Dae Hyun merasa sangat panas ketika tidur. Keringat yang keluar di dahi dan membasahi belakang baju. Di toleh ke tingkap yang separuh tertutup dengan langsir. Hari telah pun siang rupanya. Patutlah bahang panasnya semacam.
Bau masakan menusuk masuk ke rongga hidung. Sedikit kedengaran bunyi perkakas dapur berlaga. Tekaknya teramat haus.
Ruang tamu kecil itu telah pun dikemas rapi. Dia melihat setiap empat sudut dinding berwarna kelabu cerah itu. Ruang itu hanya didekorasi dengan sebuah sofa tiga seater, meja kopi dan kabinet televisyen. Selain itu ruang lain dibiarkan kosong. Sangat ringkas citarasa pemiliknya.
Dae Hyun mengambil langkah dengan berhati-hati sambil memegang pada balutan jahitan di perut. Perit kesakitan di kulit perut kian terasa. Beberapa meter dari dapur, kelihatan pemilik rumah sedang bergelut dengan sudip dan kuali di depan api. Kehadirannya itu langsung tidak disedari. Dengan tebal muka, terpaksa dia masuk ke ruang dapur itu akhirnya.
Tanpa disengajakan, dia telah mengejutkan gadis itu. Tidak tentu arah si gadis tersebut. Bukan niatnya untuk bertindak sedemikian. Berdebar-debar jantung Dae Hyun tadi sewaktu gadis itu ralit menatapnya semasa dia meneguk air.
'Apakah pelik sangatkah kelakuannya tadi?' Disebabkan rasa bersalah cepat-cepat dia keluar dari zon peribadi gadis itu.
Waktu ini dirinya amat lapar sekali. Sudah beberapa kali perutnya berkeroncong minta diisi. Dia tergelak sendiri mengingat kembali saat tadi. 'Lucu juga gadis ni' ujarnya dalam hati.
'Sempat lagi kau ketawa waktu begini Dae Hyun..' dia menggeleng kepalanya dan senyuman yang tadi hilang serta merta.
Mungkin sebentar lagi si penyelamatnya itu akan meninggalnya di balai polis seperti yang dijanjikan malam tadi.
'Tidak' Itu yang dirasainya sekarang. Sesungguhnya dia tidak rela bekerjasama dengan dengan pihak berkuasa.
Sepanjang tempoh dia ditahan di gudang lama itu, dia telah menyaksikan perlakuan sebenar para anggota polis. Mereka juga terlibat dalam komplot penculikannya itu. Mereka meninggalkan dia selepas penculik itu memberikan sejumlah wang.
Wang boleh mengelapkan mata sesiapa sahaja yang tamak akannya. Dan itu yang berlaku. Sememangnya dia tidak boleh mempercayai mana- mana pihak pun. Kecuali situasi sekarang ini.
Ketukan di pintu mematikan khayalannya. Pintu dibuka. Kelihatan si gadis bersama dulang yang berisi semangkuk bubur dan air kosong. Dae Hyun membetulkan posisinya di atas katil.
Dia mencuri lihat kepada perlakuan si gadis itu. Berhati-hati si gadis meletakkan dulang tersebut di atas meja sisi.
Dae Hyun cuma tersenyum kecil selepas gadis itu memberi isyarat makan tanpa mengeluarkan suaranya.
"Can..we talk?!"
Suara Dae Hyun tersekat-sekat.
"Hah?!" si gadis berpaling.
Terdiam dia di situ di depan muka pintu.
Dae Hyun menelan air liur. Cuba mencari kekuatan dan keyakinan untuk memberitahu hasratnya.
"Can I stay here for a while" berdebar-debar jantungnya selepas berjaya melepaskan kata- kata tadi. Si gadis melihatnya kehairanan. Dia mendekati Dae Hyun. Semakin kencang dadanya berdetak.
"Why?!"
"But...why?!"soal si gadis kali ke dua.
Dae Hyun buat-buat batuk sambil menekan dadanya.
"Eh..awak okay ke?" panik si gadis dek lakonan Dae Hyun itu.
Tapi si gadis mematikan hasratnya untuk membantu. Mungkin kerana kekok dengan orang asing yang pertama kali sepertinya.
"You eat first" saran gadis tersebut kepada Dae Hyun.
Dia cuba menggapai sudu dan mangkuk bubur. Kerana panas, tangannya tidak berapa kuat untuk memegang peralatan itu. Beruntung dia si gadis cepat-cepat merampas sudu dan mangkuk seramik dari pegangannya.
Dia memberi isyarat minta izin untuk menyuap ke mulut Dae Hyun dan Dae Hyun menggangguk. Begitu terbatas untuk mereka memulakan perbualan antara meraka.
Isi makanan di sudu itu di tiup perlahan dan di suakan ke mulut Dae Hyun. Dae Hyun perasan agak terketar-ketar tangan yang menolongnya menyuapkan makanan. Dia menghirup dan mata mereka tiba-tiba bersatu. Dengan cepat masing-masing melarikan lirikan mata. Tidak pernah dia merasakan keadaan kekok dengan seseorang. Meskipun beribu peminat telah dia jumpai.
Sekarang si gadis itu terus menyuap dan menyuap tanpa langsung memandangnya. Tapi tidak bagi Dae Hyun. Dia masih tidak boleh hentikan tabiatnya itu. Dia cuba curi-curi menjeling saat si gadis leka menyuapnya makan.
Ibarat si raja pula dia sekarang meskipun dirinya selayak dipanggil perlarian dan menumpang teduh di rumah orang. Sekali-sekala, dihulurkan air untuk Dae Hyun minum. Dengan sabar dia melayan si sakit di depannya.
Manakala bagi si Dae Hyun, ke lain pula fikirannya melayang. Dalam hatinya mengkagumi raut wajah didepannya.
'Indah sungguh paras yang dimiliki gadis yang bersamanya sekarang' desisnya di dalam hati.
Membuatnya tidak jemu menjeling. Dari jemari, tangan dan setiap yang ada di wajah gadis itu. Begitu mempesona baginya. Cantik semulajadi tanpa secalit bedak dan celak pun.'Adakah ini yang dikatakan bidadari dunia?! Dalam fikirannya mengelamun entah ke mana.
"Oppss..sorry..awak..." tersedak Dae Hyun, tumpah sedikit air yang diminumnya. Sesungguhnya ucapan dari gadis itu dia tidak pahami. Mujurlah perkataan sorry dapat dia tangkap maksudnya.
Cepat-cepat dia mengambil tisu yang dihulurkan buatnya.
'Apalah kau ni Dae Hyun' marahnya pada diri sendiri.
Dia mengangkat tangan tanda berhenti. Tidak sedar langsung bila masa perutnya penuh.
"I think here is Malaysia, right?!" dia memulakan pertanyaan. Gadis dihadapannya mengerut kening.
'Adakah pelik sangat soalannya itu'
"Ya..ops..yes, why do you ask?"
"Where you came from?!" bibik perbualan bemula.
"Korea" jawap Dae Hyun dengan sepatah.
Si gadis membulatkan mata dan mulut terbuka.
"What do you said?!" soalnya kembali.
"Korea"
"Are you tourist or backpacker or..or.. so what ever..bla..bla." si gadis berhenti seketika menarik nafas dan menyambung semula.
"Actually.. How this can be happen to you?!" bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulutnya. Dia menemui titik noktahnya.
"I have been kidnapped" ujar Dae Hyun terus.
Melopong mulut si gadis itu mendengar pengakuan jujur Dae Hyun.
"So..now, we must go to police station and make the report" saran gadis itu kepadanya.
"No..no..we can't!!"
"They are part of all this.." jelas Dae Hyun.
"But, I can't save you.."
"I know.."Dae Hyun mencari alasan yang konkrit.
"I beg you..please..let me stay here for a moment, untill I find the way to solve it !!" rayu Dae Hyun. Dia mengharap si gadis lembut hati dengannya. Dia tiada pilihan yang lain sekarang, dia harus bersembunyi di sini buat seketika sehingga dia dapat menghubungi seseorang yang benar-benar dia percayai.
Gadis itu lama mendiamkan diri. Dae Hyun agak teruja dengan keputusan yang bakal dibuat oleh gadis itu.
"Hmm.."
"Alright..you can stay here for a few days" Akhirnya terjawap juga penantiannya.
Dae Hyun tersenyum lebar atas kemurahan hati si gadis di depannya itu. Ingin sahaja dia memeluk gadis tersebut. Namun, dia cepat-cepat mengingatkan dirinya.
Si gadis meminta diri untuk keluar dan mengemas peralatan ke dapur. Dae Hyun sekali lagi sempat memberi sebuah senyuman manis buat si gadis.
"Excuse me.. anyway..What is your name?!"
"Fareena Delisha..mmm..just call me Fareena.." jawap si gadis yang sudah berada di muka pintu.
"Thank you so much" ucap Dae Hyun perlahan.
Si gadis membalas balik dengan kenyitan di mata.
'Wah..'Makin berdenyut kencang jantung Dae Hyun. Hampir mahu terkeluar jantung dari abdomennya gara-gara aksi Fareena.
'Oh!Tuhan..Apakah dia telah terjatuh..oh ya..telah terjatuh cinta?!'
Bersambung.....