BAB 7

1319 Words
Setelah Hakimi bertolak ke Johor, Mia menghampiri Aisyah yang berada di gazebo di bahagian tepi rumah. "Boleh saya duduk?" Soal Mia. Aisyah memandang ke arah Mia dan mengangguk. Mia mengambil tempat di sebelah Aisyah. Hanya kesunyian menemani mereka ketika itu sebelum; "Dah berapa lama kau kenal Tuan?" Soal Aisyah. Mia memandang ke arah Aisyah sekilas. Mia membuat kiraan. "Erm... Lebih kurang sebulan?" Jawab Mia tidak yakin. Aisyah membuat muka tidak percaya tetapi tetap mengangguk dan memandang ke arah kolam di hadapan mereka. "Pelik." Ujar Aisyah sepatah. Mia mengerutkan dahi. "Apa yang pelik?" Soal Mia. Aisyah menggeleng. "Takde la. Kau baru kenal dia sebulan, tapi dia dah risaukan kau. Huh, kalau Cik Sarah dengar ni. Mahu mengamuk dia." Terang Aisyah. Mia tetap tidak faham. Aisyah yang nampak muka tersebut menghelakan nafas. "Haih... Kalau kau nak tahu, dulu Tuan mana pernah hiraukan tunang dia tu. Pernah sekali tu, Cik Sarah kena ragut. Tapi Tuan Hakimi buat tak layan je." Terang Aisyah lagi. Mia membuat muka terkejut, tidak percaya. "Lepas tu apa jadi?" "Cik Sarah masuk hospital, patah tangan sebab masa jatuh tu dia salah landing. Tapi Tuan Hakimi melawat dia masa hari pertama je. Seminggu jugalah Cik Sarah kena tahan wad. Sekali tu je dia melawat. Selebihnya dia buat tak tahu je." Cerita Aisyah. Mia mengerutkan dahi. "diorang tak bercinta ke?" Soal Mia pelik. Aisyah memandang ke arha Mia "Asal kau tanya macam tu?" Soalan di balas soalan. Mia menggeleng. "Takde la. Hakimi tu tak sayang ke dekat Cik Sarah. Tu kan tunang dia. Tapi gaya dia macam dia tak kesah pun tentang Cik Sarah." Terang Mia. Aisyah memangguk faham. "Entahlah, aku pun pelik." Setuju Aisyah. "Hm, biarlah diorang. Awak nak makan apa? Dah nak masuk tengahari ni. Jom, kita bersembang dekat dapur. Saya boleh masak." Ajak Mia. Aisyah mengangguk dan mereka masuk ke dalam rumah. ##### Johor Tepat jam satu tiga puluh minit petang Hakimi tiba di Johor dan berehat sebentar di penthouse selepas makan tengahari. Jam dua petang nanti dia mempunyai janji temu yang perlu dia hadiri pula. Hakimi membelek telefon bimbitnya sebentar. "Hm, bosan betul la. Dah la, baik aku turun bawah." Bebel Hakimi seorang diri. Dia bangun dan mencapai blazernya dan di sarung ke badan. Bersedia untuk janji temu jam dua petang nanti. Dia memberitahu kepada pembantunya supaya menyediakan keretanya di bawah nanti. Buka sahaja pintu, dia terkejut melihat Sarah dihadapannya. "Sarah." Ujar Hakimi sepatah. Sarah tersenyum dan melambai ke arah Hakimi. "Hey dear." Sapa Sarah. "Apa you buat dekat sini?" Soal Hakimi dan menapak keluar dari bilik. Sarah mengekorinya dari belakang. "Saja nak jumpa you." Jawab Sarah. Kemudian dia mengejar langkah Hakimi. "Buat apa nak jumpa I, ada hal penting ke?" Soal Hakimi dan menekan butang turun pada lift. Sedikitpun dia tidak memandang ke arah Sarah. Tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar. Sarah mula mencebik. "Ish, you ni. Salah ke I nak jumpa tunang I?" Soal Sarah pula. Hakimi tersenyum sinis dan melangkah masuk ke dalam lift. Sarah tetap mengekorinya. "I ingatkan kita dah putus." Ujar Hakimi sarkastik. Sarah mula merungut. "You memang nak kita putus ke?" Soal Sarah tidak puas hati. Hakimi menjongkitkan bahunya sambil membuat muka. "I tak kesah. Ramai lagi yang tengah tunggu." Jawab Hakimi selamba. "Tengku Hakim Hakimi, are you kidding me?" Soal Sarah tidak percaya. Hakimi tergelak. "Why not?" Jawab Hakimi dan melangkah keluar dari lift. Dia mengeluarkan kaca mata hitamnya dan di pakai. Apabila Sarah tetap mengekorinya, dia memberhentikan langkah dan memandang ke arah Sarah. "Stop following Sarah. I have a meeting to attend." Ujar Hakimi dingin. Banyak mata yang memandang ke arah mereka. Sarah menggeleng. "No, bring me with you." Ujar Sarah. Hakimi menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan sehingga menghasilkan bunyi tulang lehernya. "Aku pergi meeting tentang kerja, bukan pergi lepak. Kau jangan ganggu aku." Bukan permintaan tapi arahan. Tegas suara Hakimi ketika berkata. Hakimi terus menuju ke arah kereta audi hitamnya yang sudah sedia menunggu dihadapan hotel.  Sarah menghentak kaki apabila melihat kereta tersebut berlalu pergi. "Ish, apa masalah mamat ni sebenarnya. Sebelum ni elok je kalau aku nak ikut dia pergi kerja. Tak lain tak bukan mesti sebab perempuan dekat rumah dia. Ish, memang nak kena dia ni." Rungut Sarah dan mengeluarkan telefonnya. "Hello, Malik." ##### Selangor "Kita nak buat apa depan rumah Tengku ni Malik?" Soal Iskandar sambil memandang ke arah rumah Hakimi di sebelah kiri mereka. Malik berdecek. "Tch, kau ikut je boleh tak? Jangan banyak soal. Kau sendiri cakap nak kerja tadi." Bebel Malik. Iskandar menghelakan nafasnya. "Haih, memang la aku nak kerja. Tapi masalahnya sekarang ni, aku kena buat apa?" Soal Iskandar. "Kerja kau teman je aku usha rumah Tengku ni. Cik Sarah yang suruh. Aku pun tak faham dengan minah tu." Terang Malik. Iskandar mengangguk. "Senang betul buat duit. Duduk deoan rumah orang tanpa tahu nak buat apa." Sarkastik. Disebabkan malas nak dengar sindiran yang memanaskan hati dari Iskandar, akhirnya Malik memberitahu juga tugas yang diterimanya itu. "Hah, puas hati kau?" Soal Malik. Iskandar tersengeh. "Cun tak awek tu?" Soal Iskandar nakal. Malik tersenyum sinis. "Mestilah cun." Jawab Malik. Iskandar tiba-tiba jadi bersemangat. "Okay ngam. Tak sabar pula rasanya." Malik hanya menggeleng. Iskandar kalau bab 'makan' free. Dia numbor satu. ##### Selesai solat magrib, Mia membaca alquran dahulu sementara menunggu isyak. Aisyah pula ada di bilik sebelah. Sedang dia khusyuk membaca mashufnya. Pintu biliknya di ketuk dari luar. "Ya?" Sahut Mia. Dia menutup alquran dan simpannya di atas meja. Pintu bilik di buka. "Ada apa Aisyah?" Soal Mia. Aisyah tersengeh dan menggosok perutnya. "Aku lapar." Adu Aisyah sambil mencebik. Mia tergelak kecil. "Nanti lepas isyak kita makan." Ujar Mia. Aisyah mengangguk. "Okay." Ujar Aisyah dan masuk ke dalam biliknya semula. Selesai solat, Mia berlalu ke dapur untuk menyediakan makan malam. Setelah selesai menghidangkan makanan, dia berlalu ke bilik Aisyah. Baru sahaja sampai di pintu dapur, dia terdengar bunyi seolah seseorang bercakap di pintu belakang. Tak jadi Mia mahu ke bilik Aisyah, dia berlalu ke arah pintu dapur. Dia cuba mengamati suara yang ada. Tetapi hanya kesunyian yang dia dapati. Malas mahu fikirkan perkara yang bukan-bukan, Mia terus memanggil Aisyah. Baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik Aisyah, mulutnya di tekup dari belakang. Mia meronta supaya dapat melepaskan diri. Tetapi akibat dia terhidu bau ubat yang terdapat pada kain itu, dia menjadi lemah. Perkara yang nampak hanyalah wajah terkejut Aisyah. Aisyah yang terdengar bunyi bising keluar dari bilik dan terkejut melihat babak yang berlaku di depan matanya. "Woi!" Aisyah terus cuba menarik Mia tetapi tidak berjaya. Kerana di halang oleh Iskandar. Aisyah menumbuk pipi Iskandar dan menendang bahagian alat sulitnya. Malik yang nampak Iskandae sudah terbaring menahan sakit, terpaksa meletakkan Mia di lantai dan menyerang Aisyah. Tetapi Aisyah pantas mengelak dan menumbuk pipi Malik. Malik cuba untuk menyerang semula dengan menyepak perut Aisyah. Aisyah terundur ke belakang dan terkena pada meja. Aisyah mencapai pasu bunga di atas meja tu dan membalingnya ke arah Malik. Prang! Berkecai pasu tersebut kerana terkena tepat di kepala Malik. Malik pula mengsan di situ. Iskandar cuba untuk bangun tetapi Aisyah lebih pantas menendang perut Iskandar dengan menggunakan hujung kaki(jari). Setelah memastikan musuhnya tidak dapat bangun, Aisyah mengambil tali dan mengikat mereka berdua dengan ketat. Aisyah menghampiri Mia. "Mia, Mia..." Kejut Aisyah. Tetapi Mia tetap tidak sedar. Aisyah mengangkat Mia di bawa masuk ke dalam bilik. Setelah memastikan Mia selesa, Aisyah keluar dari bilik dan menghampiri penyangak yang telah memasuki rumah tersebut. Aisyah mengeluh. "Haih, dah lama tak berlawan. Tak sangka diorang ni lemah je." Rungut Aisyah dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor Hakimi di dail. Telefon di dekatkan pada telinga. "Assalamualaikum Tuan." Sapa Aisyah. "Waalaikumsalam hm kenapa call aku malam macam ni?" Soal Hakimi. "Rumah kena pecah masuk Tuan." Mendengar sahaja ayat itu, Hakimi terus mematikan panggilan. Dia terus menghubungi pembantunya bahawa dia terpaksa pulang ke Selangor semula atas urusan kecemasan dan membatalkan semua janji temu. Hakimi terus keluar dari panthouse dan menuju ke arah lift. Setibanya di kereta dia terus memecut laju pulang ke rumah. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD