bc

Cinta Negara Jiran

book_age16+
8
IKUTI
1K
BACA
drama
sweet
serious
like
intro-logo
Uraian

'Are You PR?'-awal perkenalan Amelia-Putera di sebuah aplikasi 'kencan',pengguna dari seluruh pelusuk dunia.

Ros Amelia-seorang ibu tunggal 2 anak yang sedang berjuang,untuk kehidupan sehariannya dan anak-anak,seorang 'personal trainer' di sebuah gymnasium di salah satu kota ternama di Malaysia,masih trauma dan tidak percaya pada perasaan dinamakan 'cinta' apalagi 'cinta jarak jauh'.Pada akhirnya traumanya memakan diri apabila dia jatuh cinta pada seorang duda anak tiga dari sebuah aplikasi kencan.

Putera Raka Sutrawadoyo-duda anak 3,berasal dan asli dari negara Indonesia yang pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan akhirnya juga tidak mempercayai cinta,juga akhirnya telah jatuh cinta pada wanita janda beranak dua,mempunyai beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan,salah satunya faktor umur.

Apakah mereka berdua sedang jatuh cinta sesama mereka?Apakah halangan terbesar buat Putera selain faktor umur?Dan apakah yang membuatkan Amelia termakan perasaannya sendiri?

Click ❤️ LOVE untuk follow episod selanjutnya,akan diupdate setiap hari❤️

chap-preview
Pratinjau gratis
Kisah Amelia
Ceraikan aku sekarang juga!!Teriak Amelia dengan nafas buru-buru yang sememangnya dia sekarang berada dipuncak kemarahannya pada suaminya.Tapi sayangnya,suaminya hanya diam tertunduk,membisu seribu bahasa apabila Amelia,dimarahi,dimaki,dihina dan dicaci oleh ibunya dihadapannya kerana kesalahannya sendiri dalam mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada dua anak mereka. Kau fikir sesenang itu anak aku nak ceraikan kau?tanya ibu mertua Amelia,'sekarang ibu nak apa?Lia dah minta anak ibu lepaskan Lia,Lia dah tak sanggup lagi nak hidup pura-pura dalam keluarga yang kononnya harmonis ini!'balas Amelia.Dengan cepat,Amelia mencapai telefon nya dan menghubungi abang kandungnya untuk datang mengambil dia dan anak-anak petang nanti. Amelia adalah seorang surirumah terpaksa setelah dia melahirkan anak keduanya kerana sebelumnya dia memegang jawatan terbesar di salah satu farmasi terkemuka di Malaysia,tetapi disebabkan pilih kasih dari ibu mertuanya,Amelia terpaksa melepaskan jawatannya yang telah disandang selama 8 tahun itu demi menyanggupi menjaga anak-anak nya,hendak di hantar ke rumah pengasuh,tidak diizinkan,maka itu sahajalah pilihan yang Amelia ada.Berhenti bekerja. Apapun yang terjadi selama 10 bulan menjadi surirumah sangatlah pahit untuk Amelia telan kerana ketiadaan income tetap,dia cuma menghabiskan masanya dengan mencuba menjadi ejen beberapa produk,itu sahajalah income yang Amelia ada kerana selama dia bekerja sebelumnya,hanya dia yang menanggung semua perbelanjaan anak-anak. Amelia melangkah longlai keluar dari rumah mertuanya setelah berpamitan pada anak-anak serta suaminya,biarpun dia sangat marah yang teramat terhadap suaminya,namun dia tetap pamit dan keluar dari rumah dengan meminta izin dari suaminya.Amelia hari ini harus menjaga sebuah gerai dimana dia membuat kerja sebagai part time dan itu akan memakan masa selama 8 jam. Setelah sampai ditempat yang dituju,Amelia menghubungi abangnya serta adik beradiknya untuk memberitahu perkara yang telah terjadi pada dirinya tetapi tetaplah dia tidak memberitahu cerita sepenuhnya,dia lebih memilih untuk berdiam diri tentang kesalahan suaminya,apa yang dilakukan suaminya?Sehingga membuat amarah Amelia memuncak?Iya,suaminya ada seorang kaki judi 'online' dan ketaksuban suaminya terhadap permainan itu sampai dia melupakan tanggungjawabnya dan juga membiarkan ibunya melecehkan Amelia yang dianggap kaki kikis wang suami,padahal semua wangnya dibuat untuk bermain permainan tidak berfaedah itu dan kemungkinan besar hal ini adalah rahsia terbesar suami Amelia sehingga ibunya masih belum mengetahui hal itu.

editor-pick
Dreame-Pilihan editor

bc

30 Days to Freedom: Abandoned Luna is Secret Shadow King

read
315.6K
bc

Too Late for Regret

read
324.6K
bc

Just One Kiss, before divorcing me

read
1.7M
bc

Alpha's Regret: the Luna is Secret Heiress!

read
1.3M
bc

The Warrior's Broken Mate

read
145.6K
bc

The Lost Pack

read
443.3K
bc

Revenge, served in a black dress

read
154.9K

Pindai untuk mengunduh app

download_iosApp Store
google icon
Google Play
Facebook