Alexandra - White Mansion

680 Words
Leon mengerling ke arah jam di meja kerjanya apabila mendengar pintu bilik kerjanya dibuka. “ Andrea , why are you late all the time?” Leon bertanya bersahaja. “I am sorry .. I jalan dari perhentian bas tadi sebab bas tak boleh masuk kawasan ni..” Andrea membalas lembut. “Bus? You are really something. What are you? A student? Get a car and stop giving excuses.” nada Leon tenang namun menikam jiwa Andrea. “ I am sorry..” Andrea meminta maaf lagi. “ And stop saying sorry all the time. How many times in your existence you heard people say sorry to you?” Leon bertanya sinis. “ None..” Andrea menjawab perlahan. Leon melepaskan keluhannya perlahan. Apa yang perlu dilakukannya dengan wanita ini. Mengapa Andrea seperti sengaja mencabar kesabarannya. Andrea tahu bahawa dia tidak suka membuang buang masa. Leon bangun dan bersandar pada mejanya sambil menghulurkan sekeping dokumen kepada Andrea. Wanita itu menyambut huluran Leon dan terus membaca isi kandungan dokumen tersebut. Andrea kemudiannya memandang Leon untuk kepastian. “ Yes , you will live here from now onwards , Anna will get you a car and a driver. You do not have driving license don’t you?” Leon bertanya bersahaja. Leon tidak menunggu jawapan dari Andrea sebaliknya terus meminta Andrea beredar kerana menurutnya dia ada urusan lain. Andrea tidak dapat mengambarkan perasaannya saat ini. Dia tidak pasti adakah Leon akan selesa dengan kehadirannya disini. Dia ingin bertanyakan doal Sebastian White namun dia masih tidak tahu bagaimana. Leon kelihatan sangat sibuk dan setiap bicaranya mengguris hati. Sejak berada di White Corp tidak sehari pun Leon berlaku baik padanya. Winnie pembantu rumah di White Mansion membawa Andrea ke bilik yang telah disediakan untuknya. Bilik di east wing yang lengkap dengan dapur dan ruang tamu persendirian. Winnie memaklumkan bahawa Leon telah memanggil Farah , pereka fesyen keluarga White untuk datang dan membantu Andrea dalam pemilihan pakaian. Andrea hanya tersenyum. Lima belas tahun lalu dia datang ke White Mansion buat pertama kalinya dan dia diberi baju yang sangat cantik buat pertama kalinya dan hari ini peristiwa itu seakan berulang lagi mamun tiada senyuman Leon seperti masa lalu. Walaupun dia diambil Sebastian White menjadi cucu angkat keluarga White dia tidak pernah mendiami White Mansion secara tetap kerana Sebastian menghantarnya ke sekolah yang mempunyai kediaman sendiri. Apabila cuti panjang dia akan bekerja untuk mencari wang kerana dia tidak mahu membelanjakan wang yang diberi Sebastian. Kerana itu juga dia tidak mempunyai lesen memandu kerana dia menyimpan wang dan padanya kerana dia tinggal di bandar dia tidak memerlukan kereta. Pengangkutan awam adalah cukup baginya. Andrea melihat biliknya yang dihias indah. Dulu dia tidak pernah terfikir yang pada suatu hari nanti dia akan menikmati semua ini. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa dia akan berada di samping orang orang ternama seperti Leon , Alexandra dan Fakhry. Dia bukan seperti mereka. Lamunan Andrea termati apabila pintu biliknya diketuk dan Winnie mempersilakan seorang wanita yang bernama Farah masuk. Wanita itu memperkenallan dirinya dan pembantunya Alice. Farah kelihatan sangat ramah dan sopan. Alice membuka bag beroda yang dibawanya dan menjelaskan kepada Andrea bahawa koleksi terbaru mereka berada dalam katalog berkenaan. Farah kemudiannya berkongsi pendapat tentang pakaian yang sesuai bagi Andrea. Wanita itu hanya mendengar kerana ini semua adalah perkara baru baginya. Kebiasaannya dia akan ke gedung membeli belaj dan memilih pakaian di sana tanpa banyak berfikir. Namun Jika Leon memanggil Farah untuk datang ke White Mansion , pastinya lelaki itu memandang serius soal pemakaiannya. Andrea hanya menurut kerana Leon lebih tahu segalanya. Andrea membelek katalog yang diberi namun matanya tertumpu pada tag harga setiap pakaian. Setiap satunya bernilai ribuan dolar. Andrea mengambil katalog yang kedua dan seperti yang pertama harganya malah lebih mahal. Andrea menelan liurnya, dia tidak mampu membayar harga pakaian ini sekalipun dia membeli yang termurah. Seketika kemudian pintu bilik diketuk dan Leon muncul tanpa diduga. Farah tersenyum lebar melihat lelaki itu dan Andrea masih membatu. “ Farah , help her wardrobe and send the bill to me . Andrea, make it quick , you don’t have whole day for this.” Leon berlalu tanpa menunggu.

Great novels start here

Download by scanning the QR code to get countless free stories and daily updated books

Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD