"Babe! Aku tak faham betullah dengan Hakimi tu. Selalunya kalau aku ajak lepak, mesti dia on je. Ni bila aku ajak lepak, dia cakap dia malas. Ish, geram betul aku!" Adu Sarah pada rakan-rakannya, Eliene dan Yana. Sambil meneguk rakus air haram itu sebagai tanda marah.
Eliene dan Yana berpandangan sesama mereka. "Weh, kau tak tahu ke yang Kimi beli perempuan la." Ujar Yana pelik kerana Sarah tidak mengetahui hal tersebut.
Sarah membesarkan matanya. "BELI PEREMPUAN?!" Soal Sarah tidak percaya.
Mereka berdua mengangguk. "Amirul bagitahu aku. Mula-mula dia cakap one night je. Lepas tu tiba-tiba Kimi beli perempuan tu." Beritahu Eliene pula.
Sarah mula mendengus. "Kau tahu siapa perempuan tu?" Soal Sarah tidak puas hati.
Eliene kelihatan seperti berfikir. "Aku pun dah lupa nama minah tu. Yang aku ingat nama dia Mia." Jawab Eliene setelah lama berfikir.
Sarah menghempas gelasnya. "Aku nak balik." Terus Sarah bangun dan berlalu keluar dari tempat yang membingitkan itu.
Eliene dan Yana mula tercengang. "Habis la Mak Lamper mengamuk." Ujar Yana. Terus mereka berdua mengejar langkah Sarah yang sudah jauh itu.
TOK! TOK! TOK! TOK!TOK!
Mia tersedar dari tidurnya memandang ke arah jam dinding. Sudah jam 3 pagi. Mia memandang ke arah Hakimi yang tertidur di sebelahnya.
TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!
"BUKA PINTU NI!!!" Jerit orang tersebut. Mia mengalihkan tangan Hakimi yang memeluknya.
Hakimi merungut dan mengetatkan pelukan. "Erm... Kau nak pergi mana?" Soal Hakimi dengan suara seraknya. Matanya masih tertutup.
Mia mengerutkan dahi. "Tak kan tak dengar orang ketuk pintu macam nak roboh tu?" Soal Mia. Dia cuba mengalihkan tangan Hakimi sekali lagi.
Hakimi berkeras. "Biar je la orang tu." Ujar Hakimi. Malas mahu melayan.
Sekali lagi pintu bilik di ketuk. "BUKA PINTU NI TENGKU HAKIM HAKIMI!" Jerit orang di luar menyeru nama penuh Hakimi.
Hakimi yang mendengar suara itu terus terduduk. Segar matanya. Mia memandang pelik ke arah Hakimi sambil menjengkitkan keningnya.
Hakimi mencapai tuala dan bergerak ke arah pintu. Manakala Mia mencapai baju Hakimi yang paling hampir dengannya itu dan di pakai.
Apabila pintu bilik Hakimi terbuka.
PANG!
Terteleng kepala Hakimi ke kiri. Yana dan Eliene sudah terkejut dengan tindakan Sarah. "Kau ni dah kenapa?" Soal Hakimi. Sesekali menolak pipinya dari dalam menggunakan lidah.
'Dasyat gak penampar dia ni.' Monolog Hakimi. Tajam matanya memandang ke arah Sarah.
"Kau tu dah kenapa?! Asal kau tidur dengan dia?!" Jerit Sarah dan memandang ke arah Mia yang sudah berdiri di tepi katil itu.
Mata Sarah meliar ke dalam bilik Hakimi. Bertaburan baju Hakimi dan Mia di atas lantai. Sarah memandang semula ke arah Hakimi. "Kau cakap kau nak berubah." Sarah merenung tajam ke arah Hakimi.
Hakimi tersenyum sinis mendengar itu. "Aku, berubah?" Hakimi memandang Sarah atas bawah.
"Kau tu? Dah berubah ke? Kau ingat aku tak tahu yang bukan aku sorang je 'rasa' badan kau?" Soal Hakimi sarkastik. Mengejek tunang sendiri. Dia tahu, Sarah juga sepertinya di luar sana. Tidur dengan entah sesiapa. Apa yang dia tahu, dia puas.
Sarah menggenggam penumbuknya. Matanya terarah ke arah Mia pula. "Kau betina." Sarah menuju ke arah Mia.
Rambut Mia di tarik. "Asal kau goda tunang aku?! Takde jantan lain ke dekat luar sana?!" Marah Sarah sambil menggoyangkan kepala Mia. Bagai nak tercabut rambut yang di cengkam oleh Sarah.
Mia sudah mengaduh sakit. "Sakit... Lepas..." Adu Mia. Tangannya memegang tangan Sarah yang mencengkam rambutnya dengan kemas.
Hakimi, Eliene dan Yana segera cuba meleraikan pergelutan itu. "Lepas Sarah. Jangan macam ni." Pujuk Yana. Dia menarik tangan Sarah. Cuba melepaskan genggaman tersebut.
Tetapi Sarah tidak memperduli. Malah Sarah mula cuba mencederakan Mia. "Auch!" Jerit Mia apabila kuku Sarah mencakar wajahnya.
PANG!
Semua terkaku. Hakimi menarik Mia ke belakangnya. Tangan Hakimi menggigil di tunding ke arah Sarah yang sudah memegang pipinya yang di tampar. "Kau balik Sarah." Arah Hakimi. Tangannya sudah tertala ke arah pintu bilik. Matanya tidak lepas memandang tajam ke arah Sarah.
Sarah memandang ke arah Hakimi. "Huh..." Sarah meraup rambutnya ke belakang. "Unbelievable Tengku Hakim Hakimi. Kau tampar aku?" Soal Sarah tidak percaya.
Hakimi memandang ke arah lain. "Balik." Arah Hakimi lagi.
Sarah mengangguk dan berjalan ke hulur ke hilir di dalam bilik itu sambil memegang rambutnya. Kemudian dia berhenti dan memandang ke arah Mia yang sudah menangis dalam pelukan Hakimi. Mia tidak membalas pelukan tersebut. Hanya menutup muka yang di cakar tadi sahaja.
Sarah mula panas hati melihat adegan itu. "Kita belum habis lagi Hakimi. We're not over yet." Terus Sarah keluar dari bilik itu di ikuti oleh Yana dan Eliene.
"Eliene." Panggil Hakimi. Eliene memandang ke arah Hakimi. "Tolong tengokkan Sarah. Jangan bagi dia buat kerja gila." Arah Hakimi tanpa memandang ke arah Eliene. Dia risau jika Sarah membahayakan diri sendiri.
Eliene mengangguk. "Baik Tengku." Patuh Eliene. Matanya menjeling ke arah Mia sebelum menutup pintu bilik tersebut.
Hakimi melonggarkan pelukan apabila di tolak lembut oleh Mia. "Sini, aku nak tengok muka kau." Kata Hakimi sambil mengalihkan tangan Mia.
Mia tidak membantah. Hakimi melihat kesan cakaran tersebut. "Hm, nasib baik tak dalam sangat. Sini, aku cuci luka tu." Hakimi menarik tangan Mia supaya duduk di birai katil sambil menunggu dia mengambil kotak first aid di dalam almari.
Sedang Hakimi mencuci luka itu, Mia menahan tangan Hakimi. "Saya boleh buat sendiri." Ujar Mia dan mengambil kapas di tangan Hakimi. Dia bergerak ke arah meja solek dan mencucinya di hadapan cermin.
Hakimi hanya memerhati kelakuan Mia. "Sorry, tak pasal-pasal muka kau jadi macam tu." Ujar Hakimi setelah lama mendiamkan diri.
Mia menggeleng dan buang kapas tu ke dalam tong sampah di dalam bilik itu. "Takpe, bukan salah awak." Ujar Mia mendatar dan mengemas kotak first aid itu.
Hakimi memandang ke arah Mia. "Kau marah, Sofea?" Soal Hakimi.
Mia menggeleng. "Buat apa saya nak marah? Dah la, pergi tidur sana." Ujar Mia dan menyimpan kotak first aid ke dalam almari semula.
Kemudian dia menuju ke arah pintu bilik Hakimi. "Kau nak ke mana?" Soal Hakimi sudah berdiri dari duduknya.
"Tidur dalam bilik saya la." Jawab Mia dan terus membuka pintu.
Laju sahaja Hakimi menutup semula pintu bilik. "No, teman aku." Arah Hakimi. Dia memandang ke arah Mia.
"Tapi-"
"Tiada bantahan Mia Sofea." Kali ini suara Hakimi tegas. Mahu tidak mahu, Mia terpaksa akur.
Beberapa Minggu Selepas Kejadian Itu,
Mia memasak seperti biasa di dapur. Sejak kejadian dia di serang oleh tunang Hakimi. Hakimi mula menjauhkan diri darinya. Mia yang pada mulanya pelik tetapi biarkan sahaja. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi melakukan dosa zina itu.
Setelah selesai memasak dan menghidangkan makanan untuk makan tengah hari di atas meja, Mia menuju pula ke arah ruang tamu. Sungguh, dia bosan berada di rumah sebesar padang bola ini seorang diri. Dari ruang tamu, dia menuju pula ke ruang rehat.
Di ruang ini terdapat television. Jadi, dia hanya akan menghabiskan masanya dengan menonton movie dan membuat kerja rumah sahaja. Sedang ralik Mia memilih movie di Netflix di television itu, dia di sapa seseorang.
"Haih, takde kerja ke?" Soal suara itu sinis.
Mia memandang ke arah suara tersebut. "Awak." Laju sahaja Mia berdiri dan mengekori langkah Hakimi.
"Kau masak apa?" Soal Hakimi. Dia berlalu ke arah meja makan.
"Masak ayam masak lemak cili api, telur dadar dan sayur campur je." Jawab Mia. Dia mula mencedukkan nasi untuk Hakimi.
Ini lagi satu perkara baru bagi Mia. Sejak kejadian itu juga Hakimi kerap makan tengah hari di rumah. Mula-mula je bercakap, tanya 'masak apa.' Lepas tu dipulaunya Mia. Tapi Mia tak ambil pusing hal itu.
"Esok aku outstation ke Johor. Tiga hari. So, kau jaga rumah ni. Jangan bagi sesiapa masuk." Ujar Hakimi setelah selesai makan.
Mia diam memandang Hakimi. "Dengar tak?" Soal Hakimi.
Mia mengangguk. "Dengar."
"Dah, aku pergi dulu." Tanpa menunggu balasan dari Mia. Hakimi terus berlalu pergi.
Mia mengemas meja makan itu. Dia termenung. "So, aku seorang diri je la nanti dalam rumah besar ni?!" Mia mula terjerit.
Dia mempunyai autophobia yang bermaksud takut berseorangan. Tetapi, phobianya tidaklah terlalu teruk. Jika sesetengah pesakit/penghidap, dia akan menggigil, berpeluh dan takut untuk berseorangan. Ada juga yang takut untuk tidak dicintai atau ditinggalkan kekasih.
Tetapi bagi Mia, dia belum seteruk itu dan jika diikutkan dia tidak mempunyai phobia tersebut. Tetapi, apabila dia dapat tahu bahawa dia akan tinggal berseorangan di rumah ini.
Dia mula takut.
Dia mula berfikir hal bukan-bukan.
Apa jadi kalau orang Mr. Lee datang menculiknya?
Apa jadi kalau ada yang pecah masuk rumah dan membunuhnya?
Apa jadi kalau ayahnya datang?
Bermacam yang bermain di fikiran Mia ketika itu sehingga menggigil ketakutan badannya. Hakimi yang tertinggal barang di dalam rumah itu memandang pelik ke arah Mia.
"Kau kenapa?"
"ARGH!!!" Mia menjerit dan terus mencangkung dan menutup telingannya. Badannya menggigil hebat.
Hakimi mula kaget dan menghampiri Mia. Bahu Mia di sentuh tapi pantas di tepis kasar oleh Mia. "Jangan sentuh aku!" Mia menjerit sambil menangis teresak-esak.
"Hey, ni aku la. Hakimi." Ujar Hakimi cuba memujuk.
Mia memandang ke arah Hakimi. Mukanya dibasahi air mata dan bibirnya tercebek. "Awak!" Terus Mia memeluk erat badan Hakimi.
Hakimi kaget dengan tindakan Mia. Tetapi dia cuba untuk memujuk walaupun tidak tahu apa yang terjadi. "Syuhhh.... Aku ada dekat sini." Pujuk Hakimi sambil menggosok belakang badan Mia.
Hakimi mula terfikir. Apa yang ada di dalam fikiran Mia sehingga takut begini?
TBC