BAB 4

1483 คำ
Hakimi terus memandu pulang ke rumah setelah selesai melawat tapak projek di Klang. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut rentak lagu yang di mainkan itu. Sambil itu, bibirnya turut bernyanyi. Baru sahaja mahu masuk chorus yang ke dua, telefonnya menjerit meminta di angkat. Hakimi memperlahankan volume radio kereta dan membaca nama pemanggil. Hakimi memakai air pod dan menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum." Sapa si pemanggil. "Hm, Waalaikumsalam. Kau nak apa?" Soal Hakimi tetap fokus pada pemanduan. "Erm, tuan ada dekat mana tu?" Soal Mia dari sebelah sana. Hakimi mengerutkan dahi. Pelik dengan panggilan Tuan itu. "On the way balik. Jalan sesak ni, kenapa?" Jawab Hakimi. Mia ragu-ragu mahu memberitahu. "Err... Ibu tuan ada di rumah sekarang sedang menunggu tuan." Beritahu Mia takut di marahi oleh Hakimi. "WHAT?!" Soal Hakimi terkejut. Mujur sahaja dia tidak menekan pedal brek secara mengejut. Mia menjauhkan gagang telefon dari telinganya kerana terkejut dengan jeritan tersebut. Baru sahaja dia mahu mendekatkan semula telefon tersebut, seseorang memintanya dari dia. Mia menunduk dan menghulurkan telefon tersebut kepada Puan Mawar. Setelah telefon di sambut, Mia meminta izin untuk ke dapur setelah menerima jelingan dari Puan Mawar. Telefon di dekatkan ke telinga. "Apa yang mommy buat dekat sana, Sofea?" Soal Hakimi. "Sofea takde, dia dah ke dapur. Kamu tu Tengku Hakim Hakimi, apa yang kamu dah buat sekarang ni?" Soalan di balas dengan soalan. Hakimi tercengang seketika. "Mom-mommy, apa yang Kimi buat?" Soal Hakimi. "Balik secepat yang mungkin. Kalau kamu lambat, mommy sendiri akan tanya Sofea macam mana dia boleh ada dekat rumah ni." Ugut Puan Mawar dan terus menamatkan panggilan. Hakimi mula cuak. "Aduh, matilah aku kalau mommy tau aku beli minah tu." Rungut Hakimi. Dia segera membelok ke kanan dan menambah kelajuan keretanya. Puan Mawar menapak ke dapur, mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Mia di dapur. Kelihatan Mia sedang menumis cili untuk di masak. Tanpa membuang masa, Puan Mawar menghampiri Mia. "Nama kamu siapa?" Soal Puan Mawar yang sudah berdiri di sebelah Mia. Mia kaget dengan kemunculan Puan Mawar di sebelahnya. "Mia. Mia Sofea, puan." Jawab Mia. Kemudian dia memasukkan sedikit gula dan garam ke dalam tumisan tersebut. Mawar mengangguk. "Umur? Kamu nampak muda lagi." Soal Puan Mawar, cuba beramah mesra. "21 tahun puan." Jawab Mia. Dia kemudian bergerak ke arah sinki. "Oh, muda lagi. Kenapa tak sambung belajar?" Puan Mawar memberi laluan kepada Mia untuk mengambil udang di sinki. Mia memasukkan udang. "Tak mampu puan. Lagi pun, saya dari keluarga yang susah." Jawab Mia sambil menggaul udang di dalam kuali itu. Puan Mawar mengangguk faham. "Dah berapa lama kerja dekat sini?" Soal Mawar sambil menapak ke arah meja. "Baru tiga hari, puan." Jawab Mia dan mengaut lauk untuk di letakkan di atas pinggan. Di bawa pinggan tersebut mendekati meja yang di duduki oleh Puan Mawar sebentar tadi. Kemudian di tutup dengan tudung salji. "Duduk dulu, masak tu nanti boleh sambung." Arah Puan Mawar. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Mia. Mahu tidak mahu, Mia tepaksa menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Puan Mawar. Paun Mawar tersenyum. "Mak ayah kerja apa?" Soal Mawar. Cuba menyoal selidik latar belakang Mia. "Mak dah takde. Meninggal masa umur saya 10 tahun. Kemalangan langgar lari. Ayah pula menoreh getah. Kadang-kadang ambil upah mengait buah kelapa sawit." Jawab Mia sambil menunduk. Gayanya seperti di marah. Wajah Puan Mawar berubah. "Maaf mommy tak tahu." Pinta Puan Mawar serba salah rasanya bertanya soalan itu kepada Mia. Laju sahaja Mia menggeleng. "Eh takpe. Saya dah biasa, puan." Ujar Mia. Tangannya juga melambai menandakan dia tidak terasa dengan soalan tersebut. Puan Mawar mengoyakkan senyum. "Jangan panggil Puan. Panggil je mommy." Ujar Puan Mawar. Cuba bermesra. Mia kelihatan seperti takut dengannya. Mungkin kerana dia ibu kepada Hakimi. Mia kelihatan kaget. Baru sahaja mahu membuka mulut, seseorang menyapa mereka. "Assalamualaikum." Hakimi terus mencium pipi si ibu. "Kenapa mommy tak bagitahu nak datang?" Soal Hakimi. Sambil itu matanya mengerling ke arah Mia. "Waalaikumusalam. Kenapa, tak boleh ke mommy datang rumah anak mommy ni?" Soal Puan Mawar sarkastik. Manakala Mia sudah meminta diri untuk sambung masak beberapa jenis lauk lagi dan membuat air. "Tak cakap pun tak boleh." Hakimi mencebik. "Jom la mommy kita borak dekat depan." Ajak Hakimi dan menarik tangan Puan Mawar. Mahu tidak mahu, Puan Mawar mengikut juga langkah anaknya. "Sejak bila Kimi ambik maid ni? Sebelum ni takde pun. Kalau ada pun, Mak Leha datang kemas rumah. Tak pernah ambik maid macam ni." Soal Puan Mawar pelik dengan tindakan anaknya mengambil pembantu rumah. Mereka duduk di ruang rehat di rumah itu. Hakimi mengambil tempat di sebelah ibunya. "Alaa mommy, tak salahkan Kimi ambik maid. Sekurang-kurangnya takde la rumah ni di tinggal lama kalau Kimi outstation." Jawab Hakimi. Jawapan menyelamatkan diri. "Memang tak salah. Tapi, masalahnya sekarang ni kamu tu bujang. Dia pun bujang. Macam mommy tak kenal kamu tu macam mana kalau dengan perempuan. Mia tu mommy tengok, lawa budaknya. Jangan kamu buat benda bukan-bukan sudah la." Ujar Puan Mawar sambil menyelitkan nasihatnya. Hakimi menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Apa mommy ni, dia tu maid Kimi je la. Takkan la Kimi nak buat macam tu pula?" Bangkang Hakimi. Laju sahaja Puan Mawar menghadap anaknya apabila dia ternampak anaknya menggaru kepala. "Hah, nak menipu mommy?!" Puan Mawar mula berang. Kenal sangat perangai anaknya itu bila menipu. Tangan mesti tak duduk diam. Matanya juga akan memandang sekeliling. Hakimi kaget. "Apa pula mommy ni?" Dia mengerutkan keningnya. Laju sahaja Puan Mawar melangkah ke dapur. Kelihatan Mia sedang membancuh air. Laju Puan Mawar menerpa ke arah Mia. "Anak mommy ada buat apa-apa yang tak elok ke dekat Mia?" Soal Puan Mawar sambil membelek badan Mia. Dari atas hingga bawah. Dari depan hingga belakang. Di pusing-pusingkan badan Mia memeriksa. Mia terkejut apabila di perlakukan seperti itu. "Buat apa?" Soal Mia tengah blur. "Kamu dara lagi?" Soal Mawar tanpa bertapis. Deng! "Mommy! Apa tanya soalan macam tu?!" Terkejut Hakimi dengan soalan Mawar. Mata Mia terkelip-kelip memandang Mawar. Kemudian memandang ke arah Hakimi yang berada di belakang Mawar. Melihat bahasa isyarat lelaki itu. Hakimi buat isyarat supaya tidak memberitahu perkara tersebut kepada ibunya. Mawar yang nampak mata Mia terarah ke belakangnya. Laju pusing memandang Hakimi. "Jangan nak menipu, eh?" Tegas Puan Mawar. Tangannya sudah mula mencekak pinggang. Mia kembali memandang ke arah Mawar. "Erm, kenapa puan tanya?" Soalan di balas soalan. Puan Mawar menghelakan nafasnya. "Haih, jadi betullah yang kamu dah takde dara?" Soal Puan Mawar tanpa berselindung sekali lagi. Mia menunduk dan mengangguk. Puan Mawar mengeluh lagi. "Hakimi, we will have a serious discussion after dinner." Ujar Puan Mawar tegas. Berbaur arahan. Matanya tajam menikam anak mata Hakimi. Hakimi mula mengeluh juga. "Okay mommy. Kimi naik dulu, nak mandi." Pamit Hakimi dan terus naik ke biliknya. Manakala Puan Mawar juga naik ke atas untuk merehatkan diri di bilik tetamu. Pening dengan perangai anaknya yang seorang ini. Puan Mawar telah pulang ke teratak keluarga. Bebelan mommynya tadi masih segar di ingatan. "Mommy bukan apa. Mommy pun dah penat nak bising tentang hal ni. Hakimi, awak tu dah 27 tahun dan tahun depan awak akan berkahwin. Awak tu tunangan orang. Tapi, kenapa tak berubah lagi? Now, awak ambil dara Mia. Yeah I know, not only Mia's virginity you took. Ramai lagi yang awak dah ambil. But please Tengku Hakim Hakimi Tengku Malik Iskandar. Stop buat semua ni. Kalau kamu tetap sama juga, mommy tak teragak-agak bagitahu Datin Marina untuk batalkan perkahwinan kamu dengan Sarah. Remember, mark my word." Tegas Puan Mawar memberi amaran dan nasihat. Dia juga sudah penat mahu menasihati Hakimi dan anak-anaknya yang lain itu. Terlalu degil dan keras kepala. Hakimi menutup pintu dan ingin naik ke atas. Tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara orang mengaji. Hakimi tidak jadi untuk naik ke atas, malah dia mencari suara tersebut. Ketika dia melangkah ke dapur, suara tersebut datang dari bilik Mia. Hakimi berdiri di sebelah pintu bilik tersebut. Mendengar alunan merdu dari Mia. Dia mengaku bahawa dia sudah lama tidak solat dan mengaji al-Quran. Hakimi tersedar dari lamunannya apabila pintu bilik di buka dari dalam. "Eh, awak nak apa-apa ke?" Soal Mia. Dia mahu ke dapur untuk meminum air. Hakimi menunduk memandang Mia. "Kau, masuk bilik aku." Arah Hakimi dan terus berlalu dari situ. Mia kaget. "Masuk bilik dia?" Monolog Mia. Lama dia cuba fahami maksud ayat yang dilontarkan oleh Hakimi. Lama dia termenung ketika minum air kosong tersebut. Kemudian baru dia teringat. Laju Mia menggeleng. "No, itu takkan terjadi lagi." Ujar Mia dan laju sahaja dia mencuci gelas yang digunakan. Bila dia pusing ke belakang, terlihat Hakimi sudah berpeluk tubuh dan menyandar di pintu dapur. "Ha-hakimi." Gagap Mia. Hakimi memandang ke arah Mia. Wajahnya kosong tidak berperasaan. "Tiada bantahan Sofea. Atau, aku jual semula kau pada Mr. Lee semula." Ugut Hakimi sambil merenung tajam ke arah Mia sambil tangannya di masukkan ke dalam kocek seluarnya. Mia mula takut dan menggeleng. "Tak nak... Saya tak nak..." Rayu Mia. Hakimi tersenyum sinis. "So, my room. Now." Tegas Hakimi. Walaupun berat hati, Mia tetap melangkah naik ke tingkat atas. TBC
อ่านฟรีสำหรับผู้ใช้งานใหม่
สแกนเพื่อดาวน์โหลดแอป
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    ผู้เขียน
  • chap_listสารบัญ
  • likeเพิ่ม