Seperti yang sudah mereka rancang. Akhirnya Mia di benarkan keluar dari hospital, tetapi bekalan ubat yang di beri tidak di lupakan. Mereka merancang untuk bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu. Percutian tiga hari dua malam. Hanya mereka bertiga. Pada hari pertama mereka hanya berehat dan makan bersama. Pada hari kedua barulah mereka melakukan aktiviti. "Abang, bangunlah... Sayang dah cakapkan jangan tidur balik lepas subuh. Eh tak, dia tidur juga. Haih, abang bangunlah... Kita pergi breakfast. Sayang dengan Haidar dah siap dah ni." Kejut Mia. Tidak henti-henti menggoyangkan badan Hakimi. Perlahan-lahan Hakimi membuka matanya. "Erm... Jangan kacaulah sayang." Ujar Hakimi dengan suara serak basahnya. Kemudian dia kembali menutup mata. Mia sudah bercekak pinggang. "Ya Allah... Dia sambung

