Alexandra - Alexandra Love

805 Words
Alexandra masuk ke bilik pejabatnya sambil jarinya pantas mencapai sebuah fail dari rak berdekatan mejanya. Wanita itu duduk di kerusi kerjanya dan meneliti satu demi satu helaian kertas di hadapannya. Jika bukan kerana Leon sudah pasti Fakhry sedang tersiksa saat ini dan dia sebagai isteri yang penyayang akan berada di sisi lelaki itu hingga saat akhirnya. Alexandra melepaskan keluhannya perlahan. Selama bertahun tahun dia cuba sedayanya untuk mendapatkan cinta dan kepercayaan Fakhry hanya untuk ini. Selama bertahun tahun dia berkorban hati dan perasaannya hanya untuk melihat Fakhry tersiksa akhirnya. Alexandra tidak percayakan cinta dan segala apa yang Fakhry berikan tiada makna baginya dan jika Fakhry mengetahui kebenaran itu dia juga akan melupakan cinta. Alaexandra bangun dan keluar dari bilik pejabatnya menuju ke arah bangunan makmal. Bangunan makmal mempunyai akses ketat dan hanya staf tertentu sahaja dibenarkan masuk dan ruang makmal dilengkapi CCTV yang boleh di akses terus oleh Leon. Tidak hairanlah lelaki itu mendapat tahu tentang racun yang hilang dari makmal. Alexandra tersenyum sendiri. Dia bukanlah seorang wanita yang mudah putus asa dan dia sedar bahawa Leon mengetahui tentang itu juga. Dia tidak membantah apabila Leon memberikan Andrea tanggungjawab ke atas projek usahasama antara White Corp dan Roux Group kerana dia lebih tahu lebih baik begitu. Leon hanya mementingkan perniagaan mereka namun Alexandra adalah sebaliknya. Padanya Fakhry bukanlah seorang lelaki jahat namun Alexandra perlu menunaikan janjinya. Alexandra mengarahkan beberapa pembantunya berkumpul di bilik makmal persendirian miliknya dan segera meminta keputusan ujikaji minggu lalu. Para pembantunya amat memahami Alexandra lantas segalanya berjalan lancar. Alexandra tersenyum sambil melihat carta yang diberikan kepadanya. Racun yang dihasilkan mestilah mempunyai ciri ciri yang ditetapkan Alexandra. Ianya perlu membunuh secara senyap dan menyakitkan namun Leon tidak bersetuju racun sebegitu dihasilkan di White Corp.Ianya masalah kecil buat Alexandra kerana dia mampu mengubah struktur racun yang dihasilkan dalam beberapa bulan dan hanya dia yang mempunyai penawar bagi racun tersebut. Selesai menyemak semua dokumen di makmal Alexandra keluar menuju ke lobi White Tower dan meminta pemandunya Alan , memandu ke suatu tempat. Alan memandu ke satu kawasan perumahan tanpa banyak bicara. Kawasan perumahan ini terlihat biasa untuk wanita seperti Alexandra. Berbeza dengan kawasan kediaman Roux. Alexandra melangkah keluar dari kereta selepaskan mengarahkan Alan untuk menjemputnya selepas tiga jam dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa berlengah. Alan lantas memandu meninggalkan kediaman itu. Alexandra segera menyalin pakaiannya dan ke meja solek. Dia berdandan ringkas dengan mengenakan rambut palsu berwarna hitam pendek separas bahu. Kanta lekap berwarna coklat dikenakan . Pakaiannya pula hanya kemeja berwarna putih dipadankan dengan jeans biru. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Alexandra melangkah keluar dari rumah menuju ke perhentian bas berdekatan. Sekilas pandang tidak seorangpun menyangka itu adalah Alexandra Love. Tidak lama kemudian kelihatan sebuah teksi berhenti dan Alexandra segera masuk ke dalam tanpa berlengah. Teksi yang sudah ditempahnya lebih awal. Sepuluh minit kemudian Alexandra tiba di destinasi yang dituju. Wanita itu melangkah ke arah sebuah bangunan yang tertulis Pusat Jagaan Pembangunan Mental. Alexandra ke kaunter pendaftaran pelawat dan mendaftar sebelum dibenarkan masuk oleh pegawai bertugas. Tanpa banyak bicara Alexandra memasuki ruang yang menempatkan bilik bilik kediaman pesakit. Alexandra menyusuri ruang itu dengan tenang hinggalah ke penghujungnya dan memasuki bilik yang terakhir itu. Kelihatan seorang wanita cantik sedang duduk berdandan di depan meja solek. Alexandra melabuhkan duduknya di kerusi berdekatan dengan pintu masuk sambil meletakkan sebuah epal hijau di atas meja. “ Aunty , Alex datang ni..” Alexandra menyapa Sarah. “ Alexandra..” Sarah tersenyum manis melihat Alexandra. Alexandra merapati Sarah dan merapikan dandanan rambut wanita itu. Biarpun Sarah sudah berumur lima puluhan , wanita itu tetap kelihatan cantik. Wajahnya putih bersih , bibirnya kemerahan dan rambutnya masih kekal rapi. Jika Sarah mampu kelihatan begini di tempat seperti ini Alexandra pasti bahawa Sarah kelihatan lebih cantik di masa mudanya. Sewaktu bapanya masih hidup, seringkali dia diceritakan bagaimana Sarah menjadi rebutan ramai lelaki. Bapanya tidak tinggal mengatakan bahawa keluarga Love terkenal dengan kecantikan wanita mereka dan ianya terbukti dengan kehadiran Alexandra. Alexandra , wanita berkulit putih kemerahan . Matanya biru tenang dan rambutnya perang kekuningan bersinar apabila dipancar mentari. Senyuman Alexandra mampu mencairkan hati lelaki lelaki yang melihatnya. Bibirnya merah bak bunga Ros. Di mana sahaja Alexandra berada kehadirannya menjadi tarikan. Alexandra Love , namanya meniti bibir para lelaki dan wanita. Mereka tertanya apakah rasanya menjadi wanita seperti Alexandra. Hidup seperti seorang puteri yang disanjung dan dihormati. Biarpun umum mengetahui bahawa Alexandra sudah bernikah dengan Fakhry , tetap juga wanita itu menjadi perbualan. Biarpun ramai lelaki mengerti bahawa tidak mungkin mereka dapat menandingi Fakhry Roux namun masih jua mereka berharap. Alexandra adalah seperti seorang bidadari yang jatuh ke bumi memberi harapan kepada hidup yang kelam. Alexandra kelihatan seperti cahaya yang datang untuk menerangi kegelapan malam. Itulah pandangan mereka terhadap seorang wanita bernama Alexandra. Tiada seorang pun mampu menandingi kecantikan yang dimiliki wanita itu. Tiada seorangpun mampu mencuri perhatian yang diberi kepada Alexandra.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD