Aninda claudia dirgantari , memandang wajah pria yang masih bertakhta di hatinya. pria itu hanya membatukan diri walaupun pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan oleh ninda. sudah matilah hati pria itu terhadapnya? mana janji manis yang di ucapkan sebelum ini ? selama tiga tahun menjalin kasih, haruskah berakhir sia-sia begini?
“Kenapa iyan? apa salah dyya sampe Iyan sanggup putuskan hubungan ini?" tanya ninda sambil mengesat air mata.
“maaf, dyya anggap aja kita nggak ada jodoh." Aland
“nggak ada jodoh atau kamu yang selingkuh? jadi selama ni semua wanita yang keluar dengan kamu itu adik angkat kamu? bodo banget gue sebab percayain omongan kamu selama ni. jadi kalo memang adik angkat kenapa kamu minta putus ?"
“ sebab kamu memang membosankan dyya! mana iyan pergi, smua dyya pengen tahu. dengan siapa iyan pergi , dyya bukan isteri iyan. kalau isteri iyan dyya nggak ada hak buat halang iyan . iyan ni lelaki dyya! iyan bisa nikah empat. kalau dyya nggak terima iyan sekarang , get lost !" teriak aland tanpa perasaan.
seperti ditikam belati, pedih menusuk ke hati omongan terakhir aland. ninda sedar kini , tiada guna dia merayu lagi. semakin dia merayu semakin keras aland menolak ninda.
“okey, fine! gue pergi . anggap aja gue udah mati dan nggak wujud lagi dalam kamus hidup lo. selamat tinggal aland ryano!"
ninda berlari ke tempat parking mobil bersama deraian air mata yang meluncur laju. remuk redam membawa dendam dalam hati . Aleeska yang bersandar di mobil agak terkejut melihat keadaan ninda. ninda masuk ke dalam mobil tanpa memperdulikan aleeska. aleeska turut masuk dan duduk di kerusi sebelah pemandu matanya nggak putus memandang ninda.
“kenapa kak ninda? apa kata aland?" tanya aleeska sambil matanya mengerling ke belakang Kerna ninda mengundurkan mobil dengan laju.
aleeska menelan saliva bersama debaran di dada. ninda berdiam diri dan terus memandu dalam keadaan marah. beberapa kali ninda menekan hon meminta laluan daripada pemandu yang lain. selepas memasuki lebuh raya, ninda menekan pedal minyak.
satu per satu mobil yang berada di hadapan dipotong ninda. ke kiri dan ke kanan dia potong. membunyikan enjin apa bila kelajuan di tambah. mobil meluncur laju. aleeska mengucap berkali-kali. kecut perut melihat sepupunya bagai dirasuki hantu. memandu seperti menempah maut.
ninda hanya akan memperlahan mobil ketika melalui pondok tol dan selepas itu memecut semula. walaupun berulang-kali aleeska meminta ninda memperlahankan mobil, ninda tetap tidak peduli.
“Kak ninda!" jerit aleeska
ninda menoleh sekilas dan meneruskan memandu . hati yang panas perlu ditenangkan. dia tidak peduli apa orang lain bilang. yang penting, hatinya puas. Andai takdir menentukan yang ajalnya telah tiba, dia reda. biar aland menyesal Kerna kehilangannya.
“Kak ninda, berhenti buat kerja Bodo!" jerit aleeska
“Biar gue mati!"
“kalo kak ninda pengen mati jangan babitkan aleeska!"
“Siapa suruh lo ikut? jadi lo pun kena mati sama," ujar ninda tanpa perasaan. matanya tertumpu ke hadapan.
aleeska semakin panik. sekejap dia memandang ke hadapan dan sekejap dia memandang ke arah ninda. saliva yang ditelan terasa payau. tidak putus-putus dia berdoa di dalam hati.
“Tolonglah kak ninda. kalo kak ninda nggak sayang nyawa, tolong fikirkan juga pengguna jalan raya yang lain. jangan nanti ada yang jadi mangsa Kerna kemarahan kak ninda. bayangkan sebab kak ninda, ada bayi yang kehilangan ayahnya. ada isterinya yang jadi janda.
ada ibu yang kehilangan anak tunggalnya. kesian mereka... kak ninda," ujar aleeska. dia tahu hati ninda mudah lembut jika kena gaya memujuknya. tiada respon daripada ninda. aleeska semakin resah.
“kak ninda satu-satunya anak perempuan om damar. kalau kak ninda nggak sayang om damar dan tante alya, kak ninda terusin aja niat bunuh diri . tentu nanti om damar dan tante alya dapat malu. anak perempuan kesayangan mati dalam kesesatan."
“gue nggak sesat! lo jangan pandai-pandai nak letak hukum."
“aleeska dengar ustaz ngomong. kalo sengaja memandu laju membabi buta, seolah membunuh diri dan membunuh orang lain. kak ninda bukan pembunuh . tolong hentikan mobil dan beritahu aleeska apa yg terjadi. jangan simpan seorang diri masalah kak ninda. apa gunanya ada teman atau sepupu kalo nggak bisa bantu?"
ninda menghela nafas dan berfikir buat seketika. termakan dengan kata-kata aleeska, ninda mulai memperlahankan mobil dan memberhentikan mobil di depan indomarket dan mematikan mobil. dia tidak pengen turun. sekadar untuk meluahkan rasa yang terbuku di kalbu kepada aleeska.
“lo tau kalo gue sayangkan iyan?"
aleeska mengangguk. matanya tetap memandang ninda yang mulai menangis. ninda menarik tubuh aleeska lalu memeluknya. dia menangis semahu-mahunya di bahu aleeska. aleeska agak tergamam tetapi membiarin aja sampai tangisan ni dah reda.
“maafin gue Alee," ujar ninda sambil melepaskan pelukan. lega sedikit hatinya bila dapat menangis sepuasnya.
“nggak papa, bahu aleeska sedia berkhidmat kok bila kak ninda perlu." ujar aleeska sambil tersenyum
ninda tersenyum sambil mengesat air mata yang ada. dia bersyukur mempunyai aleeska, sepupu merangkap temannya. walaupun aleeska muda dua tahun, tetapi aleeska amat memahaminya. aleeska yang selalu menceriai hidupnya. malah banyak rahsia hati yang dikongsi bersama aleeska.
“jadi benar dia pengen putus?" tanya aleeska.
ninda mengangguk lemah.
“hmm... gue udah agak dia bakal kecewakan kak ninda juga. betul mami ngomong , orang yang jalan gaya lompat gagak memang nggak boleh di percayai. jenis ni bukan setia."
ninda hanya diam mendengar pandangan aleeska terhadap aland. dia pernah mendengar omongan mami aleeska. dulu dia nggak mempercayai, tapi kini memang benar teori orang tua-tua itu.
“kak ninda, jangan membazirkan air mata Kerna makhluk nggak guna tu. nggak rugi putus dengan dia. ramai lagi peria yang baik dan setia di luar sana," ujar aleeska yang sememangnya tidak menyukai sikap aland.
“tapi gue sayang dia," ujar ninda lemah
“sayang nggak ada gunanya kalau dia sendiri yang tolak kak ninda . nggak payah nak rayu dia. lagian kak ni dah masih muda. baru dua puluh tahun. jauh lagi perjalanan hidup kita. mana tau suatu hari nanti kak ninda akan nikah dengan doktor. hidup senang . kalau nikah dengan aland, balapan aja yang dia tau. silap-silap, menjanda awal ka ninda."
“Amboi, mulut nggak ada insurans! ngomong mengalahin Oma," ujar ninda lalu menampar tangan aleeska.
“emm kalo nggak ada aleeska jangan harap om damar mau lepaskan kak ninda keluar bebas."
“ninda tersenyum dan kemudian ketawa kecil melihat aleeska membuat mimik muka. dia akui kebenaran kata-kata aleeska. jika dia ingin keluar ke mana-mana , pasti aleeska yang disuruh oleh ayahnya untuk menemani ninda. aleeska memang rapat dengan mereka dan kerap kali aleeska ke rumahnya nggak kira masa. tanya juga amat percayai aleeska.
“aleeska pikir kak ninda harus ubah tabiat kak ninda, " ujar aleeska memecahkan kebisuan mereka.
“Kenapa?"
“kak ninda udah putus dengan aland, jadi tabiat bawa mobil laju-laju kena hentikan."
“apa kaitan?" tanya ninda kurang faham
“aland yang ajar kak ninda balapan. jadi, perangai tu mesti di buang. bersama-sama memori aland."
“ninda mendiamkan diri memikirkan kata-kata aleeska. aland yang mengajarnya balapan mobil hingga menjadi kebiasaannya memandu laju. dia tahu tabiat itu bisa membahayakan nyawanya dan orang lain. dahulu, demi cinta ke aland, dia sanggup lakukan. apakah perlu dia membuang tabiat itu bersama-sama cinta terhadap aland?