Saya meminati karya penulisan sudah lama, sejak dari bangku sekolah lagi. Tapi selama tu, saya pendamkan bakat, tak tahu cara hendak berkarya. Bermula dari tahun 2010, saya pernah menulis sebuah novel Melayu. Tapi mungkin tak ada rezeki saya, karya saya terhapus macam tu saja sebab peranti yang saya gunakan telah rosak. Saya down dan berhenti menulis. Sehinggalah dunia dilanda pandemic covid-19. Saya mula menulis semula dan berjaya terbitkan 2 buah Novel berjudul Love at First Sight dan Mr.Psikopat di sebuah aplikasi Wattpad. Di situ juga ada tiga buah novel lain yang masih dalam penulisan saya sendiri iaitu Arabella, You\'re Mine dan Jodohku Jiran Sebelah.
Untuk yang mahu mengikuti lebih lanjut kesemua karya saya, anda semua boleh kunjung ke homepage saya di Wattpad:- AzianAhmad85.
Jin Zhuochuan, lelaki berusia 30 tahun, mengenali Jia Daiyu sebagai sahabat kepada anak saudaranya. Keduanya berkawan sejak dari sekolah lagi. Sejak kecil, dia selalu melihat Jia Daiyu sebagai seorang gadis yang penuh keceriaan, tetapi seiring berjalannya waktu, Jin Zhuochuan menyedari bahawa perasaannya terhadap Jia Daiyu lebih daripada sekadar perasaan seorang bapa saudara kepada anak saudaranya. Namun, hubungan mereka tidak semudah itu.Jia Daiyu membesar dalam suasana yang penuh cabaran. Selepas kematian ibunya, ayahnya berkahwin semula dengan seorang wanita yang mempunyai seorang anak perempuan, dua tahun lebih tua dari Jia Daiyu. Kehidupan Jia Daiyu semakin sukar apabila ayahnya lebih memberi perhatian kepada isteri dan anak tirinya, serta tidak mempercayai Jia Daiyu. Dalam keadaan yang penuh tekanan itu, Jia Daiyu mula berkongsi segala kesulitan hidupnya dengan sahabat baiknya, yang tidak lain dan tidak bukan, anak saudara kepada Jin Zhuochuan, Jin Anqi.Melalui perbualan antara sahabatnya itu, Jin Zhuochuan mengetahui betapa beratnya hidup yang harus ditanggung oleh Jia Daiyu. Rasa kasihan dan keinginan untuk melindungi gadis itu semakin membara dalam hati Jin Zhuochuan. Namun, seiring berjalannya waktu, Jin Zhuochuan mula menyedari bahawa rasa itu lebih daripada sekadar ingin melindungi — dia mahu Jia Daiyu menjadi miliknya, untuk menyembuhkan luka-luka lama yang selama ini dia pendam.Apakah Jin Zhuochuan akan berani untuk meluahkan perasaannya, atau akankah dia terus membiarkan cinta itu menjadi rahsia dalam hatinya?
Namanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelum dia bunuh.
Kehidupannya kosong tanpa kehadiran insan bernama wanita atau kekasih. Jika ditakdirkan dia jatuh cinta, tiada sesiapapun yang boleh mengganggu miliknya. Orang itu akan dibunuh tanpa rasa simpati - Ramil Falaiev
Kehadiran psikopat gila dalam hidup mengkucar-kacirkan segala kerjayanya. Tanpa rasa bersalah, wanita ini dijadikan tempat dia melampiaskan nafsunya. Malah, wanita ini juga dikurungnya tanpa rasa simpati. Wanita ini benci lelaki psikopat seperti dia.
Jika dia boleh lari, dia akan lari jauh darinya. Tetapi, dia tidak boleh melakukan itu. Orangnya ada dimana-mana dan selalu menjadi mata-matanya. Sial! - Maria Elyna
Dapatkah Maria Elyna lolos dari lelaki psikopat seperti Ramil Falaiev? Atau kehidupan mereka berakhir dengan sebuah ikatan?
Nak tahu kisah antara kedua mereka?
Jangan lupa ketik butang Follow ya 😊😉
AzianAhmad85