BAB 18

1014 Words
"Seronok betul bersembang." Tegur Hakimi bersama dua bungkus plastik makanan di tangannya. Mia dan Puan Mawar terus terdiam dan memandang ke arah pintu. "Sembang hal perempuan je. Kamu tak perlu tahu. Tu, kamu beli apa?" Soal Puan Mawar sengaja menukar topik. "Along beli nasi goreng je mommy." Sampuk Haikal yang berada di belakang Hakimi. Hakimi menjeling. "Baguslah aku nak belikan nasi goreng. Dari aku suruh je makan makanan hospital ni haa. Kau juga yang merungut tak sedap." Bebal Hakimi. Puan Mawar menggelengkan kepala. "Dah, tak payah nak bergaduh, jom makan." Tegur Puan Mawar. Tanpa mebantah mereka akur. ##### Lieya menarik kerusi dihadapan Sarah dan melabuhkan punggungnya. "Hm, ada apa kau nak jumpa aku ni?" Soal Lieya sambil berpeluk tubuh. Sarah hanya membuat muka selamba sambil menyedut airnya. "Saja nak jumpa kau. Kenapa, tak boleh?" Soal Sarah kembali. Lieya mengeluh. "Huh, kalau kau nak buang masa aku. Aku gerak dulu." Ujar Lieya dan terus mencapai beg tangannya. "Eh, sabarlah. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Halang Sarah. Lieya kembali duduk ditempatnya. "Hm, cepat sikit. Aku takde masa nak layan perempuan gila macam kau ni lama-lama." Arah Lieya. Sarah tertawa sinis. "Hey, perempuan gila ni jugalah kawan kau, tahu?" Soal Sarah. Lieya menjeling. "Itu dulu, sebelum aku tahu kau rapat dengan aku sebab Hakimi. Now, buat apa aku nak berkawan dengan kau lagi?" Soalan di balas soalan. "Whatever Lieya. Now, aku malas nak ambil tahu pasal kisah lama kita. Aku just nak minta toong kau sesuatu je sekarang ni." Ujar Sarah menukar topik. "Tolong apa?" Soal Lieya mendatar. Sarah tersenyum dan mengeluarkan satu botol kecil dan diletakkan di atas meja. "Mudah, pastikan Mia makan racun ni." Jawab Sarah tanpa perasaan. Membuntang mata Lieya mendengarnya. "Sah kau gila. Kau ingat aku akan buat semua ni untuk kau?" Soal Lieya tidak puas hati. "Oh, taknak buat?" Soal Sarah dan mengeluarkan satu sampul surat. "Apa ni?" Soal Lieya. "Kau tengoklah sendiri." Arah Sarah. Lieya mengeluarkan isi sampul tersebut. Tangannya menggeletar melihat gambar-gambar yang di edit supaya kelihatan sama seperti wajahnya. "Damn! Apa semua ni?!" Jerit Lieya. Dia tidak menghiraukan mata yang memandang. Apa yang dia tahu, hatinya terbakar oleh perbuatan Sarah. Sarah tersenyum sinis. "Well, do your job or I will spread this picture to your parents and social media." Ugut Sarah. Lieya kembali duduk dan memandang ke arah botol kecil di atas meja mereka. "Aku..." ##### Puan Mawar dan Haikal telah balik ke wad mereka semula. Kini, tinggallah Mia dan Hakimi berdua sahaja di dalam wad VIP tersebut. Suasana sunyi menemani mereka berdua. "Ehem, kau betul-betul tak ingat aku?" Soal Hakimi mencari topik, sekaligus memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Mia tenung muka Hakimi lama-lama sehingga membuatkan Hakimi berasa tidak selesa. "Asal kau pandang aku macam tu?" Soal Hakimi. Mia tersenyum manis dan menggeleng. "Takde apa, saje nak menikmati ciptaan Allah yang ada di depan saya ni. Kenapa, tak boleh ke?" Soal Mia kembali. Hakimi menggosok tengkuknya. "Bukan tak boleh, tapi kau mana pernah nak tenung aku macam tu." Dalih Hakimi. Terlepas tawa Mia melihat reaksi Hakimi. Hakimi memandang Mia pelik. "Kenapa kau gelak?" Soal Hakimi. Mia menggeleng. "Telinga awak merah gila. Eceh.... Awak malu eh?" Ejek Mia. Laju Hakimi menggosok telinganya. Bertambah kuat tawa Mia. "HAHAHAHAHAH muka awak merah gila." Ejek Mia lagi. "Ish, dah la aku nak ke tandas sekejap." Ujar Hakimi dan terus berlalu ke tandas. "Eleh, nak larilah tu." Ujar Mia sedikit menjerit. "Diamlah!" Sahut Hakimi. Mia tersenyum melihat pintu tandas yang sudah tertutup rapat itu. 'Kalaulah awak tahu perasaan saya.' Monolog Mia. Di dalam tandas, Hakimi merenung wajahnya di dalam cermin. Kemudian dia tersenyum sendiri. "Well, sekurang-kurangnya dia nak bercakap dengan aku lagi dan masih nak senyum." Ujar Hakimi. "Tapi, what if one day she know that I buy her? Ish, tak payah fikir lagilah pasal tu. Sekarang ni aku kena pastikan dia bileh terima aku je sekarang ni." Ujar Hakimi lagi. Dia kemudian mencuci mukanya dan keluar dari tandas. Mia tersengih memandang ke arah Hakimi. "Dah la, janganlah pandang aku macam tu, Sofea." Arah Hakimi. Mukanya kembali merah. Mia tertawa lagi. "Okay-okay sorry." Ujar Mia mengalah. Senyumannya makin pudar. Dia menatap wajah Hakimi sedalam-dalamnya. "Kenapa pandang aku macam tu? Ada something ke dekat muka aku?" Soal Hakimi sambil meraba wajahnya. Mia menggelengkan kepala. "Saya cuma tertanya-tanya, kita ni rapat sebagai apa? Kenapa awak rajin jaga saya?" Soal Mia. Hakimi menghelakan nafasnya dan menghampiri Mia. Punggungnya dilabuhkan di pinggir katil Mia. "Kalau aku jawab ni, kau jangan terkejut ya?" Pinta Hakimi. Mia hanya mengangguk. Hakimi menarik nafas sedalam-dalamnya. "Aku tunang kau. Hari kau kemalangan, sepatutnya kita kahwin hari tu dan..." Hakimi berhenti seketika. Mia menjongketkan keningnya. "Dan, apa?" Soal Mia. Dia cuba untuk bertenang. "Dan kau sebenarnya mengandungkan anak aku masa tu." Jawab Hakimi senafas. Mia bungkam mendengar jawapan tersebut dan tiba-tiba ketawa. "Ha... Ha... Haahhahahaha.... Awak ni pandai betul buat lawak, kan? Tak kan lah saya nak mengandung sebelum kahwin pula?" Soal Mia. Tetapi air matanya mengalir juga. Hakimi yang sedar hal tersebut terus menarik Mia ke dalam pelukannya. "Aku minta maaf. Aku pun sebenarnya taknak bagitahu kau sekarang. Maafkan aku. Maafkan aku, Sofea." Pinta Hakimi sambil mengusap belakang badan Mia. Mia menolak Hakimi perlahan sambil menggeleng. "Saya nak marah pun tak guna dah. Benda dah jadi. Tak kan saya nak tolak takdir pula, kan?" Ujar Mia sambil tersenyum ikhlas. Hakimi mengusap pipi Mia. Dia mendekatkan wajahnya ke arah Mia sambil matanya tertumpu pada bibir gadis itu. Mia pula hampir merelakan perbuatan Hakimi itu tersedar dan terus menolak badan Hakimi kuat. Hakimi yang terkejut dengan penolakan Mia itu terus berdiri dan sedar akan perbuatannya. Rambutnya diserabutkan. "Maaf, aku keluar dulu." Ujar Hakimi mempamitkan diri dan terus keluar dari wad itu tanpa menunggu jawapan dari Mia. Setelah kelibat Hakimi menghilang, Mia meraub wajahnya. "Ya Allah... Mudah sunggu aku tersungkur." Ujar Mia. Manakala Hakimi terus memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Kepalanya di geleng beberapa kali. "Teruk betul kau ni, Kimi. Member tu baru je sedar kau dah gelojoh macam ni. Tahulah rindu." Ujar Hakimi. Tetapi dia seakan tersedar sesuatu. "Rindu? Aku rindukan Mia Sofea? Betul ke?" Soal Hakimi kepada diri sendiri. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD