"Masuk." Arah Hakimi. Sekarang mereka berada di villa Hakimi. Villa ini hanya mempunyai dua tingkat tetapi ianya luas dan besar.
"Kau pilih je bilik mana yang kau nak dekat belakang tu. Dekat belakang sana tu ada tiga bilik. Kau nak tidur dalam store pun aku tak kesah." Ujar Hakimi kemudian dia mengambil tempat di atas sofa di ruang tamu.
Mia mengangguk. Baru sahaja Mia mahu menuju ke arah dapur, Hakimi memanggil. "Eh, nanti kau datang sini semula. Banyak benda aku nak bagitahu kau." Arah Hakimi. Mia mengangguk lagi dan menuju ke arah dapur. Gayanya seperti orang bisu.
Mia memandang ke kiri dan kanan. "Nak guna bilik mana satu ni?" Monolog Mia dia berjalan ke kanan.
Bilik yang berdekatan dengan dapur sedikit kecil dari bilik yang lain tetapi tetap lebih luas bagi Mia. "Kalah ruang tamu rumah aku bilik ni." Mia melangkah masuk dan meletakkan begnya di atas katil. Kemudian dia keluar dan menuju ke ruang tamu semula.
"Haa, dah pilih bilik?" Soal Hakimi sebaik sahaja terlihat Mia.
Mia mengangguk. "Dah." Perlahan sahaja suaranya seperti berbisik.
"Aku nak bagitahu kau kerja kau dalam rumah ni. Pertama, aku nak kau kemas rumah ni dan pastikan tiada habuk. Masak, basuh baju, siram pokok apa semua tu kau buatlah. Bilik aku, aku nak sentiasa kemas. Barang dapur kalau dah habis, pandai-pandai kau pergi beli. Kalau takde duit nak beli barang bagitahu aku sebelum aku pergi kerja. Aku tak suka orang bagitahu lambat. Jangan tunggu peti ais tu dah kosong baru bagitahu. Dah, aku nak keluar. Kau buatlah apa yang patut." Ujar Hakimi panjang lebar. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Mia yang terpinga-pinga di situ.
"Dia ni bercakap ke rap? Laju semacam je. Tak ambik nafas langsung." Ujar Mia. Kemudian dia menuju ke dapur.
Peti sejuk di buka. "Peti ais bukan main besar lagi, tapi ada telur ayam je? Sawi layu pun nak simpan lagi ke mamat ni? Allah, makanan tamat tempoh pun ada?" Mia menggelengkan kepala. Dia buang semua yang tidak boleh di makan.
Rak bahan kering dia buka. "Hm, apa je aku boleh masak ni?" Puas dia menggeledah, akhirnya hanya jumpa bihun, telur dan lada hitam. "Hm, goreng bihunlah nampaknya." Nasib baik ada cili boh dan lobak merah. Bolehlah dia memasak.
Setelah siap masak, dia menghidangkannya di atas meja dan melangkah menuju ke bilik untuk mengemas barangnya. Setelah siap kemas, dia keluar dan melihat jam di dinding. 5:30 petang Hakimi masih belum pulang. "Haih, lambat lagi ke dia ni nak balik? Aku nak ajak dia beli barang dapur ni." Ujar Mia sambil duduk di sofa ruang tamu.
Akibat tak tahu nak buat apa, nak kemas rumah, rumah memang dah sedia kemas. Dia melangkah ke halaman tepi rumah yang menempatkan pokok-pokok yang menghijau. Sungguh aman dan sejuk di situ kerana pokok yang besar dan tinggi. Tiada pokok bunga pun, sekadar pokok untuk memastikan rumah itu nampak sempurna sahaja.
Mia menghampiri gazebo di situ. Di hadapan gazebo terdapat kolam renang yang besar dan sudah semestinya dalam. Dia menghirup nafas sedalam-dalamnya di situ. Teringatkan kejadian semalam, dia mula menitikkan air matanya.
Apabila dia terlihat kelibat Hakimi di pintu, dia terus mengelap air matanya. "Awak baru balik? Saya ingat nak ajak awak pergi beli barang dapur. Takde apa yang boleh di masak. Saya masak bihun je, ada atas meja makan." Ujar Mia dan terus berdiri apabila Hakimi menghampirinya.
Hakimi memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. Kepalanya ditundukkan memandang Mia yang lebih pendek darinya. "Kenapa kau menangis?" Soal Hakimi mendatar. Dia belum buta untuk tidak nampak Mia menangis di gazebo tadi.
Mia menggeleng. "Takde apalah, mata masuk habuk je." Dalih Mia.
Hakimi menjengkitkan keningnya, kemudian dia tersenyum sinis. "Aku bukan budak lima tahun yang kau boleh tipu, Sofea." Ujar Hakimi. "Aku tak suka orang tunduk bila aku bercakap." Ujar Hakimi lagi.
Mia tetap menunduk, tidak berani mahu bertentang mata dengan Hakimi. Tiba-tiba dagunya di tolak ke atas dengan perlahan oleh Hakimi. "Kau dengar apa aku cakap, kan?" Soal Hakimi.
Mia mengangguk. "Dengar." Jawab Mia. Mereka bertentang mata.
Mata Hakimi sangat cantik, berwarna hazel cair. Manakala mata Mia berwarna hazel pekat. "Dah puas tenung aku?" Soal Hakimi tiba-tiba.
Terus Mia memalingkan mukanya. Pipinya mula memerah menunjukkan dia malu. Hakimi tersenyum sinis. "Huh, dah jom." Ajak Hakimi dan berlalu pergi.
Mia memandang Hakimi pelik. "Pergi mana?" Soal Mia.
Hakimi pusing ke arah Mia semula. "Pergi beli barang dapurlah." Jawab Hakimi yang sudah berada di pintu kereta.
"Erm, awak tak nak makan dulu ke?" Soal Mia dan menghampiri Hakimi.
"Balik nanti boleh makan." Hakimi meneruskan langkahnya. Mia tidak membantah hanya mengekori Hakimi dari belakang.
Tiba sahaja di pasar raya. Mia terus mencari bahan untuk memasak yang diperlukan. Manakala Hakimi pula hanya mengekori dari belakang sambil menolak troli.
Bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili api semua dimasukkan ke dalam plastik yang berasingan dan di letak dahulu ke dalam troli untuk di timbang nanti. Setelah siap memilih, Mia membawa plastik-plastik tersebut untuk di timbang kemudian menghampiri Hikimi semula. Hakimi hanya bermain dengan telefon bimbitnya tanpa mempedulikan Mia yang kehulu kehilir mencari bahan itu.
Mia yang terasa penat berjalan terlalu jauh kerana terpaksa berulang-alik akhirnya menghampiri Hakimi. Kepalanya didongokkan. "Awak, kalau setakat nak berdiri je dekat sini macam tunggul baik tak payah teman saya." Ujar Mia. Sebaik sahaja ayat itu habis, dia terus menolak troli tersebut.
Hakimi yang baru membalas pesanan dari pembantu peribadinya memandang Mia pelik. Tetapi laju sahaja dia mengejar langkah Mia. "Woi pendek. Kaki pendek tapi jalan bukan main laju lagi." Panggil Hakimi. Sekejap sahaja dia sudah berada disebelah Mia.
Mia hanya menjeling Hakimi. "Amboi, beraninya." Ujar Hakimi.
Mia yang baru sedar akan ketelanjurannya tersengih memandang Hakimi. "Sorry." Pinta Mia kemudian menolak troli menuju ke bahagian beras. Beg beras 10KG di ambil dan diletakkan ke dalam troli.
Hakimi hampir ternganga memandang Mia yang mengangkat seguni beras itu. "Kau..." Jeda.
Mia memandang ke arah Hakimi. "Hmm?" Sahut Mia sambil menjengkitkan kening.
Hakimi menggeleng. "Dah ambil semua ke? Aku lapar ni, nak makan." Ujar Hakimi. Menukar topik.
Mia memandang sebentar ke dalam troli. "Hm, dah. Jom pergi bayar." Jawab Mia. Hakimi mengangguk dan mereka menuju ke kaunter untuk membayar.
Setelah mengangkat semua barang di bawa masuk ke dalam rumah, Mia memanaskan semula bihun sementara menunggu Hakimi mandi di atas. Setelah siap semuanya, dia menghidangkan makanan tersebut di atas meja.
Mia kembali semula ke dapur untuk menyusun bahan dan barang yang di beli siang tadi. Sedang ralit dia menyimpan barang, terasa seperti seseorang berdiri dibelakangnya. Mia terus pusing ke belakang dan hampir mengetuk kepala orang tersebut dengan tin susu ditangannya.
"Wow wow wow... Rileks." Ujar orang tersebut sambil menahan tangan Mia.
"Awak siapa?" Soal Mia dan terus menjauhi orang tersebut.
"Apa bising-bising tu?" Muncul Hakimi di pintu masuk dapur. Mia terus menghampiri Hakimi dan menyorok dibelakangnya.
"Wah, sejak bila kau simpan perempuan dalam rumah ni pula, long?" Soal orang tersebut.
Hakimi menjulingkan mata ke atas. "Dia maid aku. Kau tu, buat apa dekat sini, Hairul?" Soal Hakimi dan masuk ke dalam membiarkan Mia di situ.
Hairul tersenyum sinis kepada Mia ketika melepasinya. "Mommy suruh kau balik hari ni." Jawab Hairul dan duduk di sebelah abangnya di meja makan itu.
Hakimi mengerutkan dahi. "Kenapa and asal kau rajin sangat datang rumah aku ni?" Soal Hakimi mengambil tempat di meja makan.
Hairul membuat muka. "Kalau kau reti jawab call, takdenya aku dekat sini." Jawab Hairul. Matanya memandang ke arah Mia yang baru datang dari dapur bersama pinggan dan cawan di tangan.
Mereka berdua diam sementara menunggu Mia mengaut bihun dan menuangkan air untuk mereka. Setelah selesai, Mia menuju ke dapur semula. Hairul tersengih memandang abangnya. "Long, lawa betul maid kau. Maid ke... Pemuas nafsu?" Soal Hairul sinis dan menyisip kopinya.
Hakimi yang baru sahaja ingin menelan bihun itu tersedak mendengar soalan tersebut. "Uhuk! Uhuk! Uhuk!" Laju sahaja Hairul menghulurkan air.
Belakang abangnya di gosok. "Kau ni, makan tu slow-slow la." Ujar Hairul bersama kerutan di dahi. Risau dia, dibuatnya Hakimi arwah di situ. Dia juga yang susah.
Hakimi pandang ke arah Hairul dan berdehem. "Ehem, hm mommy pesan apa?" Soal Hakimi menukar topik. Cawan kopi di capai dan di sisip air kopi tersebut bagi menghilangkan rasa pedih tekak.
"Mommy cakap nak bincang hal penting. Hal apa jangan tanya aku. Kalau nak tahu, dia suruh balik hari ni." Jawab Hairul sambil menyumbat bihun ke dalam mulutnya. "Erm, sedap. Pandai betul 'maid' kau masak." Puji Hairul sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulut.
Hakimi hanya mengendahkan perlian si adik. "Makan cepat. Aku nak balik rumah mommy pula." Arah Hakimi. Hairul hanya akur dan terus menikmati hidangannya.
TBC