Beberapa Minggu lepas;
Mia menjemur kain jemuran seperti biasa di halaman belakang rumah. Setelah selesai, dia pun melangkah masuk. Dia melangkah ke bilik dobi dan meletakkan bakul di bawah satu lubang pakaian kotor. Lubang itu dari bilik Hakimi. Jadi, baju kotor Hakimi akan terus berada di dalam bakul di bilik dobi itu.
Baru sahaja dia mahu melangkah ke biliknya semula. Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng rumah di tekan. Mia berjalan menuju ke arah pintu. Dilihat tetamunya itu melalui screen didalam rumah. Mia mengerutkan dahi. Tidak mengenali tetamunya.
Butang sound di tekan. "Siapa?" Soal Mia sepatah.
"Remi. Sepupu Hakimi." Jawab Remi.
"Hakimi tiada di rumah. Ada apa-apa pesanan untuknya?" Soal Mia. Dia masih ingat pesan Hakimi supaya tidak menerima tetamu kecuali Tengku Malik, Puan Mawar dan adik-beradik lelaki itu sahaja.
"Dia suruh datang ambil barang." Ujar Remi.
"Barang apa?"
Remi mula merungut marah. "Ish, bagi je la aku masuk. Aku nak ambil barang je."
"Hm, sekejap." Mia terpaksa mengalah. Lagi pun, apasalahnya? Remi sepupu lelaki itu juga. Bukan orang luar. Butang unlock di tekan dan serta merta pintu terbuka.
Remi membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. "Kau seorang je?" Soal Remi.
Mia mengangguk. "Encik pergilah ambil barang tu. Saya ke dapur dulu." Ujar Mia dan terus berlalu masuk ke dapur.
Remi mengangguk dan naik ke tingjat atas, masuk ke bilik kerja Hakimi untuk mengambil plan holder yang mempunyai projek terbesar itu. Setelah memngambil plan holder tersebut, Remi turun dan ke dapur untuk memberitau Mia bahawa dia mahu keluar.
Tetapi sampai di dapur, langkah Remi terhenti di pintu dapur. Dari situ dia boleh nampak Mia sedang mencuci sayur di sinki. Dia perlahan-lahan menghampiri Mia dan memeluk Mia dari belakang.
Mia terkejut dan cuba melepaskan diri. "Apa ni Encik. Lepaskan saya." Mia meronta di dalam pelukan Remi.
Remi mengeratkan lagi pelukannya. "Shh... Rileks la Mia." Pujuk Remi sambil mencium tengkuk Mia.
Mia mula gelisah dan terus menyiku rusuk Remi sekuat hati. Apabila pelukan melonggar, Mia berpusing menghadap Remi dan menampar pipi Remi sekuat hati sebelum menolak Remi dan lari masuk ke dalam bilik tidurnya.
Pintu bilik di kunci dan dia menangis teresak-esak disitu kerana ketakutan. Manakala Remi sudah merungut geram. Segera Remi keluar dari rumah itu dan pulang semula ke pejabat.
"Kau terlepas kali ni Mia." Monolog Remi dan terus menukar gear kereta.
#####
Hakimi mengetap bibir mendengar cerita tersebut setelah Mia sedar dari pengsannya. Tadi, semasa menangis, dia pengsan dalam pelukan Hakimi dan Hakimi telah menghantarnya ke dalam bilik.
Hakimi pula tidak jadi mahu ke pejabat semula petang tadi. Jadi, dia terpaksa teman Mia sehingga Mia sedar. Risau jika Mia melakukan perkara yang mengarut.
"Sekarang kau rehat je dulu. Aku nak turun sekejap." Arah Hakimi dan menyelimut badan Mia. Mia pula hanya akur.
Setibanya di bawah, Hakimi mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor telefon seseorang di dail dan telefon di lekatkan ke telinga. "Hello, aku ada kerja untuk kau."
#####
Pagi itu Mia terjaga dari tidurnya jam empat pagi. Hakimi pula ada disebelahnya masih tidur. Mia mengalih tangan Hakimi yang berada di atas perutnya dan duduk di birai katil. Rambutnya yang panjang dan jatuh ke hadapan di tolak ke belakang.
Setelah merasa kantuknya hilang, Mia keluar dari bilik dan menuju ke biliknya. Setibanya di bilik, Mia membersihkan diri dan mengambil wuduk. Dia mahu solat malam sementara menunggu subuh.
Selesai solat subuh, Mia menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sekarang baru pukul 06:15 pagi. Jadi Mia mahu masak kuew tiow pagi ini. Selesai memasak, makanan di biarkan dahulu di dalam kuali dan di tutup.
Awal lagi untuk Hakimi bangun dan ke tempat kerja. Kerana kebiasaannya, Hakimi akan turun jam 07:30 atau 08:00 pagi. Sekarang baru pukul 07:00 pagi. Baru sahaja mahu menyediakan makanan sampingan, kedengaran loceng rumah di tekan beberapa kali.
Mia melangkah ke arah pintu dan melihat siapa tetamunya. Mia mengerutkan dahi kerana kelihatan lelaki asing di hadapan rumah. "Ya, cari siapa?" Soal Mia.
Lelaki tesebut memandang ke arah camera di loceng itu. "Aku cari Tuan Hakimi. Dia suruh datang." Jawab lelaki tersebut.
Mia terkejut mendengar suara lelaki tersebut. Suaranya kedengaran seperti perempuan. Mukanya juga canti. Pretty Boy? Sangka Mia. "Tuan Hakimi masih di atas, tapi masuk la dulu." Ujar Mia dan menekan butang unlock.
'Lelaki' tersebut melangkah masuk. Dia menanggalkan kasut dan mengangkat muka memandang Mia. "Asal pandang aku macam tu?" Soal dia.
Mia menggeleng. "Masuk la dulu, saya naik panggilkan Tuan Hakimi." Pelawa Mia.
'Lelaki' tersebut mengangguk dan menunggu di ruang tamu sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
Mia melangkah ke bilik Hakimi. Pintu bilik di ketuk dan dia melangkah masuk apabila mendengar jawapan. "Hm, asal?" Soal Hakimi sambil membutang baju kemeja hitamnya.
Mia menundukkan kepala. "Ada tetamu di bawah. Dia cakap nak jumpa awak." Beritahu Mia.
Hakimi mengangguk faham. "Hm. Ni, pakaikan." Arah Hakimi sambil menghulurkan tie hitamnya.
Mia mengambil tanpa membantah. Ketika Mia melilit tie tersebut, Hakimi tidak putus memandang Mia. Manakala tangannya merangkul pinggang Mia.
Manakala jantung Mia pula bagai nak pecah apabila Hakimi melakukan perkara tersebut. Setelah selesai, Mia mengemaskan lagi dan cuba untuk berundur. Tetapi di halang oleh Hakimi yang mengeratkan lagi pelukan.
"Aku pergi Johor hari ni." Beritahu Hakimi.
Mia mengangguk faham. "Pandang aku." Arah Hakimi dan menarik Mia supaya lebih rapat.
Mia mengangkat kepala memandang Hakimi. "Jaga diri kau selama tiga hari aku takde di rumah." Pesan Hakimi.
Mia mengangguk faham. "Bagus." Satu kucupan singgah di dahi licin Mia. Pelukan di lepaskan dan dia menyarung melangkah masuk ke wardrobe. Manakala Mia terus keluar dari bilik.
Tertutup sahaja pintu, Mia menyantuh dadanya. "Gila, aku memang gila untuk rasa ni." Mia menepuk-nepuk pipinya sebelum turun ke bawah.
Sampai di bawah, Mia memberitahu tetamunya bahawa Hakimi akan turun nanti dan melangkah ke dapur untuk membancuh air.
Hakimi yang sudah siap, turun bersama beg kecil. Beg tersebut di letak di tepi pintu. Dia melangkah ke ruang tamu. "Assalamualaikum. Awal kau sampai, Aisyah." Tegur Hakimi dan duduk di sofa hadapan Aisyah.
Aisyah berdiri dan memberi tunduk hormat. "Waalaikumsalam, Tuan. Tuan yang minta saya sampai sebelum Tuan bertolak ke Johor." Jawab Aisyah yang sudah berdiri seperti biasa.
"Duduk. Memang la aku suruh kau datang sebelum aku bertolak. Tapi bukan waktu pagi macam ni." Terang Hakimi dan memicit dahinya.
Aisyah hanya diam. Sebelum; "Maaf kalau saya mengganggu Tuan." Ujarnya.
Hakimi menggeleng. "Huh.. Takpe. Ni, kau dah makan belum?" Soal Hakimi.
Aisyah menggeleng. "Belum Tuan." Jawabnya.
"Hm, jom sarapan." Ajak Hakimi dan menuju ke ruang makan.
Hakimi menyangkut kodnya di kerusi dan duduk. Hari ini dia serba hitam. Dari atas ke bawah. Kerana setibanya di Johor nanti, dia akan ada mesyuarat dengan syarikat di sana.
Mia menghampiri dan menghidangkan makanan. "Sofea, ini Aisyah. Dia akan temankan kau selama aku takde." Hakimi memperkenalkan Aisyah.
Mia membuat muka terkejut. "Awak perempuan?" Soal Mia tanpa berselindung.
Aisyah yang sudah berdiri itu mengangguk. "Iya. Aku perempuan yang berambut pendek." Jawab Aisyah.
Mia tersengih. "Hee... Maaf saya terkejut." Pinta Mia.
"Takpe." Ujar Aisyah sepatah.
"Aisyah, dia Mia Sofea. Nanti korang berkenalanlah. Dah, jom makan." Celah Hakimi. Dia rasa terganggu apabila dua wanita itu bersembang.
"Baik Tuan." Aisyah mengambil tempat dan menceduk sendiri kuew tiow ke dalam pinggannya. Manakala Mia sudah berlalu ke dapur.
TBC