BAB 15

1109 Words
"Semua dah siap?" Soal Puan Mawar di muka pintu bilik Mia. Mia yang sudah siap di dandan dan di make-up wajahnya memandang ke arah Puan Mawar melalui pantulan cermin. Puan Mawar melangkah masuk sambil tersenyum. "Cantiknya menantu mommy ni." Puji Puan Mawar. Mia tersenyum manis. "Terima kasih." Ujar Mia. "Sama-sama sayang." Ujar Puan Mawar sambil menyentuh bahu Mia. "Dah, jom kita bergerak ke masjid sekarang." Ajak Puan Mawar. Mia bangun dan bergerak turun ke bawah. Setibanya di bawah, mereka semua bersiap-siap membahagikan beberapa kumpulan untuk naik kereta dan bergerak ke masjid. Hakimi dan yang lain sudah tiba lebih awal berbanding pengantin perempuan. "Lama lagi ke pengantin perempuannya?" Soal Tok Iman yang menjadi wali kepada Mia nanti. Hakimi memandang ke arah adiknya, Haikal. "Lama lagi ke?" Bisik Hakimi. Haikal menggelengkan kepalanya. "Aku tak tahu, aku dah try call Hairul dengan mommy. Tapi dua-dua tak dapat." Ujar Haikal. Hakimi mula risau. Tiba-tiba salah seorang sepupu Hakimi masuk ke dalam masjid dalam keadaan termengah-mengah. "Pe-pengantin perempuan, Mak long dan Hairul... Kemalangan dan sekarang dalam perjalanan ke HBKL." Ujar jejaka tersebut. "Kenapa tak call?!" Marah Haikal. "Aku dah call, tapi takde yang jawab." Ujarnya. Hakimi yang mendengar khabar tersebut terus keluar dari masjid dan memecut laju ke arah keretanya untuk ke hospital. "Along tunggu!" Panggil Haikal dan turut mengejar langkah Hakimi. Setibanya di hospital, Hakimi terus melangkah ke wad kecemasan. "Pesakit bernama Mia Sofea." Ujar Hakimi terus ke kaunter pertanyaan. Nurse di situ tanpa banyak soal terus mencari nama tersebut. "Pesakit sekarang masih berada dalam bilik pembedahan." Ujar nurse tersebut. Hakimi mengangguk dan terus menuju ke arah bilik pembedahan. Di situ terdapat beberapa orang lagi yang menyertai rombongan tersebut, termasuk Aisyah. "Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Hakimi pada Aisyah. Aisyah memandang ke arah Hakimi di hadapannya. "Saya tak tahu. Masa tu kereta Tengku Hairul depan kami. Dekat satu selekoh tu Tengku Hairul tersasar dan terlanggar pokok jalan sebelah. Dan... Dan..." Air mata Aisyah mengalir deras. "Dan apa Aisyah?!" Soal Hakimi tidak sabar. "Kereta tu di langgar oleh lori. Kereta remuk. Ketiga-tiga mereka sedang di rawat sekarang." Sambung Aisyah dan menekup mukanya sambil menangis. Hakimi jatuh terduduk di situ. Haikal terus mendapatkan abangnya itu. "Sabar long. Banyakkan berdoa." Pujuk Haikal. Saudara-mara yang ada di situ turut berasa simpati atas apa yang telah terjadi. Setelah tiga jam menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik pembedahan. Hakimi dan yang lain terus menerpa ke arah doktor tersebut. "Macam mana dengan keadaan tunang, ibu dan adik saya?" Soal Hakimi. Doktor tersebut memandang ke arah Hakimi dan tersenyum. "Mari, kita bercakap di bilik saya." Ajak doktor itu dan Hakimi hanya menurut. Doktor tersebut duduk di tempatnya. "Sila duduk, encik jangan risau. Keadaan ibu dan adik encik tidak terlalu kritikal dan keadaan tunang encik sudah melepasi tahap kritikal. Tetapi, maafkan saya kerana tidak dapat menyelamatkan kandungan tunang encik. Dan ada kemungkinan bahawa tunang encik akan lumpuh, kesan kemalangan tersebut." Terang doktor itu panjang lebar. Hakimi tersandar pada kerusi dan meraup rambutnya ke belakang. Fikirannya kosong. Anak dalam kandungan Mia gugur, dan Mia berkemungkinan tinggi untuk lumpuh. "Tapi, keadaannya baik sahaja, kan?" Soal Hakimi meminta kepastian. Doktor tadi tersenyum nipis. "Pada masa sekarang, kita tidak dapat pastikan lagi. Kita perlu tunggu sehingga pesakit sedar untuk tahu keadaan lebih lanjut." Terang doktor itu. Hakimi mengangguk faham dan mempamitkan diri. Haikal terus mendapatkan Hakimi. Tengku Malik turut berada di situ. "Macam mana?" Soal Tengku Malik. Hakimi memandang si ayah. "Daddy tak perlu risau. Semua baik-baik sahaja. Takde yang terlalu kritikal." Jawab Hakimi setenang yang mungkin. Mereka menghelakan nafas lega. "Kimi nak ke wad Sofea dulu." Pamit Hakimi dan terus berlalu pergi. Mereka yang berada di situ tidak tahu mahu berkata apa lagi. Jarang Hakimi berkelakuan seperti ini. Sarah ketawa sepuas hati di apartmentnya. "Akhirnya! Mati juga perempuan tu!" Sarah menjerit riang sambil meneguk air haram di pegangannya. "Kau yakin yang Mia dah mati?" Soal Remi yang duduk di sofa hadapan Sarah. Sarah mengerutkan dahi memandang Remi. "Apa maksud kau?" Soal Sarah tidak puas hati. Remi tersenyum sinis. "Dia koma je sekarang ni. Tapi dengar cerita dia gugur." Jawab Remi selamba. "WHAT?!" Soal Sarah tidak percaya dan menghempas cawan ke atas meja. Remi mengangguk. "Yup, dia masih hidup. Macam mana dengan driver lori yang kau upah tu? Dia dah lari ke belum? Kalau belum, habis la kau." Ujar Remi. Sengaja menakut-nakutkan Sarah. Tetapi Sarah hanya duduk dengan tenang dan menuang lagi air haram ke dalam cawannya. "Driver tu dah mati." Ujar Sarah, selamba. "Wait, What, how?" Soal Remi ingin tahu. "I ask someone to kill him." Jawab Sarah dengan mudah. Remi mengerutkan dahi memandang ke arah Sarah. Sarah yang perasan akan pandangan tersebut tergelak besar. "Dude, orang sekarang semua nak kan duit. Kau 'suap' sikit je, ramai yang akan buat kerja untuk kau." Terang Sarah dengan senang hati. Remi menggelengkan kepala. "Gila." Itu sahaja yang keluar dari mulut Remi. Sarah melambai-lambaikan tangannya ke udara dan bangun menghampiri Remi. Remi hanya memandang tindak-tanduk Sarah. Sarah duduk di atas riba Remi. "Lupakanlah pasal hal tu. Remi, I want you." Ujar Sarah dan mencium leher Remi. Remi pula hanya melayan. Hakimi duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Mia. Tangan Mia di genggam erat. Dia memerhatikan keadaan Mia ketika itu. Dengan kepala berbalut, muka lebam, tangan di simen. Sungguh menyayat hati. Tangan Mia di kucup kejap. "Aku tak tahu apa jadi dengan aku sekarang, Sofea. Kenapa aku perlu risaukan kau, sedangkan kau hanya perempuan simpanan yang terpaksa aku kahwini pada hari ni. Tapi..." Kata-katanya terhenti di situ. Dia memandang ke arah wajah Mia yang pucat. "Tapi, aku sendiri tak faham dengan perasaan aku sekarang. Sama ada sebab aku sayangkan kau atau aku cintakan kau." Sambung Hakimi. Kemudian dia hanya mendiamkan diri di situ. Bunyi pintu yang terbuka langsung tidak menarik perhatiannya. Bahunya di sentuh dari belakang, Hakimi menoleh. "Angah." Sapa Hakimi. Haikal tersenyum nipis. "Kau balik la dulu, long. Mandi, tukar baju, alas perut tu dulu. Dari pagi kau pakai baju pengantin ni." Tegur Haikal. Hakimi menggeleng. "Kau nak balik, kau baliklah dulu. Aku nak temankan Mia. Alang-alang tu, kau bawakan sahaja baju aku ke sini. Aku mandi di sini sahaja." Ujar Hakimi, tegas tidak mahu balik ke rumahnya untuk berehat. Haikal menghelakan nafasnya. "Iyalah, nanti aku bawakan baju dan makanan untuk kau. Tapi kau kena ingat, kesihatan kau pun penting juga. Jangan sebab kau risaukan Mia, kau lupa jaga kesihatan kau." Tegur Haikal. Hakimi mengangguk. "Iya, aku tahulah. Aku bukan budak kecik lagi. Dah, blah kau sana." Halau Hakimi. Haikal menumbuk perlahan bahu abangnya itu. "Hm, nanti apa-apa call je aku." Pasan Haikal sebelum keluar dari wad VIP itu. Hakimi hanya diam dan tetap seperti tadi, menggenggam tangan Mia seperti tiada hari esok lagi baginya. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD