Akhirnya bertemu

853 Words
"ini tes kehamilannya neng.. cara pakai nya boleh di lihat pada kadonya.. Nanti kalau garisnya ada dua garisan. Itu bererti neng hamil". "Baik bik... terima kasih ya.." "ngak apa-apa neng... bibik keluar dulu ya.." Maya hanya menganggukkan kepalanya. Tes kehamilan yang dibeli bibik oleh hanya di renung lama oleh maya. Maya seperti ragu-ragu untuk menggunakannya. Bukan dirinya tidak mahu hamil. tetapi dia takut akan kecewa sekiranya dirinya tidak hamil. Maya dalam keadaan yang masih lemah pergi juga ke kamar mandi untuk menggunakan tes kehamilan. Alangkah terkejutnya Maya mendapati tes kehamilan itu menandakan dua garis. Itu bererti Maya telah hamil. "Ya tuhan.. aku telah hamil... Apa Rafael juga akan gembira aku telah hamil?" Sambil Maya menitiskan air mata bahagia. Maya tidak menyedari bahaya yang menimpa villa Rafael ketika ini. Ketika Maya memasuki kamar mandi. Sekumpulan lelaki bertopeng hitam dengan menaiki dua mobil van hitam telah masuk menceroboh masuk ke villa itu. Tiga Penjaga keamanan yang bertugas telah di tembak mati dan dua orang lagi cedera parah. Mereka telah memecahkan beberapa cctv yang berada di luar vila Rafael. Salah seorang pembantu yang mendengar bunyi bising di luar bergegas keluar untuk melihat kejadian tersebut. Oleh karena pembantu itu berteriak dan menarik perhatian penceroboh bertopeng itu. Pembantu itu telah di tembak di kakinya. "Di mana Maya?" Tanya salah seorang penceroboh bertopeng kepada pembantu yang di tembak di kaki. "Saa.. saya ti..dak tahu.." Jawab pembantu itu yang dalam keadaan takut dan kesakitan. "Kalau kau tidak memberitahu... nyawamu akan melayang.." Penceroboh itu mengacukan pistolnya ke arah Pembantu itu untuk mengancamnya. "Ja.. jangan tuann jangan.... neng Maya ada di kamarnya di atas". Pembantu yang berada dalam ketakutan itu terpaksa memberitahu penceroboh bertopeng itu kerana ingin menyelamatkan nyawanya.. Bibik yang terdengar bunyi tembakan itu segera menelefon polisi dan membuat panggilan darurat untuk Rafael dan pengikut-pengikutnya yang lain. panggilan darurat itu hanya boleh dilakukan dalam keadaan yang sangat terdesak. Bibik serta pembantu yang masih terselamat menyembunyikan diri supaya tidak menjadi mangsa kepada penceroboh bertopeng itu. Bibik teringat akan janjinya kepada Rafael yang akan menjaga Maya dengan sebaiknya. Imbas kembali.... "Bik...bolehkah berjanji padaku sesuatu?" "Ada apa tuan..? "Aku ingin kau berjanji akan menjaga Maya seperti kau menjaga ku selama ini". "Tuan ingin ke mana?? " "Aku ngak kemana-mana bik. cuma jika sesuatu terjadi pada aku.. atau ketika aku tiada di sisinya. Aku harap kau akan menjaganya dengan baik.. janji denganku bik." "iya... iya tuan .. Saya akan menjaga neng Maya dengan baik.. Saya janji tuan.." ********** "Gawat... neng Maya masih di kamar mandi atas... Gimana ini".? Bibik yang hendak keluar untuk menyelamatkan Maya tiba-tiba jatuh pengsan dan akhirnya tersungkur jatuh. Maya yang tidak menyedari apa- apa hanya terbaring lemah di kamarnya. Kamar milik Rafael ini adalah kedap bunyi. Kerna itu Maya tidak tahu apa yang berlaku di luar. Tiba-tiba seseorang membuka pintu bilik Maya. ********* Malangnya pada ketika itu Rafael mengadakan pertemuan penting dengan prebisnisnya. Begitu juga dengan Aldo selaku pembantu Rafael. Pembantu Aldo datang dengan kelang kabut dan membisikkan sesuatu kepada Aldo. Untung saja pertemuan Rafael bersama prebisnisnya telah berakhir. "Tuan... Villa tuan di serang penceroboh.. bibik telah menghantar panggilan darurat kepada kita." "Bagaiman dengan Maya?" "Kami masih berusaha menelefon villa.. tetapi masih belum ada jawapan.. Orang-orang kita yang lain dalam perjalanan pergi ke vila". Rafael yang mendengar berita itu hendak membunuh Mikael. Dia tahu semua ini anggara Mikael. Biarpun Rafael mempunyai musuh dalam perniagaan tetapi belum pernah ada yang berani menceroboh rumahnya. Rafael segera pulang ke villanya. Beberapa kali Aldo menelefon panggilan ke vila akhirnya di jawab oleh anggota polis yang berada berada di villa itu. " Tuan... tiga orang penjaga keselamatan kita telah mati di tembak, dua orang lagi cedera parah. Manakala seorang pembantu telah di tembak dikaki..." "Maya... maya bagaimana??" "Neng Maya dan bibik tidak ditemui.." Rafael merasakan dunianya seperti gelap. dia tidak menyangka kebahagian yang di kecapinya tidak bertahan dengan lama. Rafael akan membalas perbuatan Mikael andai sesuatu terjadi kepada Maya "Aku akan mencarimu Maya.." Dalam perjalanan pulang ke villa. mobil Rafael telah di kepung oleh lima buah mobil mewah hitam. Rafael sudah tahu siapa yang datang menemuinya. Dia yang masih dalam keadaan marah terus hendak keluar dan ingin Menyerang Mikael. Mujurlah ada Aldo yang mencegahnya. "Dimana Maya Rafael???" Mikael turun dari mobilnya dan terus mengacukan pistol ke mobil Rafael. Begitu juga anak-buah Mikael yang lain. mereka mengacukan pistol ke mobil Rafael. Rafael akhirnya keluar dari mobilnya. "Kenapa kau bertanya kepadaku Mikael?? Adakah kerana ini sebab kau menceroboh villa ku." "Kau jangan mempermainkan aku Rafael... kembalikan pembantu ku Rafaell!!!" Mikael hampir-hampir tidak dalam mengawal kemarahannya. Ingin sahaja kepala Rafael itu di tembaknya. Tetapi bukan semudah itu dia ingin membunuh Rafael. " Pembantu???? ahahahhaaa.... Aku rasa kau sudah gila Mikael... Untuk apa aku mengambil pembantu mu.. Kalau kau kekurangan pembantu... kau boleh meminta dari ku... Tidak perlu kau bersusah payah menceroboh villaku Mikael. Rafael merasakan Maya masih dalam keadaan selamat. " Kau tidak perlu menyembunyikan pembantu ku Rafael.. Kau cuma perlu memberikannya padaku . Kalau tidak mulai saat ini tidur mu tidak akan lena Rafael.." Mikael segera mengundurkan diri kerna mendengar siren polisi. Bukan karena dia takut kepada polisi. tetapi Dia tidak mahu terbabit dalam masalah yang melibatkan polis.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD