BAB 11

1158 Words
Melangkah sahaja keluar dari villa, Hakimi terkedu memandang ke arah Mia. Mia juga terkedu melihat kekacakan Hakimi dalam suit putih tersebut. "Ehem! Tuan, sampai bila nak tenung Mia macam tu?" Sapa Aisyah. Hakimi terus mengalihkan pandangannya. "Hm, jom dah lambat ni. Hotel tu jauh dari sini." Ajak Hakimi bagi menghilangkan suasana kekok di situ. Pintu di buka untuk Mia. Dengan berhati-hati Mia melangkah dan masuk ke dalam kereta Audi tersebut. Manakala Aisyah akan mengekori kereta tersebut dari belakang bersama pengawal yang lain. ##### Hotel ^Mia POV^ Setibanya di dewan hotel yang menempatkan majlis makan malam itu, Hakimi menghentikan langkahnya dan memandang ke arah aku. "Sofea, dengar sini." Bahu aku di pegang kiri dan kanan. Aku hanya diam memandang ke arah Hakimi. "Masuk dalam nanti, kau buat macam biasa je. Pastikan kau sentiasa dengan aku. Jangan dekat atau rapat dengan mana-mana orang yang kau tak kenal kecuali family aku. We don't know what in they're mind. Aku kenal semua perangai tetamu malam ni. Kalau kau nak selamat, dengar cakap aku." Pesan Hakimi panjang lebar. Aku mengangguk faham. Huh, nampak sangat semua client dia sama macam dia. Hakimi tersenyum nipis dan mengusap kepala aku. "Good girl. Now, let's get in." Ajak Hakimi. Aku memeluk lengan Hakimi. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Okay Mia, rileks. Apabila Hakimi mula melangkah, aku juga turut melangkah. Pintu dewan di buka dan kami melangkah masuk. Aku terpegun dengan hiasan dalam dewan ini. Classic and elegant. Ramai juga tetamu syarikat ni. Aku berhenti melangkah apabila Hakimi berhenti. Aku memandang ke arah meja di hadapan kami. Keluarga Tengku. Semua ada di meja tersebut dan jelas di penglihatan aku bahawa Puan Mawar terkejut akan kehadiran aku bersama Hakimi. Tetapi cepat dia tersenyum dan bangun dari duduknya dan memeluk aku. Walaupun kekok, aku tetap membalas pelukannya. Apabila pelukan melonggar, dia memandang ke arah aku. "Lawanya Mia malam ni." Puji Puan Mawar. Aku tersenyum kecil dan menggeleng. "Takdelah Puan, saya rasa biasa je. Puan dan tetamu yang lain lagi lawa dari saya." Bangkang aku. Lihat sahaja dress aku. Sangat simple kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Puan Mawar hanya senyum memandang aku. Kemudian dia memandang ke arah Hakimi. "Tengku Hakim Hakimi, we have something to discuss about your fiancée later." Ujar Puan Mawar dengan nada tegas. Hakimi menjulingkan mata ke atas. "Ex-fiancée mommy." Ujar Hakimi membetulkan perkataan Puan Mawar. Kemuadian mata aku jatuh pada wajah 'Hakimi' versi tua. Tetap kacak walaupun umurnya dalam lingkungan 50-an. Dia bangun dan menghampiri kami. "So dear, who is she?" Soal lelaki tersebut sambil memeluk pinggang Puan Mawar. Pipi aku mula membahang melihat aksi mereka yang bagi aku, sweet. Puan Mawar tersenyum ke arah aku dan suaminya. Kemudian dia memandang ke arah Hakimi sambil menjongkitkan keningnya. Kini fokus kami teralih pada Hakimi. Hakimi menarik bahu aku dan dipuluknya erat. "So daddy, she's my new girlfriend. Mia Sofea. Sofea, here my dad Tengku Malik Iskandar." Ujar Hakimi. Bukan sahaja aku, malah kami semua terkejut mendengar pengakuan Hakimi. Aku tahu, dia hanya berpura-pura. Belum sempat aku mahu membuka mulut, kami di sapa seseorang. "Assalamualaikum, daddy mommy." Kami semua memandang ke arah suara garau tersebut. Tengku Malik dan Puan Mawar memandang ke arah tersebut. "Haikal." Tegur Puan Mawar. Lelaki yang dikenali sebagai Haikal itu mencium tangan tua Puan Mawar. Di sebelahnya ada seorang perempuan yang aku yakin aku pernah berjumpa dengannya.  Kemudian dia memandang ke arah aku dan Hakimi. "Along..." Tegurnya sambil matanya memerhatikan aku dari atas hingga bawah. "...girlfriend?" Soalnya. Hakimi mengangguk. "Sofea, ini adik saya Tengku Hakim Haikal. Haikal, ini Mia Sofea." Hakimi mengenalkan kami berdua. Aku menundukkan kepala ke arah Haikal. Haikal pula hanya tersenyum senget. "So, this the girl, huh?" Soal Haikal. Aku sudah mengerutkan dahi. Tidak faham maksudnya itu. Hakimi terus menarik aku. "Jom lah duduk. Berdiri dekat sini buat apa, majlis dah nak mula." Ujar Hakimi cuba menukar topik. Kami mengangguk dan menuju ke arah meja yang berhampiran kami. Baru sahaja duduk, seseorang menarik kerusi di sebelah Hakimi. Sarah bersama Remi. Kami semua memandang ke arahnya. Dia pula yang sedar akan pandangan kami tersenyum tidak bersalah. "Takpekan kami duduk sini? Lagi pun tunang saya ada di sini." Soal Sarah sambil merangkul lengan Hakimi di sebelahnya. Laju Hakimi melepaskan rangkulan tersebut. Aku nampak mata Hakimi memerhatikan pakaian Sarah. "What kind of dress that you wear, Sarah?" Soal Hakimi pelik sambil menjarakkan kerusinya dari Sarah dan merepati aku. Baju Sarah labuh. Tetapi masih di kategorikan sebagai 'menjolok' mata dan over. Sarah mengerutkan dahi dan memasamkan wajahnya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, seseorang memintasnya. "Excuse me, ini tempat saya." Ujar suara garau tersebut. Kami semua memandang ke arahnya. Aku kenal dia. Hairul. Mata kami bertembung dia tersenyum dan melambai ke arah aku. "Hai, Mia." Sapanya dan aku hanya tersenyum dan membalas lambaian tersebut. Kemudian fokusnya kembali kepada Sarah. "So sister, don't mind to give your sit to me? Sebab setahu saya, nama awak tiada di meja ini. " Ujar Hairul lagi. Kami semua menahan tawa. Sarah mendengus geram dan bangun dari duduknya dan berlalu pergi dari situ. Hairul terus duduk tanpa perasaan bersalah. Semasa makan, semua baik-baik sahaja. Tiada yang menarik, tiada yang lain. Cuma sekali-sekala aki di tegur oleh lelaki yang tidak dikenali. Aku pula hanya senyum, mengangguk, menggeleng dan jawab sepatah dua sahaja kerana tidak biasa. Tambahan pula Hakimi terpaksa berjumpa dengan rakannya. Sedang aku menikmati air kopi, kerusi di sebelah di tarik dan di duduk oleh seseorang. Aku memandang ke arah orang tersebut. "Miss Sarah." Tegur aku. Dia melenggak dan memandang aku jijik. "Hey, apa yang kau dah buat dekat Hakimi hah? Kau bomohkan dia ke? Tak sedar diri kau tu pelacur, ada hati nak berganding dengan Hakimi yang serba-serbi lengkap itu?" Soal Sarah bertalu-talu. Aku hanya diam dan menggenggam erat kain baju ku. Semua soalannya buat aku rasa... Jijik dengan diri sendiri. "Kenapa diam? Memang betulkan semua tu?" Aku tetap diam dan menggeleng. Kedua belah tangan aku naik menutup telinga. Air mata ku mengalir tanpa henti. Tidak sanggup mendemgar cacian darinya. "Hey, apa kau buat dekat dia hah?!" Suara tengkingan tersebut telah menghentikan cacian Sarah dan juga telah menarik perhatian semua yang ada. Aku tetap menundukkan kepala. Tidak mahu melihat sesiapapun sekarang ini. "WHAT?! KENAPA YOU STILL NAK PERTAHANKAN PELACUR NI HAKIMI?! APA KURANGNYA I?!" "STOP SARAH! Aku taknak bergaduh dekat sini." Kemudian aku terasa seperti seseorang memeluk bahu aku dan menyuruh aku berdiri. "Jom Sofea. Kita balik sekarang." Ajak Hakimi. Tanpa memperdulikan tetamu yang lain, Hakimi terus membawa aku keluar dari dewan tersebut. Pintu kereta di buka dan aku di suruh masuk. Aku hanya mengikut tanpa membantah. Air mata aku tetap mengalir. Hakimi berlari masuk dan mengunci pintu. Badan aku di tarik dan di peluk. "Shh, sorry takde dengan kau tadi." Kemudian dahi aku di ciumnya. Aku menolak badannya dan menggeleng. "Tolong... Saya taknak macam ni lagi. Saya tak suka." Adu aku. Hakimi memegang kedua belah pipi aku. "Apa lagi kali ni, Sofea? Apa lagi?" Soal Hakimi. Dalam esakan aku menjawab; "Kahwini saya." Dan aku nampak wajahnya terkejut. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD