BAB 13

1128 Words
"ARGHHH!!!" Semua barang di dalam biliknya di baling ke dinding. "TAK GUNA! KENAPA MESTI DENGAN PEREMPUAN TU KIMI?!" Sarah mula menangis teresak-esak dan memeluk lututnya. TOK! TOK! TOK! "Buka pintu ni Sarah. Kenapa ni?" Soal Datin Fatin, ibu kepada Sarah. Sarah hanya diam dan terus menangis. Pintu di buka menggunakan kunci pendua dan terus Datin Fatin meluru ke arah Sarah. Badan Sarah di peluk erat apabila terlihat anaknya itu menangis dan biliknya bersepah. "Kenapa ni sayang?" Soalnya cuba mengorek rahsia. Sarah membalas pelukan tersebut dan tetap menangis. Dalam sedunya dia menjawab. "Hakimi mama. Dia nak kahwin dengan orang lain." Beritahunya. Datin Fatin mengusap belakang badan anaknya itu. Dia sudah mengetahui hal tersebut kerana baru sahaja di beritahu oleh Puan Mawar semalam. "Mama nak tanya, kenapa tak bagitahu mama yang kamu dan Hakimi sudah putus tunang?" Soal Datin Fatin. Sarah memandang ke arah ibunya. "Dari mana mama tahu?" Soalan di balas soalan. "Aunty Mawar bagitahu mama semalam. Katanya Hakimi yang nak putus sebab kamu buat hal. Apa dah jadi ni, Sarah?" Soal Datin Fatin lagi. Sarah tergelak sinis. "Sarah buat hal? Huh, dia tu yang buat hal! Dia tidur dengan perempuan lain! Dia tak berubah mama! Jantan tak guna tu dah tipu Sarah!" Jeritnya sambil menangis lagi. Datin Fatin cuba memujuk anaknya kembali. Tetapi Sarah tertawa secara tiba-tiba. "Mama tak perlu risau. Sarah okay." Ujar Sarah sambil tersenyum manis. Dain Fatin mula risau dengan sikap anak tunggalnya itu. "Betul ni?" Soalnya meminta kepastian. Sarah mengangguk yakin. "Mama tak perlu risau. Now, Sarah nak keluar dengan kawan nak lepaskan stress." Jawab Sarah dan berlalu untuk menukar pakaian. Walaupun Berasa pelik, Datin Fatin hanya berharap yang baik untuk anaknya. ##### Hakimi duduk di sofa sambil membelek majalah pengantin sementara menunggu Mia mencuba baju nikah dan persandingan mereka yang akan di adakan pada Sabtu depan. Hakimi tidak percaya mommynya dapat menyiapkan barang hantaran dan tempat untuk majlis persandingan. Mia keluar setelah mencuba baju. Hakimi memandang ke arah Mia. "Dah cuba?" Soal Hakimi. Mia mengangguk dan duduk di sofa hadapan Hakimi. "Kau okay tak ni?" Soal Hakimi lagi dan mendekati Mia. Mia mengangguk lemah. "Pening sikit je." Jawab Mia sambil mengurut pelipis dahinya. "Hm, jomlah balik dulu." Ajak Hakimi dan Mia menyikut tanpa membantah. Setelah menyelesaikan apa yang patut, mereka pulang ke rumah. Setibanya di rumah, Mia Terus berlalu ke biliknya dan berehat. Aisyah memandang ke arah Hakimi yang baru masuk ke dapur. "Mia mana, Tuan?" Soal Aisyah. "Ada dalam bilik dia. Pening katanya." Jawab Hakimi sambil meneguk air yang baru di tuang tadi. Aisyah mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik Mia. Pintu bilik di buka secara perlahan-lahan. Kelihatan Mia sedang berbaring di atas katil sambil melelapkan matanya. Perlahan-lahan Aisyah menghampiri Mia. "Kau okay tak ni, Mia?" Soal Aisyah sambil mengusap dahi Mia. "Eh, panas ni. Kau demam ke?" Soal Aisyah risau. Mia menggeleng. "Sikit je ni." Ujar Mia. Aisyah mendengus. "Sikit apanya? Panas teruk ni. Kau tu dah la mengandung. Kau tunggu sini kejap, aku pergi bagitahu Hakimi." Tanpa sempat Mia menahan, Aisyah sudah keluar dari bilik tidur tersebut. Seketika kemudian, Hakimi masuk ke dalam bilik dan duduk di birai katil sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Mia. "Kenapa tak bagitahu kau demam? Suka menyusahkan aku, kan?" Marah Hakimi. Mia hanya diam. "Hey, dengar tak aku cakap ni?" Soal Hakimi sambil menggoyangkan bahu Mia. Tetapi Mia tidak sedar dan dahinya berpeluh. Hakimi mula panik. "AISYAH! CALL DOKTOR SEKARANG!" Jerit Hakimi memberi arahan sambil cuba mengejut Mia lagi. Aisyah yang mendengar jeritan tersebut terus menghubungi doktor peribadi keluarga Tengku tersebut. Sementara menunggu doktor tiba, Hakimi meletakkan kain basah pada dahi Mia. Beberapa minit kemudian, doktor tiba dan memeriksa keadaan Mia. "Macammana, dok?" Soal Hakimi setelah Doktor Suraya keluar dari bilik Mia. Doktor tersebut tersenyum. "Syukur ibu dan bayi tidak apa-apa. Suhu badan Puan Mia tadi 38°C dan nasib baik Tengku letak kain basah untuk mengurangkan suhu badan naik memdadak. Jika suhu badan melebihi 39°C ianya sangat bahaya untuk bayi dan peratus keguguran sangat tinggi. Saya sudah beri Paracetamol pada Puan Mia tadi. Tapi pastikan selepas 24jam barubagi dia makan semula. Sebab ubat itu juga boleh membahayakan kadungan jika di ambil secara kerap dan berlebihan." Terang Doktor Suraya panjang lebar. "Alhamdulillah. Thanks doc." Ujar Hakimi. Dia tidak tahu mengapa dia mula sayang pada kadungan Mia tersebut. Mungkin kerana ianya dari benih dia sendiri. Doktor Suraya mengangguk. "Sama-sama. Kalau takde apa-apa lagi, saya balik dululah." Pamit Doktor Suraya dan Hakimi menghantarnya ke pintu. Setelah Doktro Suraya beredar, Hakimi mengarahkan Aisyah untuk masak bubur buat Mia. Hakimi masuk ke dalam bilik Mia dan duduk di birai katil Mia. Tangannya naik mengusap rambut Mia. Mia yang rasa terganggu membuka matanya sedikit. "Tidurlah, rehat. Aisyah tengah masak bubur untuk kau. Nanti dah siap aku kejut." Ujar Hakimi apabila tersedar dia sudah mengganggu Mia. Mia hanya diam memandang ke arah Hakimi. "Kau nak aku keluar ke? Takpelah, kau rehatlah. Aku tak ganggu." Baru sahaja Hakimi mahu bangun, Mia menahannya. Mulutnya di buka. Cuba untuk bercakap. "Teman saya tidur." Pinta Mia. Hakimi tersenyum dan mengangguk. Kemudian dia mengambil termpat di sebelah Mia. Mia memandang tepat ke dalam mata Hakimi. "Saya tahu ini salah, kita tiada ikatan yang sah lagi. Tapi..." Jeda. Hakimi menjongkitkan keningnya. "Tapi, apa, Sofea?" Soal Hakimi sambil mengusap rambut Mia. "Saya nak peluk." Jawab Mia perlahan. Pipinya sudah memerah kerana malu. Hakimi tertawa kecil. Kemudian dia menarik Mia masuk ke dalam pelukannya. "Aku pun tahu ini salah. Tapi aku tahu ini simptom orang mengandung." Ujar Hakimi. Mia tidak mejawab. Dia hanya diam. Matanya di pejam erat supaya air matanya tidak melimpah keluar. 'Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini.' Pinta Mia dalam hati. Hakimi mengintai wajah Mia yang di anggap sudah tertidur itu. "Aku akan cuba sayang kau, Sofea. Tapi aku tak janji aku akan berubah." Bisik Hakimi dan satu kucupan singgah di dahi Mia. ##### Puan Mawar melangkah masuk ke dalam villa anak sulungnya itu. Setelah mendapat khabar dari Aisyah bahawa Mia deman, dia terus bergegas ke sini. "Mana Mia?" Soal Puan Mawar setelah terlihat kelibat Aisyah di dapur. Aisyah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Mia. "Tengah tidur." Jawab Aisyah. Puan Mawar terus mendekati bilik Mia dan membuka pintu perlahan-lahan. Takut mengejutkan Mia yang sedang berehat. Tetapi lain yang berada di depan matanya. Kelihatan Hakimi memeluk Mia dan kedua mereka tertidur dengan tenang. Puan Mawar menghelakan nafasnya dan menutup pintu semula. Nak di kejut Hakimi, rasa serbasalah. Dia terus menuju ke dapur semula. "Dah berapa lama dioranh tidur?" Soal Puan Mawar yang sudah mengambil tempat di meja pulau. Aisyah memandang ke arah jam. "Tiga jam. Dari pukul dua tadi." Jawab Aisyah. Puan Mawar mengangguk. "Nanti bila diorang dah bangun, awak kemas baju Mia. Saya nak bawa dia balik ke villa saya." Arah Puan Mawar dan di jawab dengan anggukan oleh Aisyah. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD