Setelah bersiap memakai baju T hitam, seluar jeans hitam dan jaket kulit hitam. Dia mencapai minyak wangi jenama Polo kegemarannya dan disembur kebahagian belakang telinga kiri dan kanan, tengkuk dan kedua belah bahu. Jam Rolex dicapai bagi menaikkan lagi auranya.
Kemudian dia keluar dari bilik dan turun kebawah. Kunci kereta Audi di capai dan dia melangkah keluar. Sungguh kacak dia ketika itu. Kelab malam menjadi fokusnya ketika ini. Sudah lama tidak berkumpul bersama rakan-rakannya yang lain.
Siapa dia? Dia Hakimi, atau nama penuhnya Tengku Hakim Hakimi bin Tengku Malik Iskandar. Seorang jejaka yang bekerjaya dan berjaya pada usia muda. Berumur 27 tahun dan mempunyai syarikat sendiri dari hasil titik peluhnya.
Anak sulung daripada tiga adik beradik dan kesemuanya lelaki, iaitu;
1. Tengku Hakim Hakimi.
2. Tengku Hakim Haikal.
3. Tengku Hakim Hairul.
Sengaja Tengku Malik Iskandar dan isterinya Mawar Hamidah memilih huruf H untuk nama anak-anak mereka. Mudah, panggil Hakim, tiga-tiga datang.
Dia yang mempunyai ketinggian 187cm itu sememangnya menjadi idaman para gadis diluar sana. Manakala adik-adik; Haikal, 185cm dan Hairul, 180cm. Mereka digelar sebagai 'Crocodile Siblings'. Yeah, mereka 'buaya darat' yang terkenal. Sebut sahaja nama 'Double H' semua kenal adik beradik tersebut.
"Yo!" Sapa Hakimi kepada rakan-rakannya.
"Yo, bro! Lama tak jumpa." Sapa Amirul. Mereka bersalam cara mereka.
"Kau ke mana? Lama tak nampak batang hidung." Sapa Khairul pula sambil bersalaman.
"Aku busy sikit lately ni." Jawab Hakimi.
"Yelah, usahawan berjaya la katakan." Usik Zack sambil mencebikkan bibir.
Hakimi menggeleng. "Takdelah. Biasa je, aku pun masih baru." Ujar Hakimi, merendah diri.
"Tak payah nak acah baiklah, Kimi. Ni, aku ada berita nak bagitahu ni." Ujar Zack teruja menarik perhatian rakan-rakannya.
Semua menumpukan perhatian kepadanya. "Berita apa?" Soal Khairul teruja.
"Ada 'lauk' best ke malam ni?" Soal Amirul pula. 'Lauk' yang dimaksudkan adalah perempuan yang akan dilanggan mereka pada malam itu. Terpulang pada masing-masing. Ada antara mereka yang melanggan hanya untuk menjadi teman dan ada juga yang melanggan untuk lebih dari itu.
Hakimi hanya mendiamkan diri. Zack mengangguk. "Fresh lagi." Jawab Zack sambil tersengeh nakal.
Yang lain turut tersenyum. "Seorang ke, ramai?" Soal Amirul lagi.
"Aku dengar, kalau untuk kita berempat. Cukuplah, 'stok baru' bhai." Jawab Zack. Dia rapat dengan pemilik kelab tersebut.
"Jom, malam ni kita 'makan kenyang-kenyang'." Ajak Hakimi. Mereka mengangguk bersetuju dan melangkah masuk ke dalam kelab yang bingit tersebut.
Mia yang baru sahaja siap memasak untuk makan malam, terus menghidangkan lauk ke atas meja makan. Hanya telur dadar dan ikan gulai sahaja yang dapat dia masak.
Dia melangkah masuk ke ruang tamu. "Ayah, jom makan sekali." Ajak Mia kepada Kamarul yang menonton televisyen.
Kamarul mengangguk dan melangkah ke arah meja makan. Mia menceduk nasi untuk Kamarul. "Malam ni, Mia ikut ayah, ya?" Ajak Kamarul sambil menunggu Mia menghidangkan makanan ke atas pinggannya.
Mia mengerutkan dahinya. "Nak ke mana, ayah?" Soal Mia pelik. Jarang Kamarul mengajaknya keluar. Kecuali untuk menemani Kamarul ke pekan.
"Alaa, ikut je lah. Tak payah nak banyak tanya sangat." Suara Kamarul mula dingin. Mia hanya mengangguk dan menurut sahaja. Takut jika di tanya lebih, Kamarul akan mengamuk dan naik tangan kepadanya.
"Ayah, Mia taknak. Ayah..." Mia mula menangis. Tangannya tidak lepas dari memegang erat lengan Kamarul.
"Eh, you tak payah nak menangislah. You punya bapak sudah kalah itu judi. Sekarang you punya bapak takde itu duit mahu bayar, jadi you lah kena bayar meh..." Mr. Lee mula membebel dan terus menyuruh anak-anak buahnya menarik Mia masuk ke dalam kereta.
Mia meronta minta dilepaskan tetapi apalah sangat kalau nak dibandingkan badan dia yang kecil dan tenaga perempuannya dengan anak-anak buah Mr. Lee yang tegap dan besar tu?
"Maaf Mia, ayah terpaksa." Monolog Kamarul. Matanya tidak lepas memandang kereta yang sudah berlalu pergi dari kawasan ladang kelapa sawit itu.
Hakimi dan kawan-kawannya menanti ketibaan Mr. Lee di situ. "Bro, sorry buat kau orang tunggu lama. Ini, ada lagi satu 'barang' baru." Sapa Mr. Lee setelah tiba di situ.
Mereka berempat memandang ke arah 'barang' tersebut. Mata mereka tak lepas dari memandang ke arah Mia. Yeah, Mialah 'barang' tersebut.
"Aku nak dia." Ujar Hakimi. Matanya tidak lepas memerhatikan tubuh badan Mia dari atas ke bawah. Jelas tubuh kecil itu menggigil ketakutan. Hakimi mengoyakkan senyum sinis.
"Ush, laju meh. Berapa you mau bayar?" Soal Mr. Lee memandang Hakimi dengan begitu teruja.
Hakimi senyum sinis kepada Mr. Lee. "'Fresh' lagi ke?" Soalan di balas soalan. Malam ini Hakimi berasa mahu seronok-seronok. Mahu melupakan masalah kerjanya yang tak akan pernah habis.
Mr. Lee mengangguk laju. "Of course, meh. Baru lagi ini perempuan." Jawab Mr. Lee bersungguh.
"Okay, RM5k?" Ujar Hakimi. Matanya tidak lepas dari memerhatikan badan Mia.
"RM10k" Ujar Mr. Lee pula meletakkan harga. Mia hanya mendengar. Tidak tahu mahu buat apa. Jika dia lari dan dia gagal, ianya akan memakan diri dan lebih menyusahkan diri sendiri.
Hakimi menggeleng. "Aku bukan nak beli ini perempuan. Aku nak one night stand saja. Itu pun sudah mahal." Ujar Hakimi.
Mr. Lee akur. "Iya lah. Bolehlah." Mengalah juga dia. Hakimi tersenyum sinis. Dia sudah membayangkan bermacam benda dalam otaknya.
Hakimi menepuk bahu Amirul disebelahnya. "Aku blah dulu. Chao." Ujarnya dan terus berlalu pergi.
"Ceh, dia dapat. Lupa member terus." Ujar Khairul sambil mencebik. Amirul dan Zack mengangguk setuju.
"Eh, you." Mia memandang ke arah Mr. Lee. "Pergi ikut itu laki." Arah Mr. Lee.
Mia akur. Takut mahu melawan. Dia mengikut langkah Hakimi dari belakang. "Masuk." Arah Hakimi. Mia akur dan masuk ke dalam kereta Audi milik Hakimi. Kereta tersebut bergerak laju membelah jalan raya.
Setibanya di Hotel Concorde. "Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Mia, polos. Dia memandang ke luar tingkap kereta.
Hakimi memandang ke arah Mia. "Ikut je, tak perlu tanya." Jawab Hakimi. Dia keluar dari kereta di ikuti oleh Mia. Kunci kereta di serahkan kepada orang yang bertugas. Malas mahu mencari parking sendiri.
Mia hanya mengekori dari belakang. Setelah menempah bilik, Hakimi menarik tangan Mia. "Apa nama kau?" Soal Hakimi ketika menunggu lift.
"Mia Sofea."
"Umur?"
"21 Tahun." Mereka melangkah masuk ke dalam lift.
"Macam mana boleh ada dekat situ?" Butang bernombor 7 ditekan dan pintu mula tertutup.
"Saya di jual oleh ayah saya." Jawab Mia, sayu. Matanya hanya memandang lantai dari tadi.
Hakimi mengangguk faham. "Kalah judi?" Teka Hakimi dia melangkah keluar dari lift di ikuti oleh Mia. Mia hanya mengangguk.
Pintu bilik 435 dibuka. "Masuk." Arah Hakimi sambil memberi ruang kepada Mia untuk melangkah masuk.
Mia akur seperti boneka. "Kita nak buat apa dekat sini?" Soal Mia, polos. Memandang sekeliling ruang bilik tersebut. Dia mula tidak sedap hati.
Hakimi menutup pintu dan menguncinya. "Kita bina syurga kita." Jawab Hakimi sambil membuka jaket dan mendekati Mia.
Mia mula berasa takut dan berundur kebelakang. "A-awak nak buat apa ni?" Dia terjatuh ke atas katil. Belum sempat Mia mahu melarikan diri, Hakimi telah menarik kaki Mia sehingga dia terbaring.
"Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku." Tegas Hakimi.
Air mata Mia mula mengalir deras. "Tolonglah, saya tak nak macam ni." Rayu Mia.
Hakimi hanya membiarkan rayuan Mia. Dia menyambar Mia dengan rakus. "Mmm... Lep.... Pas...." Mia memukul-mukul dada Hakimi.
Hakimi tidak mengendahkan rintihan Mia dan terus melayan nafsunya pada malam itu.
Hakimi baring di sebelah Mia sambil memeluk tubuh Mia dengan erat. Dia mencium dahi Mia.
"Hisk, semua ini salah... Ni salah.." Tangis Mia. Bahunya dari tadi terhinjut-hinjut menahan esak.
Hakimi mengerutkan keningnya, tidak faham. "Apa kau cakap ni?" Soal Hakimi mencari mata Mia.
"Kalau saya mengandung, macam mana?"
"Kau tu pelacur. Kalau mengandung, gugurkan jelah." Mudah Hakimi menjawab. Pelukkan mula di longgarkan.
Bertambah kuat tangisan Mia. "Saya tak nak jadi pelacur! Saya tak nak jadi macam ni!" Esak Mia lagi.
"Dah tu kau nak apa?!" Hakimi mula naik berang. Dia melepaskan pelukan dan bangun dari baringan.
"Saya tak nak jadi pelacur." Ulang Mia turut bangun dan duduk menarik selimut hingga ke bahu.
"Fine, aku beli kau. Puas?!" Soal Hakimi menengking.
Mia memandang Hakimi. "Lepas tu?" Soal Mia lagi memandang ke dalam anak mata Hakimi.
"Jadi tempat aku lepaskan nafsu aku." Jawab Hakimi. Dia berbaring semula dan menarik Mia ke dalam pelukannya. Mia rebah semula ke katil. Dia mula berfikir. Mahu ikut Hakimi atau tidak.
TBC