Alexandra - Fakhry Roux , Sepuluh tahun lalu

971 Words
Fakhry baru sahaja melangkah masuk ke kawasan cafe apabila dia terlihat Alexandra Love ketawa riang bersama rakan rakannya dan dari kejauhan itu dia terlihat Leon White sedang sibuk dengan buku bukunya ditengah tengah kebisingan cafe. Perhatiannya kembali ke arah Alexandra yang kelihatan tersangat gembira. Fakhry tersenyum nipis kerana dia tahu mengapa gadis itu sebegitu riang. Alexandra menjadi johan pertandingan rumus kimia yang baru sahaja berakhir awal pagi tadi dan kerana itu juga dia bergegas ke Victoria University walaupun tiada kelas di jadualkan dan kerja kerja di Roux Group menantinya. Apa sahaja untuk Alexandra. Lelaki berambut merah keperangan itu melangkah perlahan merapati Alexandra. Kehadirannya tidak diperdulikan Alexandra sementara Leon menghempas buku yang dipegangnya secara tiba tiba buat kumpulan yang mengelilingi Alexandra terdiam. Pandangan tertumpu ke arah Leon , lelaki ini selalu sahaja hilang kesabaran. Pandangan Leon tajam ke arah Fakhry namun tidak diendahkan lelaki itu. “ I told you not to be anywhere near me , don’t you understand that?” Leon bangun sambil melonggarkan tali lehernya yang dipakai khas untuk perbentangannya sebentar tadi. “ I am afraid I do not understand you Mr Leon.” Fakhry menjawab sinis. Leon merapati Fakhry dan tanpa amaran penumbuknya hinggap di muka Fakhry tanpa sempat lelaki itu mengelak. Tanpa berlengah Alexandra berdiri di antara mereka berdua apabila menyedari bahawa keadaan akan bertambah buruk jika Fakhry membalas tumbukan Leon. “ Oh my God Leon.. Fakhry , are you okay?” Alexandra bertanya cemas sambil dia mencuba melihat luka di bibir Fakhry. Kemarahan Fakhry yang meluap terhadap Leon sepertinya dipadam oleh sentuhan lembut Alexandra. Ini adalah kali pertama Alexandra memberi perhatian kepadanya dan kali pertama Alexandra menyebut namanya. Apakah yang paling bahagia selain itu. Alexandra mencapai bag sandangnya dan menarik tangan Fakhry meninggalkan kawasan cafe dan lelaki itu bagai lembu dicucuk hidung hanya menurut. Leon tersenyum nipis dan kembali duduk menyambung bacaannya . Suasana cafe yang tadinya hingar bingar bertukar sunyi, tiada lagi hilai tawa pelajar dan Leon kelihatan berpuas hati dengan situasi itu tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Alexandra berhenti di hadapan bilik rawatan sakit sambil memandang Fakhry dan mengisyaratkan lelaki itu supaya masuk ke dalam namun Fakhry masih membatu. “ Masuklah , I tunggu you dekat luar..” Alexandra mengarah lembut. “ It’s okay , sikit je ni .. I datang tadi nak ucapkan tahniah pada you.” Fakhry membalas lembut. “ Tahniah untuk apa?” Alexandra bertanya pantas. “ Pertandingan Rumus Kimia pagi tadi.” Fakhry menjawab tenang. “ You must be stalking me don’t you?” Alexandra ketawa kecil. Tawa Alexandra buat Fakhry tersenyum dan kesakitan dari tumbukan Leon tadi sepertinya hilang dibawa angin. Hari itu cintanya terhadap Alexandra bertambah dalam. Dihatinya hanya ada wanita itu. Dalam diam hatinya berjanji bahawa dia akan selalu menunggu Alexandra. Entah mengapa hatinya terlalu mengimpikan Alexandra , kerana kecantikannya? Kerana senyumannya? Fakhry tidak mengerti. Lamunan Fakhry termati apabila buku tebal dihempas didepannya dan Leon duduk tanpa dijemput berhadapan dengannya. “ Looking at you , I guess she is being nice to you finally.” Leon memulakan bicaranya. “ Hmm .. you could have make it less painful. I guess you are enjoying it.” Fakhry membalas perlahan. “ Oh .. is it too painful?” Leon tersenyum memandang Fakhry. “ Fakhry , she is as beautiful as a Red Rose but you need to understand that love is not real.” Leon menyambung tanpa menunggu balasan Fakhry. “ If it’s not real then why it hurts everytime she walk away?” Fakhry bertanya. “ That is rejection .. not love. Anyway , you need to know her better.” Leon menjawab serius. Leon mengerti kedudukan dan situasi Fakhry. Dia juga mengetahui dan mengenal Alexandra. Jika cinta Alexandra yang diinginkan Fakhry , ianya akan memusnahkan diri lelaki itu. Leon tersenyum nipis. Apakah makna cinta yang sering diperkatakan banyak orang? Apakah mereka mengerti harga yang perlu dibayar hanya untuk merasa sedikit perasaan itu? Berapa banyak pula korban kerana cinta itu. Leon merenung lelaki berambut perang kemerahan di hadapannya, dia senang berteman dengan Fakhry. Fakhry seorang lelaki yang diidamkan oleh banyak wanita , penampilannya kemas , wajahnya menarik dan pandangan matanya redup namun bukan semua wanita dapat mendekatinya. Fakhry sangat membataskan pergaulannya. Fakhry seperti potret Monalisa yang tergantung di muzium , sebuah lukisan yang indah dipandang namun mustahil disentuh. Kehidupan Fakhry tidak jauh berbeza dari kehidupannya. Bezanya dia mengetahui apa yang berlaku sepuluh tahun dahulu. Detik hitam dalam hidupnya sewaktu dia hanya berumur sepuluh tahun. Seperti Sebastian , dia berharap agar semua cerita itu berkubur sepuluh tahun lalu namun hanya masa yang dapat menentukan apa yang terjadi. “ Leon.. why is your sister do not attend Victoria?” nada Fakhry perlahan. “ Hmm..” Pandangan Leon masih ke arah isi buku dihadapannya. “ Alexandra told me she need to travel soon because she want to meet your sister..” Fakhry menjelaskan bagaimana dia mendapat tahu tentang adik perempuan Leon apabila Leon kelihatan tidak senang dengan soalannya. Dia tertanya mengapa cucu perempuan Sebastian White, lelaki terkaya itu tidak ke universiti ternama sama seperti Leon , sama seperti dirinya dan Alexandra. “ She is different from us. She do not wish to attend Victoria.” Leon memjawab ringkas dan tiada tanda tanda bahawa dia ingin meneruskan perbualan. Fakhry angguk perlahan walaupun hatinya tidak bersetuju. Apa perbezaan antara mereka? Jika dilihat pada budaya anak anak yang lahir dari keluarga berada seperti Leon dan dirinya segalanya kelihatan sama. Hidup dikelilingi harta kekayaan , berada di tempat yang paling baik dan belajar di tempat yang ternama kerana mereka dilahirkan untuk hidup sebegitu. Lihat kepada dirinya sendiri , belumpun dia menghabiskan pengajiannya dia sudah terlibat menguruskan perniagaan keluarganya, seawal umurnya mencecah lapan belas tahun. Leon sedikit beruntung kerana Sebastian White masih berdaya menguruskan segalanya dan Leon tidak perlu menggalas tanggungjawab itu seawal dirinya. Jadi dia tertanya apakah perbezaan antara mereka dengan adik perempuan milik Leon White.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD