Bab 8- Ada Chemistry Antara Mereka

1274 Words
Dua hari dihujung minggu telah pun berlalu. Hari ini adalah hari Isnin. Fareena bekerja seperti biasa. Jawatan sebagai pembantu arkitek sepertinya tidak boleh duduk diam. Lebih-lebih lagi, projek mega di bekas tapak gudang lama itu telah pun bermula. Semua rangka jadual kerja mesti berjalan mengikut aliran yang telah dirancangkan. Ini adalah bertujuan untuk mengelak sebarang kerugian kepada syarikat dan kelewatan projek. Sudah beberapa kali telefon bimbit Fareena berbunyi. Sehingga menggangu tumpuan rakan sekerja yang lain. Dia terlupa membawanya dan sekarang dia berada di tapak gudang yang mana dia menemui Dae Hyun. Pembangunan untuk pembinaan semula tapak itu semakin rancak. Perjumpaan dengan pemilik tanah dan para pelabur. Mereka telah membuat usaha sama dalam projek pembangunan semula tapak berkenaan. ~'Take Care'~? Dae Hyun membaca nota ringkas beremoji senyum yang dilekapkan pada bekas mangkuk tingkat besi di atas meja. Dari awal pagi lagi, Dae Hyun mendengar bunyi enjin kereta Fareena. Melihat pada bekas makanan itu, Dae Hyun merasa lapar yang amat. Ada empat tingkat bekas yang berlainan lauk. Nasi pula masih dalam mode 'warm' di tepi mesin penapis air. Bau aroma lauk yang menerpa ke deria bau Dae Hyun sangat mengujakannya. 'Hidu baunya pun sudah menyelerakan..'puji Dae Hyun di dalam hati. Dae Hyun mencuba sup ayam dan menghirupnya. Membulat biji mata Dae Hyun. 'Ternyata masakannya enak!!' puji lagi Dae Hyun. Lauk yang lain tidak sempat dihabisnya. Mungkin petang nanti dia akan makan jikalau perutnya lapar kembali. Dikemasnya dengan rapi ruangan dapur. Dia menelan ubat yang masih berbaki. Nampaknya jahitan di lukanya makin menyembuh. Dia sendawa kekenyangan. Tatkala itu, Dae Hyun tergelak kecil. Dia kagum dengan kesanggupan Fareena membekalkannya makanan sebelum bergegas ke kerja. Pukul berapa agaknya si Fareena bangkit dan memasak untuknya. Terasa semakin terpaut hati Dae Hyun sekarang ini kepada sifat baik Fareena. Sementara di pejabat tadi, Fareena keletihan berkejar ke sana ke mari demi tugas kerjanya. Beberapa panggilan tidak dijawap tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia cukup mengenali si pemanggil berkenaan. Memang cukup kenal!. Mengenangkan tuan badan kepada yang menghubunginya tadi, membuatnya sakit hati sekali. Bekas teman lelakinya yang mencurangi setahun yang lalu. Kini, lelaki tersebut selalu menelefonnya, kecuali di hujung minggu. Ini kerana takut dihidu sang isterinya. Dahulu berkali-kali peluang yang diberi oleh Fareena. Akhirnya, Fareena sudah tidak mampu lagi dibohongi oleh si playboy Khalid Ammar, seniornya sewaktu di universiti dan seterus membuatkan Fareena mengundur dari ruang hidup lelaki itu. Peristiwa teman lelakinya ditangkap khalwat bersama dengan isterinya sekarang betul-betul meremuk hatinya. Sekarang Fareena sudah tiada keinginan lagi untuk bercinta. Pendekkan cerita, menjalin hubungan istimewa dengan manusia bernama lelaki. Tidak semudah itu untuk Fareena mengelak dari gangguan Khalid Ammar. Tepat jam 5.30 minit petang, sudah pun terpacak batang hidungnya di tempat letak kereta. Sebaik sahaja Fareena, turun dari tangga pejabatnya, betul-betul Khalid Ammar berada di depannya. Bukan pertama kali jejaka tinggi lampai itu membuat onar seperti itu. Senyum lebar si Khalid Ammar apabila Fareena mendekatinya. "You okay ke?!" tanya si jejaka berdagu belah itu. Dia menjadi tidak keruan sejak tengahari lagi kerana panggilan telefon darinya tidak di angkat. Dia bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Fareena. Melihat kepada susuk Fareena, dia menarik nafas lega dan mengurut dadanya. "I datang sebab risaukan you.." Fareena menepis tangan Khalid Ammar yang mahu mengusap kepalanya. "Please laa.. Khalid.." Fareena sudah tidak sabar. "Why.." "Stop all this.." tengking Fareena yang sedang berjalan menuju ke kenderaannya. "I dah banyak kali minta maaf pada you, Fareena..I want you back!!" rayu Khalid Ammar. "I dah pun berpunya.." laju terpacul jawapan itu dari mulut mungil Fareena. "What?!" bulat bebola mata Khalid Ammar. Tergelak kecil seakan dibuat-buat. "Yes!!" "Jangan mengarutlah Fareena, I kenal sangat you orang yang macam mana..tak mungkin you boleh menyerah hati you semudah itu pada lelaki lain" Khalid Ammar tidak puas hati dek apa yang Fareena katakan. "Terpulang mahu percaya atau tidak?!" ditolaknya tubuh Khalid Ammar ke tepi dari menghalangnya masuk ke dalam keretanya. Khalid Ammar terpaku diam menyaksikan kelibat Fareena berlalu pergi dari pandangannya. Seakan kepalanya dihempas batu tatkala selepas mendengar pengakuan si gadis yang masih melekat di hatinya itu. 'Maafkan aku Fareena, andai dapat aku undurkan masa..' di dalam hati Khalid Ammar bermonolog sebak. Sementara itu, Fareena merasa sangat puas dan lega selepas berjaya memulangkan paku keras kepada Khalid Ammar. Dia sendiri masih tidak percaya macam mana boleh tersasul memberi jawapan itu kepada bekas teman lelakinya. Sesungguhnya dia sendiri tidak tahu keyakinan yang ada padanya tadi. Dia mengharapkan Khalid Ammar mempercayai kata-katanya tadi. Sekaligus berhenti dari terus mengganggu hidupnya lagi. Begitu juga dengan Fareena selama seminggu Dae Hyun menjadi teman serumahnya tanpa sengaja. Malahan, cuti hujung minggu pada hari sabtu dan Ahad juga Fareena bekerja. Pergerakannya agak terbatas semasa berada di rumahnya sendiri. Tanpa pengetahuan Dae Hyun, sempat dia memunggah pakaian dan peralatan peribadinya ke bilik bacaan iaitu di bilik tengah. Mujurlah di situ ada alas selimut yang tidak berapa tebal untuk dia beradu. Bagi Fareena, itu sudah memadai. Dan dia akan bersabar sehingga Dae Hyun sembuh sepenuhnya dan menemui cara untuk dia pulang ke negara asalnya. Kini telah dua minggu Dae Hyun menumpang di rumah sewanya. Mereka jarang bertemu mata. Kebiasaanya Fareena akan memasak ala kadar untuk Dae Hyun di rumah. Menu hari ini adalah nasi ayam. Fareena bangun dari tidurnya tepat pukul 6.00 pagi setiap hari, selepas solat subuh, dia terus menyediakan makanan untuk Dae Hyun. Satu jam kemudian, dia mandi dan bersiap sedia ke tempat kerja. Tidak lupa nota pelekap dia tinggalkan untuk peringatan Dae Hyun. Setakat ini, tiada lagi aduan yang dibuat oleh Dae Hyun mengenai masakannya.Licin semuanya dimakan. Apabila dia sudah sampai di rumah sekitar jam 7 malam, dapur telah pun terkemas rapi. Malam ini, Fareena teringin memasak nasi goreng USA. Nasi goreng yang dimakan bersama daging masak merah dan telur mata. Sudah lama agaknya dia tidak memasak selepas pulang dari kerja. Ini kerana, jadual kerja yang padat ditambah lagi kehendak pelanggannya yang ada pelbagai karenah berkaitan dengan projek baru di gudang terbiar itu. Bunyi dari perkakas memasak di dapur membangunkan Dae Hyun. Dia ingin melihat apa yang berlaku di dapur. Fareena yang sedang leka langsung tidak menyedari kehadiran Dae Hyun yang duduk di kerusi meja makan. "Can I help you?!" Sapaan yang mengejutkan Fareena. "Appocot mak kau!!!" hampir terlemas sudip di tangan Fareena. Melihat yang Dae Hyun yang menyapanya membuatnya menarik nafas tenang. Nampaknya jahitan luka diperutnya tealh sembuh. "What is appocot?!" terjegil mata Dae Hyun kepelikan. "ermm..nothing.." sengih Fareena dek sikap latahnya yang tidak dapat dikawal. "What kind of food are you made?!" tanya Dae Hyun ingin kepastian. "oh..ya..tada.." Fareena meletak pinggan nasi goreng pertama yang siap dengan lauk sampingan bersama daging goreng masak merah dan telur mata yang kuning cair di tengahnya. Bau hidangan yang masih berasap menusuk deria bau Dae Hyun. "Hmm..it looks good.." teka Dae Hyun selepas melihat persembahan hidangan di depannya. "Please..try it!!" Fareena menghulur sudu dan garpu. Dae Hyun mengambil nasi bersama daging. Dia mengunyah sambil terangguk-angguk kepadanya. "Hhmm..it's good..I think you are the best chef" puji Dae Hyun tanpa berselindung lagi. Senyuman terukir lebar di wajahya. Wajah Fareena sudah merah dek pujian melambung dari juri di depannya. "Haha..you are too much, Dae Hyun." Fareena sudah mati kutu tidak mampu bercakap panjang kerana malu dipuji sedemikian oleh Dae Hyun. "Yes..true, Fareena." "I ate all food that you made for me..." Dae Hyun memberi alasan kepada ucapan ikhlasnya tadi. Fareena mengetap bibirnya. "Alright..better you finished it all" Fareena cepat-cepat menggesa Dae Hyun menyudahkan baki makanannya. Tidak mahu dia terus bertembung empat mata dengan Dae Hyun. Gugup jantung dibuatnya. Inilah pertama kali mereka berbual serapat ini setelah dua minggu Dae Hyun menghuni di kediamannya. Ternyata, 'chemistry' semulajadi berlaku antara mereka yang tidak dibuat-buat. Namun, di sudut hati Fareena merasa beban perasaan yang sukar dia luahkan. Bersambung.....
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD