BAB 16

1022 Words
Sudah sebulan Mia terlantar di atas katil hospital. Sebulan itu juga Hakimi akan berulang-alik pejabat ke hospital. Sejak Mia koma, Hakimi jarang pulang ke rumah. Kecuali dia betul-betul penat. Itu pun boleh di kira dengan tangan berapa kali dia balik ke rumah. Hakimi merehatkan dirinya di atas sofa. "Huh Sofea, bila kau nak sedar?" Soalan yang tiada siapa tahu jawapannya. Hakimi bangun dari duduknya dan menghampiri katil Mia. Kerusi di sebelah katil di tarik dan di duduk. Tangan Mia di capai dan di genggam kejap. "Bangunlah Sofea. Sampai bila kau nak 'tidur'? Aku tahu kau boleh dengar aku. Cuma kau tak boleh buka mata sahaja. Walaupun aku dah cakap sebelum ni, aku tetap nak minta maaf. Aku sendiri tak tahu siapa punya angkara yang sanggup potong brek kereta Hairul. Sebab brek tak berfungsi, kau jadi macam ni. Mommy dah sedar semalam, syukur sangat. Hairul pun dah sedar dua minggu lepas. Tapi, kenapa kau perlu 'tidur' selama ini, Sofea?" Tangan Mia dirapatkan ke dahi. "Bangunlah, sayang." Sambung Hakimi. Tok... Tok... Tok... Hakimi memandang ke arah pintu, kelihatan Hairul melangkah masuk bersama tongkatnya. Disebabkan kemalangan, kaki kiri Hairul patah. "Achik, kau tak sihat lagi. Kenapa datang sini sorang-sorang?" Soal Hakimi dan terus mendapatkan adik bongsunya itu. Hairul tersenyum nipis. "Takdelah teruk sangat. Aku still boleh jalan. Lagi pun bosan la duduk terperap je dalam bilik tu. Kau bukan nak teman aku. Tiap-tiap hari teman Mia. At least teman la aku sekejap." Ujar Hairul dengan nada rajuk. Hakimi tertawa kecil. "Dari teman kau, baik aku teman Sofea. Hm, duduklah dulu. Teman Sofea sekejap. Aku nak mandi." Ujar Hakimi setelah membantu Hairul duduk di sofa. Hairul mengerutkan dahi dan memandang sekeliling bilik VIP tersebut. "Kau berkampung dekat sini ke, long?" Soal Hairul. Mana tidaknya, meja didepannya penuh dengan kertas kerja syarikat. Baju juga di merata tempat. Hakimi menggosok tengkuknya. "Aku risau nak tinggalkan Sofea dekat sini seorang diri." Jawab Hakimi. Hairul menggelengkan kepalanya. "Aisyah mana? Kenapa tak suruh dia je yang jaga Mia?" Soal Hairul lagi. Hakimi menghelakan nafasnya. "Huh, Aisyah jaga Sofea waktu aku ke pejabat sahaja. Bila aku dah sampai sini, aku suruh dia balik rumah. Alaa, biarlah. Bukan selalu." Jawab Hakimi dan terus berlalu masuk ke dalam bilik air. Hairul menggelengkan kepala. Dia nampak perubahan pada Hakimi sejak kemalangan tersebut. Abangnya itu nampak lebih bertanggubgjawab dan sudah jarang menjejakkan kaki ke kelab malam. Kadang, dia terfikir juga. Adakah ini hikmah di sebalik kejadian yang berlaku? ##### Mia memandang sekelilingnya. Semuanya putih. Seperti dia terperangkap di suatu tempat yang luas dan tiada penghujungnya. Pada penglihatannya, ternampak suatu susuk yang dia sangat kenali dan dia rindu. "Ibu, itu ibu ke?" Soal Mia sambil cuba mendekati susuk tersebut. Apabila sudah dekat, jelas itu ialah ibunya. "Ibu." Panggil Mia dengan sayu. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Wanita yang bergelar ibu itu tersenyum. "Iya sayang, ini ibu." Ujar ibu sambil mengelus wajah Mia dengan lembut. Air mata Mia tidak berhenti mengalir. Dia terus menarik tubuh tersebut ke dalam pelukannya. "Mia rindu ibu. Mia nak tinggal dengan ibu. Mia taknak tinggal dengan ayah. Ayah jahat. Dia jual Mia." Adu Mia seperti anak kecil. Ibu melonggarkan pelukan tersebut dan tersenyum manis kepada Mia. "Jangan menangis sayang. Mia kena kuat dengan ujian ni. Mia tak boleh mengalah." Pujuk ibu. Mia mengangguk. Baru sahaja Mia mahu membuka mulut sekali lagi, seorang kanak-kanak berusia lingkugan 5 tahun menarik baju Mia. Mia memandang ke arah kanak-kanak di sebelahnya. "Mama." panggil kanak-kanak tersebut. Mia melutut dan mengusap kepalanya. "Iya, nama kamu siapa? Kenapa ada dekat sini?" Soal Mia, polos. Kanak-kanak itu tersenyum manis. "Muhammad minta maaf sebab tak kuat ada dalam rahim mama. Kesan kemalangan tu buat Muhammad tak dapat bertahan." Ujar kanak-kanak itu. Mia mengerutkan dahi. "Kemalangan?" Monolog Mia. "Mia, bangun sayang. Ramai yang tunggu Mia di sana. Mia perlu sedar dan kembalikan keadaan seperti sedia kala." Ujar Ibu. Setelah puas berfikir untuk memahami keadaan, Mia memandang semula ke arah kanak-kanak itu. "Muhammad, anak mama?" Soal Mia. Matanya sudah berkaca-kaca. Kanak-kanak itu tersenyum dan mengangguk. Mia terus menarik Muhammad ke dalam pelukannya. "Maafkan mama sayang. Maafkan mama." Ujar Mia bersama sendunya. Muhammad membalas pelukan tersebut. "Mama kena kuat. Muhammad tunggu mama dan papa di syurga." Pujuk Muhammad. Mia hanya mengangguk. ##### Hakimi melangkah keluar dari wad Mia untuk ke kafe hospital bagi mengalas perutnya. Tanpa dia sedar, seseorang melangkah masuk ke dalam wad tersebut setelah dia menjauh. "Haih Mia, kenapalah kau mesti hidup lagi?" Soal orang itu sambil mengelus rambut Mia. Dia tersenyum sinis dan berdiri tegak semula. Dia mengeluarkan jarum suntik dari dalam poket sweaternya. "Tapi sayang, kau akan mati nanti." Dia membuka penutup jarum itu dan mengampiri water drip Mia. Baru sahaja dia mahu menyuntik racun itu ke dalam pek air itu, pintu terbuka dari luar. Dia terus menyimpan jarum suntiknya ke dalam poket semula. "Cik, cik kenalan pesakit ke?" Soal jururawat tersebut. Orang tadi menundukkan wajahnya bagi menyembunyikan wajahnya dari di lihat dalam kebawahkan lagi topinya. "Iya, tapi saya keluar dulu." Ujar orang tersebut dan terus berlalu pergi. Ketika berada di pintu, dia berselisih dengan Hakimi. Tetapi dia terus berlalu pergi dengan pantas. Hakimi melangkah masuk ke dalam wad. "Siapa tadi tu?" Soal Hakimi kepada jururawat yang berada di dalam bilik tersebut. Jururawat itu menggeleng. "Saya tak pasti. Tapi katanya dia kenalan Cik Mia." Jawab jururawat tersebut. Hakimi meletakkan bungkusan makanan di atas meja dan menghampiri katil Mia. Tangan Mia di genggam. Tiba-tiba dia terasa seperti genggamannya di balas oleh Mia. Dia terus memandang wajah Mia. "Sofea, kau dah sedar ke?" Soal Hakimi sambil menyentuh bahu Mia. Perlahan-lahan Mia membuka matanya dan memandang ke arah siling. Kemudian dia memandang ke arah Hakimi dan jururawat yang berada di situ. "Siapa?" Soal Mia. Hakimi kelihatan terkaku. Jururawat itu terus berlari keluar untuk memanggil doktor. Hakimi memandang ke dalam mata Mia. "K-kau lupa aku, Sofea?" Soal Hakimi tidak percaya. Mia hanya memberikan riak kosong sebagai jawapan. Doktor melangkah masuk dan menghampiri katil Mia. "Encik, sila tunggu di luar dahulu sementara saya periksa keadaan Cik Mia." Arah doktor itu. Tanpa membantah, Hakimi keluar dari wad tersebut. Hakimi menyandar pada dinding di luar wad. "Ya Allah... Tolonglah jangan tambah lagi dugaan aku ni." Doa Hakimi. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD