BAB 14

1304 Words
"Tapi kenapa mommy nak bawa Sofea balik rumah sana? Biar je lah Sofea dekat sini." Bangkang Hakimi sekeras-kerasnya. Mana tidaknya, bangun dari tidur dia dikejutkan dengan kehadiran Puan Mawar di rumahnya itu. Pula tu, nak bawa Mia bersama pula pulang ke villa keluarganya. Puan Mawar menggelengkan kepala memandang anak sulungnya itu. Di meja makan ini Mia hanya mendiamkan diri dan menyuap bubur sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya. "Mia kan demam. Biarlah dia tinggal dengan mommy. Lagi pun kamu berdua dah nak menikah minggu depan. Tak elok nanti hilang seri pengantin. Kamu tu bukan boleh kira. Nanti mulalah ulat bulu naik daun. Nak menggedik dengan si Mia ni. Tunggu kamu berdua nikah dulu." Bebel Puan Mawar panjang lebar. Hakimi mendengus apabila mendengar bebelan ibunya. "Ye lah. Ambik la dia bawa balik villa sana." Ujar Hakimi mengalah dalam keterpasaan. Puan Mawar tersenyum kemenangan. "Mia, nanti siap-siap kita balik villa mommy." arah Puan Mawar. Tanpa membantah Mia mengangguk dengan arah tersebut. Dia menjeling ke arah Hakimi. Hakimi hanya membuat muka biasa walaupun di dalam hatinya sudah berbakul sumpah-seranah di lontarkan. ##### Mia melangkah masuk ke dalam Villa milik keluarga Tengku itu buat pertama kalinya. "Mia, bilik Mia ada dekat atas. Nanti Mia naik la berehat dekat atas. Mia masih depam ni. Sabtu depan dah nak nikah. Mia berehat dulu ya." Ujar Puan Mawar dengan lembut. Mia memengangguk. "Terima kasih." Ucap Mia dan melangkah mengikuti langkah Puan Mawar dari belakang untuk ke bilik. Setelah tiba di bilik, Mia terus merebahkan badannya ke atas katil. Dia masih berasa tidak sihat dan pening. Dalam tidak sedar, dia terlelap lagi. ##### "Mana barang yang aku suruh beli tu?" Soal Sarah kepada orang suruhannya. "Here." Orang tersebut menghulurkan plastik hitam kepada Sarah. Baru sahaja Sarah mahu mencapainya, orang tersebut menarik semula huluran tersebut. "Duit aku dulu." Ujar orang tersebut dan menghulurkan tangannya. Sarah menjeling dan mengeluarkan sampul surat yang berisi wang. "Hm, cukup?" Soal Sarah apabila orang tersebut memeriksa isinya. Orang tersebut tersenyum dan mengangguk. "Lebih dari cukup. Nah." Jawab orang tersebut dan menghulurkan plastik hitam tersebut. Sarah tersenyum apabila melihat isi di dalam plastik tersebut. "Thanks. Aku pergi dulu." Ujar Sarah. Tanpa menunggu jawapan dari si orang suruhan, Sarah terus keluar dari kereta tersebut dan berlalu ke keretanya. Sarah membelek botol kecil ditangannya sambil tersenyum sinis. "Huh, kau tunggu nanti Hakimi. Kau salah orang untuk sakiti." Ujar Sarah. Tidak lama selepas itu, air matanya mengalir deras jatuh ke pipi. "Aku sayang kau, Kimi!" Raung Sarah sambil menghentak stereng kereta berkali-kali. Tok! Tok! Tok! Sarah memandang ke arah kanannya, cermin kereta diturunkan. "Yes?" Soal Sarah sambil mengesat air matanya. "Are you okay, miss? Ada masalah ke?" Soal jejaka tersebut. Sarah menggeleng. "I'm okay." Jawab Sarah mendatar. Jejaka tersebut terus berlalu pergi apabila tiada apa yang dia boleh bantu. Sarah pandang semula ke arah bungkusan plastik di kerusi sebelah. "Aku akan pastikan majlis tu tak akan berlangsung." Monolog Sarah drngan penuh dendam. ##### Mia melangkah turun dari biliknya dengan perlahan-lahan. Dia menghampiri dapur. "Haih, dah petang baru turun?" Soal satu suara. Mia memandang ke arah suara tersebut. Ada seorang perempuan yang sedan duduk di meja pulau sambil memandang sinis ke arah Mia. Mia hanya diam dan menghampiri rak cawan untuk meminum air. "Apa tegur macam tu, Lieya?" Tegur Puan Mawar. Mia hanya diam. "Mia, meh duduk sini." Panggil Puan Mawar. Tanpa membatah, Mia menghampiri mereka. "Apa yang salahnya Mak Ngah. Betul la, dah petang gini baru nak turun. Macam ni nak jadi isteri Kimi?" Soal Lieya dengan selambanya. "Mia demam. Sebab tu Mak Ngah bawa dia tinggal sini. Kamu jangan nak salah faham pula." Terang Puan Mawar. Lieya hanya diam dan menjeling ke arah Mia. "Lieya bukan apa, cuma taknak pisang berbuah dua kali je." Ujar Lieya. Mia mengerutkan dahi dan memandang ke arah Puan Mawar dengan tanda tanya. Tetapi Puan Mawar hanya buat tidak tahu. "Eh Mia, malam ni Mia nak makan apa? Mia dah sihat sikit,kan?" Soal Puan Mawar menukar topik. Mia hanya tersenyum nipis. "Mia tak kesah nak makan apu pun. Lagi pun Mia dah okay sikit." Jawab Mia. Hanya melayankan sahaja. Dia tidak mahu memaksa kerana dia sedar kedudukannya di dalam rumah tersebut. ##### Selesai makan malam, Mia membantu pembantu rumah mengemas meja walaupun sudah berkali-kali di larang. "Mia, kenapa basuh pinggan ni? Biar je Bik Milah yang buat kerja. Kau tu pregnant. Nanti apa-apa jadi, along membebel pula." Tegur Hairul apabila masuk ke dapur untuk minum air. Mia tersenyum nipis. "Benda senang je. Bukan susah pun." Ujar Mia sambil membilas sudu yang terakhir. Kemudian dia duduk dihadapan Hairul di meja pulau. "Memanglah tak susah. Tapi kalau apa-apa jadi, aku juga yang kena." Bebel Hairul lagi. Mia mengangguk faham. "Iye, lepas ni tak buat dah." Ujar Mia sambil tersenyum. Hairul mengangguk. "Aku bukan apa, malas nak dengar along bising je." Terang Hairul. Baru sahaja Mia mahu membuka mulut, satu suara datang memintas. "Tak cukup dengan Hakimi, Hairul pun kau nak try ke?" Soal suara tersebut. Mereka berdua memandang ke arah suara tersebut. "Apa masalah kau, Lieya? Kami bersembang pun salah ke?" Soal Hairul tidak puas hati. Lieya tersenyum mengejek. "Huh lupa, adik beradik buaya. Memang la macam ni. Yang minah ni pula melayan je." Sinis Lieya. Mia hanya diam. Hairul yang perasan akan perubahan Mia, Hairul terus memandang ke arah Lieya. "Kalau kau datang sini sebab nak sikitkan hati Mia, baik tak payah. Dah malam, tak reti nak balik rumah sendiri ke?" Soal Hairul seakan-akan menghalau Lieya. Lieya menjeling Hairul. "Aku tidur sini." Jawab Lieya sambil bermain dengan telefon bimbitnya. Hairul tersenyum sinis pula. "Dah tahu menumpang, sibuk hal orang. Lainlah Mia ni, sah-sah akan jadi sebahagian dari keluarga ni. Dia pun tak macam kau." Sinis Hairul pula. Lieya merengus dan terus berlalu pergi dari situ. Mia memandang ke arah Hairul. Hairul memandang ke arah Mia. "Abaikan je minah gila tu. Dia suka dekat along. Tapi tak dapat sebab along bertunang dengan Sarah. Lepas tu bila dah putus, tup-tup along nak kahwin dengan kau pula. Tu yang meroyan tu. Tapi dia baik, jangan risau." Terang Hairul panjang lebar. Mia mengangguk faham. "Patutlah dia macam tak suka saya. Along awak pun bukan main ye ramai yang suka." Ujar Mia. Hairul tergelak. "Haih Mia, kami adik beradik ni buaya darat. Bukan along je, aku dan angah pun sama. Ramai yang minat." Ujar Hairul dengan nada riak. Mia hanya menggelengkan kepala. "Apa sahajalah." Kemudian mereka beredar dan naik ke bilik. Mia menyelesakan pembaringannya. Telefon bimbit di atas meja lampu di capai. "Uish, 30 miss call?" Mia terus memeriksa log panggilannya. Hakimi Buaya "Apa mamat ni nak?" Tanpa menunggu lama, Mia terus menelefon Hakimi semula. "Assalamualaikum." Tegur Mia apabila panggilan di jawab. "Waalaikumsalam, kau ke mana aku call tak jawab?" Soal Hakimi terus. Mia mengeluh. "Saya dekat bawah tadi. Telefon ada dekat dalam bilik. Kenapa awak call saya ni? Tak sampai sehari lagi saya dekat sini." Soal Mia. Hakimi membetulkan suaranya. "Saje je. Mana tahu kau nak menggatal pula dengan adik-adik aku dekat rumah tu. Ingat, lusa kita dah nak kahwin." Jawab Hakimi. Mia mengangguk walaupun Hakimi tidak dapat melihatnya. "Saya tahu lusa kita kahwin. Saya dekat sini, awak tak perlu risau. Awak dekat sana tu yang saya perlu risau. Dah la sorang-sorang je dekat sana. Saya tak tahu awak buat apa." Ujar Mia. Hakimi tergekal kecil. "Sofea, aku dekat sini tengah rindu kau, rindu baby dalam rahim kau tu." Ujar Hakimi. Tanpa Mia sedar, pipinya bertukar merah dan panas kerana malu. "Dah la, aku letak dulu. Bye, Assalamualaikum." Ujar Hakimi dan terus menamatkan panggilan. Mia terus berguling-guling di atas katil kerana malu. "Aaa... Kenapa? Kenapa Tengku Hakim Hakimi? Kenapa perlu buat aku rasa macam ni?" Soal Mia sambil menekup mukanya pada bantal. Sementara itu "Siot la Kimi, macammana kau boleh cakap macam tu tadi?!" Hakimi meraup wajahnya. Dia kemudian memandang wajahnya di dalam cermin. "Kau dah suka dia ke, Kimi?" TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD