"Agaknya dah lapar si apek tu kot" Fareena meneka. Berkemungkinan Dae Hyun belum makan apa-apa lagi sejak semalam.
"Dia tu ahli geng kongsi gelap ke apa?!" tanya Fareena kepada diri sendiri. Di tangannya sedang menyenduk bubur nasi yang tengah berasap.
Lagak Dae Hyun itu macam orang kena belasah. Kalau disebabkan oleh kemalangan, macam mana boleh terluka seperti dihiris pisau di bahagian perutnya. Dan entah bila masa pula dia berhenti kereta di tengah-tengah perjalanan pulang dari tempat kerjanya, sampaikan ada orang sempat menyorok di dalam keretanya. Setahu Fareena, tiada sebarang kejadian pun berlaku sewaktu dalam perjalanan pulangnya itu.
'Oh ya..dia ada singgah di gudang yang mahu dirobohkan itu semalam untuk mencari dompetnya yang hilang. Berkemungkinan besar di situlah Dae Hyun masuk ke dalam keretanya. Lantas dia teringat bahawa dia ada ke gudang usang semalam untuk mencari dompetnya yang tercicir.
Namanya pula dibagitahu adalah Dae Hyun. Berbangsa cina agaknya ataupun keturunan siam. Ah lantaklah! Fareena belum dengar dikalangan manusia yang dikenalinya bernama seperti itu. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Kalau diikutkan hatinya, mahu terus dia bertanya sebab-sebab yang terjadi kepada Dae Hyun si tinggi lampai itu.
'Mengapa mereka membelasahnya sedemikian rupa?' Sampai hampir nak terburai perut. Itu nasib baik tertusuk macam itu. Jika tidak macam-macam hal lagi bakal terjadi. Dulang telah pun diangkat dan menuju ke biliknya.
45 minit berlalu, Fareena keluar semula menuju ke dapur. Dia masih tidak menyangka 'arus elektrik' yang dirasainya sebentar tadi. Seram sejuk dia tatkala ini. Dia yang cuba cekalkan hatinya sekuat mungkin semasa menyuapkan bubur ke mulut Dae Hyun tadi. Entah mengapa Fareena terasa Dae Hyun asyik menjeling kepadanya tadi.
Jejaka yang awalnya disangkakan lelaki berbangsa cina itu rupa-rupanya berasal dari negara korea selatan. Negara yang terkenal dengan ginseng merah. Dia kurang familiar dengan latar belakang negara tersebut. Yang dia tahu ada beberapa drama dan filem pernah dia tontoni. Itu pun semasa dia masih di bangku sekolah menengah dan menonton bersama dengan Mya, sepupunya. Minat sangat si Mya dengan selebriti dari sana. Semua nama selebritinya dihafal. Pelakon dan penyanyi tempatan Malaysia langsung tidak dilayannya.
Kalau diketahui oleh Mya bahawa dia menyimpan jantan di rumahnya mahu kecoh satu pekan dek kebecokan mulut Si Mya. Lebih-lebih lagi mamat jambu dari korea macam Dae Hyun. Lebih baik dia duduk diam sahaja seperti sekarang. Fareena mengingat kepada dirinya sendiri.
Dae Hyun memberitahu yang dirinya telah diculik dan dibawa ke Malaysia. Oh patutlah, sememeh macam itu sekali penampilan Dae Hyun masa pertama kali dijumpainya di dalam kereta. Sekarang plot cerita yang bermain di kotak kepalanya tersingkap.
Tiada sebarang dokumen diri dijumpai Fareena mengenai Dae Hyun. Atas sebab apakah penjahat menculiknya?
'Ini mesti kes-kes rebut kuasa laa ni. Macam kat dalam filem diorang tu..'
'Tidak pun kes balas dendam..'ish..ish.. macam-macamlah zaman sekarang.. Biasalah tu, konco kongsi gelap dan gangster..'ngomel Fareena seorang.
Sudah lapuk sangat kisah seperti itu. Lupa pula Fareena mahu bertanya tadi pada Dae Hyun. Kalau tak, tidak adalah dia berkelakuan seperti sekarang.
Fareena membuka TV, bosan dek tiada agenda untuknya pada petang ini, selalunya pada cuti sabtu begini, memang dia lebih suka melepak di rumah. Berbekal saluran tv percuma sahaja yang menghiburkannya selama ini.
'Apa yang dibuat oleh mamat korea tu di dalam bilik agaknya.' terpikir Fareena selepas beberapa lama dia menghadap tv. Hahaha..kalau dulu dia asyik panggil apek. Sekarang lekat pula gelaran lain yang diberikan kepada Dae Hyun.
Cahaya di luar jendela makin gelap. Di dalam rumah pun masih bergelap. Diintainya ke pagar rumah-rumah sebelah kiri dan kanan. Ruang letak kereta di rumah mereka kosong. Huh..Fareena mengeluh.
Fareena meraba-raba ke dinding untuk mencari suis lampu di ruang tamu. Tiba-tiba dia merasa seperti berlanggar dengan sesuatu.
"Haah...Hantu.." menjerit Fareena dek terkena sentuhan lembaga itu.
Lampu di hidupkan dan kelihatan figura Dae Hyun terpacak di depan matanya. Fareena malu sendiri dengan dirinya kerana gelabah tak tentu pasal. Tidak tahu di mana hendak mukanya pada saat ini.
Dae Hyun pun turut sama naik terkejut dek tindakan Fareena tadi. Takkan di dalam rumah sendiri dia nak takut.
"I need go to restroom" ucap Dae Hyun kepada Fareena seolah-olah mententeramkan suasana.
Fareena masuk ke bilik tengah yang di anggapnya bilik bacaan. Sempat dia mengambil baju dan barangan peribadinya sebelum Dae Hyun kembali.
Fareena melihat pada pesanan What's App pada telefon bimbitnya, beberapa pesanan yang belum di bacanya. Waktu cuti adalah waktu yang paling berkualiti sekali bagi dia. Istilah 'me time' untuk dia. Baju-baju yang di ambil tadi disangkut dan ada di lipat di rak yang sedia ada.
Hari ini sudah berapa kali dia berada dalam situasi 'suspend'. Dae Hyun ni penuh dengan kejutan kepada Fareena. Di mana sahaja di dalam rumah ini, dia boleh muncul. Langsung tidak bagi signal, sedar -sedar sudah berada di depan mata.
Malam ini Fareena ingin ke pasar malam. Dia ingin membeli sedikit bahan-bahan mentah seperti ayam segar, ikan dan sayur-sayuran. Dia juga berkira-kira untuk membeli makan malam sekali.
Bila dia melintas di gerai pakaian bundle, dia memberhentikan langkah. Ada beberapa baju yang menarik perhatiannya. Fareena membelek gantungan baju yang ada. Dan kemudian, mengambil 10 helai baju dan seluar yang bersaiz agak besar.
Selain itu, Fareena membeli bihun sup dan nasi air buat Dae Hyun. Dia tidak mahu mengambil risiko jika tersalah bagi makan kepada Dae Hyun. Ini susulan kecederaan yang ada pada Dae Hyun. Nanti bila Dae Hyun sudah pulih, dia sendiri yang akan memasak makanan yang enak-enak untuk Dae Hyun sebagai hadiah perpisahan. Dia berjanji pada diri sendiri.
Sementara Dae Hyun di rumah terasa tidak senang duduk. Dia musykil kerana tiada kelihatan kelibat Fareena di dalam rumah itu. Kereta Fareena pun menghilang sekali. Dia mengharapkan Fareena mengotakan janjinya untuk membenarkannya tinggal di sini seketika. Dia amat risau sekiranya Fareena keluar untuk membawa anggota polis lalu memberkasnya serta merta.
Dae Hyun mencipta pelbagai sangkaan terhadap Fareena.Tidak beberapa lama selepas itu, kedengaran bunyi enjin kereta Fareena memasuki perkarangan rumah. Dae Hyun menghela nafas lega.
Kelihatan Fareena keluar dari kenderaannya. Air mukanya nampak sedikit penat.
Dae Hyun merasa pelik juga dengan Fareena. Adakah dia hanya berseorangan di rumah ini. Kerana tiada kelibat penghuni lain di sini melainkan mereka berdua. Di manakah ahli keluarganya? Persoalan itu yang bermain di fikirannya saat ini.
Dae Hyun melihat wajahnya ke arah cermin yang ada di meja solek Fareena. Bengkak di mukanya semakin surut berbanding semalam. Ianya mungkin kesan di belasah sepanjang dia dibawa ke sini. Dia meraba-raba kesan kecederaan di wajahnya. Ada sedikit lagi luka kecil bersama kesan darah.
Ketukan di luar pintu bilik membuatkan Dae Hyun tersentak seketika.
"Hai..I guess you are maybe hungry, right?" Fareena mempelawa Dae Hyun makan. Dae Hyun cuma mengganguk dan keluar menyusul mengikut jejak Fareena di belakang. Mereka berdua duduk di meja makan. Fareena menolak nasi air ke depan Dae Hyun bersama sudu plastik. Mereka duduk bertentangan dan menikmati makanan masing-masing. Keadaan kembali kaku dan sepi.
"Ehem.. do you live in this house alone?!" Dae Hyun memecah tembok kesunyian di antara mereka.
"Hah.." tersedak Fareena.
Sebenarnya Fareena cuba mengawal perlakuannya di hadapan Dae Hyun. Dia malu bertentang mata dengan Dae Hyun semasa makan. Tumpuannya sedikit terganggu dek pertanyaan Dae Hyun tiba-tiba.
"Sorry.. What do you said?!" "Fareena bertanya kembali.
"Do you live alone?!" Dae Hyun mengulang kembali soalannya tadi.
Fareena mengganguk.
'Apa maksud dia ni?' Fareena merasa musykil.
"It is the food is good?!" Fareena pula yang bertanya.
Dae Hyun menggangguk dan tersenyum manis tanda sedap. Merah merona pipi Fareena saat ini.
'Alahai...kenapa kau buat muka comel..' cepat-cepat Fareena menghirup sup dan bihun di mangkuk tanpa sebarang pertanyaan lagi.
"I am full.. em.. so I go to sleep now.. mmm.. good night.." Fareena menyudahkan cucian mangkuk dan meninggal Dae Hyun, keseorangan kerana belum siap makan.
Di dalam bilik bacaan, Fareena terkenang-kenang perilaku Dae Hyun tadi. Fareena memang tidak menyangkal bahawa Dae Hyun sememangnya lelaki yang kacak. Wajahnya setanding dengan model atau selebriti. Berdegup-degup sentiasa pula jantung ni sekarang. Fareena nekad akan mengusir Dae Hyun segera mungkin dari rumahnya sebelum perasaan lain yang datang.
Bersambung......