Alexandra - Andrea , Lima belas tahun lalu

892 Words
Anak kecil itu mendongak memandang seorang lelaki berkulit putih kemerahan yang menyapanya. Andrea kemudiannya menundukkan kembali pandangannya. Matanya di arahkan pada plastik yang berisi buah jambu potong jualannya yang masih tidak terluak. Jika dia tidak menjual kesemuanya hari ini dia tidak akan mampu membeli makanan kerana duit simpanannya hanya cukup untuk membeli jambu untuk keesokan harinya. Semalam dia tidak ke sekolah kerana menjual sepanjang hari namun hanya separuh dari buah jambu yang dibawanya terjual dan selebihnya di makan sendiri. Dalam seminggu hanya sehari dua dia ke sekolah dan itulah rutinnya sejak setahun lalu , sejak dia dihantar oleh pakcik dan makciknya duduk di kampung bersama dengan Madam Marlisa. Madam Marlisa seorang wanita kaya namun dia tidak memberikan Andrea sedikit wang pun. Wanita itu menyediakan untuk Andrea sebuah stor kecil sebagai tempat Andrea berteduh dan mengarahkannya mencari wang sendiri untuk hidup. Entah apa pertalian antara dia dan wanita itu dia sendiri tidak mengerti. Andrea tidak pernah mengenal siapa ibu dan bapanya , sepanjang dia tinggal bersama makcik dan pakciknya mereka memanggilnya dengan panggilan anak pungut. Pada mulanya Andrea tidak mengerti maksud perkataan itu hinggalah suatu hari apabila guru disekolahnya bertanyakan perihal ibu bapanya , Andrea telah menjawab dengan jawapan anak pungut. Gurunya memberitahu bahawa dia bukan anak pungut kerana setiap anak yang lahir ada ibu bapa. Andrea tidak mengerti kerana padanya dia tidak pernah memiliki ibu dan bapa. Kehidupannya teramat susah dan dibenci. Kemiskinan amat menyakitkan. Andrea menyeka air matanya apabila teringatkan buah jambu yang masih di tangannya. “ Encik nak beli buah jambu?” Andrea bertanya perlahan. Pandangannya masih kepada plastik buah jambu. “ Andrea .. nama uncle Sebastian. Ini Leon. Leon , say hi to Andrea.” Sebastian tersenyum sambil memegang bahu Leon. “ Hi Andrea..” Leon menyapa lembut. Andrea mengalih pandangan ke arah Leon. Leon jauh lebih tinggi dari dirinya dan pakaian Leon sama bersih seperti lelaki yang bernama Sebastian itu. Mereka pasti bukan orang miskin seperti dirinya. Melihat sapaannya tidak berbalas , Leon menghulurkan tangannya ke arah Andrea. Andrea yang agak terkejut dengan perlakuan Leon melangkah sedikit ke belakang. Tidak pernah seorang pun ingin bersalaman dengannya kerana dia seorang yang kotor. Pakaiannya lusuh dan kotor , tangannya kehitaman. Dia anak miskin yang kotor. Umurnya hanya sepuluh tahun namun dia perlu melakukan segalanya sendirian. “ Grandpa , maybe she is hungry. Can we bring her home?” Leon memandang ke arah Sebastian penuh pengharapan. Sebastian tersenyum sambil menepuk bahu Leon lembut. “ Ask her if she is hungry.” Sebastian menjawab pertanyaan Leon. “ Andrea , are you hungry? You want to come home with us? We have plenty of food.” Leon bertanya perlahan. Andrea memandang Leon dan kemudiannya Sebastian , sejujurnya dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh Leon. Dia jarang ke sekolah jadinya mana mungkin dia faham apa yang dimaksudkan Leon. Sebastian yang menyedari perkara itu segera membantu. “ Andrea , Leon bertanya jika kamu lapar dan ingin makan bersamanya..” Sebastian cuba menerangkan dengan bahasa yang paling mudah. Mendengar perkataan makan Andrea segera mengangguk bersetuju. Leon tersenyum sambil menghulur tangannya untuk mengambil plastik jambu yang dipegang Andrea. Pada mulanya Andrea teragak agak namun Leon tidak berhenti dari mencuba dan akhirnya berjaya mengambil plastik tersebut dari tangan Andrea. “ Wow , it’s heavy ..” Leon memandang Andrea seakan tidak percaya. Bagaimana seorang anak kecil yang kurus sepertinya membawa plastik berisi buah jambu ini dalam tempoh masa yang lama. Andrea mengekori langkah Sebastian dan Leon berjalan seiring dengannya. Sesekali Andrea mencuri pandang ke arah Leon. Andrea menuruti Leon masuk ke dalam kereta bewarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki muda. Andrea membuang pandangannya ke luar. Ini adalah pertama kali dia menaiki kereta selama setahun ini. Andrea tersenyum sendiri memikirkan bahawa hari ini dia mungkin tidak akan berlapar. Tidak sedikitpun dia berasa takut mengikuti orang orang yang tidak dikenalinya kerana sepanjang hidupnya dia telahpun dikelilingi orang orang yang tidak dikenali. Tiada satu orang pun pernah bertanyakan tentang dirinya tetapi hari ini Leon bertanyakan tentangnya. Andrea membetulkan duduknya dan memandang Leon yang sedang bermain dengan telefon pintarnya. Sebastian yang dari tadi memerhatikan Andrea hanya terus memerhati. Hatinya sayu melihat anak kecil itu begini. Andrea tidak seharusnya hidup dalam kesusahan ini. Seketika kemudian kereta yang dinaiki mereka berhenti di hadapan sebuah rumah yang amat besar buat Andrea. Sewaktu melangkah memasuki ruang rumah itu Andrea teragak agak kerana dia berkira kira bahawa penghuni rumah ini akan memarahinya kerana dirinya kotor, seperti mana yang dilakukan oleh Madam Marlisa. Namun Leon segera memegang tangannya dan membawa Andrea masuk ke dalam. Beberapa orang gaji kelihatan sedang menyediakan makanan dan salah seorang darinya menghampiri mereka. “ Master Leon , can I bring her to change?” Fiona bertanya lembut. Leon angguk sambil melihat ke arah Andrea mengisyaratkan supaya dia mengikuti Fiona. Fiona memimpin tangan kecil milik Andrea ke bilik tetamu dan memberinya beberapa pilihan baju untuk dipakai. Andrea tersenyum saat melihat baju baju di hadapannya. Andrea memilih sepasang baju dan mini skirt bewarna merah jambu. Rambutnya kemudian disikat dan di dandan rapi oleh Fiona. Fiona kemudiannya membawa Andrea ke ruang bilik mandi dan meminta anak kecil itu duduk di atas kerusi. Tidak lama kemudian datang dua orang pembantu yang lain membantu membersihkan tangan dan kaki Andrea yang kehitaman. Fiona tersenyum melihat gadis kecil dihadapannya. Andrea membalas senyuman Fiona dan melihat dirinya di cermin bilik mandi. Ini pertama kali dalam hidupnya dia terlihat begitu bersih.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD