Bab 20-I will back to Korea

1140 Words
Fareena telah bersiap ke tempat kerja seperti biasa. Manakala Dae Hyun, awal awal lagi telah ke kedai Pak Abu. Sudah beberapa hari tidak ke sana. Pekerjaan Fareena berjalan seperti biasa. Sehinggakan tengah hari, dia tidak sempat menjamah makanan. Seperti biasa, Dae Hyun telahpun mengirimkannya bekal makanan untuknya.Tapi bukan Dae Hyun yang mengirimnya, tetapi budak rider makanan yang bekerja dengan Pak Abu. Difikirkan, mesti Dae Hyun sibuk. Ring..Ring..Ring.. Telefon bimbit Fareena berbunyi. Nombor yang cukup familiar baginya. Dibiarkan sahaja telefon itu bergetar sehingga ianya mati sendiri. Khalid Ammar, siapa lagi. Tidak pernah jemu mengacau hidup Fareena. Gara gara dialah, suaminya jadi cemburu. Sedar tidak sedar jam sudah pun berganjak ke pukul lima petang. Cepat betul masa berlalu. Badannya merasa penat dan sengal. Ditambah 3 hari lepas dia banyak 'bersenam' di atas katil. Mengingatkan tentang itu, dia ingin singgah bertemu dengan suaminya yang dirindui. Baru sehari tidak berjumpa sudah terasa beban rindu yang ditanggungnya. Sehinggakan Fareena tidak teringat status diri Dae Hyun yang dahulu. Setelah siap berkemas, Fareena terus memecut laju kereta usangnya itu menuju ke destinasi yang diingini. Dalam hatinya berbunga riang. "Assalamualaikum Pak Abu," sapa Fareena tatkala dia bertentang mata dengan Pak Abu. "Waalaikumussalam , kamu rupanya? salam dijawap. "Hai..hairan betul aku, sudah makin kerap kamu ke sini..." sindir Pak Abu bersahaja. Tersipu sipu pula Fareena akan kata kata Pak Abu itu. "Kalau suami kamu Dae Hyun yang kamu cari, haaa..nak beritahu kamu, dia dah balik tadi petang tadi.." jelas Pak Abu. Wajah Fareena kehairanan. "Ada ke dia cakap pergi ke mana?" soal Fareena lagi tidak puas hati. "Entahlah aku..nampak macam tergesa gesa aku tengok!" "Ooo.., kalau macam tu, saya balik dulu ye Pak Abu." bagitahu Fareena. "Emm..mungkin dia ada di rumah barangkali.." Fareena beredar setelah diberitahu sebegitu oleh Pak Abu. Jika dahulu dia tidak pernah ingin ambil tahu akan keberadaan suaminya itu. Kali ini, cukup mengusarkan hatinya.Dalam hatinya cuma mampu berdoa semoga Dae Hyun baik baik sahaja. Apabila tiba di rumah kelihatan motor usang Dae Hyun. "Sudah ada di rumah rupanya.." Fareena bercakap sendiri. Fuh...Jiwanya terasa lega. Hatinya seakan melompat keriangan. Namun, cuba dikawal sebaik sahaja langkah kakinya masuk ke rumah. Kelihatan Dae Hyun sedang berbaring di atas sofa. Matanya rapat tertutup. Fareena mendekati tubuh suaminya. Lalu dikucupnya tangan Dae Hyun. "Sayang.." sapa Dae Hyun yang tersedar kehadiran Fareena. Ditarik Fareena ke sisinya. Dia tersenyum melihat bidadari hidupnya di depan mata. Wajahnya kepenatan. Timbul penyesalan di lubuk hati Fareena. Jika dia tahu dia tidak akan berbuat apa apa tadi. "Are you okay? Dae Hyun, you look tired?" soal Fareena kebimbangan akan kondisi Dae Hyun. "A little bit, I am fine, don't be worry.." Fareena lega. Dia meminta diri untuk bersihkan tubuh sekali gus menunaikan solat maghrib. ****** Setelah selesai berpakaian, Fareena duduk di sebelah Dae Hyun yang sedang menonton berita di kaca televisyen. Kusyuk betul mendengar. 'Faham ke bahasa melayu?' hati Fareena mengumam. "What we want to eat tonight?" " It depends on you, sayang.." jawap Dae Hyun justeru lalu menarik hidung comel Fareena. Tiba tiba jadi mengada pula Fareena. Selama ini, Dae Hyun tidak pernah menyoal apa yang dimasak olehnya. Apatah lagi menpersoalkan masakannya. Dua mangkuk mi segera terhidang. Sebiji telur goyang untuk setiap orang. Bagi Fareena, ianya cukup istimewa. Mana pernah dia masakkan Maggi buat jejaka diluar sana. Rupanya boleh kalah menu makanan di Kedai makan Pak Abu. Di dalam hati Dae Hyun ragu ragu ingin memberitahu sesuatu kepada isterinya. Dia menarik nafas untuk mengumpul kekuatan. "Sayang..I have something to tell you.." "Apa dia ye?" penuh tidak sabar nada Fareena. " I will back to Korea!!" jelas Dae Hyun lalu mengusap pipi Fareena. Jelas terkejut Fareena. "Oh..really?..hmm..that's a good news.." nada suara Fareena seolah tersekat di kerongkongnya. Matanya tiba tiba berkaca. "Hey..hey..sayang..hold on..look here..look at me.." Dae Hyun memujuk setelah menyedari air mata telah Fareena gugur jatuh ke pipi. Dibawanya erat ke pelukannya. Erat sekali. Seolah olah tidak ingin lepas. Beberapa kali diusap rambut Fareena. Jika dahulu Fareena berharap sangat Dae Hyun dapat kembali ke tanah airnya. Kalau boleh ingin sahaja dia serahkan Dae Hyun kepada pihak berkuasa pada waktu pertama pertemuan mereka. "When?" suaranya lemah sekali. "Next week..hmm..maybe.." esakan tangisan Fareena tidak kedengaran. Cuma air matanya yang semakin banyak mengalir. Sebaknya rasa dadanya sekarang tidak terperi. " How about me?..,do you back alone?" "I don't know yet, it's all messy right now" jawapan Dae Hyun samar samar. "Haah?!..simple answer!!" cebik Fareena sakit hati. Geram sekali dia dengan jawapan Dae Hyun. "Jadi, apa semuanya selama ni?" Fareena meleraikan pelukan mereka. "Setelah apa yang kita lakukan tiga hari yang lalu, cuma sandiwara kamu ke bagi Dae Hyun.?" Suara Fareena meninggi. Dae Hyun serba salah. Tidak lagi berbicara dalam bahasa Inggeris dengannya. Mujurlah dia memahami, walaupun tidak dapat membalas kembali. "Please Fareena.. don't get wrong.." tangan Dae Hyun cuba menenangkan Fareena. Bercucuran airmata wanita di depannya mengalir. Ketegangan sangat terasa antara mereka. "Kamu datang hanya untuk meninggalkan luka di hati saya, Dae Hyun.." luah Fareena. "Masa kita dinikahkan..kamu cuma menurut apa yang mereka aturkan.." "You are selfish, Dae Hyun.. kamu cuma ambil kesempatan atas kelemahan saya, Pak Abu dan juga masyarakat kami demi kepentingan kamu..demi nafsu kamu!!!" kata-kata Fareena ibarat sembilu menusuk jantungnya. Dia meninggalkan Dae Hyun terus ke kamar tidur. Pintu dihempas kuat. Ruang rumah yang sepi diganti dengan bunyi dari kaca tv. Dae Hyun cuba menahan sebak di dadanya. Kuat giginya diketap. ********* Tengahari tadi, dia telah berjaya menemui pembantu Seo.Tidak dijangka kedatangan sama sekali lelaki yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri itu tiba lebih awal dari yang yang dikhabarkan. Riak wajah pembantu Seo sangat gembira pada saat mereka bersua. Dipeluknya erat susuk gagah Dae Hyun. "Bagaimana keadaan kamu di sini, Dae Hyun?" pembantu Seo menyapa. "Iya..iya..saya baik sahaja.."Dae Hyun tersenyum syukur. "Kami semua sangat bimbang dengan kehilangan kamu.." luah pembantu Seo. "Bagaimana kamu boleh selamat daripada cengkaman Mr.Park tu?" pembantu Soe teruja ingin mendengar cerita yang bakal Dae Hyun sampaikan dan apakah yang telah berlaku kepada anak didik jagaannya itu. "Saya telah diserang semasa berada di pelabuhan Busan, sedar -sedar, saya telah pun berada di negara ini. Beberapa hari saya diseksa.." leka pembantu Seo mendengar. "Hanya menghitung saat malaikat maut datang mencabut nyawa sahaja.." cerita Dae Hyun dilanjutkan. "Dan..waktu itu..dia datang.." saat menyebut 'dia', Dae Hyun tersenyum bahagia. Airmatanya disekakan. "Dia..siapa yang kamu maksudkan, Dae Hyun?" penuh dengan suspend melihat rupa pembantu Seo. Hatinya penasaran ingin tahu lanjut siapa yang dimaksudkan Dae Hyun itu. "Fareena Delisha.." jelas Dae Hyun dengan bangga. "Dia..adalah isteri saya yang sah.." " Iya..hyung..saya sudah berkahwin sekarang.." terkedu lidah pembantu Seo mendengar apa yang dituturkan Dae Hyun itu. Dia menarik nafas panjang lalu meraut wajahnya. Hatinya gusar. "Sekarang..apa yang akan kamu lakukan?" soal pembantu Seo. "Begini hyung..saya akan ceritakan apa yang sebenarnya berlaku..saya akan jujur dengan latar belakang saya." kata -kata Dae Hyun penuh nekad. "Saya akan bawa dia bersama saya kembali ke korea.." Titik. Keyakinan Dae Hyun semakin menebal. ****Bersambung**
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD