Tiba sahaja di rumah, Hakimi terus melangkah naik ke biliknya manakala Mia berlalu ke biliknya. Setelah Mia siap menyimpan baju yang baru di beli siang tadi di dalam almari, Mia keluar semula untuk ke dapur.
"Eh, nak masak lagi ke malam ni? Tadi baru je makan." Ujar Mia kepada diri sendiri.
"Kau bercakap dengan siapa tu?" Teguran seseorang di telinganya membuatkan dia terkejut.
Laju sahaja Mia pandang ke arah suara tersebut dan terlompat ke hadapan. "Astaghfirullahalazim Aisyah!" Tegur Mia.
Aisyah hanya tersengih memandang ke arah Mia. "Hehe sorry. Kau tu yang bercakap sorang-sorang. Curious juga aku kau bercakap dengan siapa?" Soal Aisyah sambil mengekori langkah Mia yang sudah duduk di meja.
Mia menggeleng. "Takde apa pun, cuma terfikir nak masak apa je malam ni. Lagi pun dah makan dekat luar tadi." Jawab Mia sambil menongkat dagu.
Aisyah mengerutkan dahi. Kemudian dia menunjukkan riak nakal apabila sesuatu singgah di fikirannya. "Ha kau pergi dating dengan Tengku Hakimi eh tadi." Sakat Aisyah.
Pipi Mia mula kemerahan. "Ish, mana ada lah. Dia ajak keluar cari baju je tadi." Bangkang Mia sambil cuba menyorokkan wajahnya.
Aisyah tersengih nakal. "Elelele baju apa pula ni? Baju kahwin ke?" Sakat Aisyah lagi sambil ketawa.
Laju Mia menggeleng. "Eh, bukan baju kahwinlah! Siapalah saya ni untuk jadi pengantin perempuan Tengku tu." Bangkang Mia.
Aisyah sudah berhenti ketawa apabila medengar itu. "Lagi pun saya ni orang gaji dan perempuan simpanan dia je. Setiap kali dia tertekan, saya akan jadi tempat lempias nafsu dia. Tempat herdikan dia. Tempat lepaskan kemarahan dia. Kalau mood dia baik, dia akan layan saya baik. Dia akan tanya sama ada saya boleh atau tidak 'melayan' dia jika dia 'mahukan' saya."
Jeda.
Aisyah menggenggam tangan Mia. Dia nampak mata Mia sudah berkaca. Mia tertawa sinis. "Saya hanya perempuan murahan yang dia beli kerana terpaksa ketika saya di jual oleh ayah saya sendiri."
Mia sudah menangis di situ. Laju sahaja Aisyah menghampiri Mia dan menggosok belakang badan Mia. "Jangan cakap macam tu Mia." Pujuk Aisyah.
Mia menggeleng. "Saya umpama tiada maruah Aisyah. Sesiapa yang tahu dari mana saya datang akan pandang saya hina. Saya tak penting dalam dunia ni. Saya hanya pelacur." Ujar Mia dalam esakannya.
Aisyah terus menarik Mia ke dalam pelukannya. "Mia, kita semua bermakna kepada seseorang sejak kita lahir lagi. Awak bermakna untuk saya. Sebelum saya kenal awak, saya sentiasa tinggal solat. Tapi, sejak saya kenal awak. Awak ajak saya solat setiap kali masuk waktu, saya rasa lain sangat.
Kadang tu, bila saya dengar awak mengaji tengah malam buat saya
Mia melonggarkan pelukan mereka. "Tapi saya masih ada kekurangan Aisyah. Saya tak menutup aurat dengan sempurna. Saya tak bertudung walaupun saya tahu ianya satu kewajipan. Saya masih lagi seorang pendosa, Aisyah." Ujar Mia sambil menyeka air matanya.
Aisyah tersenyum nipis. "Kita semua pendosa, Mia. Tiada siapa dalam dunia ni tak pernah buat dosa." Ujar Aisyah pula.
"Ehem!"
Terus mereka berdua memandang ke arah suara tersebut. "Borak apa tengah malam ni? Tak reti nak tidur atau dah tahu nak buat apa?" Soal Hakimi dengan nada sinis.
Laju mereka berdua berdiri dan menggeleng. "Bukan macam tu Tuan. Kami saja je sembang-sembang. Yelah, dari pagi Tuan bawa Mia keluar. Kesian saya kelaparan dekat rumah ni. Order pizza je la saya petang tadi." Ujar Aisyah seperti menutup sesuatu dari Hakimi.
Hakimi menjeling mereka berdua sambil menghampiri rak cawan. "Hm." Mereka berdua mendiamkan diri.
Hakimi menjeling mereka berdua dengan pandangan pelik. "Kau orang ni dah kenapa?" Soal Hakimi.
Laju mereka menggeleng. "Dah la. Aku naik dulu." Pamit Hakimi dan terus berlalu pergi.
Hilang sahaja Hakimi dari pandangan mereka berdua. Mereka menghelakan nafas lega dan tertawa lucu dengan tindakan mereka seperti patung yang hanya memerhatikan tindak-tanduk Hakimi sebentar tadi.
Pagi itu berlalu seperti biasa kecuali Hakimi memesan Mia supaya bersiap petang nanti dan akan mengambilnya jam 7 petang untuk majlis makan malam syarikat yang akan berlansung jam 8 malam.
Mia pula hanya mengangguk. Mengiyakan sahaja apa yang Hakimi arahkan.
Pada jam 6 petang seseorang datang ke Villa tersebut. "Ya, cari siapa?" Soal Mia.
Gadis tersebut tersenyum ke arah Mia. "Saya Bella dari Bell's Beauty and Spa. Saya diarahkan oleh Tengku Hakim untuk makeover Miss petang ini untuk majlis makan malam. Ini pula pembantu saya, Ally." Sapa Bella. Ally pula hanya menundukkan badannya dan mengangguk.
Mia terkejut mendengarnya. "Hah, Makeover?" Soal Mia pelik.
Bella hanya tersenyum. Sebelum menjawab. "Mari kita masuk ke dalam. Miss perlu siap sebelum Tengku Hakim jemput Miss nanti." Ajak Bella.
Mia yang masih dalam kategori blur itu mengangguk. "Hah ha masuk-masuk." Jemput Mia.
Setelah masuk, Bella dan Ally terus ke bilik Mia. Walaupun Bella pelik mengapa bilik Mia berada di bahagian bawah, tetapi dia tidak mahu bertanya mengapa.
Sementara menunggu Mia membersihkan dirinya, Bella dan Ally membuat persiapan masing-masing. Bella menyediakan barang makeupnya manakala Ally menggosok dress yang akan di pakai nanti.
Setelah selesai membersihkan diri, Mia keluar dari bilik air hanya memakai bath robe. "Mari, kita makeup dulu." Panggil Bella. Tanpa membantah, Mia menghampiri Bella dan duduk di hadapan cermin.
Sementara Bella makeup wajah Mia, Ally pula mendandan rambut Mia. Aisyah juga ada di situ kerana dia sudah sedia maklum akan kehadiran Bella dan Ally di Villa Hakimi petang itu. Dia hanya duduk di birai katil sambil memerhati. Dia juga tahu bahawa Hakimi sudah pulang untuk bersiap.
Tepat jam 7 petang, Mia sudah siap di makeover oleh Bella dan Ally. ""Wah, cantiknya Miss." Puji Ally.
Mia melihat pantulan dirinya di dalam cermin itu. 'Ini bukan aku. Aku di dalam cermin itu nampak cantik. Sedangkan aku di luar cermin itu realitinya hanya seorang comot dan tidak pandai bergaya.' Monolog Mia.
Dress putih, makeup natural look dan rambut panjang yang dibiarkan lepas itu sangat sesuai dengan Mia yang berkulit putih.
"Mia. Weh, lawanya kau." Sapa Aisyah pula.
Mia memandang ke arah Aisyah sambil tersenyum nipis. "Hari ni je saya cantik macam ni." Ujar Mia sambil tertawa kecil.
Aisyah menggelengkan kepala. "Ah kau. Tak payah nak merendah diri sangat. Dah, jom Tengku dah tunggu dekat luar tu." Ajak Aisyah.
Dia juga akan turut serta majlis tersebut. Tetapi sebagai pengawal peribadi Mia sahaja. Dia lengkap berkemeja putih dan berseluar slek hitam. Blazer hitam juga dikenakan bersama kasut kulitnya.
Mia menarik nafas dan mengangguk. Bersedia untuk keluar dari bilik. "Miss, ini jangan lupa." Panggil Bella sambil menghulurkan purse kepada Mia. Mia menyambutnya dengan senyuman.
"Okay, jom. Tengku tunggu dekat kereta." Ajak Aisyah lagi sambil membukakan pintu bilik untuk Mia. Mia tertawa kecil dengan gelagat Aisyah.
"Jom."
TBC