Pencarian

817 Words
Rafael segera bergegas kembali ke villanya. Dia dan orang-orang nya mencari Maya di sekeliling vila. Tapi tidak menemukannya. Yang menghairankan Rafael hanya Maya dan bibik yang menghilang tanpa di lihat oleh sesiapa. Jika mereka berdua di culik oleh Mikael. Mustahil Mikael yang bertemu dengan nya marah sebentar tadi dan bertanya tentang keberadaan Maya. Aldo juga telah memeriksa cctv yang berada di dalam dan di luar vila. Malangnya cctv yang menghala ke bilik Rafael juga telah telah rosak sehingga mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda Maya telah di culik. Semua bahan bukti telah dirosakkan oleh penceroboh itu. Misteri kehilangan Bibik juga tidak dapat di kesan. "tuan... lebih baik tuan beristirehat... Biar kami sahaja yang mencari neng Maya dan bibik". Kata Aldo kepada Rafael. Rafael hanya menganggukkan kepalanya. Perasaan sangat sakit sejak mengetahui gadis yang di cintainya telah menghilang tanpa jejak. Dia juga sangat menyesal kerna pergi ke kantor pagi itu. Rafael merasakan dirinya menemui jalan buntu untuk mencari Maya sudah mula berputus asa. Rafael yang terlihat kuat di luar sebenarnya rapuh bila hatinya merasa kehilangan. Rafael kembali ke kamarnya di mana saat kali terakhir cctv merakamkan kejadian Maya masuk di kamar. Rafael merenung bingkai gambar Maya bersamanya. Air mata Rafael terus mengalir mengenangkan kenangan bersama Maya. Rafael membuka laci lemari dan jantungnya seperti terhenti seketika apabila terlihat tes kehamilan dengan dua garis berada di laci itu. Air mata Rafael keluar tanpa sedar. Sepatutnya hari ini adalah hari yang mengembirakan buat Rafael tentang berita kehamilan Maya. Hari yang ditunggu oleh Rafael akan kehadiran calon anaknya. Rafael sudah berusia dua puluh lapan tahun, pada usia ini lah Rafael baru berkeinginan mempunyai perasaan untuk memiliki anak. " Kau tidak akan ku lepaskan Mikael. Kalau kau terbukti menculik Maya dan calon anakku.. kau akan mati di tangan ku kalau sesuatu terjadi pada mereka". Rafael menggenggam telapak tangannya. Semangat yang tadi hilang muncul kembali. Rafael bertekad akan mencari Maya dan membalas dendam jika terjadi apa-apa terhadap Maya dan calon anaknya. "Aku yang akan buat kau menderita Mikael... " Rafael bertekad akan menghancurkan Mikael dan seluruh keluarganya. "Aldo... Beritahu semua rakan bisnis yang lain. Jika mereka masih mahu aku tetap bekerjasama dengan mereka.. Tarik kembali saham mereka dari Keluarga Romano... Dan juga hubungi reporter pada besok sore aku akan membuat konferensi terbuka di perusahaan.." "Baik tuan". "Kerahkan juga orang-orang di seluruh tempat untuk mencari Maya dan bibik.. Kalau perlu bawa sekali anjing pengesan untuk mencari mereka." " Baik tuan.. Saya pergi dulu.." Rafael hanya menganggukkan kepalanya.. Dia tersenyum kejam kerna tidak lama lagi akan jatuhnya Keluarga Romano. Rafael yang dingin dan kejam telah kembali.. ********* Berita tentang pencerobohan di vila Rafael telah tersebar dengan cepat sehingga ke rantau asia. Lebih- lebih lagi pencerobohan itu telah mengakibatkan kematian tiga penjaga keamanannya, dan tiga orang lagi cedera parah termasuk seorang pembantu. Akan tetapi Kehilangan Maya dan Bibik tidak di hebohkan oleh Rafael kerna akan bersangkut paut dengan keluarga Romano. Tetapi ada khabar angin yang mengatakan turunnya saham bisnis keluarga Romano berkaitan dengan Pencerobohan di villa Rafael Pada keesokan harinya, Ramai wartawan sudah tidak sabar- sabar untuk menghadiri konferensi CEO muda yang terkenal iaitu Rafael Remon yang jarang- jarang sekali untuk membuat konferensi secara terbuka. Konferensi itu di adakan di perusahaannya dan hanya seramai lima puluh lima orang wartawan sahaja di benarkan menghadiri konferensi itu. Walaupun ada sesetengah wartawan tidak bersetuju dengan keputusan Rafael. Tetapi mereka diamkan sahaja demi menghormati privasi Rafael. ********** "Terima kasih kerna anda sudi datang ke konferensi saya pada hari ini. Seperti yang anda semua maklum, villa saya telah diceroboh dan menyebabkan kematian penjaga keamanan saya dan banyak kerosakkan yang berlaku. TETAPI ... bukan itu yang saya ingin tegaskan di sini. Saya hanya ingin memberikan amaran kepada pihak yang terlibat. Dan saya tahu siapa kamu... saya rasa kamu telah mencari lawan yang salah... Saya akan pastikan Bahawa kamu lah yang tidak akan tidur lena selepas ini.... Sekian.. Saya Hanya akan menjawab satu soalan sahaja dari wartawan.." Keadaan di ruang rapat itu sedikit bisng kerana semua wartawan mengangkatkan tangannya ingin bertanyakan soalan. Akhirnya Rafael memilih salah seorang wartawan dari tv station. " Pak Rafael... Saya dari Extra tv ingin bertanya.. Saya telah mendengar khabar angin bahawa kejadian yang menimpa vila Pak Rafael berkait dengan pebisnis Pak Mikael Romano.. Adakah benar khabar angin itu??" Kesemua orang di dalam ruangan itu kembali senyap apabila Rafael ingin menjawab persoalan yang sebenarnya di tunggu- tunggu oleh wartawan. "Iya... benar.. kejadian ini berkaitan dengan Mikael Romano... Adakah itu yang ingin anda dengar dari mulut saya...? Saya hanya akan mengatakan bahawa saya tidak menidakkan atau pun tidak juga mengiyakan.. Anda semua pasti akan tahu tidak lama lagi.." Sekian terima kasih". "Pak" " Pak" "Pak tunggu" "Adakah kerna perebutan dalam bisnis?" "Adakah kerna berebutkan wanita?" "Pak" "Pak Rafael" Pelbagai persoalan yang masih tertanya-tanya oleh wartawan. Mereka terpaksa akur dengan jawapan yang diberikan oleh Rafael. Walaupun masih banyak lagi yang ingin di tanyakan. Berita konferensi Rafael itu telah menjadi trending di Media sosial.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD