"SOFEA!" Panggil Hakimi. Dia sudah bercekak pinggang di ruang tamu itu.
Mia laju menghampiri Hakimi. "Ya?" Panggil Mia, takut.
"Lepas ni kalau Sarah tu datang lagi. Jangan bagi dia masuk." Pesan Hakimi.
Mia mengangguk faham. "Lagi satu..." Hakimi memandang Mia dari atas ke bawah. Mia menunggu. "Pergi siap-siap. Teman aku keluar." Arah Hakimi.
Mia menjongkitkan keningnya. "Kita nak pergi mana?" Soal Mia.
"Jangan banyak soal boleh tak? Pergi tukar baju cepat. Aku tunggu dalam kereta." Arah Hakimi. Dia terus mencapai kunci keretanya dan keluar dari rumah.
Mahu atau tidak, Mia terpaksa akur dan menukar pakaiannya.
#####
"Kita nak ke mana?" Soal Mia di sebelah Hakimi.
Hakimi mengeluh. "Kita pergi cari barang kau." Jawab Hakimi. Masih tidak jelas.
"Barang saya untuk apa? Semua barang saya masih ada, masih cukup." Soal Mia lagi.
"Sofea, stop asking me. Ikut je boleh tak?" Hakimi membelokkan keretanya memasuki kawasan parking di Pavilion.
Akhirnya Mia diam apabila di arahkan begitu. "Jom, turun." Ajak Hakimi dan Mia hanya mengangguk.
#####
Mia hanya mengekor dari belakang. Ke mana sahaja kedai yang Hakimi pergi, dia ikut. Sehinggalah tiba di butik pakaian wanita. "Pilih baju yang kau suka." Arah Hakimi.
Mia menjongketkan kedua belah keningnya. "Untuk apa?" Soal Mia.
Hakimi merapu mukanya. "Pilih je la. Susah sangat ke? Atau kau nak aku yang pilihkan?" Soal Hakimi.
"Haa?! Eh, saya pilih sendiri." Laju sahaja Mia mencari baju yang dia berkenan.
Sepuluh minit menunggu akhirnya Hakimi menghampiri Mia. "Lama lagi ke?" Soal Hakimi di belakang Mia.
Mia memandang ke arah Hakimi. "Kita pergi beli dekat tempat lain je la. Dekat sini mahal sangatlah." Adu Mia.
Hakimi memandang Mia dengan muka bosan. Tanpa menghiraukan Mia, dia memilih beberapa helai baju dan di beri kepada Mia. "Pergi cuba. Aku tunggu. Kalau kau lambat aku tinggal kau." Arah Hakimi.
Mahu atau tidak, Mia terpaksa mengalah dan mencuba semua baju yang diberikan. Semua dress bewarna putih.
"No, tukar."
"Too sexy."
"Too heavy."
"Boring."
"Menyakitkan mata."
"Semua awak tak suka. Baik tak payah cuba." Bantah Mia.
Hakimi menjongkitkan keningnya. "Just do what I ask you to do. Now, pergi tukar baju tu." Arah Hakimi lagi.
Mia mula mendengus. Dia menukar bajunya lagi. "Hmm..." Panggil Mia dengan muka bosan.
Hakimi yang sedang membelek telefon memandang ke arah Mia. Tidak berkelip matanya memandang. "Ehem..." Hakimi membasahkan tekaknya.
"Okay, ambil yang ni." Ujar Hakimi kepada pekerja di situ.
"Finally....." Laju Mia menukar bajunya dan menghampiri Hakimi di kaunter.
"Buat apa nak beli baju macam ni?" Soal Mia di sebelah Hakimi.
Hakimi memandang ke arah Mia sekilas sebelum menghulurkan kad kredit bewarna hitamnya kepada juru wang. "Kau akan teman aku pergi majlis makan malam syarikat daddy malam esok. So, takkan aku nak biarkan kau pakai baju kurung pula." Jawab Hakimi sambil menghadap Mia.
Mia terkejut. "Hah?! Kenapa tak ajak Miss Sarah je?" Soal Mia.
Hakimi mencapai huluran kad dari pekerja di sotu dan berlalu meninggalkan Mia. Laju Mia mencapai beg kertas yang berisi bajunya dan mengejar langkah Hakimi. "Awak!" Panggil Mia sambil berlari mengejar langkah besar Hakimi.
Hakimi berhenti dan memandang ke arah Mia. "Apa lagi sayang oi..." Ujar Hakimi sambil menyerabutkan rambut Mia.
"Well... Well... Look who's here." Tegur seseorang. Mia dan Hakimi memandang ke arah suara tersebut.
Laju Mia menolak tangan Hakimi dikepalanya dan membetulkan rambut. Dia menunduk hormat kepada orang tersebut. Tetapi orang tersebut hanya memandang sepi ke arah Mia. Manakala Hakimi hanya membuat muka selamba dan menarik bahu Mia supaya rapat dengannya.
"Kau nak apa?" Soal Hakimi.
Orang tersebut memandang ke arah tangan Hakimi di bahu Mia. Dia tersenyum sinis. "Huh, takde apa. Saja jalan-jalan. Window shopping. Kau pula buat apa dengan 'maid' kau dekat sini, Tengku Hakim Hakimi?" Soal orang tersebut sarkastik.
Mia menundukkan kepalanya manakala Hakimi tersenyum sinis. "Saja bawa dia shopping. Lagi pun, bukan selalu keluar dengan 'maid' aku yang cantik sorang ni, Tengku Remi Shah." Jawab Hakimi sambil mengusap kepala Mia.
Remi hanya memandang tingkah mereka. "Sofea, jom kita pergi tempat lain pula." Tangan Mia di raih.
Bahu Remi di tepuk perlahan ketika dia melepasi Remi. "Aku tahu kau suka dia. Tapi, dia aku punya." Bisik Hakimi dan terus meninggalkan Remi di situ.
Remi memandang ke arah mereka. "Huh, jangan ingat aku akan biarkan kau macam tu je Hakimi. Semua rahsia kau dalam tangan aku." Monolog Remi.
Telefon yang berdering minta di jawab di pandang. "Ni sorang lagi. Dah ada tunang, tapi cari aku lagi. Tunang pula keluar dengan perempuan lain." butang hijau di tekan dan telefon di dekatkan ke telinga.
"Remi..." Panggil orang tersebut.
Remi terkejut mendengar esakan si pemanggil. "Sarah, kenapa menangis ni?" Soal Remi.
"I nak jumpa you, boleh?" Soalan di balas soalan.
"Boleh. Kita jumpa dekat tempat biasa. I tunggu you dekat situ."
"Okay." Panggilan terus dimatikan. Remi merenung telefonnya. "Mesti gaduh ni." Teka Remi sendiri dan terus berlalu pergi.
#####
Sarah menangis teresak-esak di bahu Remi. Remi mengusap bahu Sarah. Memujuk. "I tak sangka dia sanggup putus dengan I, Remi." Adu Sarah. Sekarang mereka berada sebuah restoran di hotel milik Sarah itu.
"Shhh... Macammana boleh jadi macam ni? Bukan you dengan Hakimi in love ke selama ni?" Soal Remi.
Sarah menggeleng dan menegakkan badannya. "We just act like we was in love. The truth is we're not. Perkahwinan akan datang pun sebab rancangan mommy dia dengan mama I. But the worst thing is I'm truly in love right now. How dumb am I cause fall in love to that crocodile. Huh." Jawab Sarah sambil mengutuk dirinya sendiri.
"Hey, jangan cakap macam tu. Maybe something wrong happened here. Setahu aku, Hakimi jenis yang tak suka di kongkong. You know, right? He always love freedom." Ujar Remi sambil menyedut airnya.
Sarah mengangguk setuju. "I know." Sahut Sarah perlahan.
Remi memandang wajah sungul Sarah. "You ada buat something yang dia tak suka, Sarah?" Soal Remi berhati-hati.
Sarah memandang ke arah Remi. "I serang rumah dia masa dia tidur dengan maid dia. I know, she's not only maid. But also his mistress. I just don't get it. Why he need to have mistress when he already had me? Did his mistress that good on bed?" Sarah mengalihkan rambutnya ke belakang.
Remi tersenyum sinis. "Maybe. You know that he bought her some dress today? And, that girl is virgin when he buy her from pub." Ujar Remi sambil berpeluk tubuh dan menyandar pada kerusi.
Sarah memandang Remi dengan renungan tidak percaya. "Virgin?" Soal Sarah.
Remi mengangguk. "Yup and Hakimi is her first and last." Jawab Remi.
"How did you know?"
"Hey, tauke pub tu kawan I. Of course I know." Jawab Remi penuh bangga.
Sarah menggenggam erat tangannya. "That b***h. I will make sure she died." Ujar Sarah.
Remi menjongkitkan keningnya. "Are you sure Sarah? Even Hakimi dah beli dia, orang-orang Mr Lee tetap jaga dia. Sebab Hakimi arahkan. Bukan orang-orang Mr Lee je. Budak-budak Hakimi pun jaga dia lepas kes rumah dia kena pecah masuk hari tu. Even that girl have bodyguard, you know?" Beritahu Remi panjang lebar.
Sarah terkejut dengan info tersebut. 'Patutlah dua orang malaon tu tak update apa-apa.' Monolog Sarah. Dia cuba berlagak biasa. "Its okay, I'll do it by myself." Sarah tersenyum tajam.
Remi hanya menjongkitkan bahunya. Malas mahu melayan perangai gila Sarah. 'Patutlah Hakimi putus dengan kau Sarah. Mental.' Monolog Remi.
TBC