"Aku akan membuat agar tidak ada lelaki yang akan menginginkan kau.", ucap Ford.
Cora menggenggam erat pergelangan tangan Ford, berusaha untuk melepaskan cengkaman Ford pada rambutnya, "Apa salah aku, Tuan? Menyakiti aku dan membuat aku seperti ini pun, tidak akan dapat mengembalikan ayah mu."
- - -
Kehancuran keluarga dan kemalangan maut yang menyebabkan Ford kehilangan sosok ayah sewaktu usianya masih kanak-kanak, meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Ford. Lantaran dari peristiwa itu, ianya membuat Ford sangat membenci sosok wanita penggoda dan perampas suami orang kerana Ford menyimpan amarah dendam terhadap wanita yang dianggap telah mengambil ayahnya dari dia dan ibunya. Hingga suatu hari, takdir mempertemukan Ford dengan seorang gadis bernama Cora yang merupakan anak kepada wanita tersebut, mengingatkan kembali Ford akan peristiwa kehancuran yang menimpa keluarganya 17 tahun yang lalu. Demi menuntaskan amarah dendamnya, Ford berhasrat ingin membuat Cora jatuh ke tangannya. Lantas dapatkah Cora melepaskan dirinya dari genggaman Ford? Apa pula yang akan terjadi sebaliknya nanti?
Genap setahun perkahwinan, Venice diceraikan dan dihalau oleh suaminya, Blake, sesuai perjanjian yang sudah mereka sepakati. Tiada pilihan lain, Venice pun pergi dan memulakan kehidupan yang baru dengan mencari pekerjaan untuk menyara dirinya hingga akhirnya dia diterima bekerja di sebuah perusahaan berkat bantuan sahabatnya.
Sebulan setelah Venice diceraikan, Venice disahkan hamil. Khabar kehamilan Venice sampai ke pengetahuan Blake. Tidak terima akan hal tersebut, Blake menuntut Venice untuk menggugurkan kandungannya.
Ash, CEO kepada Hail Company merangkap majikan Venice, sangat bersimpati terhadap nasib Venice. Ash menawarkan dirinya untuk menjadi ayah kepada anak yang dikandung Venice dengan menikahinya.
Suatu hari, Venice sekali lagi diuji dengan perceraian hingga membuat dirinya sudah putus asa dengan yang namanya cinta.
Blake yang pada awalnya menginginkan Venice menggugurkan kandungannya akhirnya menyedari bahawa dirinya mulai menyayangi anak dalam kandungan Venice.
Saat Blake ingin mengambil semula Venice, Ash kembali hadir dengan tujuan yang sama.
Apakah kesudahan mereka? Dengan siapakah Venice akan berakhir? Blake atau Ash?