Hakimi melangkah masuk ke dalam rumah. Perjalanan yang sepatutnya empat jam menjadi satu jam setengah. "Mana Sofea?" Soal Hakimi. Aisyah menunjuk ke arah bilik Mia. Hakimi melangkah masuk ke dalam bilik Mia.
Kelihatan Mia masih terbaring tidak sedarkan diri. "Mana penyangak tu?" Soal Hakimi lagi.
"Tu, ada dekat luar." Jawab Aisyah sambil menunjuk ke arah ruang rehat.
Hakimi menghampiri ruang tersebut dan mengamati wajah penceroboh rumahnya itu. "Tengku." Sapa Malik.
Hakimi mula naik angin. "Kau buat apa dekat rumah aku?!" Soal Hakimi dingin.
"Maafkan kami Tengku. Kami cuma mengikut arah." Ujar Malik. Takut juga dia kalau Hakimi melepaskan tumbukan.
Tetapi, Hakimi tetap melepaskan tumbukan ke pipi Malik. "Siapa arahkan kau?" Soal Hakimi dingin.
Malik menolak pipinya dari dalam menggunakan lidah. Kepalanya menunduk. "Cik Sarah." Jawab Malik perlahan.
"Apa aku tak dengar. Cuba ulang balik." Arah Hakimi.
"Cik Sarah." Ulang Malik dengan lebih jelas.
Hakimi mengempal tangannya. Kemudian dia berlalu masuk ke bilik Mia. Sebelum itu; "Aisyah, kau okay tak?" Soal Hakimi dengan nada risau.
Aisyah mengangguk. "Saya okay je Tuan. Yang tak okay dua ekor malaon tu haa. Teruk kena belasah tadi." Jawab Asiyah.
Hakimi mengangguk. "Kuat juga kau boleh lawan dua orang lelaki." Puji Hakimi. Kagum dengan kekuatan Aisyah.
Aisyah tersengih. "Bukan bodyguard la kalau lembik Tuan. Itu pun saya dah lama tak berlawan." Ujar Aisyah.
Hakimi tergelak kecik. "Dah, kau pergi la rehat dulu." Arah Hakimi.
"Eh, dah tu diorang tu macammana?" Soal Aisyah.
Hakimi memandang ke arah Malik dan Iskandar. "Biarkan dulu diorang malam ni. Aku ada benda nak bincang dengan diorang." Jawab Hakimi. Aisyah mengangguk dan menghantar langkah Hakimi menggunakan mata sahaja.
#####
Pagi
Mia terjaga dari tidurnya jam 05:30 pagi. Kepala yang pening di picit. Dia duduk perlahan-lahan. Pandang sahaja ke kanan, terlihat sekujur tubuh yang tertidur. Hakimi. Mia menghelakan nafas dan bangun untuk bersiap dan solat subuh.
Setelah solat, Mia keluar dari bilik dan menyediakan sarapan seperti biasa. "Huwargh..." Mia memandang ke arah suara tersebut. "Eh, dah bangun dah?" Soal Aisyah dan mengambil tempat di meja dapur.
"Selamat pagi Aisyah." Sapa Mia.
"Hm, pagi. Kau masak apa pagi ni?" Soal Aisyah.
Mia menjongkitkan bahu. "Tak tahu nak masak apa. Awak nak makan apa?" Soal Mia.
"Hm, roti jala dengan kari ayam pun sedap." Cadang Aisyah. Mia mengangguk dan menyediakan sarapan.
#####
Selesai bersarapan, Hakimi mahu berjumpa dengan Mia. Hakimi menunggu Mia di tepi kolam. Mia menghampiri. "Nak cakap apa?" Soal Mia.
Hakimi pusing menghadap Mia. Dia menghulurkan telefon bimbit lamanya kepada Mia. Mia hanya memandang huluran tersebut. Hakimi menarik tangan Mia dan meletakkan telefon tersebut di telapak tangan Mia. "Eh, tapi saya tak reti guna. Lagi pun telefon rumah kan ada." Ujar Mia.
Hakimi menggeleng. "Memang telefon rumah ada. Tapi kalau kau keluar cari barang dapur, macammana kau nak call aku? Sekarang orang dah berani pecah masuk rumah. Nanti bila kau keluar, apa-apa jadi macammana?" Soal Hakimi.
Mia tergelak. Hakimi memandang pelik. "Asal kau gelak?"
Mia menggeleng sambil menyisakan tawanya. "Takde la. Muka awak risau sangat. Sepatutnya awak risaukan tunang awak tu." Terang Mia.
Hakimi meraup rambutnya kebelakang. "Dah, aku masuk nak masuk." Hakimi berlalu dari situ.
"Awak!" Panggil Mia.
Hakimi berhenti dari melangkah. Tetapi tidak memandang ke arah Mia. "Terima kasih!" Ujar Mia.
Hakimi tersenyum nipis dan berlalu pergi. Mia membelek IPhone X di tangannya itu. "Macammana nak guna benda ni. Hm, suruh Aisyah la ajar." Mia teruja mencari kelibat Aisyah.
Baru sahaja tiba di ruang tamu. Kedengaran loceng rumah di tekan. Mia yang malas mahu melihat siapa yang datang, terus membuka pintu rumah. Muncullah tubuh Sarah di hadapan rumah. "Siapa Sofea?" Soal Hakimi dari belakang.
Mia beranjak ke tepi. "Tunang Tuan datang." Beritahu Mia sambil menundukkan kepala.
"Babe! Kenapa balik tak bagitahu?!" Sarah melangkah masuk ke dalam rumah tanpa di jemput. Mia menutup pintu dan berlalu pergi.
Hakimi membuat muka bosan. "Ada apa datang?" Soal Hakimi dan berlalu ke ruang tamu diikuti Sarah dibelakangnya.
"PA you bagitahu I you balik sebab ada hal kecemasan. Apa yang penting sangat tu?" Soal Sarah sarkastik.
Hakimi melabuhkan punggungnya di sofa. "Tak penting untuk you tahu." Jawab Hakimi dingin. Sementara itu, Mia datang menuangkan air untuk mereka.
Sarah mengerutkan dahi. "You ni kenapa nak dingin dengan I? Lagi satu, kenapa perempuan ni ada dekat sini lagi?" Soal Sarah pelik.
"Suka hati I lah, dia maid I. You ingat I tak tahu apa yang you buat Sarah?" Soal Hakimi. Mia sudah berlalu ke dapur. Dia tahu, mesti tuannya dan tunang akan bergaduh. Dia malas mahu ambil tahu.
Sarah membuat muka tidak bersalah. "I buat apa?" Soalan di balas soalan.
"Kau hantar budak masuk rumah aku. Kau suruh dia rogol Sofea. Kau ingat aku tak tahu?" Soal Hakimi semula. Kali ini kata ganti nama sudah bertukar.
Sarah kelihatan gelisah. 'Patutlah perempuan tu elok je tadi.' Monolog Sarah.
"Kenapa diam?" Soal Hakimi.
Sarah cuba berlagak seperti dia tidak membuat salah. "You ada bukti ke cakap I macam tu? I ada dekat Johor kot dengan you." Ujar Sarah cuba untuk menyelamatkan diri.
Hakimi tersenyum sinis. "Kau suruh aku berubah. Tapi kau lagi teruk dari aku. Sudah la Sarah. Kita putus. Aku malas nak ambil tahu hal kau dan kau jangan ambil tahu hal aku. Nanti aku bagitahu mommy aku pasal ni. Kau tak perlu risau untuk bahi alasan dekat mama kau. Semua aku akan uruskan. Sekarang, sila keluar dari rumah aku." Lancar Hakimi memberi tahu. Dia bangun dan mahu berlalu pergi.
Ketika mahu melepasi Sarah, Sarah menahannya. "No, you tak boleh buat macam ni Hakimi. Kita dah nak kahwin tahun depan. Apa ni?!" Bangkang Sarah. Dia sudah berdiri dihadapan Hakimi.
Hakimi membuat muka bosan. "Yes we are. Tapi kalau bukan disebabkan mommy aku, kau ingat aku nak ke kahwin dengan kau. But god! Syukur kau nak tunang setahun. Yes we couple before. Tapi kau ingat aku sayang kau ke?" Soal Hakimi sinis.
"Now get the f*cking out from my house." Halau Hakimi.
"You akan menyesal Hakimi." Ugut Sarah.
Hakimi menggeleng. "I'll never regret my decision." Sinis Hakimi.
Sarah terangguk beberapa kali. Dia terus mencapai beg tangannya dan keluar dari villa Hakimi. Hakimi tersenyum memandang ke arah Sarah yang keluar dari villanya itu.
"Aku akan pastikan menyesal Hakimi." Monolog Sarah di dalam keretanya. Setereng keretanya di pukul berkali-kali. Dia menjerit dan menangis di dalam keretanya.
TBC