Bab 2- Penumpang misteri

1033 Words
Fareena terus memecut laju kereta jenama Kancil putih miliknya. Berkira-kira bahawa langit akan gelap tidak lama lagi. Tambahan lagi waktu balik kerja sekarang dan traffik semakin sesak. Dalam kepekatan malam, jam di dashboard kereta menunjuk angka 7.25 petang dan esok pula hari minggu. Maka, berpusu-pusulah kenderaan yang membanjiri jalan raya. Keretanya di park di tempat yang sama sewaktu dia tiba bersama Encik Azman tadi. Kelihatan keadaan sekeliling gudang usang sunyi sepi. Hanya bersahutan bunyi cengkerik sekali sekala. Matanya sempat pula melihat ke arah gudang yang paling hujung. Cahaya lampu dari premis usang itu samar-samar kelihatan. 'Mungkin ada pekerja lagi yang sedang membuat clearing site kot' teka Fareena dalam hati. Fareena terus memecut laju kereta jenama Kancil putih miliknya. Berkira-kira langit akan gelap tidak lama lagi. Tambahan lagi waktu balik kerja sekarang dan traffik semakin sesak. Dalam kepekatan malam, jam di dashboard kereta menunjuk angka 7.25 petang dan esok pula hari minggu. Berpusu-pusulah kenderaan membanjiri jalan raya. Kereta di park di tempat yang biasa sewaktu dia tiba bersama Encik Azman tadi. Kelihatan keaadan sekeliling gudang usang sunyi sepi. Hanya bersahutan bunyi cengkerik sekali sekala. Matanya sempat pula melihat ke arah gudang yang paling hujung. Cahaya lampu dari premis usang itu samar-samar kelihatan. 'Mungkin ada pekerja sedang membuat clearing site kot' teka Fareena sendiri. Namun, ada sedikit gentar menyelubungi sanubarinya. Apa tidaknya, berseorangan ke tempat seperti ini. Dalam hati Fareena sempat berdoa agar tiada apa-apa anasir jahat yang datang kepadanya ketika ini. Aminn.. Lebih kurang 15 minit Fareena mencari walletnya itu, akhirnya dapat dijumpai. Senyum lebar terukir di pipinya. Ditepuknya wallet berkali-kali untuk menghilangkan debu dan terus menyimpan ke dalam beg galasnya. Fareena mengambil kembali dan memeriksa isi dalam walletnya bagi memastikan tiada kehilangan duit atau kad-kad penting. "Laparnya.." ucap Fareena sejurus gear minyak ditekan. Dalam benaknya berkira-kira jenis menu yang ingin dimasak. Tergelak sendiri. Kadang-kadang bukan main beria dia memerah otak berfikir mencari resepi.Tetapi, apabila sampai sahaja di rumah, niatnya itu terbantut akibat dek kepenatan. Biskut cracker Jacob sudah dicicah air milo juga yang menjadi santapannya. Mee segera Maggi pun kekadang berganti jikalau dia sudah bosan dengan biskut. Keadaan rumah sewa itu gelap gelita, cuma ruang dapur sahaja dinyalakan lampu. Memang kebiasaannya hidup bergelap, lebih menjimatkan kos belanja bulanan. Dengan luasan rumah kurang dari 1000 kaki persegi sudah cukup selesa buat gadis bujang sepertinya. Selepas selesai membersihkan diri, Fareena menuju ke dapur, membuka peti ais. Agak lama dia berdiri merenung ruang dalaman peti ais. Ada setin sos segera pasta yang belum tamat tarikh luput. Cepat-cepat dia menyediakan bahan-bahan untuk membuat sajian spaggeti carbonara. Memang menjadi kesukaannya. 'Nampaknya jiran-jirannya sebelah kiri dan kanan ni tiada di rumah' Seperti biasa hari-hari cuti pergi berlibur mereka sekeluarga. 'Maklumlah..pekerja kerajaan ni..poket penuh sentiasa..'gomel Fareena sambil memuncung mulutnya. Sebelah kiri rumahnya Kak Salmah dan Pak Jalil berserta sepasang anak mereka yang berusia belasan tahun.Manakala sebelah kanannya pula, Kak Siti dan suami serta seorang anak lelaki mereka. Hanya lampu jalan yang memberi sedikit cahaya bagi menerangi rumah-rumah sekitarnya. Kedudukan lorong rumah yang agak ke belakang meminimumkan jumlah kenderaan yang lalu. Fareena membuka pintu kereta dan mencari plastik pasaraya yang penuh dengan stok makanannya. Ditutupnya semula dengan kuat pintu kereta. Mentang-mentanglah kereta terpakai. Berkasar pula cara dia. "Aahh..." langkah Fareena terhenti. Dihampirinya kembali ke arah kereta yang berjarak cuma kurang 1 meter. Torch light di telefon bimbitnya dinyalakan. Melilau matanya melihat sekitarnya rumah untuk mencari jawapan punca datangnya suara mengaduh sebentar tadi. Tiba-tiba mata Fareena tertumpu ke satu objek berbungkus di celah seat belakang. Baju sweater coklat milik dia membentuk satu kantung. Tanpa berlengah lagi, ditariknya perlahan-lahan. "Opocot!"Terkejut besar Fareena melihat jasad aneh di dalam keretanya. Bau hanyir darah yang tidak enak menusuk hidungnya. Cepat-cepat dia menekup hidung. "Ya Allah.. siapa ni?!" terketar-ketar tangan dan suara Fareena saat ini. Lelaki! sekarang dari mana datangnya bunyi tadi telah terjawap. Justeru menambahkan lagi persoalan di kepalanya. 'Macam mana ni?' sudah buntu Fareena sekarang. Lama dia mundar-mandir keluar masuk rumah dan ruang letak kereta. 'Kalau ditilik-tilik sekali imbas tadi nampak macam parah' Akhirnya Fareena mengalah juga. Ingat! buat baik tak ada ruginya, dan buat jahat tak ada untungnya. Cuba beringat kepada diri sendiri. Fareena cuba mengumpul sebanyak mungkin kekuatan mendekati lelaki misteri di dalam keretanya itu. Mana tahu tiba-tiba lelaki tersebut jadi agresif walaupun bahagian tubuh cedera. Digoncangnya berkali-kali untuk mendapat respon. Mata lelaki itu perlahan-lahan dibuka. Tapi bukan seluasnya. Dan terkatup balik. "Awak.." "Boleh dengar saya tak?!" tanya perlahan kepada empunya jasad misteri yang belum diketahui dari mana kewujudannya di depan Fareena. Langsung tiada tindak balas diberi. Fareena terus mencari bukit di sisi badan dan dibalik jaket tebal lelaki berkenaan. Lendiran basah dirasai di tapak tangannya seiring dengan bau darah. Plastik di tangannya disangkut pada hook diy yang dibuat sediri dari pengepit kertas. Dia sendiri pun tidak dapat memastikan sejauh mana tahap kecederaan yang dialami oleh lelaki itu. Jam sekarang tepat pukul 9.00 malam. Buntu juga Fareena memikirkan situasinya. Tanpa berlengah lagi, dicapainya baju knitwear berserta tudung Sauk nude color dari biliknya dan pintu rumah ditutup. Harapannya agar Klinik Mediveron masih beroperasi. Terletak beberapa blok bangunan kedai dari kediamannya. Jarang-jarang dia berada saat cemas begini. Apatah lagi ianya melibatkan nyawa manusia. "Sabar sekejap yer awak..tahan.." kaki dan tangan Fareena bergedik segala bagai. Bimbang klinik akan di tutup awal. Dalam 15 minit kemudian, sampai sahaja di depan klinik terus Fareena memanggil staff. Mereka sedaya upaya memangku dan menarik terus tubuh si pesakit ke atas kerusi roda. Tergaman juga Fareena melihat fizikal badan lelaki misteri. Tinggi dan berotot serta berambut warna perang. Walaupun muka tidak jelas kelihatan, namun seolah memberi getaran di hati Fareena. Urusan di kaunter pendaftaran sedikit sulit. Tidak tahu mahu mulakan cerita dari mana.Pelbagai pertanyaan diajukan. Bukannya dia tidak kenal staff di klinik ini, malah setiap kali dia mahu mendapat rawatan, di sinilah tempat yang dia tuju. Pesakit didaftarkan sahaja di atas namanya. Akhirnya dia dapat menghela nafas lega. Bersambung.....
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD