, tanya Cora dengan mata yang terbeliak.
“Aku mengikuti kau.”, kata Jensen.
Melihat kehadiran Jensen, membuat Cora mendengus kesal. Dia sudah malas ingin berhadapan dengan lelaki tersebut. Dia pun segera meninggalkan Jensen.
Namun baru beberapa langkah Cora berjalan, Jensen dengan begitu pantas menyambar lengannya.
“Kau mahu apa? Jangan mengganggu aku lagi!”, pinta Cora.
Jensen sama sekali tidak melepaskan Cora sambil mereka berdua berjalan.
“Aku masih menunggu jawapan kau. Kita akan memulakan kehidupan baru bersama, kan?”, tanya Jensen.
“Please, lepaskan aku! Aku tidak mahu berhubungan dengan kau lagi!”, pinta Cora sambil meronta-ronta.
“Aku tidak akan lepaskan kau! Kau tetap akan jadi milik aku!”, kata Jensen, membuat Cora mulai ketakutan.
Tidak lama kemudian, mereka bertiga yang lain terdengar kekecohan ketika Cora sampai ke arah mereka.
“Eh, itu Cora kenapa?!”, kata Suzette lalu berlari ke arah Cora, disusuli Ford dan Tobey kemudiannya.
“What are you doing? Let her go!”, seru Suzette sambil menarik lengan Cora.
“Aku tidak mahu lepaskan dia!”, tegas Jensen.
“Lepaskan aku! Aku sudah tidak mahu berhubungan dengan kau lagi! Apa kau sudah gila? Sedarlah yang kau sudah beristeri!”, seru Cora.
Ford datang mencengkam tangan Jensen dengan kuat.
“Lepaskan dia.”, perintah Ford dengan tatapan yang tajam.
Jensen tidak menghiraukan ucapan Ford. Sebaliknya, dia membalas tatapan Ford dengan penuh intimidation.
“Lepaskan dia, aku kata!”, bentak Ford, membuat Jensen langsung melepaskan lengan Cora.
“Kau lagi, kau lagi... Kenapa kau selalu ikut campur? Kau sering aku lihat keluar bersama Cora. Kau siapa? Kau ada hubungan apa dengan Cora?”, tentang Jensen.
“Siapa pun dia, itu bukan urusan kau! Sudahlah, Jensen! Lupakan aku! Aku mohon, jangan ganggu aku lagi!”, pinta Cora.
“Okay, fine! Kalau itu yang kau mahu! Tapi kau jangan lupa akan hutang mu pada aku! Aku tidak akan melepaskan kau sampai kau membayarnya!”, kata Jensen lalu pergi meninggalkan tempat tersebut dengan penuh kekesalan.
Hutang? Mendengar hal tersebut, Ford menjadi tertarik. Dia kemudian menoleh ke arah Cora dan terlihat gadis itu terdiam membisu.
“Hutang? Kau ada hutang apa dengan Jensen?”, tanya Suzette.
Cora menggelengkan kepalanya.
“Hutang apa?”, tanya Suzette.
Cora tidak menjawab pertanyaan Suzette.
“Hutang apa? Jawab aku, C.C.!”, pinta Suzette, berkeras ingin tahu.
Melihat hal tersebut, Tobey langsung menenangkan Suzette.
“Hey, calm down.”, kata Tobey.
“Bolehkah kita semua pulang saja?”, pinta Cora.
“Okay, fine. Sebaiknya kita semua pulang sekarang. Cora pulang dengan Ford, Suzette pulang dengan aku. Let’s go, Suzette!”, kata Tobey lalu membawa Suzette pergi dari tempat tersebut.
Ford membiarkan Tobey terlebih dahulu pulang bersama Suzette. Setelah itu, barulah dia mengajak Cora masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta, Cora berdiam diri sambil menundukkan kepalanya.
“Are you okay?”, tanya Ford.
Cora menggelengkan kepalanya.
“Tadi aku mendengar mantan kekasih mu menyebut tentang hutang. Kau ada hutang dengan dia?”, tanya Ford.
Cora mengangguk.
Ford mengukirkan senyuman devil. Dia melihat ini sebagai satu kesempatan untuk dirinya membuat Cora jatuh ke tangannya dan dia tidak ingin menyia-nyiakan kesempatan tersebut. Dia pun merencanakan sebuah niat.
“Kalau aku boleh tahu, kau berhutang apa dengan dia?”, tanya Ford.
“Aku pernah meminjam wang dengan dia dulu.”, sahut Cora dan tidak semena-mena dia menangis.
Melihat hal tersebut, Ford merasakan kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan Cora.
“Hey, kenapa kau menangis?”, tanya Ford.
“Aku takut. Sejujurnya, aku tidak ingin lagi berhubungan dengan Jensen. Aku ingin sekali dia pergi dari hidup aku. Aku ingin hidup tenang. Tapi mengingatkan aku berhutang dengan dia, dia pasti tidak akan melepaskan aku. Aku hampir terlupa tentang itu.”, kata Cora sambil menangis teresak-esak.
“Apa kau tidak pernah membayarnya?”, tanya Ford.
“Aku tidak mungkin dapat membayarnya. Jumlahnya sangat besar.”, sahut Cora.
Mendengar permasalahan Cora, Ford sekali lagi mengukirkan senyuman. Ini benar-benar merupakan kesempatan untuknya. Dia pun mulai mengatur langkahnya dengan bertindak menjadi hero penyelamat.
“Aku boleh menolong kau. Aku boleh pinjamkan kau wang.”, kata Ford, membuat Cora berhenti menangis.
“Tuan serious?”, tanya Cora.
“Aku serious.”, sahut Ford.
“Tapi aku keberatan. Jumlahnya sangat besar.”, kata Cora.
“Tidak mengapa. Memangnya, berapa?”, tanya Ford.
“$9800.”, sahut Cora, sedikit takut.
“Baiklah. Lusa aku akan berikan kau wang.”, kata Ford lalu mengesat air mata Cora.
Adakah ini mimpi? Cora sungguh tidak percaya bahawa Ford benar-benar meminjamkannya wang.
“Terima kasih banyak, Tuan. Aku menghargai pertolongan Tuan. Aku akan menggantinya semula nanti.”, ucap Cora.
“Kalau begitu, aku mahu kau kahwin dengan aku sebagai gantinya.”, kata Ford, membuat mata Cora terbeliak.
“Tuan tidak bergurau, kan?”, tanya Cora, tidak percaya.
“No, I'm not.”, Ford menggelengkan kepalanya.
“Tapi kenapa?”, tanya Cora.
“Ini cuma sebagai jaminan agar kau benar-benar akan membayar wang itu.”, kata Ford.
“Tuan takut aku bakal melarikan diri? Apa Tuan tidak mempercayai aku?”, tanya Cora.
“It's just simple give and take.”, kata Ford.
Cora menelan air liurnya.
“Apa tidak ada cara lain selain berkahwin? Aku masih boleh mengganti wang Tuan tanpa perlu ada ikatan perkahwinan. Aku janji akan ganti semula wang Tuan.”, kata Cora.
“Aku tidak mahu mengambil risiko. Di sisi lain, kau tidak ingin lagi berhubungan dengan Jensen, bukan? Kau ingin pergi dari Jensen, bukan?”, tanya Ford.
Cora mengangguk.
“Kalau begitu, kahwin saja dengan aku. Tinggal dengan aku. Aku akan menyelamatkan kau dengan membawa kau pergi jauh dari Jensen. Dan dia tidak akan mengganggu kau lagi. Kau ingin hidup tenang, bukan? Kau tidak ada pilihan.”, kata Ford, cuba meyakinkan Cora.
“Tapi aku belum terfikir ingin berkahwin.”, kata Cora.
“Kalau kau mahu, kita boleh berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan orang lain. Hanya diketahui Tobey, Rachel dan Suzette. Bagaimana?”, kata Ford, meyakinkan Cora.
“Bagaimana pula dengan keluarga Tuan nanti?”, tanya Cora, sedikit ragu.
“Tentang keluarga aku, itu semua urusan aku. Aku akan memberitahu mereka pada waktu yang tepat.”, kata Ford.
“Umm, sebelum aku masuk ke dalam perkahwinan ini, aku menginginkan penjelasan dan kepastian. Kira-kira, aku akan bersama dengan Tuan sampai bila?”, tanya Cora, membuat Ford terdiam seketika.
“Sampai kau selesai mengganti semula semua wang aku. Dan sampai aku dapat memastikan kalau Jensen benar-benar melupakan kau.”, kata Ford.
Cora terdiam. Dia merasa tidak mempunyai pilihan.
“Bagaimana? Kau mahu berkahwin dengan aku atau tidak?”, tanya Ford.
Cora menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya.
“Baiklah, aku setuju. Aku akan berkahwin dengan Tuan.”, kata Cora, membuat Ford tersenyum penuh kemenangan.
* * *
Cora melangkah masuk ke dalam rumah setelah dihantar oleh Ford. Ketika dia melangkah masuk, terlihat Suzette sedang duduk di ruang tamu, menunggu kedatangannya.
“Suzette? Kau belum tidur?”, tanya Cora.
Suzette kemudian bangun lalu berjalan menghampiri Cora.
“How am I going to sleep? I’m worried about you!”, seru Suzette.
“Suzette…”, rintih Cora.
“Are you okay?”, tanya Suzette.
Cora mengangguk.
“Where have you been? Kenapa kau lambat? Aku jadi risau kalau ada apa-apa yang terjadi pada kau dan Tuan Ford.”, tanya Suzette.
“I'm okay. Tadi aku berbicara lagi dengan Tuan Ford. Makanya, dia lambat menghantar aku pulang.”, jelas Cora.
“C.C., answer me. Kau ada hutang dengan Jensen?”, tanya Suzette dengan tatapan yang tajam.
Cora mengangguk.
“Kau berhutang apa dengan dia?”, tanya Suzette.
“Aku pernah meminjam wang dia sebanyak $9800 sewaktu kami masih bersama dulu. Itupun kerana aku memiliki masalah kewangan setelah ibu aku jatuh sakit. Aku terdesak ingin membayar hutang-piutang, sewa rumah termasuk biaya ibu aku di hospital.”, jelas Cora, membuat Suzette terperanjat.
“Apa?!”, kata Suzette dengan mata yang terbeliak.
“Umm, ada sesuatu yang ingin aku beritahu pada kau. Tapi sebaiknya esok saja. Sekarang aku mahu tidur.”, kata Cora lalu melangkah menuju ke biliknya.
Suzette menghembuskan nafas lelah. Penat-penat dia menunggu Cora pulang, penat-penat dia risaukan keadaan Cora, namun hanya begitu respond Cora terhadap dirinya.