Alexandra - Roux Group

893 Words
Kedatangan Andrea di Silver Tower disambut oleh Skylar , pembantu peribadi Fakhry yang juga teman sekuliahnya. Andrea terus dibawa ke bilik pejabat Fakhry yang terletak di tingkat dua Silver Tower. Setibanya di hadapan bilik pejabat Fakhry , Skylar mengetuk pintu dan terus membuka tanpa menunggu dan kelihatan Fakhry sedang menjawab panggilan telefon namun mengisyaratkan supaya Andrea duduk di sofa berdekatan meja kerjanya. Skylar mempersilakan Andrea duduk dan melangkah keluar dari bilik pejabat Fakhry. Seketika kemudian Fakhry menamatkan perbualan telefonnya dan duduk berhadapan dengan Andrea sambil meletakkan beberapa buah fail yang kelihatannya berkaitan dengan projek usaha sama Roux Group dan White Corp. Kedatangan Andrea sudah dimaklumkan oleh Leon sendiri. Projek yang asalnya di selia oleh Leon di pindah ke bawah pengurusan Andrea. Fakhry maklum dengan pertukaran organisasi White Corp dan dia tidak bercadang untuk memberi sebarang komen. “Ms Andrea,minggu depan kita akan adakan mesyuarat dan sesi pengenalan dengan staf terlibat dari kedua dua syarikat. Pada perbincangan lepas staf dari kedua dua syarikat akan bekerja on site , untuk memudahkan urusan. Seperti biasa kita alan bangunkan penempatan dan pejabat sementara di kawasan Star Land.” Fakhry menerangkan serba sedikit perancangan awal projek Star Land. Andrea hanya mengangguk kerana sejujurnya dia tidak mengetahui apa apa pun tentang projek ini. Leon hanya mengarahkannya bertemu Fakhry pagi ini tanpa memaklumkannya lebih awal. Fakhry memandang wajah wanita dihadapannya dan beberapa soalan berlegar di fikirannya namun dia masih berkira kira adakah wajar ditanya sahaja soalan soalan itu kepada Andrea? Leon tidak pernah bicara tentang Andrea dan kadangkala dia mendengar tentang wanita ini dari Alexandra. “Ms Andrea , why would you choose to attend Brixton over Victoria?” Fakry bertanya perlahan. Andrea agak terkejut dengan soalan Fakhry kerana ia tiada kaitan dengan perbincangan mereka saat ini. Mengapa dia memilih Brixton? Sedangkan dia tahu Victoria merupakan antara universiti terbaik. “ Hmm.. I am not qualified for Victoria.” Andrea membalas ringkas. “ Everyone is qualify when they have money.” Fakhry merenung Andrea sambil cuba mencari jawapan kepada persoalannya. Andrea hanya membalas dengan senyuman dan Fakhry mengerti bahawa wanita itu tidak berhasrat meneruskan perbualan. Fakhry bingkas bangun dan mempelawa Andrea untuk melihat Silver Tower kerana ini kali pertama wanita itu menjejakkan kaki ke sini. Pada mulanya Andrea menyangka bahawa Fakhry akan meminta pembantunya melakukan tugas itu namun sangkaannya silap apabila Fakhry sendiri membawanya ke bahagian bahagian penting Silver Tower. Di mata Andrea , Fakhry seorang lelaki yang serius semasa bekerja. Segala yang pernah di bacanya tentang Fakhry di media sosial sama sekali berbeza dengan realiti. Saat ini dia teringatkan perbualan Leon dan Alexandra tentang racun yang diberikan kepada Fakhry dan dia masih tertanya tanya apakah yang didengarinya itu hanyalah gurauan atau realiti. Andrea sedar bahawa dirinya jauh ketinggalan dari segi apa pun jika dibanding dengan Leon , Alexandra dan Fakhry. Sejujurnya dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan menjejakkan kaki ke White Corp kerana Leon sangat membencinya. Seperti hari ini Leon mengarahkannya pergi tanpa apa apa pengetahuan tentang projek mereka , adakah Leon ingin memalukannya? Namun nasibnya tidak semalang yang di sangka apabila dia dilayan dengan baik oleh Fakhry. Dia tidak menyangka bahawa Fakhry adalah seorang lelaki seperti ini, jauh berbeza layanan yang diberi Fakhry berbanding Leon. Andrea tidak mengerti tentang lelaki kerana dia sendiri tidak pernah memberi ruang untuk lelaki lain di dalam hidupnya. Hanya Leon yang berada di hatinya dan hanya Leon yang mampu mempengaruhi segala keputusannya. Andainya Leon tahu dan mengerti hati ini. Sepanjang mereka berjalan melewati bahagian demi bahagian Silver Tower , Andrea dapat melihat bagaimana Fakhry adalah tarikan utama di sini. Staf wanita kelihatan tidak dapat melepaskan diri mereka dari melihat Fakhry hingga lelaki itu hilang dari pandangan dan pandangan seakan cemburu terhadap dirinya yang berada di samping Fakhry. Dia tertanya apakah perasaan Alexandra dengan situasi begini namun apabila difikirkan dengan lebih mendalam , Alexandra adalah wanita tanpa tandingan. Tidak seperti dirinya maka Alexandra mungkin tidak punyai perasaan sepertinya. Andrea tersenyum nipis , mungkin kerana itu Alexandra dan Leon bergurau tentang racun yang diberi kepada Fakhry. Mungkin kerana cemburu dengan perhatian yang diterima Fakhry. Andrea menggeleng kepalanya , mengapa dia tidak terfikirkan hal ini ? Andrea faham dia tidak harus terlalu dekat dengan Fakhry bagi mengelak salah faham dan menimbulkan masalah antara dirinya dan Alexandra. Lamunan Andrea dikejutkan oleh deringan telefonnya dan dia terus menjawab tanpa melihat kerana bimbang deringan kuat itu mengganggu staf Roux Group. “Andrea, are you in holidays? I sent you to Silver Tower to discuss about the project but you took half a day there.. I am expecting you to be here in thirty minutes.” Kedengan suara Leon ditalian dan sebelum sempat Andrea menjawab panggilan telah ditamatkan. Andrea bingung seketika sebelum tersedar. Tiga puluh minit? “Is everything okay?” Fakhry bertanya apabila melihat reaksi Andrea yang kelihatan cemas. “Can I get to White Tower in thirty minutes?” Andrea bertanya tanpa berfikir. “If you fly, yes.” Fakhry tersenyum nipis. “Mr Fakhry , I am sorry but I need to leave because Leon want me to be there in thirty minutes..” Andrea meminta diri. “I will give you a ride since I want to meet Leon as well.. you can’t be there in thirty minutes.” Fakhry menggeleng kepalanya. Wajah cemas Andrea sedikit mencuit hatinya, dia tidak mengerti mengapa Andrea begitu cemas dengan arahan Leon yang merupakan abangnya sendiri. Adakah Leon sekejam itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD