Alexandra - Cinta

764 Words
Sesekali Fakhry mengerling ke arah Andrea yang kelihatan resah. Wanita itu kelihatan sangat berbeza dari Leon. Leon seorang lelaki yang tegas dan sukar diduga. Andrea kelihatan lembut dan lebih kompromi. Perjalanan dari Silver Tower ke White Tower mengambil masa selama empat puluh minit. Setiba di White Tower mereka berdua terus menuju ke bangunan utama dan ke pejabat Leon. Anna, pembantu peribadi Leon memaklumkan ketibaan mereka dan mempersilakan mereka berdua masuk ke bilik pejabat Leon. Lelaki itu kelihatan sibuk dengan beberapa dokumen namun berhenti dengan kerjanya apabila Fakhry duduk berhadapan dengannya dan Andrea duduk di sofa berdekatan. Pandangan Leon tertumpu kearah Andrea. “ I said thirty minutes..” Nada Leon bersahaja. “ Leon.. it took forty minutes when traffic is good.” Fakhry cuba membela Andrea. “ Alexandra do it in thirty minutes.” Leon membalas tanpa rasa bersalah. Fakhry tidak membalas dan Andrea membisu tanpa kata. Leon memang membencinya. Fakhry mengalih pandangan ke arah Andrea. Betul , Alexandra mengambil masa tiga puluh minit dan kadangkala kurang dari itu namun entah berapa banyak kesalahan trafik yang dilakukannya dan entah berapa banyak denda yang diterimanya. Tidak adil untuk Leon membandingkan Andrea dengan Alexandra. Fakhry juga tidak dapat membela Andrea kerana Alexandra adalah isterinya dan sepanjang mereka bersama Fakhry tidak pernah membela selain Alexandra biarpun apa yang dilakukannya itu salah. Kadangkala cintanya buat Alexandra telah mengetepikan segala rasional. Sudah tentu dia akan cuba menghalang Alexandra dari melakukan kesalahan namun jika ianya terjadi jua , Fakhry selalu tetap berada di sisi Alexandra. Alexandra adalah segalanya dalam hidup ini. Apa sahaja yang tidak dilakukannya buat Alexandra? Cintanya sangat dalam buat wanita itu dan mungkin jika wanita itu meminta nyawanya , akan diberi tanpa ragu. Dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa Alexandra di sisi. Setiap kali dia terjaga dari tidurnya dia akan mencari wajah itu dan harinya tidak akan lengkap tanpa senyuman Alexandra. Alexandra adalah ros merah yang menghiasi taman hatinya. Andrea terus membisu , apa sahaja yang mampu dikatakan untuk membela diri. Betul, Leon mengarahkannya bertemu Fakhry bagi urusan projek bukan untuk melihat Silver Tower. Fakhry membetulkan duduknya , padanya Leon agak keterlaluan namun dia tidak layak mencampuri urusan mereka berdua. Seketika kemudian Anna masuk dan dua staf lain mengekorinya. Leon mengisyaratkan supaya mereka berdua duduk di sofa berhadapan Andrea. “ Emir , Helena meet Fakhry Roux and Andrea White.” nada Leon perlahan memperkenalkan Fakhry dan Andrea kepada Emir dan Helena. Leon seterusnya mengutarakan beberapa poin berkaitan projek Star Land tanpa lengah kerana sebetulnya dia berniat untuk membincangkan isu itu bersama stafnya sebaik sahaja Andrea pulang dari Silver Tower namun dia tidak menyangka bahawa Fakhry akan turut bersama Andrea jadinya Leon tidak ingin membuang waktu dan membuka ruang bagi Fakhry mengutarakan pendapatnya. Projek Star Land dibangunkan khusus untuk sektor pelancongan bagi dalam dan luar negeri. Tanah milik White Corp itu ingin dibangunkan dengan landskap yang sesuai dan kerana itu Roux Group diperlukan. Roux Group adalah antara syarikat terbaik bagi pembinaan dan landskap. Leon tidak mengetahui sejauh mana Fakhry akan terus berada di dalam projek ini dan bagi dirinya sendiri dia telah melantik Andrea untuk menguruskan projek ini bagi pihaknya dan kerana dia tahu bahawa Andrea tidak mempunyai apa apa pengalaman sebelum ini dia telah melantik Emir bagi mengetuai projek Star Land. Emir adalah salah seorang staf terbaik bagi sektor pembinaan. Star Land bukanlah satu projek yang besar bagi White Group namun ianya peluang pertama mereka dalam sektor pelancongan. Star Land adalah sebuah pulau terbiar yang perlu dibangunkan. Sebetulnya Star Land sudah memasuki beberapa fasa pembinaan namun ianya terbengkalai kerana faktor kekurangan tenaga kerja dan Sebastian White tidak mahu memberikan bajet kepada projek tersebut .Sebastian lebih mengutamakan sektor perubatan dan senjata. Saban tahun Alexandra mendapat bajet yang lumayan bagi penyelidikannya. Leon memerhatikan Helena yang tekun mendengar penjelasan Fakhry. Ini projek pertama buat Helena juga kerana sebelum ini Helena bertugas di sektor pengilangan. Leon menggantikan beberapa orang stafnya kerana dia inginkan pembaharuan. Mesejnya jelas, dia bukan Sebastian White. Sudah tentu langkahnya itu mengundang kontroversi namun dia tidak ambil peduli. Dua jam berlalu dan perbincangan ringkas antara mereka selesai buat masa ini. Andrea masih kelihatan kosong dan Fakhry meminta diri namun dia bertembung dengan Alexandra yang ingin menyerahkan beberapa dokumen kepada Leon. “ Hi Love..” Fakhry menyapa Alexandra dengan mesra tanpa segan silu. Alexandra hanya tersenyum nipis sambil terus melangkah namun Fakhry terlebih dahulu memaut lengan wanita itu. “ Fakhry.. behave please.” Alexandra memandang Fakhry lembut. Fakhry tersenyum dan melepaskan pegangannya. Andrea yang menyaksikan mereka berdua terasa malu sendiri entah mengapa. Andrea berpaling ke arah Leon dan dia dapat melihat reaksi dingin lelaki itu. Jelas menunjukkan dia tidak peduli.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD