5 hari yang lalu.
Pelabuhan Busan yang terletak sebelah utara negara korea selatan. Pemanduannya mengambil masa 5jam 20 minit dari kota Seoul. Waktu sekarang menunjukkan jam 2.45 minit petang. Hari ini, adalah hari Sabtu, suasana pelabuhan tidak berapa sibuk. Dae Hyun mencari tahu lokasi yang telah diberi kepadanya. Dia memberhentikan kereta Range Rover putih di sisi penghadang jalan kerana dihalang oleh penutup jalan. Di situ tertulis mengatakan hanya kakitangan yang berkenaan sahaja dibenarkan memasuki kawasan itu. Dia keluar dari kereta dan melangkah melepasi lintasan tape di papan tanda. Matanya melilau mencari kelibat manusia yang memintanya datang ke sini.
Gaya pemakaiannya seringkas mungkin. Berjeans biru gelap, tshirt putih dan berjaket coklat tebal. Ini kerana panggilan telefon tidak terduga dari orang yang telah lama berdendamnya. Hari ini, seboleh-bolehnya dia ingin menamatkan segala kemelut permusuhan antara mereka.
Dae Hyun, atau nama sebenarnya Cha Dae Hyun merupakan Idol K-pop yang sudah mempunyai nama besar di Korea Selatan. Menggunakan nama komersial Daniel Cha sebagai penyanyi band MeetsUp.
Band mereka di anggotai teman-teman satu sekolah tinggi seramai 5 orang dan bertapak sejak mereka berusia 16 tahun lagi. Aktiviti yang pada mulanya sekadar mengisi lapang kemudian menjadi satu langkah berani kerana mempunyai pengikut mereka sendiri. Apatah lagi lagu pertama yang mereka hasilkan buat pertama kali terus menjadi hit. Padahal lagu itu sekadar memenuhi persembahan peristiwa di sekolah mereka. Oleh itu, atas permintaan peminat, mereka berani menandatangai kontrak dengan salah satu syarikat muzik tersohor di bandaraya Seoul.
Dae Hyun menunduk untuk membetulkan tali kasut sneaker Converse putih miliknya. Tanpa dia jangka, datang sesorang dari belakang dan memukul kepalanya dengan kuat. Serta merta kabur terus pandangan. Tubuhnya rebah di atas jalan tar yang berturap kasar.
"Yô-bo-se-yo(hello)" penyerang tadi menelefon kepada individu yang mengupahnya.
"geuneun hamjeong-e ppajyeossda (mangsa telah masuk perangkap)" Dia mengganguk beberapa kali dan mematikan talian.
Nampaknya ada lagi beberapa perkara dia yang perlu dia bereskan.
Tiga lagi orangnya tiba, Dae Hyun segera diangkat dan dibawa masuk ke dalam kapal persiaran mewah. Pelitup muka hitamnya dicabut. Berbekas kesan pasir di sebelah pipi kanannya. Sememangnya tiada tanda Dae Hyun akan sedar semula dalam seketika waktu yang lama. Mereka mula mengikat kaki dan tangan Dae Hyun dengan tali kabel hitam.
Sekarang disumbat Dae Hyun ke dalam ruangan kabin tengah dalam keadaan terbujur kaku.
Kapal dihidupkan dan terus bergerak ke destinasi yang telah dirancang oleh si dalang. Para penculik Dae Hyun berjaga diluar kabin, dua orang di kabin atas dan dua orang diluar kabin. Matahari di ufuk barat semakin tenggelam dan akhirnya berganti dengan kegelapan malam.
Tiba di Malaysia,
Sudah dua hari berlalu, Dae Hyun yang telah sedar diri setelah beberapa jam pengsan akibat serangan penculiknya.Kini, dia dikurung di dalam bangunan yang usang dan kosong. Dia sendiri terpinga-pinga akan beradaannya. Tubuhnya terasa lemah sekali. Sakit seluruh anggota-anggota badannya. Dia menyedari terdapat kesan lingkaran merah dipergelangan tangannya. Dia dapat meneka apa telah terjadi kepadanya. Sedikit perasaan cemas mengusarkan jantungnya. Dia cuma risau sejauh mana nasib baik akan menyebelahinya.
Dari sudut yang terlindung di sebalik timbunan tong-tong minyak kedengaran perbualan yang kurang dia pahami.
'Adakah dia masih di negaranya' pertanyaan itu yang bermain di benak fikirannya.
Dae Hyun bergerak bangkit perlahan. Sengal di sana sini terasa. 'Apakah dia telah dibelasah teruk oleh penculiknya?'
"Oh..sedar jugak engkau akhirnya.."entah bila si pemilik suara itu muncul.
"Engkau tahu, Mr.Park sudah banyak bayar kepada aku dan budak-budak aku untuk melupuskan engkau"menyeringai lelaki di hadapannya. Lagaknya seperti dia ketua di sini di kalangan yang ada di hadapannya. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.
Mendengar nama yang disebut sebentar tadi, memberi gambaran wajah manusia yang Dae Hyun sangat kenali.
'Tak guna punya Seung Joon' sumpah Dae Hyun di dalam hati. Rahangnya mengeras menahan geram.
Permainan musuhnya kali ini betul-betul nekad ingin mengalahkannya. Sebak dirasai tiba-tiba. Apakah hari kematiannya akan menjemputnya tidak lama lagi?
Selama tiga hari berturutan, dia cuma dihidang roti dan air botol mineral. Bekas botol itu pula digunanya di saat dia sulit untuk membuang air kecil. Habis berselerak isi-isi di dalam dompetnya. Semua wang dan kad indentitinya telah dirampas. Melihat itu semua, tiada kemahuan pun untuk dia mengutip kembali dompetnya.
Tengahari ini tibalah tali barut Seung Joon selaku ketua penjahat di situ. Mereka seperti merencana sesuatu yang dasyat ke atas Dae Hyun.
"Mr.Chin, tak beres ni.. ada beberapa orang memasuki kawasan ni" bagitahu si keding kepada ketuanya.
Mereka segera mengikat tangan Dae Hyun dengan tali dan mulut ditampalkan pelekat. Dae Hyun meronta-ronta melawan. Beberapa pukulan hinggap di muka dan abdomennya.
"Aarghh" Jeritan kecil keluar dari mulut Dae Hyun. Kesan dari tindakan agresifnya tadi, dia terkena pisau milik si penculik. Senjata yang tadi digunapakai untuk memotong tali yang mengikatnya.
Satu lagi tendangan padu dihadiah di perutnya, menyebabkan dia sakit kekejangan. Kini, dia tidak berdaya lagi melawan. Tetapi sebelum itu, sempat lagi dia mengutip kad kreditnya yang terselit di bawah sampah sarap kecil-kecil. Harapannya adalah benda itu boleh mendatang manfaat jika dia ingin lolos daripada cengkaman penjahat itu sekalian.
Tubuhnya dimasuk ke dalam bonet kereta. Dia berpura-pura kaku tidak sedarkan diri. Dia mendengar perbualan mereka meskipun tidak memahami sepatah pun perkataan. Yang tinggal sekarang seorang sahaja penculik.
Tidak lama kemudian, tuah menyebelahinya. Kad kredit platinum yang masih baru berkilat dikeluarkan dari genggamannya.
Dengan senang Dae Hyun dapat meleraikan tali tetsebut. Agak tajam bucu kad ini. Kad tadi disimpannya di dalam kasut.
Penculik dihadapannya sedang nyenyak tidur. Inilah peluang yang di tunggunya. Tanpa membuang masa, dia terus bangkit dari ruang bonet kereta dan menuju ke pintu gudang. Kebetulan masa itu, ada sebuah kereta memasuki kawasan yang sunyi itu dan berhenti di salah satu petak letak kereta. Yang keluar itu adalah seorang wanita. Dia menggamati tingkah laku manusia itu. Apabila wanita itu menjauh sedikit dari keretanya, cepat-cepat dia menyelinap masuk ke dalam kereta milik wanita itu.
Tangannya penuh berlumuran dengan darah. Kesakitan dari kesan tusukan pisau tadi sudah tidak tertanggung lagi. Kini dia terserah apa sahaja akan berlaku. Dia menghela nafas panjang dan terus terlena.
Bersambung....