Alexandra - White Corp

806 Words
Andrea melangkah perlahan melewati staf White Corp yang tidak mengenali dirinya. White Tower kelihatan sangat sibuk di pagi hari. Andrea menunggu di perkarangan lobi kerana dia masih tidak mempunyai pas masuk dan receptionist kelihatan sibuk dengan tetamu. Andrea memeriksa telefon pintarnya kalau kalau Leon membalas mesejnya namun hampa. Andrea kemudiannya duduk di sofa ruang menunggu sebelum dia terlihat kelibat wanita tinggi lampai menghampirinya. Wanita cantik itu tersenyum sambil menyapanya. Alexandra Love. “ Andrea.. I heard the news. Oh girl you are lucky!.” Alexandra duduk berhadapan dengan Andrea sambil tersenyum. Andrea membalas dengan senyuman kerana sejujurnya dia tidak tahu apa lagi harus dikatakannya. Alexandra adalah sepupu kepada Leon dari sebelah ibunya. Alexandra juga adalah salah seorang pemegang saham White Corp. Siapa sahaja tidak mengenali Alexandra Love? Seorang wanita cantik yang pintar dalam pelbagai bidang. Alexandra sudahpun memiliki jenama pakaian sendiri sewaktu mereka masih berada di universiti dan yang membuatkan Alexandra terkenal adalah paten racun yang di hasilkan olehnya. Kebiasaanya wanita kaya seperti Alexandra lebih suka memilih untuk berehat dan menikmati hidup namun Alexandra bukan seperti itu. Disebalik wajah cantik dan personaliti menariknya Alexandra memiliki banyak kebolehan lain. Siapa yang tidak menyukai wanita sepertinya? “ Anyway Andrea , lets go to the meeting.” Alexandra bangun dan melangkah ke arah bangunan utama White Tower diikuti Andrea. Mereka menggunakan lift VIP yang memerlukan cap jari sebagai akses. Lift berhenti di tingkat lima White Tower dimana bilik mesyuarat utama terletak dan Andrea mengekori langkah Alexandra tanpa soal. Beberapa orang staf yang bertembung menyapa Alexandra dan wanita itu membalas dengan senyuman. Suasana bilik mesyuarat sepi walaupun kebanyakan orang penting telah hadir. Leon diduk di kerusi paling hujung sambil membelek dokumen di hadapannya. Seketika kemudian Leon membuka bicara tanpa menunggu dan isinya terus kepada pegangan saham White Corp. Leon kelihatan serius dan aura kepimpinannya jelas terlihat. Kelihatannya semua yang hadir berpuas hati dengan ucapan Leon dan tiada bantahan. Ini kerana Leon telah berada di White Corp selama bertahun tahun dan mereka mengerti kebolehan Leon. Namun berlainan dengan dirinya , tiada siapa mengenali Andrea. “ With that , my sister Andrea White will be in charge of our ongoing project with Roux Group.” Leon memandang ke arah Andrea sekilas dan kemudiannya meneruskan mesyuarat dengan agenda agenda lain. Andrea hanya mendengar tanpa apa apa bantahan kerana dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku dalam hidupnya. Beberapa jam kemudian mesyuarat yang terasa panjang itu berakhir dan Leon mengisyaratkan supaya Andrea dan Alexandra mengikut ke bilik pejabatnya. Leon mempersilakan mereka berdua duduk di sofa berhadapan meja kerjanya sementara dia menyelak fail yang diserahkan oleh pembantunya sebentar tadi. “Alexandra , what have you done exactly?” Leon bertanya serius. Matanya masih fokus ke arah dokumen ditangannya. “ I did what I needed to do.” Alexandra membalas pendek. “ And what exactly is that?” Leon bertanya kembali. “ I poisoned him .. and I will do it over again since he is still alive. Thanks to you.” Alexandra membalas bersahaja. “ I understand your grief. I understand that you want revenge but Alexandra please be discreet.” Leon memandang Alexandra tajam. Andrea menelan liurnya. Apa? Racun. Alexandra meracun seseorang dan Leon tidak membantah. “ I don’t understand.” Andrea bersuara. “ When are you aware of things Andrea? You have always being ignorant.” Leon menjawab sinis. “ I poisoned Fakhry Roux and your beloved brother gave him the antidote. Now I have to think of another plan thanks to him.” Alexandra menjelaskan keadaan sebenar. “ Alexandra.. but , he is your..” Andrea memandang Alexandra dan kemudiannya Leon. “ My husband ? Yes .. but that doesn’t mean I can’t kill him.” Alexandra menjawab tanpa selindung. Andrea diam. Dia seakan tidak percaya Alexandra sanggup melakukan itu dan mengapa? “ He cheated on you? It is not about money right?” Andrea bertanya perlahan. “ Not everyone need money as much as you do. Now you know what is going on behind that smiles and romance . Don’t worry , you will learn everything soon enough. From today you will deal with Fakhry.” Leon membetulkan duduknya. “Don’t worry, Fakhry doesn’t know yet I poisoned him. Everything thanks to your brother. He is excellent in everything.” Alexandra bangun dan melangkah keluar tanpa menunggu. Andrea memandang ke arah Leon. Setiap orang disini mengenalnya sebagai adik kepada Leon White namun mereka berdua tahu itu adalah tidak benar , Sebastian White mengambilnya sebagai cucu angkat dan memanggilnya Andrea White. Sepanjang beberapa tahun lepas dia hanya berjumpa dengan Leon setahun sekali setiap musim luruh. Leon akan sentiasa mengingatkannya supaya jangan berharap untuk menjadi sebahagian dari keluarganya , jangan berharap untuk selamanya berada di sisinya. Kadangkala dia tertanya mengapa Leon berubah sebegitu dan mengapa Leon membencinya sedangkan di dalam hatinya hanya ada Leon. Lelaki yang pada suatu masa dulu mengambil berat tentangnya.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD