Imbas Kembali..
Pada siang sebelum kejadian melarikan diri Maya terjadi. Jason seperti biasa menghacker sistem cctv Keluarga Romano tanpa di sedari oleh penjaga keamanan Romano dan juga adiknya Jelvin.
Pada hari tersebut Joson melihat kelakuan anaknya Maya seperti aneh. Maya sering kali gelisah dan sering berdiri di luar jendela. Jason berfirasat bahawa Maya akan melarikan diri pada hari itu. Kerna pada malam itu akan terjadi majlis kedatangan pre bisnis ke kediaman keluarga Romano. Maya juga sering melihat parkir mobil untuk vvip yang tertutup daripada cctv.
Setelah Maya megetahui dirinya akan di kahwinkan dengan anak tukang kebun yang bekerja bersamanya ,dirinya selalu sahaja berdiam diri dan sering termenung. Ketika semua orang tidak menyedarinya. Hanya seorang sahaja yang menyedarinya iaitu Jason, Ayah kepada Maya. Naluri seorang ayah tidak pernah salah.
Jason telah menghacker cctv kediaman Romano sejak bertahun-tahun ketika adiknya Jelvin mengkhianatinya untuk sering membawa Maya berjumpa dengan keluarga asalnya. Jelvin tidak pernah lagi bertemu Jason malah mengugut Jason untuk membunuhnya.Jason dalam diam berdendam dengan keluarga Romano dan adiknya Jelvin yang sering membuli dan menyakiti anaknya.
Jason telah mengupah seseorang yang bekerja sebagai pekerja untuk memparkir kereta pre bisnis vvip. Selalunya pre bisnis vvip yang datang tanpa supir akan meminta pekerja yang bertugas akan memarkirkan mobilnya. Begitu juga dengan Rafael yang meminta pekerja itu untuk memparkirkan mobilnya. Pekerja itu sudah menempatkan Mobil Rafael agak tertutup dari cctv dan tidak mengunci mobil itu untuk memudahkan pelarian Maya.
Benar apa yang di tebak oleh Jason bahawa anaknya benar-benar ingin melarikan diri dengan menaiki salah satu mobil vvip . Tetapi Josan tidak menyangka Rafael telah jatuh hati kepada anaknya itu.
**********
"Urmm.. Patutlah pelarian ku seperti mudah tanpa di ketahui oleh sesiapa.. Terima kasih ayah kerna menolongku.. Tetapi kenapa aku berada di sini.. ?"
Maya seperti terkejut Bahawa Jason telah merancang untuk memudahkan Maya melarikan diri pada hari itu. Maya tidak menyangka Jason sangat peka dengan tingkah laku Maya ketika berada di kediaman Romano. Tidak seperti Maria dan Jelvin yang di sangkakn ayah dan ibunya. Mujur sahaja wajah Maya lebih Mirip kepada Jason dan Jelvin.
"Maafkan kami nak.. kami terpaksa membawa kamu ke mari sehingga keadaan benar- benar selamat."
Kata Bibik Marie kepada Maya.
"Apa yang terjadi?? Aku selamat berada di villa Rafael"
"Apa kamu tidak tahu Villa Rafael telah di ceroboh oleh pengikut Mikael kerna ada pengikutnya yang melihat kamu di rumah itu??"
" Apa.. ?? Aku ngak tahu tentang hal itu."
Maya lagi-lagi terkejut mendengarnya. Maya tidak menyangka dirinya yang tidak pernah keluar dari Villa itu juga dapat di kesan oleh Mikael.
"Ayah telah mengekori orang yang mengambil foto kamu berdua sewaktu di beranda. Mujurlah pengikut Mikael itu pergi ke toko gambar kawan ayah untuk mencuci gambar yang telah di ambilnya. Ayah meminta kawan ayah itu memblur kan gambar kamu dan memberikan foto yang di ambil dari belakang."
" Sampai bila mikael akan mencari ku ibu.. ?? "
Maya sepertinya sudah menerima sedikit demi sedikit bahawa bibik Marie itu ibu kandungnya. Maya dapat merasakan naluri keibuan Marie terhadap dirinya.
"Tidak lama lagi Mikael pasti tidak akan mencarimu nak... Kita hanya tunggu masa yang sesuai untuk keluar dari sini. Ayah terpaksa membawa kamu ke sini kerna pengikut Mikael hendak menculik kamu pada hari itu. ayah terpaksa membuat kamu dan ibu tidak sedarkan diri. Ayah juga merosakkan cctv berhampiran kamar kamu supaya tidak ada yang tahu... Maaf kan Ayah nak... "
"Aku maafkan ibu dan ayah... Tapi bila kah waktunya aku akan bertemu dengan Rafael Ayah."
Maya menyentuh perutnya yang masih rata.
"Apakah kamu mengandung anakku??"
Tanya Jason kepada Maya. Bukan dia tidak mahu Maya mengandung. Tetapi Maya masih terlalu Muda untuk menjadi seorang ibu.
"Iya ayah.. Aku mengandung Anak Rafael.."
"Apakah kamu telah bersedia menjadi seorang ibu"? Tanggungjawab seorang ibu itu sangat besar anakku.".
"Aku telah bersedia ayah.. aku akan menjaga calon anakku ini ayah."
"Baiklah jika begitu... Ayah senang mendengarnya."
" Tapi ayah.. bilakah aku akan bertemu dengan Rafael??"
" Ayah akan menemui Rafael anakku.. Tetapi buat masa ini kamu harus bersabar. Ayah akan membuat pembalasan terhadap keluarga Romano.
Sebenarnya Jason yang telah memberikan foto Nara dan selingkuhannya kepada Marfin. Jason mengupah seorang pembantu yang bekerja di kediaman Romano untuk meletakkan kamera cctv di ruangan kerja Nara tanpa di sedari oleh Nara. Jason inginkan keluarga Romano berpecah belah kerna telah menyiksa anaknya sedari kecil lagi.