Bab 1- Gudang Usang
"Mana kau ni? Cepat laaa.." Tengking Fareena dihujung telefon bimbitnya. Jam di telefon bimbit dikerlih sekali sekala. 'Mahu minta tolong dari orang, dia pula yang kena tunggu' dengusnya dalam hati.
Ini bukan kali pertama sepupunya, Mya membawa masalah kepada dia. Ikutkan hatinya dan hari yang panas ini mahu sahaja dia angkat punggung dan keluar dari kedai makan ini. Apatah lagi, waktu rehat tengaharinya hampir habis. Tidak berdaya Fareena menahan jelingan di ekor mata masing-masing. Sebagai rakan sejawat mereka, Fareena tiada istimewa langsung di depan teman-teman pejabatnya. Sebagai junior dia banyak berhempas pulas mengikut telunjuk.
Selang beberapa minit muncullah kelibat Mya mengibas-ngibas tangan tanda kepanasan. Kerusi makan plastik merah ditarik dan terus melabuh punggungnya.
"Hah?! Apa yang penting sangat kau nak jumpa ni!" Soal Fareena.
" Nak mintak tolong sikit ni.." ucap Mya sengih-sengih.
"Ek..Eleh.." Fareena sudah dapat mengagak tujuan pemilik rambut merah didepannya itu.
Bukan sehari dua dia dengan sepupunya itu. Malah dari bangku sekolah lagi, sememangnya dialah tempat segala aduan domba serta objek solusi bagi Mya.
"Macam ni.." Mya mengeluarkan kertas broucher dari tas tangan gred AAA separa kulitnya itu.
Fareena membaca sekilas intipati poin yang tertera font arial narrow.
"Hmm.." Telan air liur
"Nak suruh buat apa?" Matanya membulat. Kepingan iklan dirampas balik oleh Mya.
"Kau kena jadi penjamin aku..please..." Nada lembut bersahaja keluar dari mulut Mya.
"Nak buat apa lagi ni?tak habis-habis engkau ni dengan along..mmm..dengan lintah darat laa.." Marah betul Fareena kali ni.
"Kalau bukan kau siapa lagi aku boleh harapkan?"
"Berapa ribu pulak kali kau nak pinjam dengan diorang?"
"Tak banyak pun..10K jer." Jawap Mya sambil angkat jari sepuluh kepada Fareena. Dikerlingnya banyak kali ke arah Mya. Sakit betul hati dia. Setiap kali pertemuan mereka mesti ada sahaja onar dari Mya.Serabut jugak kepala dia. Tak tolong kan.. sepupu sendiri. Bukannya orang lain. Sampaikan diri dia sendiri tidak tahu pernah atau tidak dia meminta pertolongan dari Mya. Asyik-asyik dia yang jadi mangsa keadaan.
Sememangya Mya telah war-warkan padanya hasrat Mya untuk membuat pinjaman peribadi. Tidak disangka secepat ini Mya bertindak.
"Dah laa..aku dah lambat ni..kang kena potong gaji aku bulan ni..nah amik ni.." dihulurkan kad pengenalan miliknya kepada Mya untuk snapshot di telefon bimbitnya.
"Kali ni aje aku toleransi dengan kau" Telunjuk Fareena menonyoh ke ubun kepala Mya.
"Iya..Iyalah."Jawap Mya yang sedang menggosok kesan dikepalanya.
"Set."
"Cantiklah." hati Mya berbunga. Fareena sekadar menggeleng kepala melihat aksi Mya.
"Thanks cousin."
"Ingat tu!!" Pesan Fareena dikuti langkah lajunya keluar dari premis kedai makan tersebut.
Jam di telefon bimbitnya menunjuk pukul 2.25 petang. Kakinya maju tanpa kalih ke belakang lagi meninggal Mya sendiri. Banyak lagi tugasan kerja menantinya. Semuanya telah disetkan satu persatu yang mana harus disudahinya dulu. Usianya 26 tahun sebatang kara tanpa ibu bapa banyak mendorong hidup mandiri. Dalam tempoh dia bersama keluarga angkatnya iaitu Ibu saudara Mya.
Mya bukanlah sepupu berkait darah atau saudara. Mereka rapat sejak Fareena diambil anak angkat oleh Puan Khatijah, Kakak kepada ibu Mya. Fareena yang kehilangan orang tua akibat kemalangan jalan raya justeru menumpang teduh kasih sayang dengan mereka. Tapi, tidak lama beberapa bulan menjelang peperiksaan SPM, ibubapa angkatnya pula yang pergi menghadap Illahi.
Sampai sahaja di kaki tangga pejabat, Fareena melepas lelahnya. Tiba-tiba senior berjawatan pengurus projek syarikatnya menyapanya. Bertingkat fail keras kelabu dikepitnya.
"Fareena, awak ikut saya ke tapak baru kita tu, gudang lama di Jalan Merbuk Indah" Arah Encik Azman kepada Fareena dan menggangguk justeru itu.
"Encik Azman, saya perlu naik ke pejabat dulu, ada beberapa barang dan notebook saya yang perlu saya ambil" ujar Fareena.
Tidak lama kemudian, Fareena tiba bersama alatan yang disebutnya.
"Jom gerak sekarang!!"
Stereng Kereta Pacuan 4 roda milik senior itu menluncur laju menuju ke destinasi yang berjarak 5 kilometer dari pejabat mereka. Setiba sahaja, pihak pemilik tanah serta perunding yang terlibat telah pun sampai. Kelihatan juga 2 orang pengawai dari majlis daerah yang siap bertopi keselamatan. Bersama mereka ada sekali gulungan kertas cadangan untuk projek yang bakal dibina.
Bangunan usang dihadapannya nanti akan dirobohkan dan diganti dengan taman perumahan serta lot bangunan kedai. Apatah lagi pembangunan sekelilingnya sangat pesat dan menjadi tumpuan golongan elit. Fareena sempat mengkaji lokasi tapak mereka ini sebelum menyediakan beberapa proposal kepada pemilik tanah.
Sementara itu di dalam gudang usang tersebut aktiviti sulit sedang berlangsung. Mereka menyedari kehadiran beberapa orang asing yang tengah berdiskusi di luar gudang lama itu. Sang ketua yang berjaket hitam menunjuk isyarat diam. Mangsa yang berikat ditekup mulutnya semula dengan kain. Berleceran darah dari mulutnya.
Melihat gaya pemakaian orang-orang diluar itu mungkin mereka adalah orang yang bertanggungjawab ke atas gudang usang ini. 'Nampaknya dia harus percepatkan kerjanya' dengus sang ketua.
"Bawa ke belakang."arahnya kepada ahli berada paling dekat.
Diheret si mangsa dengan kasar.Tubuh tinggi lampai mangsa menyukarkan juga mereka untuk mengangkat dan diletak ke dalam bonet kereta. Kebanyakan mereka lebih rendah dari mangsa.
Mereka kaget sebentar sebagai langkah berjaga-jaga supaya tiada bunyi terhasil. Mangsa yang tidak bergerak langsung dikuit beberapa kali.
"Bos,agaknya dah nak mati budak ni." bisik perlahan ke telinga sang ketua.
"Kamu kasi sudah kerja ni." tunjuknya kepada 2 orang pengikutnya.
"Kau ikut aku.." manakala seorang lagi diarah mengikutinya.
Kelibat sang ketua hilang dibalik pintu zink berkarat. Si pendek gempal mengambil posisinya balik berdekatan bonet kereta. Tekaknya merasa haus sangat. Waktu makan tengaharinya terlepas gara-gara tugasannya sekarang.
Bimbang mula bersarang dihatinya. Berwaspada dengan kehadiran orang-orang diluar sana.
"Aku perlu keluarlah sekejap, perut aku ni hah.." ditunjuk perut boroi ke arah rakannya.
"Baiklah, jangan lama pulak, aku sorang-sorang ni, kan jadi hantu budak ni kang.."
"Harap muka je bertatu mengalah abang long Fadhil."
Si pendek pergi bersahaja meninggalkan rakannya dalam tiada keyakinan. Sesekali dikerlingnya ke arah jasad kaku berikat tali kabel.
Sudah 3 hari mereka 'diamanahkan' untuk menyeksanya. Namun, masih liat nyawa berpisah dari jasad. Suara kumpulan dari luar tadi tiada kedengaran.
'Sudah selesai barangkali urusan mereka di sini' teka nya sendiri. Si kurus keding menguap beberapa kali.Matanya sangat letih. Tidak berdaya menahan dan terus lena dibuai mimpi.
********
Fareena tiba di pejabat tepat pukul 5.15 minit petang. Waktu kerja telah habis, mujurlah dia dalam mode cuti-cuti malaysia (menstruasi). Jadi, langkahnya dipercepatkan lagi. Biasanya, dia akan selesaikan solat asar terlebih dahulu sebelum pulang. Dia cuba meraba ke dalam poket beg galasnya, memeriksa jika ada barang yang tertinggal sebelum pulang.
"Alamak, mana pulak wallet aku ni.." ucap Fareena sendiri.
Sambil-sambil tangannya pantas mengeledah setiap inci poket ruang beg, dia teringat tadi dia ada menghulurkan Bisness Card miliknya kepada pemilik dan para perunding yang hadir ditapak gudang tadi.
****Bersambung****