BAB 19

1093 Words
Lieya melangkah masuk ke dalam wad Mia bersama makanan ditangannya. "Hey Mia." Sapa Lieya sambil tersenyum. Mia memandang ke arah Lieya dengan muka pelik. "Hey, erm awak siapa ya?" Soal Mia bersama senyuman kekok. "Aku Lieya lah. Cousin Hakimi." Ujar Lieya dan meletakkan bungkusan makanan di atas meja. Mia hanya mengangguk. "Oo maaflah, saya tak kenal." Pinta Mia. Lieya menggelenglan kepalanya. "Eh, takpe. Hakimi ada bagitau yang kau hilang ingatan." Ujar Lieya. Mia hanya mengangguk faham. "Aku ada bawa makanan ni. Makanlah, aku tak boleh lama dekat sini. Lepas ni ada photoshoot pula. Sorry tak boleh melawat kau lama-lama. Aku balik dulu." Pelawa Lieya. Mia tersenyum manis. "Terima kasih. Susah je bawakan makanan untuk saya." Ujar Mia sambil membelek bungkusan yang di bawa oleh Lieya tadi. "Takde yang susah pun. Aku beli, bukan masak sendiri. Okaylah, aku gerak dulu." Pamit Lieya dan terus berlalu pergi. Mia membuka plastik makanan yang di bawa oleh Lieya tadi. "Wah, nasi goreng kampung." Ujar Mia teruja. Sudu plastik di capai, setelah membaca doa makan, dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. ##### Hakimi melangkah masuk ke dalam wad Mia dengan wajah gembira. "Sofea, aku ada-" Hakimi tercengang melihat Mia meringkuk di atas katil. Dia terus berlari mendapatkan Mia. "Sofea, hey kenapa ni?" Soal Hakimi sambil menepuk pipi Mia dan mengelap peluh di dahi Mia. Mia hanya menggeleng. Tidak lama selepas itu, Mia berlari ke tandas dan memuntahkan isi perutnya. Hakimi pula setia menggosok belakang badan wanita itu. "Kau makan apa sampai jadi macam ni?" Soal Hakimi, risau. Setelah muntaj, Mia mencuci mulutnya dan menggeleng. "Saya tak tahu. Saya makan nasi goreng je tadi." Jawab Mia. Hakimi membantu Mia berjalan ke arah katilnya. "Nasi goreng datang mana pula? Siapa bagi?" Soal Hakimi lagi setelah membaringkan Mia. "Lieya yang bagi tadi." Jawab Mia. Hakimi mengelengkan kepalanya kesal. "Dah, kau tunggu sini. Aku pergi panggil doktor." Tanpa menunggu lama, Hakimi terus keluar dari wad dan mendapatkan doktor. Setelah beberapa minit Hakimi menunggu, doktor keluar dari wad Mia. "So, kenapa dengan dia?" Soal Hakimi ingin tahu. "Dia keracunan makanan. Nasi goreng tadi saya dah minta nurse bawa ke makmal untuk memastikan sebabnya. Tuan tak perlu risau." Ujar doktor itu. "Jadi, dia akan di tahan wad lagi?" Soal Hakimi lagi. Doktor itu tersenyum nipis. "Tuan jangan risau, kami hanya tahan dia untuk beberapa hari lagi. Setelah pastikan dia betul-betul pulih, dia sudah beloh keluar dari wad." Ujar Doktor itu lagi. Hakimi menghembuskan nafas lega. "Baik, terima kasih doktor." Ujar Hakimi setelah doktor itu mempamitkan diri. Setelah itu, dia melangkah masuk ke dalam wad. Dia menghampiri Mia dan duduk di birai katil. Kepala Mia di usap lembut. Dia memerhatikan setiap inchi wajah tunangnya itu. Dari mata, turun ke hidung, pipi dan bibir. Lama matanya terpaku di bibir kering itu. Bibir yang dikucupnya setiap kali nafsunya naik. Laju Hakimi mengalihkan pandangannya dan meraup wajahnya. "Astaghfirullah. Hakimi, kau dah janji nak bertaubat, kan?" Ujar Hakimi kepada diri sendiri. Dia terus berdiri dan melangkah tandas untuk mengambil wuduk dan mendirikan solat. ##### PANG! Terteleng kepala Lieya akibat di tampar oleh Sarah. "Aku dah bagi kau racun tu, guna je lah! Yang kau pergi letak racun tikus tu kenapa?!" Tengking Sarah. Lieya tergelak. "Hahahahahaha... Kau ingat aku bodoh sangat nak biarkan tunang sepupu aku mati?! Aku lebih rela tanggung malu dari bunuh oranglah!" Tengking Lieya kembali. Rambut Lieya di tarik kasar oleh Sarah. "Kau memang tak takut dengan aku, kan?" Soal Sarah. Lieya hanya tersenyum sinis memandang ke arah Sarah. "Untuk apa aku takut dengan kau?" Soal Lieya berani. Kepala Lieya di hantuk ke dinding. "Sarip!" Panggil Sarah. Lelaki yang bernama Sarip itu melangkah masuk ke dalam bilik itu. "Ni, 'makanan' kau dengan budak-budak kau." Ujar Sarah dan terus berlalu pergi dari situ. Lieya yang sudah pengsan itu di angkat oleh Sarip dan diletakkan di atas katil. "Bro, 'lauk' baru ke?" Soal kawan Sarip. Sarip tersenyum dan mengangguk. "'Lauk' fresh lagi ni. Tapi, aku nak rasmikan dulu." Jawab Sarip, dia membuka bajunya dan terus menindih tubuh Lieya. ##### Haikal mengacau airnya menggunakan penyedut minuman. "You, sampai bila kita nak macam ni?" Soal Eline. Haikal menggenggam tangan kekasihnya itu. "You tahukan keadaan family I macam mana sekarang ni? I harap you sabar dulu. I taknak keruhkan keadaan ni lagi." Terang Haikal. Eline menghelakan nafasnya dan mengangguk. "Okay, I takde masalah dengan tu. Tapi, perut I ni makin membesar, sayang. Takkan I nak pergi pejabat dengan perut macam ni?" Soal Eline lagi. Haikal menyerabutkan rambutnya. "Okay, kita nikah. Tapi, takde majlis sanding hingga awak bersalin. Boleh?" Putus Haikal. Eline mengangguk. "I tak kesah asalkan baby ni ada daddy dia." Ujar Eline bersama senyuman di wajah. Haikal menghembuskan nafas lega. "Nanti I bagitahu daddy I dan jumpa papa you untuk bincang hal ni." Ujar Haikal lagi dan Eline hanya bersetuju. Perutnya diusap sayang. ##### Lieya tersedar dari pengsannya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak lama selepas itu, air matanya mengalir. "Tak guna punya betina!" Jerit Lieya. Dia menangis teresak-esak di atas katil itu. Sarah melangkah masuk ke dalam bilik tersebut sambil tersenyum sinis. "Well, good morning dear. How last night?" Soal Sarah begitu sinis. Lieya hanyan mendiamkan diri dan memandang ke arah lain. "Well, sekarang aku ada gambar real kau semalam." Ujar Sarah lagi. Putung rokok di buang dan di pijak. Dia menghampiri Lieya yang masih mendiamkan diri itu. Rambut Lieya di tarik supaya memandang wajahnya. "Hey perempuan, kau dengar sini baik-baik. Aku nak kau buat apa yang aku suruh. Bu.nuh Mi.a So.fe.a dan pastikan dia ma.ti." Arah Sarah satu persatu perkataan di sebutnya dengan jelas. Mahu atau tidak, Lieya terpaksa menganggukan kepalanya. Sarah tersenyum sinis. "Kam bagus kalau kau ikut cakap aku dari awal. Now, aku nak kau bangun dan pergi buat kerja kau." Arah Sarah lagi. Tanpa membantah, Lieya bangun perlahan-lahan dan melangkah ke arah tandas. "Huh, menyusahkan." Rungut Sarah dan berlalu keluar dari bilik tersebut. ##### Hakimi membantu Mia masuk ke dalam vilanya. "Ni, rumah siapa? Kenapa kita ada dekat sini?" Soal Mia kepada Hakimi. "Ni rumah aku. Kau tinggal dekat sini dengan aku dulu." Jawab Hakimi. "Mia!" Panggil seseorang. Mereka beruda memandang ke arah suara tersebut. Aisyah terus memeluk erat badan Mia. "Aku rindu gila dengan kau. Dah la Encik Tunang kau tak bagi aku jumpa kau lepas kau sedar." Ujar Aisyah. Mia memandang pelik ke arah Aisyah. "Err... Awak siapa?" Soalan dari Mia membuatkan Aisyah tercengang. "Ni akulah, Aisyah. Bodyguard kau." Jawab Aisyah. Mia mengangguk. "Dah la, bagi Sofea rehat dulu. Nanti kau bersembanglah dengan dia." Sampuk Hakimi dan terus membawa Mia naik ke tingkat atas. Aisyah menjongkitkan bahu dan terus berlalu ke dapur semula. TBC
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD