True Colours

1610 Words
Akhirnya, Ford dan Cora sah menjadi pasangan suami isteri. Urusan pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Mereka bernikah dengan hanya dihadiri Tobey, Suzette dan Rachel sebagai saksi. Sebelum Cora berangkat pergi bersama Ford, mereka semua berkumpul di rumah Suzette untuk mengucapkan selamat tinggal. “Aku bakal kembali sendirian”, kata Suzette lalu mencebik. Suzette merajuk kerana merasa dirinya akan kesunyian nanti setelah ketiadaan Cora. Begitu juga dengan Rachel yang sudah pasti akan jarang bertemu dengan Cora setelah ini kerana Cora sudah memiliki suami dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. “Kamu berdua kenapa sedih? Seolah-olah aku akan pergi menghilang untuk selamanya. Aku tidak akan melupakan kamu berdua. Setelah sampai di rumah Tuan nanti, aku akan khabarkan pada kamu berdua dan aku akan share location-nya agar kamu berdua dapat menjenguk aku ke sana. Alright?”, kata Cora. “Kita akan tetap hangout, kan?”, tanya Rachel. Cora mengangguk, “Mmm-hmm!” “Jaga diri mu baik-baik, Cora Sayang.”, pesan Tobey. “Terima kasih, Tuan Tobey.”, ucap Cora. Di sisi lain, Ford mengukirkan senyuman. Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan bagi dirinya. Hasratnya ingin membuat Cora jatuh ke tangannya akhirnya tercapai. “Nikmatilah saat terakhir kau bersama kawan-kawan mu kerana sebentar lagi kau akan menikmati saat mu bersama aku!”, kata Ford di dalam hatinya. * * * Ford tiba di rumah miliknya bersama Cora setelah menempuh perjalanan selama 20 minit. Cora terpegun melihat terdapat banyak bunga Tulip yang tertanam di halaman rumah Ford. Ketika Ford meletakkan keretanya di garage, Cora melihat ada sebuah kereta Maserati Ghibli berwarna hitam. “Ini kereta milik Tuan?”, tanya Cora. “Mmm-hmm! Tapi aku jarang menggunanya. Aku lebih suka Renault Mégane Sedan ini.”, sahut Ford. Cora mengangguk faham, “Oh.” Ford mengangkat luggage milik Cora lalu membawa Cora masuk ke rumahnya. “Ini rumah peribadi aku. Rumah ini terdiri dua tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu, ruang makan, dan ruang keluarga. Tingkat atas pula ada satu master bedroom dan dua guest room. Di belakang rumah, ada tempat untuk bersantai.”, jelas Ford ketika mereka sudah memasuki rumah. Cora ternganga melihat keadaan rumah Ford yang bersih dan mewah. Ford kemudian naik ke tingkat atas, membawa Cora masuk ke sebuah bilik. “Ini bilik tidur kita.”, kata Ford. “Kita akan tidur sebilik?”, tanya Cora dengan polos. “Mmm-hmm!”, sahut Ford, membuat Cora menelan air liurnya. “I thought we’re gonna sleep separate.”, kata Cora. “No, we’re not.”, kata Ford lalu meletakkan luggage Cora di tepi dinding. “Sebaiknya kita pergi mandi, bersihkan diri terlebih dahulu. Aku sudah berpeluh. Di rumah ini ada tiga bilik mandi. Kau boleh guna mana-mana yang kau suka.”, perintah Ford. “Okay.”, kata Cora. Ford pun keluar meninggalkan Cora tercegat sendirian di dalam bilik. Cora mengambil towel, pyjamas serta barang peribadinya dari luggage-nya lalu melangkah pergi ke bilik mandi sesuai perintah Ford. Setelah selesai membersihkan diri, Cora kembali masuk ke dalam bilik tidur. Dia mencari-cari keberadaan Ford, namun dia tidak menemukan sosok Ford. “Tuan Ford?”, panggil Cora. Slam! Tiba-tiba, pintu dihempas dengan kasar, membuat Cora tersentak dan langsung menoleh. Muncul sosok Ford dengan tatapan mata yang tajam. “Tuan Ford?”, sapa Cora ketika Ford berjalan menghampirinya. “Jadi, kau anak Grace Stevenson? Perempuan yang sudah membuat keluarga aku hancur 17 tahun yang lalu.”, tanya Ford, membuat Cora mundur selangkah. “A-apa m-maksud Tuan?”, tanya Cora dengan gugup. “Di mana ibu mu? Aku ingin sekali bertemu dengannya.”, tanya Ford. “Huh?”, Cora mengerutkan dahinya. “Kau pasti ingat dengan apa yang telah terjadi pada keluarga kita pada 17 tahun yang lalu, bukan?”, tanya Ford. “Apa maksud Tuan sebenarnya? Aku tidak mengerti.”, tanya Cora. “Ibu mu telah merampas Daddy aku dari Mommy aku. Gara-gara ibu mu, aku dan Mommy kehilangan Daddy.”, kata Ford. “Rasanya Tuan sudah salah orang. Ibu aku tidak pernah merampas suami orang.”, kata Cora. “Lalu bagaimana locket ini ada bersama kau?”, tanya Ford sambil menunjukkan sebuah locket pada Cora, membuat mata Cora terbeliak. “Itu kan locket necklace aku. Bagaimana ianya boleh ada bersama Tuan?”, tanya Cora. “Kau pasti kenal dengan gambar orang yang ada di dalam locket ini, bukan?”, tanya Ford. “Janji dengan ibu. Ya, Nak? Jangan pernah mendekati atau berurusan dengan keluarga Collins.” “Kenapa ibu? Apa mereka jahat?” “Tidak. Mereka tidak jahat. Kita sudah banyak menyusahkan mereka.” “Baiklah, Cora janji.” Melihat locket necklace tersebut, membuat Cora teringat akan janjinya pada ibunya di masa lalu. “Jadi, Tuan anak Daddy Ransom? Tuan budak lelaki kecil yang di dalam gambar itu?”, tanya Cora, membuat Ford tertawa. “Hahaha! Nampaknya takdir itu sangat menyebelahi aku. Sudah lama aku menunggu saat ini. Akhirnya aku menemukan kau. Aku tidak akan melepaskan kau.”, kata Ford. “Ini tidak mungkin!”, kata Cora, tidak percaya. “Kenapa? Kau terkejut?”, tanya Ford. “You already know about me all this time?”, tanya Cora. “Mmm-hmm! Thanks to this locket.”, sahut Ford. “You tricked me? So, all the time we spent together was just a lie?”, tanya Cora. “Memperdayakan kau? Tidak sama sekali. Aku mendapat kesempatan itu.”, kata Ford dengan arrogant. “Aku tidak tahu apa yang Tuan mahukan. Aku mohon, tolong lepaskan aku. Aku tidak ingin berurusan dengan Tuan. Aku berjanji akan tetap membayar semula wang Tuan. Dan tolong kembalikan locket itu pada aku. Locket itu sangat berharga bagi aku. Locket itu satu-satunya yang menyimpan memory aku bersama Daddy Ransom.”, pinta Cora lalu ingin mengambil locket necklace tersebut dari Ford. “You don't deserve this!”, kata Ford lalu melempar locket tersebut ke luar tingkap. “No! Apa yang Tuan mahu sebenarnya?!”, seru Cora. “Di mana ibu mu? Ibu mu harus aku berikan pelajaran. Aku ingin membalas dendam.”, kata Ford. “Ibu aku sudah meninggal.”, kata Cora. “Bohong! You know how broke my mommy is, after all the things you put us through?!”, bentak Ford, membuat Cora menggigil ketakutan. “Aku berani bersumpah. Ibu aku sudah meninggal 3 tahun yang lalu.”, kata Cora. “Dasar pembohong! Lalu kenapa kau katakan pada aku tempoh hari kalau ibu mu ada tinggal di tempat yang jauh?”, tanya Ford. “Aku memiliki alasan. Aku melakukan itu kerana ingin menutup rasa sedih dan rindu aku pada dia.”, kata Cora. Ford menghembus nafas lelah. “Sayang sekali dia tidak dapat bersama kau di sini. Tapi itu tidak mengapa. Let her see her daughter has been disgraced. Dia pasti menangis di alam sana.”, kata Ford dengan arrogant. “Kau jahat! Memangnya, apa salah aku?!”, seru Cora. “Jahat? Kalau bukan kerana ibu mu yang jalang itu telah merampas Daddy, aku tidak akan seperti ini! Kau dan ibu mu sudah membuat Mommy aku sangat terluka!”, pekik Ford. “Ibu aku bukan jalang!”, seru Cora. Ford tertawa sinis. “Hahaha! Dan kau tanya apa salah mu? Aku benci semua tentang Grace Stevenson termasuk kau!”, pekik Ford. “Kau iblis!”, kutuk Cora. Dengan penuh kemarahan, Ford mencengkam kasar dagu Cora. “Apa kau kata?!”, bentak Ford dengan wajahnya yang terlihat bengis. Melihat wajah Ford, Cora menjadi ketakutan. Dia melepaskan cengkaman Ford lalu segera berlari ke arah pintu. Niatnya ingin keluar namun pintu telah terkunci. “Suzette! Rachel! Tolong!”, pekik Cora sambil menghentak-hentak pintu. “Kau mahu ke mana? Tidak ada siapa yang akan menolong kau.”, kata Ford. Dengan pantas, Ford merangkul pinggang Cora dengan erat. “You’re my wife. You’re mine now.”, ucap Ford, membuat Cora bertambah ketakutan. “Lepas aku, Tuan!”, pinta Cora sambil meronta-ronta, namun Ford tidak melepaskannya sama sekali. Dengan reflex, Cora menampar pipi Ford hingga wajah Ford terpaling. Hal tersebut membuat Ford mendengus sangat marah kerana Cora sudah berani menamparnya. Tanpa berkata apa-apa, Ford menarik dan menghempaskan Cora di atas katil lalu menidurinya secara paksa. Setelah selesai melakukan ‘hal’ tersebut, Ford tersenyum puas. “Kau milik aku sekarang. Mulai esok hari, kau tidak akan bekerja di Collins’ Bloom lagi. Jangan pernah terfikir untuk lari. Kalau kau berhasil lari sekalipun, aku akan tetap menemukan kau!”, tegas Ford, memberi amaran pada Cora. Ford kemudian bangun sementara Cora masih terbaring lemah di atas katil. Dia mengambil sebuah botol kecil dari dalam laci bedside table lalu melemparkannya kepada Cora. “Ini contraceptive pills. Kalau kau mengandung, kau juga yang akan mendapat susah nanti.”, kata Ford lalu merebahkan kembali dirinya di atas katil akibat keletihan. "Kenapa aku malah melakukan ‘hal’ itu?", kata Ford di dalam hatinya. Ford sedikit menyesal. Niatnya hanya ingin menakutkan Cora agar membuat Cora tunduk padanya. Namun akibat terlalu geram, dirinya malah terdorong melakukan ‘hal’ tersebut. Mujurlah dirinya sudah membuat persediaan lebih awal agar dirinya tidak mendapat susah nanti sekiranya dirinya melakukan tindakan di luar jangkaan. Di sisi lain, Cora sungguh tidak menyangka dirinya akan berakhir seperti ini. Dia mulai merasa benci terhadap Ford yang sudah menghinanya. Terlebih lagi, lelaki iblis itu dengan lancang menabur benih kotornya di rahim Cora. Dengan perlahan, Cora turun bersandar di tepi katil dan langsung menangis teresak-esak. Dia menangkup mulutnya dengan kedua tangannya agar tangisannya tidak terdengar. “I'm married with the devil.”, gumam Cora.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD