Bab 5-Tatapan Yang Pertama

1145 Words
Dengan seribu kudrat wanita yang dimilikinya, Fareena memapah tubuh si tinggi lampai itu. Mujur dengan sedikit kerjasama daripada si sakit memudahkannya untuk masuk ke dalam rumah. Lampu di ruang tamu dihidupkan. Tetamu yang belum diketahui namanya itu disandarkan pada kerusi sofa. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan mengemas sedikit.Tidak lama kemudian, dibawa masuk si sakit ke dalam biliknya itu. Ubat-ubat milik lelaki itu di letak di atas meja sisi disebelah kanan. "You kena makan ubat tahan sakit ni dulu, nanti baru lena tidur" kata Fareena bersahaja sebelum ke dapur. Kemudian, dia datang dengan segelas air kosong. Wajah lelaki dihadapannya masih bengkak dan berdaki dengan kesan darah kering. Baju T-shirt putihnya juga telah tercemar dengan warna darah. Dihulurnya air untuk si sakit menelan ubat. Si sakit hanya akur. Fareena membiarkannya beristirehat dengan tenang dan keluar dari bilik. Sebelum menutup pintu dia sempat mengintai dan dapati lelaki itu telah pun terlelap. Perutnya terasa amat lapar.Teringat dia akan spaghetti carbonara yang dimasaknya tadi. Makanan itu dipanas kembali. Setelah selesai mengisi perut, Fareena berbaring di atas sofa ruang tamu. Malam ini dia tidur di sini. Bantal-bantal kecil disusun rapat ke tepi, memberi ruang untuknya beradu nanti. Jam dinding menunjuk pukul 4.30 minit pagi. Fareena tidak dapat melelapkan matanya meski pun dia amat mengantuk. Kerisauan menyelubungi dirinya sepanjang malam. Dia harus berwaspada. Takut jikalau berlaku apa-apa terjadi kepadanya. Dalam keheningan pagi itu, tiba-tiba Fareena dikejutkan dengan bunyi barang jatuh. Seakan luruh jantungnya. Cepat-cepat dia bangkit menuju ke arah bunyi tadi. Gelas yang berisi air kosong tadi telah jatuh berderai. Lelaki itu cuba menggapai kesan akibat perlakuannya. Tapi, Fareena serta merta membantunya dan mengutip sisa-sisa kaca yang ada. "I am sorry.." ucap lelaki itu dengan nada kesal. Fareena hanya menggeleng dan senyum tawar. Dia bukanlah mahu menyalahkan lelaki itu. Fareena merasa lelaki itu perlu menukar pakaiannya. Kemungkinan dia tidak selesa dengan keadaannya sekarang. Fareena membuka almari baju dan mengambil tuala, baju dan kain pelikat. Baju itu bersaiz agak besar baginya dan dia perolehi secara percuma ketika acara hari sukan keluarga syarikatnya.Manakala kain pelikat pula adalah tinggalan arwah ayah angkatnya. Disimpan untuk kenang-kenangan. Dia menghulur kepada lelaki berkulit putih dihadapannya dan keluar dari bilik itu. "You mahu makan?!" tanya Fareena sambil tangan menunjuk isyarat makan. Lelaki itu menggeleng. Tanpa berlengah lagi, Fareena keluar semula meninggalkan lelaki misteri itu. "Oh ya..what should I call you.. eh..I mean.. what's your name?" terpacul keluar tiba-tiba dari mulutnya. Tersentak dek Fareena, lelaki itu terkaku seketika. "Dae Hyun.." "My name is Dae Hyun.." jawapnya perlahan. Fareena sempat menghadiahkan satu senyuman sebelum daun pintu tertutup rapat. Fareena merasa matanya sangat berat. Dia bersandar pada sofa tiga seater. Seketika kemudian, dia terus terlena. Detik jam 5.00 pagi, kedengaran ayam berkokok. Dae Hyun keluar untuk membersihkan dirinya berbekalkan persalinan yang diberi oleh si pemilik rumah. Ruang diluar bilik agak malap. Dia melihat sebujur tubuh yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Bersalah rasa dihatinya tatkala ini. Dihampirinya perlahan-lahan si pemilik tubuh itu. Walaupun dalam kesamaran gelap malam, dia dapat melihat kelembutan wajah dihadapannya. Kepalanya pula bertudung menutupi paras dadanya. Dia merenung dalam-dalam wajah ayu itu.Tenang sungguh wajahnya ketika tidur seiring dengan helaan ombak nafas. Tidak mahu membuang masa lagi, Dae Hyun terus ke bilik air. Mula-mula dia mencuci mukanya yang sudah beberapa hari tidak disentuh air. Pedih terasa apabila terkena pada luka dan calar yang ada. Jirusan air yang mengena pada tubuhnya sangat menyegarkan. Meskipun dingin sedikit. Kawasan yang berjahit di perutnya itu pula ditutupi dengan cebok air supaya tidak terkena air. Setelah mandi, dia mengenakan pakaian. Si gadis yang sejak tadi tidur masih tidak berganjak dari posisi asalnya. Dae Hyun masuk ke bilik dan menyapu ubat luka di kawasan tertentu.Kesan-kesan lebam bertompok-tompok di merata tubuhnya. Air kosong yang diambilnya tadi dari dapur diteguk perlahan-lahan bersama ubat tahan sakit dan antibiotik. Pelik dirasakan mengapa dia harus bersarung kain.Tidak mengapalah dan dia memahami. Semasa di klinik tadi, dia melihat bendara negara asing, yang mana bukan negaranya. Ini bermakna sekarang dia berada di Malaysia. Selama mana dia berada di sini, dia tidak diketahui telah dibawa jauh dari tanah airnya. Mengikut perkiraannya mungkin kurang dari seminggu. Dia menyentuh kawasan yang tertusuk pisau petang tadi. Dia menyangka bahawa dia akan mati ketika itu. Hari terakhir dia untuk melihat dunia.Benar. Tiada diduga sama sekali olehnya, umurnya masih panjang. Terima kasih kepada penyelamatnya. Dia tersenyum lega. Kini dia ingin merehatkan tubuh dan mindanya yang beberapa hari diseksa. Tenangnya terasa. Lebih-lebih lagi bau kamar ini wangi dan menyegarkan. Baru dia sedar yang dia kan berada di bilik perempuan. Sekarang bebola matanya kepenatan. Dia menguap beberapa kali. Suasana bilik itu kembali gelap kerana penghuni telah pun tewas di atas katil. Mereka tertidur sampai matahari menegak di atas kepala. Hari cerah dan jam di dinding menghampiri pukul 1.30 minit tengahari. Fareena bangun dan membetul tudung kepalanya. Dia masih mamai lagi. Mukanya diraut sekali. Dia teringat pasal malam tadi dan terus berlari menuju ke bilik tidurnya. 'Fuh..ada lagi rupanya' Mimik mukanya berubah. Dia terpandang susuk yang berlainan dek persalinan baru yang dipakai Dae Hyun. "Pandai ke apek ni pakai kain pelikat" kata kepada diri sendiri. Melihat kembali kepada Dae Hyun tadi membuatnya geli hati seperti ada yang tidak kena dengan lipatan kain pelikat yang dipakainya itu. 'Lantak laa..' Fareena siap sedia mandi dengan secepat kilat. Takut-takut terjaga dek tetamu misteri dia itu. Kang tidak pasal-pasal free show sahaja lelaki itu dapat daripada dia. Fareena mengambil baju yang ada di ampaian dan dressup seringkas mungkin, blouse lengan panjang dan seluar tidur. Tudungnya sekadar dibelit ke belakang. Tiada secalit mekap di wajahnya kerana perkakasnya semua berada di dalam bilik. Kali ini dia bagi peluang kepada Dae Hyun. Sebab sebentar lagi dia akan hantar Dae Hyun ke balai polis. Biar pihak berkuasa pula yang bertanggungjawab. Sedang Fareena sibuk di dapur, memasak hidangan tengahari seringkasnya, muncullah Dae Hyun. "Ehem" Hampir gugur jantung Fareena. Tergamam dia melihat wajah baru di hadapannya. Ternyata kacak yang luar biasa pada penilaiannya. "Water, please?!" pinta Dae Hyun sambil menunjuk mesin penapis air di belakang Fareena. Fareena maju ke kanan sedikit. Dae Hyun menuang air ke gelas kosong dan terus minum dengan sekali tegukan. Kaget Fareena melihat pergerakan halkum di tekak Dae Hyun. Cepat-cepat dia mengalih pandangannya. Dia mengetap bibir bawahnya tanda malu akan dirinya sendiri. Bila dia toleh ke belakang, kelibat Dae Hyun telah hilang. Sebenarnya Fareena ingin bertanya mahukah Dae Hyun makan? Namun, dia mengeluh sendiri. Tiga lauk ringkas telah pun siap dihidangkan di meja makan. Ayam masak kurma, sayur goreng campur dan telur dadar berserta semangkuk kecil sambal belacan. Cukuplah untuk perutnya seorang. Manakala untuk Dae Hyun, dia sempat buatkan bubur kosong. Sesuai dengan kondisinya itu. Hampir setengah jam Fareena menyudahkan makan tengahari. Sebenarnya, dia banyak berfikir ketika makan tadi. Macam mana semua itu terjadi kepada Dae Hyun dan juga bila pula dia sempat menyelinap masuk ke dalam keretanya. Ingin sangat dia bertanya bermula A sampai Z, sebelum dia menghantar Dae Hyun ke balai polis petang nanti. Bersambung......
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD