Bab 10- Ditangkap Berkhalwat

1169 Words
Tatapan mata Fareena benar-benar menyenangkan Dae Hyun. Ditambah lagi lesung pipit di kedua-dua pipinya menambah manis. Wajah asia yang polos sepertinya tidak pernah dijumpai oleh Dae Hyun. Ini kerana, kebanyakan wanita yang Dae Hyun jumpai semua yang bergaya mewah dan wajah bermekap tebal. Fareena gelak kepadanya kerana makan dengan comot. Sisa kuah daging masak merah terpalit di dagunya. Tanpa dia sedar, Fareena menegur Dae Hyun. "There is something on your face" tunjuk Fareena ke muka Dae Hyun. Dae Hyun meraba-raba wajahnya mencari sesuatu yang dikatakan Fareena. Fareena ketawa kecil melihat telatah kalut Dae Hyun. "Why are you laughing?!" Dan Dae Hyun akhirnya menemui sos warna merah lalu disapunya dengan tisu. Dan mereka sama-sama ketawa. "Anyway, thank you because buy me this.." tangan Dae Hyun menarik sedikit kain di baju yang di pakainya. Oleh kerana sebelum ini Dae Hyun tidak berkesempatan untuk berterima kasih kerana Fareena membelinya baju. Fareena meletak di depan pintu bilik. Bau wangi pencuci memberitahu bahawa Fareena telah pun mencuci baju tersebut terlebih dahulu sebelum Dae Hyun memakainya. "You are welcome.." angguk Fareena tanda faham. "You can reciprocate my favor when you return to your country, okay?" Fareena sambung kembali dan suasana jadi sepi ketika. Semasa mereka sedang mengemas di dapur, terdengar suara seseorang di luar rumah. Seiring dengan itu ketukan yang kuat berkali-kali turut kedengaran. Dae Hyun dan Fareena saling memandang kehairanan. "Assalamualaikum.." "Waalaikumussalam.." jawap Fareena dari dalam rumah sebelum sempat membuka pintu masuk. Pintu dibuka, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah di muka pintu. Jantung Fareena berdegup laju. "Ada apa ya Encik?!" tanya Fareena mencari tahu tujuan sekumpulan lelaki itu sekarang. Dae Hyun yang berT-shirt putih dan seluar tracksuit muncul dari belakang Fareena. "Kami mendapat aduan yang mengatakan ada penghuni di rumah ini tinggal bersedudukan tanpa ikatan yang sah" bagai di panah petir Fareena mendengar penjelasan salah seorang daripada mereka. "Encik, rasanya encik telah salah faham ni" Fareena menafikan. "Sila kemukakan kad pengenalan dan kad nikah masing-masing.." Tangan dan kaki Fareena sudah terketar-ketar saat ini. "Kami bukan.." Fareena tidak meneruskan kata-kata. Air mata laju berjuraian jatuh ke pipi. Dae Hyun yang tidak memahami situasi apa yang berlaku dihadapannya mulai bersuara. "What's wrong Fareena" Fareena diam terduduk. Salah seorang dari lelaki berkenaan menjelaskan situasi yang berlaku. Dae Hyun benar-benar rasa bersalah kepada Fareena. Tiba-tiba sapaan dari individu yang baru tiba. Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an. "Apa yang telah berlaku ni, Fareena?!" tanya Pak Abu kepada Fareena. Pak Abu tinggal di lorong pertama masuk ke rumah Fareena. Dia memiliki kedai runcit dan kedai makan serentak yang bersebelahan. Selayaknya Pak Abu boleh dikatakan penghulu di kejiranan ini. Fareena yang menangis hanya terduduk menutup muka di kepala lututnya. "Pak Abu datang ni kerana orang di surau minta Pak Abu datang ke sini." jelas Pak Abu kepada kakitangan Pejabat Agama itu. "Boleh Cik Fareena bagitahu kami siapa yang bersama dengan Cik ni?!" pertanyaan datang dari salah seorang penguatkuasa penyegahan maksiat itu. "Siapa lelaki bersama kamu ni Fareena?, Kamu dah bernikah ke?!" Pak Abu turut bertanya. "Dia bukan suami saya, Pak Abu" "Dia cuma menumpang di rumah saya" jawap Fareena tanpa memandang wajah Pak Abu. Dae Hyun ketika itu turut sama keliru. Dia tidak memahami sebab dia dan Fareena ditangkap, layaknya seolah seorang pencuri. "Sorry sir, In Malaysia it is forbidden for unmarried men and women to live together. Moreover both of you without a valid bond" teringatnya pada penjelasan pengawai itu. "Kamu berdua ikut ke balai polis untuk ambil keterangan" Mereka berdua mengikut arahan pegawai polis dan diikuti Pak Abu sebagai saksi. ************************************************* Air mata Fareena menitis ke pipi tanpa disedari. Dua hari lepas dia telah dituduh berdua-duaan dengan Dae Hyun. Kepalanya buntu mencari jawapan. Entah bagaimana orang luar boleh tahu keberadaan Dae Hyun di rumahnya. "Fareena, I'm sorry, I did not expect the situation to be this complicated" Dae Hyun merasakan kehadirannya mengundang masalah kepada Fareena. "Don't talk about this, everything has happened. It's not your fault, I'm just careless" Ucap Fareena tanpa menatap wajah Dae Hyun. "I really mean that I sincerely accept you as my wife, Fareena" sayu hati Dae Hyun. Dia menerima cadangan Pak Abu yang menyarankan mereka berkahwin dek membersih nama baik Fareena. Fareena pada mulanya membantah. Namun, pujukan Mya membuatnya mengalah. Dia betul-betul tersepit dengan kemahuan sendiri dan kemahuan manusia di sekelilingnya. "I am tired.." lesu sahaja kata Fareena sebelum menutup pintu bilik tengah itu. Namun di sebalik pintu, masing-masing dibuai perasaan. Dae Hyun dengan perasaan yang bersalah terhadap Fareena. Manakala Fareena masih keliru keputusan yang telah dibuatnya. Dua hari yang lepas mereka dibawa ke balai polis dan dibebaskan atas jaminan serta di denda sebanyak RM2,500.00 setiap seorang. Selepas itu, cerita mereka menjadi sensasi sehingga menuduh Fareena sengaja menjual diri kepada lelaki warga asing untuk kesenangan hidup. Namun, hanya kepada Mya sahaja dia bercerita perihal Dae Hyun yang terpaksa bersembunyi sehingga dia pulih sepenuhnya. Dia sendiri tidak sempat untuk mencari tahu supaya Dae Hyun dapat kembali ke negara asalnya dengan segara. Akan tetapi, begini pula jadinya. Semuanya berlaku di luar jangkauan Fareena. Tambahan lagi, Dae Hyun juga bagaikan lembu dicucuk hidung yang akur apa yang Pak Abu bagitahu kepadanya. Dae Hyun mengucap syahadah sehari sebelum mereka dinikahkan. Prosidur nikah semuanya telah diuruskan Pak Abu dan beberapa ahli surau. Upacara 'nikah kampung' hanya dihadiri beberapa orang sahaja. Sememangnya di kampung ini sudah biasa menerima tetamu yang menikah di luar kawasan. Lebih-lebih lagi sempadan Thailand hanya beberapa kilometer sahaja dari sini. Oleh itu, perkahwinan ala koboi ini sudah pun ada ahli jawatankuasanya tersendiri. Di dalam hati Dae Hyun, ianya seolah perubahan yang baru dan drastik baginya. Tidak menyangka masyarakat di kalangannya cukup senang menerimanya. Lebih lagi keluarga Pak Abu, yang telah menyatakan hasrat mengambil Dae Hyun sebagai anak angkatnya. Pak Abu juga berkata yang dia akan mengusahakan jalan penyelesaian untuk Dae Hyun supaya dapat kembali semula ke negaranya dengan selamat. Masih teringat lagi antara pujuk rayu mereka supaya bernikah sahaja dengan Dae Hyun. "Kamu jangan risau Fareena..anggaplah budak Dae Hyun ni jodoh kamu.." "Kamu tu dah laa sebatang kara.. sekurang- kurangnya sekarang ada orang yang menengokkan kamu" kata Pak Abu memujuk Fareena supaya akur akan cadangannya. "Betul tu Fareena, orang kampung mengata yang bukan-bukan kat engkau, pada mereka engkau tu sudah tak suci lagi!! dah berapa lama engkau simpan lelaki di rumah engkau tu?! hah?!" kata-kata Mak Salemah meroket di gegendang telinga Fareena. "Siapa lagi yang mahukan kamu" "Nanti ada rezeki kamu, dia bawak kamu pergi tinggal di negaranya pula.." Tambah lagi Mak Salemah diikuti tanda anggukan beberapa ahli bawang rangers yang ada. Semua kata sinis dari mereka Fareena telan umpama racun. Dae Hyun hanya berdiam diri di sebelah Pak Abu sementara melayan beberapa ahli surau makan sempena selesai majlis ringkas Fareena dan Dae Hyun. Tiada kata mahupun senyum Dae Hyun lihat dari jauh yang terpamer di raut wajah Fareena. Namun, Dae Hyun tahu di dalam hati wanita itu sedang menangis. 'Maafkan diri ini Fareena..Diharap suatu hari nanti awak akan memahami tindakan saya' Air mata jantannya akhirnya jatuh jua. Dae Hyun menunduk ke lantai lalu cepat-cepat meraut wajahnya supaya tiada sesiapa sedar akan perubahan emosinya. Bersambung..............
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD