PROLOG
Hah! Aku menang!" Jerit Samat sambil menghempas kadnya ke atas lantai.
Yang lain sudah mengusutkan rambut mereka. "Apa ni, dari tadi kau menang." Rungut Haris.
Samat membuat muka. "Well, aku memang selalu beruntung dalam bab ni." Ujar Samat sambil mengutip wang yang berada di tengah mereka.
Kamarul terus bangun dari duduknya. "Dah la, aku nak balik." Ujar Kamarul.
Mereka semua memandang ke arah Kamarul. "Alaa, awal lagi Rul." Pujuk Ikram.
Kamarul menggeleng. "Dah lewat sangat ni. Anak aku seorang je dekat rumah tu. Aku balik dulu." Tanpa menunggu balasan dari yang lain, dia terus melangkah pergi dari situ.
Baru beberapa meter dia menjauhi 'sarang' tersebut, dia di halang oleh beberapa orang pemuda. "Eh, hutang bila mahu bayar?" Soal salah seorang dari mereka tanpa salam. Ahmeng namanya.
Kamarul memandang orang tersebut. "Alaa, kau bagitahu bapak kau esok aku bayar la. Aku kalah hari ni." Jawab Kamarul.
Mereka menggeleng. "Eh, you punya hutang tu bukan sikit tahu? RM50k itu belum masuk bunga lagi. Kalau campur, you punya hutang RM150k you tahu?" Ujar salah seorang yang lain. Ahchong, kembar Ahmeng.
Kamarul mengerutkan dahi. "Eh, apasal banyak sangat? Mana aku nak cari duit sebanyak tu." Rungut Kamarul.
Ahmeng dan Ahchong menjengkitkan bahu. "Itu, kita orang tak tahu. Apa yang kita orang tahu, kita orang nak duit kita orang." Ujar Ahmeng.
"Kalau takde, anak you jadi ganti." Sambung Ahchong.
Ahmeng mengangguk. "Anak you, Mia cun juga meh." Mereka ketawa bila teringatkan ketakutan anak Kamarul ketika mereka ke rumah Kamarul sebentar tadi.
Kamarul menggeleng. "Anak aku, kau jangan kacau." Ugut Kamarul.
Mereka berdua mengangguk. "Boleh saja meh. Janji you bayar you punya hutang. Kita orang mesti tak kacau meh." Ujar Ahmeng.
"Sudah la. Aku nak balik." Ujar Kamarul dan terus melepasi mereka berdua.
"Eh, ingat haa you punya hutang bayar esok!" Laung Ahchong. Kamarul hanya mengangkat tangan tanda dia akan mengingatinya.
"Hakimi, berapa kali mommy kena bagitahu supaya tinggal je dengan mommy?" Bebel Puan Mawar sambil menuruni tangga.
Hakimi memandang kearah ibunya. "Mommy, Kimi dah besarlah. Dah 25 tahun dah pun." Ujar Hakimi sambil memegang tangan ibunya dan mereka duduk di ruang tamu.
Tengku Malik yang sedari tadi berada di situ bersama dua orang lagi anaknya hanya menggeleng. "Sudahlah tu Mawar. Dia dah besar dah pun, biarlah dia berdikari dekat luar sana." Ujar Tengku Malik.
"See, daddy pun tak kesah." Ujar Hakimi.
Puan Mawar menggeleng. "No, macam mommy tak kenal anak-anak mommy ni. Tiga-tiga buaya darat. Apa nak jadi hah? Baik Hakimi, Haikal, Hairul sama je semua. Tukar perempuan macam tukar baju. Pening kepala mommy, tahu? Malu mommy bila kawan-kawan mommy bercerita diorang nampak kamu semua tukar perempuan setiap hari. Mommy-"
"Mommy, apa ni membebel pula malam macam ni? Nanti muka berkedut baru tahu." Sampuk Haikal. Memberhentikan bebelan ibunya.
Hairul mengangguk. "Betul tu mommy, tengok muka tu. Dah berkedut dah haa." Sokong Hairul.
"Hah, ini lah dia. Kalau mommy membebel je mesti nak menyampuk. Kalau menyampuk je mesti mommy membebel. Mommy membebel sebab mommy sayang anak-anak tak teruna mommy ni hah." Ujar Puan Mawar.
Tersentap mereka bertiga mendengarnya. "Mommy..." Panggil Hakimi sambil menghelakan nafasnya.
Puan Mawar memandang ke arah Hakimi di sebelahnya. "Betul apa yang mommy cakap ni. Haih, korang ni tak takut dosa ke?" Soal Puan Mawar. Tengku Malik hanya diam kali ini kerana tahu apa yang dibebelkan Puan Mawar adalah benar.
"Dah la mommy, Kimi balik dulu." Terus tangan si ibu di capai dan di cium. "Bye." Ujar Hakimi selepas bersalaman dengan yang lain.
"Itu lah dia. Suka sangat lari bila kita bercakap." Rungut Puan Mawar. Mana tidaknya, Haikal dan Hairul juga turut keluar dengan kereta masing-masing.
"Sudah la Mawar. Apa kata awak buat kopi untuk saya. Dari awak bisingkan tentang anak-anak awak yang memang takkan berubah tu." Ujar Tengku Malik.
"Hmm, inilah bapaknya. Selalu biarkan diorang tengok apa dah jadi. Kita juga yang malu bla bla bla." Sambil dia menuju ke dapur, mulutnya tidak berhenti membebel.
Tengku Malik menggelingkan kepalanya. "Aku pun kena?" Dia kembali bermain dengan telefon bimbitnya.
TBC