Chapter 17

1860 Words
"You tak keluar hari ni?" "Tak..Ju tak ada.Lagipun Mama ada sini kan"Airin kembali membisu setelah habis bertanya.Dia malas hendak berbual dengan Zairil waktu itu. "sayang..Tunggu kejap.."Zairil menarik lenggan Airin.Menghalang wanita itu dari pergi. "I ada buat salah dengan you ke?I ada salah cakap?"Airin hanya menggeleng.Zairil menghalang laluan Airin bila isterinya mahu keluar dari dapur. "You diam,i will kiss you here...Bukan kiss biasa tau"Ugut Zairil. "You ni kenapa..Gatal sangat pula"Bentak Airin geram. "Dah tu dari tadi  buat tak layan i" "I malas..penat..I nak siap ni.Mama ajak keluar" "Apa ni Airil..Lepaslah.I jerit nanti.."Airin meronta bila Zairil merangkul pinggangnya kuat. "Jeritlah..Biar mama dengar"Airin mengetap bibir geram.Zairil bukan betul sangat. "You nak apa?" "I nak you" "I period lah.." "I kata nak you tak semestinya i nak having s*x with you.."Sakitnya jiwa Airin melayan perangai Zairil. "Habis tu" "I nak manja-manja dengan you jer sayang..I tak suka you masam macam ni" "Airil.Mama adalah"Airin menggelak bila Zairil mahu mengucup bibirnya.Malu jika Mama terlihat nanti. "Amboi Akak dengan abang ni"Cepat-cepat Zairil meleraikan rangkulan bila tiba-tiba Zahirah muncul didapur. "Abang Airil ni lah...Mama dah siap?" "Mama boleh tunggu kalau kamu berdua ada benda nak diselesaikan"Sampuk Puan Ruzila sambil tersenyum mengejek. "Tak ada maknanya.Mama tunggu kejap.Rin siap" "Airil nak ikut boleh?" "Lah..Ikut sajalah.Ke kamu ada" "Mama..Jangan mula"Zairil menjeling Airin sekilas.Dia tidak mahu Airin merajuk lagi. **************** Zairil merenung Airin dari bawah keatas.Cantik walau dengan make up nipis.Tidak seperti Juwita yang perlu berdandan dengan make up tebal sentiasa.Zairil juga keliru dengan perasaan dia sekarang.Dia suka membandingkan Airin dan Juwita dari segala hal.Bagi Zairil,Airin cukup sempurna dimata dia.Tapi untuk lepaskan Juwita dia tidak sanggup.Dia lelaki,janji harus dikota.Zairil sudah penat hendak berfikir.Biarlah beberaa hari itu dia habiskan waktu dengan Airin sementara Juwita tiada.Tengahari itu Airin mengenakan kemeja berwarna jingga sama dengan yang dia pakai.Kebetulan atau Airin sengaja Zairil tidak pasti.Tetapi jauh disudut hati,dia suka jika begitu.Nampak sedondon. "Pandang i macam tu kenapa?"Zairil menggeleng.Bangun dan terus mendakap Airin. "You cantik.."Airin menggelak dari bertentang mata dengan Zairil.Dia mudah sahaja kalah jika dipujuk rayu lelaki itu.Dengan Zairil perasaan dia boleh jadi kacau bilau.Zairil menarik dagu Airin sehingga wajah Airin dapat dia tatap dengan jelas. "You marah i lagi?" "Untuk apa i marah you?I tak ada hak pun nak marah you" "Kenapa cakap macam tu?" "I tak tahu apa kesudahan kita ni Airil..Please..You tak kesian pada Juwita ke?" "You isteri i yang sah Rin.Kenapa nak tanya macam tu?" "Ermm,habis Juwita..Kalau kita tak pernah bersama mesti keadaan tak akan serumit sekrang ni kan?"Zairil mendengus kesal. "Habis you menyesal?" "Kalau i kata ya?"Zairil melepaskan tubuh Airil perlahan.Agak kecewa dengan pengakuan Airin.Airin rasa bersalah bila melihat wajah Zairil berubah.Tapi apa lagi yang patut dia buat.Airin tidak mahu bermadu.Dia tidak sanggup berkongsi Zairil.Biarlah mereka berpisah sekalipun.Dia sanggup sebelum rasa sayang dan cinta dia pada Zairil makin dalam. "I'm sorry Airil..." "Its okay..You tak buat salah pun.Jomlah.Lama Mama tunggu.Nanti Mama fikir kita buat apa pula"Tangan Airin digapai dan ditarik keluar bilik.Zairil tidak mahu memperbesarkan hal itu lagi.Mungkin fikiran Airin tidak stabil memandangkan Airin sedang datang bulan.Juwita juga begitu biasanya. "Dah?Naik kereta Airil lah ya?"Zairil mengangguk.Puan Ruzila menjeling Zahirah pelik.Diam sahaja Airin dan Zairil.Berhentam lagi agaknya.Tadi bukan main baik. "Mama duduk depanlah..Rin duduk dengan Adik kat belakang"Zairil tidak membantah kerana memang kebiasaan Airin begitu.Dia akan beri laluan pada yang lebih tua untuk duduk di kerusi hadapan. "Tak apalah.Rin duduk dengan Airil..Mama nak jadi bos"Airin tersenyum. "Bukan memang Mama sentiasa lady boss ke?" "Kutuk Mama..Berani...berani..."Airin ketawa menggelak bila Puan Ruzila ingin menepuk punggungnya.Kadang-kadang Puan Ruzila lupa yang kini Airin sudah jadi isteri Zairil.Bukan lagi anak kecil yang dia selalu manjakan. "Ampun bonda....Airin sayang Mama"Kerenah Airin membuatkan Zairil tersenyum menggeleng.Bukankah bagus jika Juwita dan Mama juga begitu.  "Dah..Pergi duduk depan dengan Airil.."Mahu tidah mahu,Airin terpaksa mengalah.Bila dia menjeling,Zairil masih merenung dia,memakaikan tali pinggang keledar untuk Airin. "Amboi..Mama tak pernah pun Airil pakaikan seat belt?" "Airin lain Ma..Kalau tak pakaikan,dia langsung lupa nanti" "Mana ada..I drive,i pakai jer tau" "Menjawab jer... "Zairil menarik hidung mancung Airin sebelum dikucup sekilas.Terkejut Airin.Zairil sudah berani menujuk-nunjuk dihadapan orang tua mereka. "Cepatlah Mama dapat cucu macam ni kan?"Zairil dan Airin berpandangan.Zairil tersenyum tetapi Airin mencebik.Menyampah lihat senyuman Zairil.Jangan harap dia hendak melahirkan zuriat untuk Zairil.Biar Juwita sahaja jika Zairil mahu anak. Hampir jam lapan malam baru mereka sampai dirumah.Dalam tidak sedar,banyak juga barang yang dibeli oleh mereka.Puan Ruzila dan Zahirah masing-masing terus menghilang kedalam bilik ditingkat bawah manakala Zairil dan Airin naik kebilik ditingkat atas.Kerana kepenatan,Airin terus merebahkan tubuh kekatil.Dia tidak peduli dengan Zairil yang terus keberanda bilik untuk menjawab panggilan talifon. Mata Airin sudah berat,fikirannya juga sudah tidak mampu untuk berfikir lagi.Tentang Zairil,biarkan sahajalah. *************** Kerana tidak jadi ke Pulau Rawa,Airin bercadang untuk pulang ke kampung Zairil di Kedah sahaja.Awal sedikit dari yang sepatutnya.Hujung minggu itu nanti ada majlis kenduri kahwin dirumah nenek Hajah Ramlah.Mama Papa serta Zahirah juga ada disana sehingga minggu hadapan.Jika duduk di Kuala Lumpur,Baby juga tiada kerana ke Jakarta,melawat kedua orang tua Baby yang bertugas disana.Zairil?,semalam Juwita sudah pulang,tinggal lah dia seorang diri.Bosan.Jika ada Zarul tentu dia tidak sunyi begitu. "Airin!"Langkah Airin terhenti bila namanya dipanggil seseorang yang sangat dia kenali.Airin berpaling kebelakang.Juwita bersama-sama Zairil berjalan menuju kearahnya. "Seorang?"Airin memandang kiri dan kanan,sengaja menyindir Juwita. "Single..Sorang jer lah..Banyak shopping?"Soal Airin berbasa basi.Zairil kurang senang bila Airin menekan perkataan 'Single'. "Airil belanja..Jomlah join kami makan"Pelawa Juwita mesra.Dia mahu berbaik-baik dengan Airin kerana dia tahu Airin dan Zairil rapat. "You dah makan?"Soal Zairil menyampuk.Dia pasti yang Airin masih belum makan. "Belum..Tapi i dah tapau makan...Makan kat rumah jer"Bungkusan makanan didalam plastik Airin angkat.Lagipun dia meluat hendak lihat kemesraan Zairil dan Juwita nanti. "Makanan tu nanti boleh makan..Jomlah" "Sorry Ju.I tak suka membazir..Erm,i gerak dulu.Nak beli barang sikit" "Jangan balik lambat sangat.."Pesan Zairil.Dia tidak suka Airin berjalan sendirian begitu. "Sibuk jer lah you.I tahulah nak balik" "I ingatkan jer.Bahaya malam-malam "Airin menggeleng.Zairil tidak perlupun ambil berat tentang dia.Dia sudah biasa sendirian.Yang patut Zairil jaga Juwita,bukan dia. "Tak ada apa lagi kan?I pergi dulu.."Tanpa berlenggah Airin segera beredar tetapi langkahnya tersasar hingga dia terlanggar dengan seorang lelaki menyebabkan dia hampir jatuh.Mujur lelaki itu sempat menyambar tangan Airin.Jika tidak,boleh patah kasut tumit tingginya.Terkejut Zairil lihat tangan Airin dipegang oleh lelaki lain dihadapan mata dia. "Sorry..sorry...I tak sengaja"Airin memohon maaf bila dia sudah dapat berdiri dengan betul. "Tak nampak orang ke?"Bentak Zairil dengan suara lantang.Tangan Airin yang masih dipegang lelaki itu Zairil tepis.Cemburu bila haknya disentuh orang lain. "Sorry bro..Saya betul-betul tak sempat elak.." "Eh,bukan salah you.I yang tak nampak.." "Ermm,Airil..Dahlah tu...Yang you lebih-lebih kenapa?"Marah Juwita.Tidak mahu hal kecil begitu diperbesarkan. "Errrr...Sorry...Tak apa..Saya salah"Airin kasihan melihat lelaki yang berdiri dihadapan dia itu.Tak pasal-pasal dimarahi Zairil.Walhal dia yang salah. "Tak apa..I minta maaf sekali lagi.And sorry sebab abang i marah you"Zairil menjeling Airin tajam.Abang?.Airin memang sengaja cari nahas.Depan lelaki tergedik-gedik.Dengan dia kaku,beku. "Oh..Its okay.Sorry ya.Kalau macam tu saya minta diri dulu"Zairil tidak menyambut salam yang dihulur lelaki itu tanda protes.Dia tidak suka lihat Airin layan lelaki lain begitu.Airin sampai terlupa hendak bertanya nama lelaki yang sudah pergi itu.Semua gara-gara Zairil. "Miang juga you ni kan Rin?"Sindir Zairil keras bila lihat Airin masih memandang langkah lelaki itu. "So what?" "Ye la you ni Ril.Apa masalah you.Over protective.Adik you ni bukan kecil lagi tahu.Dah baoleh kahwin dah pun..Rugi tak change business card tadi Rin"Airin tersenyum pendek.Betul juga kata Juwita tu.Jika tidak boleh juga tambah kenalan.Kacak pula tu. "You jangan nak mengajar dia bukan-bukan pula Ju..Dah balik" "What wrong with you?Jangan over sangat boleh?"Airin mencebik. "I kata balik,balik jer la..." "I tahulah jalan balik..You tu cermin diri sendiri sebelum nak tegur orang.."Zairil mengetap bibir menahan marah.Airin memang cari pasal dengan dia. "Airil,dah lah...You ni,dengan Airin pun nak gaduh?" "Dah..Jomlah..I tak ada mood dah" ****************** Airin tidak mengendahkan bila pintu biliknya diketuk bertalu-talu dari luar.Dia tahu siapa.Sudah jam satu pagi baru sampai rumah.Entah buat apa dan kemana agaknya Zairil dan Juwita. "Airin Natasya..Open the door!"Jerit Zairil.Terkejut Airin bila Zairil menendang pintu.Risau pula dia.Belum pernah Zairil terjerit-jerit seperti orang gila begitu.Kerasukan agaknya.Airin teragak-agak hendak membuka pintu.Takut diapa-apakan Zairil.Lelaki bila marah,apa sahaja boleh terjadi. "Kenapa lambat buka pintu?You tengah buat apa?VC dengan Zarul?Ke ada jantan lain?"Soal Zairil bertalu sambil berjalan kekatil,mencapai talifon Airin. "You buat apa ni...Bagi balik phone i tu"Airin cuba merampas kembali talifon dari Zairil tetapi secara tidak sengaja Zairil tertolak Airin hingga wanita itu terjelepuk.Zairil gumam.Apa telah dia lakukan pada Airin. "Auch..."Airin cuba bangun tetapi pinggangnya pula terasa sakit.Mungkin kerana terhentak dilantai. "Rin...sorry...I tak sengaja"Airin menolak tangan Zairil dibahu.Sampai hati Zairil menyakiti dia begitu.Dia tidak buat salah apa pun.Cemburu Zairil yang tidak kena tempat. "You ni gila tahu tak?"Air mata Airin mula gugur.Tiada siapa pernah kasar begitu dengan dia. "I tak boleh control bila tengok you layan lelaki lain macam tadi..I jealous"Luah Zairil.Dia duduk bersila dihadapan Airin.Merenung wajah Airin yang sudah basah dengan airmata. "Kenapa nak cemburu?You ada Juwita..I bukan siapa-siapa" "Airin..Please..I merayu dengan you.Jangan cakap macam ni.I love you so much...I cemburu bila ada orang sentuh hak i"Airin melepas nafas panjang.Zairil memang tidak cermin diri sendiri agaknya.Airin sudah malas hendak bertengkar dengan Zairil.Dia tahu tiada kesudahannya.Lelaki itu masih gilakan Juwita.Dia cakap apa pun,Zairil tidak akan ambil peduli.Zairil hanya fikirkan diri sendiri sahaja. "Airil,i nak balik rumah opah.." "But why?" "I masih ada lagi cuti..Lagipun kenduri nikah Mawar hujung minggu ni"Zairil hampir terlupa akan majlis pernikahan sepupunya Mawar yang akan berlangsung hujung minggu itu.Dia memang tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.Tapi Airin tidak perlu pergi seawal itu. "Habis i?" "You ada Juwita..Itulah untung kalau ada dua perempuan kan?Airil..You balik bilik you.."Airin cuba bangun walau pinggangnya masih sakit. "Airin,i tak boleh kalau you tak ada depan mata i" "Zairil..Before this pun bukan you 24 hours dengan i..You cuma ada pada waktu malam.Most of the time,you cari i bila you nak i..I bukan perempuan simpanan you faham"Airin menolak bahu Zairil sebelum naik ke katil.Dikesat airmata yang masih bersisa dengan kedua belah tapak tangan. "I tak pernah anggap you macam tu.I nak duduk sebilik dengan you,you tak izinkan..I ikhlas sayangkan you.Bukan sebab itu semata Airin" "Dahlah Airil..I malas nak dengar apa-apa dari mulut you.You boleh buat apa sahaja pada i selagi i masih sah as your wife"Zairil bingkas bangun dan duduk di tepi katil menghadap Airin.Dia tidak suka Airin cakap begitu.Sampai bila-bila pun dia tidak akan lepaskan Airin. "Rin..Kenapa you suka cakap macam ni?You langsung tak sayang i ke?" "I sayang you atau tak,tak ada beza..You ada Juwita" "Macam mana i nak explain pada you supaya you faham keadaan i?" "Kenapa?You nak cakap yang you dah tidur dengan Juwita?Sebab tu you tak boleh tinggalkan dia?" "Bukan..I tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan selain dari you.."Zairil cuba menyakinkan Airin.Jujur dia memang tidak pernah terfikir untuk meniduri Juwita selagi mereka belum sah menjadi suai isteri. "Airil..you balik bilik you...I nak tidur.Esok i nak balik Kedah..." "Dengan siapa?" "Seorang.." "I hantar?"Airin menggeleng.Dia sudah beli tiket keretaapi semalam. "You kerja.I boleh balik sendiri.Tak lama pun.Nanti Mama Papa balik I tumpang diorang balik sini"Jelas Airin.Dia memang tidak suka susahkan sesiapa.Airin sudah didik diri dari awal untuk sentiasa berdikari kerana dia sedar,siapa diri dia.Anak yatim piatu yang tiada sesiapa. "You balik naik apa?" "Train.I dah beli tiket"Zairil menunduk.Sehari tanpa Airin pun hidup dia sudah kacau bilau.Kalau seminggu?.Jika dia kata tidak boleh,pasti Airin akan merajuk lagi.Itu akan merumitkan lagi hubungan mereka. "Hurm,i izinkan...Tapi janji dengan i..Jangan layan mana-mana lelaki.Dalam train you tak boleh duduk dengan mana-mana lelaki"Airin menggaru kepala yang tidak gatal.Teruk betul cemburu Zairil.Bila Zairil berpeluk-peluk dengan Juwita boleh pula. "You dengar tak?" "I dengarlah..I tak pekak lagi" "Cuba cakap dengan i elok-elok tak boleh ke?"Zairil agak terasa hati dengan cara Airin bercakap dengan dia. "You sakitkan i tadi tak apa pula" "Erm,ya lah..ya lah..Im sorry" "Kalau macam tu you boleh keluar dari bilik i?"Lama baru Zairil bangun.Airin tidak mahu dia ada disitu. "Good night..I love you so much sayang"Ubun-ubun Airin dikucup lembut sebelum keluar dari bilik. "I love you damn much Zairil..."Ucap Airin perlahan bila pasti pintu tertutup rapat.Dia tidak mahu Zairil dengar.Biarlah Zairil tidak tahu bertapa dia cintakan lelaki itu.Biarlah rasa itu dia pendam entah sampai bila.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD