BAB 17

983 Words
Doktor keluar dari wad Mia. "Doktor, macamman dengan keadaan tunang saya?" Soal Hakimi. Doktor itu tersenyum nipis. "Mari kota masuk dulu." Ajak doktor tersebut dan dituruti oleh Hakimi. Apabila tiba di katil Mia, doktor tersebut menegur Mia. "Mia, awak ingat dia?" Soal doktor itu. Mia memandang ke arah Hakimi yang berdiri di sebelahnya. Kemudian dia menggeleng perlahan. "Tak." Hanya itu sahaja jawapannya. Mendengar jawapan itu sudah membuatkan hati Hakimi hancur. "Sofea, seriuslah kau tak ingat aku?" Soal Hakiki tidak puas hati. Mia hanya menggeleng perlahan. Hakimi sudah meraup rambutnya kebelakanh dan berjalan ke hulur-ke hilir di dalam wad itu. "Awak siapa? Saya ada dekat mana ni?" Soal Mia. Doktor yang berada di situ tersenyum nipis kepada Mia. "Mia sekarang ada di hospital. Mia ingat tak umur Mia berapa?" Soal doktor itu. Mendengar soalan itu membuatkan Mia berfikir dan Hakimi menumpukan perhatian kearah Mia semula. "Umur saya 19 tahuh." Jawab Mia bersama wajah polosnya. Hakimi sudah tergamam. Doktor itu mengangguk dan menyalin sesuatu di bukunya. "Ada apa-apa yang Mia ingat?" Soal doktor itu lagi. Mia kelihatan seperti cuba berfikir. "Saya bekerja di sebuah kedai buku dan bila saya balik, ayah pasti akan marah saya." Jawab Mia. Doktor itu mengangguk lagi. "Ada apa-apa peristiwa yang seronok Mia ingat?" Soalnya lagi. Mia mengangguk dan tersenyum manis. "Saya, ibu dan ayah sambut hari lahir saya pada umur 10 tahun buat kali terakhir. Masa tu kami bahagia sangat." Jawab Mia dan matanya sudah berair. "Baiklah, Mia berehat dulu. Tenangkan fikiran. Kalau ada apa-apa tekan ie butang merah tu. Nanti nurse akan datang." Ujar doktor itu dan mendapat anggukan dari Mia. "Tuan Hakimi, mari kita ke bilik saya." Ajak doktor itu. Hakimi hanya mengangguk dan mengikut langkah doktor itu dari belakang. ##### "Sh*t!!! Kenapalah time tu jugak nurse tu nak muncul?!" Jerit Sarah stereng kereta itu di pukulnya berkali-kali. "Takpe, kau terlepas kali ni. Next time aku akan pastikan kau mati, Mia." Tekat Sarah dan terus memecut laju keretanya meninggalkan hospital tersebut. ##### "Jemput duduk Tuan." Sapa doktor itu. Hakimi mengambil tempat di hadapan doktor tersebut. "Seperti yang kita dengar tadi, Mia mempunyai masalah ingatannya. Dia hanya ingat sehingga umurnya 19 tahun. Apa yang terjadi selepas itu dia tidak ingat." Ujar doktor tersebut. "Jadi, dia ada peluang untuk ingat semula tak doktor?" Soal Hakimi. Doktor itu tersenyum. "Kita boleh bantu dia untuk ingat semula dengan bawa dia ke tempat-tempat yang dia selalu pergi. Selain itu, mungkin gambar-gambar lama dapat membantu memulihkan semula ingatannya." Cadang doktor tersebut. Hakimi kelihatan seperti berfikir seketika. "Baiklah, terima kasih doktor." Ujar Hakimi dan mempamitkan dirinya. ##### "Haikal." Panggil Puan Mawar. Haikal yang sedang duduk di sofa wad ibunya itu memandang ke arah Puan Mawar. Haikal mencapai tongkatnya dan menghampiri Puan Mawar. "Ye mommy, ada apa?" Soal Haikal dan duduk di birai katil ibunya. "Macammana keadaan Mia?" Soal Puan Mawar. Haikal menjongkitkan bahunya. "Angah pun tak tahu mommy." Jawab Haikal sambil menghayun-hayunkan kakinya yang bersimen itu. Puan Mawar kelihatan seperti termenung. Haikal yang sedar akan perubahan ibunya itu terus menegur. "Mommy tak perlu risau sangatlah. Angah yakin takde yg teruk pun." Pujuk Haikal. Puan Mawar menggeleng. "Mommy rasa bersalah. Mommy yakin keadaan Mia teruk. Lagipun lori tu langgar bahagian Mia, bukan kita." Ujar Puan Mawar meluahkan kegelisahan hatinya. Haikal menggenggam tangan ibunya. "Insyaallah, takde yang serius. Kita doa banyak-banyak supaya Mia okay." Pujuk Haikal lagi. Puan Mawar mengangguk. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi pintu di ketuk dan seseorang melangkah masuk. Mereka berdua memandang ke arah orang tersebut. "Hakimi." "Along." Tegur mereka berdua. Hakimi memandang ke arah ibu dan adiknya. Secara tidak sengaja, air matanya gugur dihadapan mereka berdua. Laju sahaja Haikal berusaha menghampiri abangnya itu. "Kau kenapa ni long?" Soal Haikal setelah menghampiri berjaya abangnya. Dia menggosok belakang badan Hakimi. "Sofea..." "Dia....." Mereka berdua sabar menunggu jawapan dari Hakimi. "Kenapa dengan Mia, Hakimi?" Soal Puan Mawar. "Dia hilang ingatan. Kepala dia terhantuk terlalu kuat." Jawab Hakimi. "Allah." Mereka berdua terkejut dengan kabar tersebut. "Jadi, macammana keadaan dia sekarang?" Soa Puan Mawar. Jelas riak risau diwajahnya. "Dia ingat umur dia 19 tahun." Jawab Hakimi. "Mommy nak jumpa dia." Ujar Puan Mawar dan bangun dari katilnya. Keadaannya sudah stabil. Tetapi tetap lemah akibat kemalangan tersebut. Hakimi terus mengambil kerusi roda dan membantu Puan Mawar untuk duduk di atasnya tetapi di tolak. "Mommy nak berjalan" Ujar Puan Mawar dan anak-anaknya hanya menurut. ##### Mia duduk termenung di atas katil wadnya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi pada dirinya. Tiba-tiba pintu terbuka dari luar dan muncullah mereka bertiga tadi. "Mia." Sapa Puan Mawar. Mia hanya memandang kosong ke arah mereka. "Mia apa khabar?" Soal Puan Mawar setelah duduk di atas kerusi di sebelah katil Mia. "Saya baik-baik sahaja, puan." Jawab Mia. Puan Mawar tersenyum nipis. Tangan Mia diraih dan digenggam erat. "Panggil je mommy. Taknaklah ber-puan bagai ni." Arah Puan Mawar. Mia hanya mengangguk. "Mia, ingat mommy?" Soal Puan Mawar lagi. Mia merenung wajah tua itu. Tidak lama selepas itu dia menggeleng. Puan Mawar tersenyum hambar. "Takpe, nanti kita pulihkan ingatan Mia sama-sama." Pujuk Puan Mawar. Mia mengangguk, kemudian memandang ke arah Hakimi yang merenungnya dari tadi. Haikal yang perasan hal itu hanya diam memandang. "Eh, Mia dah makan?" Soal Puan Mawar, cuba menghilangkan kesunyian yang tercipta. Mia memandang ke arah Puan Mawar. "Belum lagi." Jawab Mia sambil menyentuh perutnya. Puan Mawar tersenyum. "Haa, Hakimi pergi bungkus makanan. Kita makan dekat sini sama-sama." Arah Puan Mawar. Hakimi mengerutkan dahi. "Perlu ke pergi beli? Tak boleh ke order online je?" Rungut Hakimi. Puan Mawar menggeleng. "No no no... Kamu pergi beli sana, angkut sekali Haikal ni. Mommy nak bersembang dengan Mia dulu." Bangkang Puan Mawar. Dalam keterpaksaan, Hakimi akur dan berjalan keluar bersama Haikal. Apabila kelibat dua orang itu menghilang, Mia menyentuh tangan Puan Mawar. "Mommy." Panggil Mia. Puan Mawar memandang ke arah Mia. "Ya sayang, kenapa?" Sahut Puan Mawar. "Mia ada sesuatu nak bagitahu." Ujar Mia. Puan Mawar mengeutkan dahinya. "Nak bagitahu apa tu?" Soal Puan Mawar. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD