Bab 3- Tinggal di Tempat Saya

1078 Words
Suasana di gudang terbiar itu kalut sekali. Ini kerana tahanan mereka yang dijaga dengan penuh kesabaran telah berjaya melepaskan diri. Si pendek boroi menyepak beberapa kali belakang kereta buruk yang menyimpan tahanan mereka tadi. 'Harapkan pegar, pegar makan padi' Sakit hati pulak dia dengan si keding. Terbangun dia dari lena akibat perbuatan si boroi. "Apa bising-bising ni?" "Aku nak rehat laa sekejap" gumamnya sambil mengesat saki baki lelehan air liur di pipi. "Tidur macam orang mati, kau sedar tak apa dah berlaku?"soal si pendek. Temannya yang masih mamai menggosok-gosok mata sambil melilau ke kiri dan kanan. "Haa..tu yang engkau..sekarang ni, apa kita nak jawap dengan bos,"ancam si pendek. Si keding memeriksa dalam dan luar kereta. Dibiarkan bonet dan pintu kereta buruk tanpa enjin itu terbuka. "Celaka!!!Mana apek tu cabut?!"sumpah si keding berbalas pertanyaan kepada si boroi. "Dah-dah...kita berpecah cari, mesti tak jauh dari sini, lagipun di sini kawasan terpencil, dan mana ada orang lalu" ujar si pendek. Mereka bergegas keluar dari tempat persembunyian itu dan memulakan pencarian. Keadaan di luar begitu gelap.Mereka harus menemui tahanan mereka dengan segera. Jika tidak... Di klinik rawatan.. "Aargh..."suara keras dari ruangan bilik rawatan kedengaran. Mengejutkan Fareena. 'Apalah agaknya keadaan lelaki tadi?'membuat dia tertanya-tanya. Dari tadi memang tiada langsung pesakit yang kelihatan. Oh mungkin sudah lewat malam agaknya. "Cik, sila masuk sekejap" pelawa salah seorang staff klinik dari dalam bilik doktor. Fareena mengatur langkah dengan sopan dan duduk. "Tadi saya diberitahu cik menemui pesakit di dalam kereta cik?" soal doktor lelaki berbangsa India. Fareena mengganguk. "Sebenarnya..saya tak tahu macam mana dia ada dalam kereta saya." "Saya masih terkejut lagi" Fareena merasakan tidak perlu dia meneruskan penceritaan tadi. Lagipun sudah panjang lebar dia menjelaskan kepada kakitangan klinik di situ. "Oh..begini cik, kami dah rawat luka-luka di tubuh pesakit, dia ada menerima jahitan di bahagian perut dia. Lukanya agak dalam. Nanti kami bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. Jika berlaku kompilasi kepada pesakit, cik kena bawa pesakit menerima rawatan dengan segera. Incase, saya maksudkan berlaku jangkitan kuman pada luka"Fareena mendengar dengan teliti penerangan doktor di depannya. Sempat juga dia berpaling pada lelaki malang itu. "Pesakit tiada pengenalan diri cik" "Hmm..saya cadangkan cik serah ke police station, itu penyelesaian yang terbaik"saran doktor. "Saya akan ikut apa yang doktor sarankan" "Baik, saya tunggu kat luar ye" Fareena bangun dan melihat ke arah katil rawatan. Kain casa dan kapas berlumuran dengan darah. Sekarang dia dapat melihat sedikit perwatakan lelaki itu. Bertubuh putih, tinggi dan sasa di otot perutnya. Walaupun wajah masih berlindung di sebalik luka dan calar, dia menggagak lelaki ini bukan orang sebangsa dengannya. Apatah lagi rantai silver dileher. Dalam pukul 11.30 malam, selesailah rawatan. Selepas membuat bayaran, Fareena masuk semula ke dalam bilik doktor. Dengan bantuan beberapa kakitangan, mereka berjaya memapah masuk pesakit ke dalam kereta. Sebelum menghidupkan enjin kereta, Fareena berfikir sejenak. Adakah patut dia terus ke balai polis. "Ehem.." Dengan nada sedikit gentar "Ehem Encik..eh Sir.." Dia nampak ada sedikit pergerakan dari mimik wajah si sakit. Sempat telan air liur. "You tinggal di mana ye?!" Keberanian mulai datang untuk bertanya. Mata lelaki tadi terbuka dek suara Fareena.Dia menghela nafas panjang dan melepaskannya perlahan. Bibirnya tiba-tiba bergerak. "No..no.." seringkas itu sahaja jawapan yang terpacul dari mulutnya. Sedaya upaya dia cuba mengumpulkan balik kekuatan untuk bersuara. "No...police.." kepalanya digeleng dengan lemah. Fareena menoleh ke belakang sekejap-sekejap. Cuba mengambil tumpuan dari reaksi dari lelaki tersebut. "Hah?!..apa cakap tadi" "No polis??" ulang Fareena kembali. Tiada balasan jawapan dari pertanyaan Fareena tadi. Ditolehnya ke belakang, si sakit tertutup kembali matanya. Tadi entah macam mana Fareena boleh terfikir untuk ke klinik, padahal jika dia ke hospital lebih bagus. Ditinggalnya sahaja apek ni. Getus dia sendiri. 'Sekarang ke balai polis tidak mahu pula..' 'Ntah-ntah kongsi gelap kot..tak pun mafia ke apa manusia ni?!' tiba-tiba muncul bermacam bayangan tragis di fikirannya. Kusut kepalanya. "Please..help me" tersekat-sekat suara yang keluar. Kerongkongnya perit dan haus. Fareena tersedar dari lamunan. Dia kalih melihat cermin belakang. Lalu diberhentikan kereta di bahu jalan. Fareena keluar dari kereta dan cuba memeriksa keadaan si sakit. Lampu dalam kereta agak malap. 'Jaket tebal coklat di tepi ni seperti terkandung maklumat pasal apek ni' tekanya sorang-sorang. Melihat keadaan fizikal lelaki ini membuat hatinya luluh. Sudah tengah malam, dan tidak sampai hati dia ingin membiarkan lelaki di hadapannya sendiri sama ada di hospital atau balai polis. "Awak bukan orang jahat kan" "Eh, you are not bad guy, right?" soal Fareena bertutur bahasa Inggeris.Lelaki itu menggeleng. Fareena menarik nafas lega. Tidak mengapa, sekarang lelaki seorang yang tiada daya, tidak mungkin dia akan diapa- apakan. Kalau buat jahat, dicucuknya balik tempat yang berjahit tadi. Hahaha. "Okay..now you will stay at my place" Lelaki itu mengganguk tanda faham. "But tomorrow, I will send you to police station" Terukir senyuman kelat di wajahnya. Kereta terus meluncur laju membelah kegelapan malam. Kedinginan mula dirasai. Di Kelab Malam.. Pangg!! Satu tamparan deras dihadiahkan kepada dua orang suruhannya, si boroi dan si keding. Terus tersungkur jatuh ke lantai mereka berdua. Kempas kempis hidung si ketua menahan marah. Panasnya sampai ke kepala. "Aku tak peduli, sekarang semua yang ada di sini cari sampai jumpa. Jika tidak..nyawa keluarga korang sebagai gantinya" dengan mata yang merah menyala si ketua memaksudkannya. Masing-masing bertempiaran keluar lepas arahan si ketua. Mereka tahu sejauh mana kemampuan majikan mereka boleh buat. Korban nyawa bukanlah apa-apa baginya. Pelbagai peristiwa yang sudah mereka saksikan dengan kekejamannya. Seorang bekas kongsi gelap geng M16 yang sangat kejam dan tiada sifat kemanusiaan langsung. "Hello, Mr.?" Satu panggilan dari luar negara masuk. "Yes sir..Of course!" "We will take care of this.." beberapa kali rokok dihisapnya. "Okay sir..Bye" Bilik standard VIP kembali sepi. Hanya kepulan asap yang berarak ke siling dan menghilang. Tidak lama kemudian, keriuhan kembali mengganti dengan kehadiran beberapa gadis penghibur.Gaya pemakaian yang seksi belaka. Dentuman muzik rancak mula bergema. Para gadis merasa kerasukan dan mula menggerakkan anggota badan masing-masing. Manakala ada juga yang sedang sibuk menuang minuman ke gelas. "Hello Mr.Chin..." digosok-gosok kolar baju oleh gadis bergaun sendat sequin merah. "Mood you macam kacau je hari ni, boleh I hiburkan hati you?!" godanya dengan nada manja. Mr.Chin merelakan si penggoda dengan perbuatan ghairahnya itu. Sekurang-kurangnya, reda sedikit emosi dia. Ditariknya tangan sang gadis.Mereka kemudian beredar meninggalkan yang lain yang tengah keasyikan. Bersambung...
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD