Puan Ruzilla memerhati Airin dari atas kebawah.Menantunya itu masih tekun membancuh air.Sudah jam dua belas tengah malam,Zairil masih lagi belum pulang.Kalau dia tidak buat begitu,dia tidak akan tahu Zairil pulang atau tidak kerumah.
"Dah text Airil?"Airin mengangguk sebelum melabuhkan punggung disisi ibu mentuanya.Dulang air Airin letak diatas meja.Dia sempat menjeling Zahirah yang masih pegun disofa.Mama tidak akan terjah ke kondo mereka malam-malam begitu jika tiada hal penting.
"Selalu ke dia balik lewat macam ni atau tak balik langsung?"Airin ketawa kecil.Setakat itu,belum pernah lagi Zairil tidak pulang.
"Airin..Mama serius ni.kamu dengan Zairil sama jer.Bila Mama cakap,gelak"
"Airil tak pernah tak balik lagi Ma..Balik lambat tu selalu.Dia kan memang macam tu"Jelas Airin cuba mempertahankan Zairil walau dia tahu Zairil lambat pulang kenapa.
"Boleh ya kamu macam tu?"
"Kenapa Ma?"
"Mama dah dua kali terserempak Airil dengan perempuan gatal tu..Tadi pun..Geramlah Mama.Kamu tak kisah Rin?"Airin menggaru hujung mata yang terasa gatal pula.Apa hendak dikata.Dia cuma picisan.Rumahtangga mereka,bagaimana statusnya pun Airin tidak tahu.
"Airin ambil pil perancang kan?"Airin menelan air liur.Mama ke yang ambil pil didalam almari.Patut dia tak jumpa tadi.Airin fikir,Zairil yang sorokkan sebab Zairil memang tidak izinkan dia mengambil pil perancang.Airin buat itu semua untuk diri sendiri.Tidak mahu nanti zuriat yang lahir terabai.Lagipun dia masih muda.
"Mama tanya ni Airin Natasya.."
"Errmm ya Ma..Rin kan belajar lagi"Itu sahaja alasan yang dapat Airin fikir saat itu.
"Airil..?"
"Ma..Airin dengan Airil dah discuss dah pasal hal ni..Airin tak ready nak ada baby lagi..Mama faham kan?"
"Bukan sebab Airil gilakan perempuan tu?Sana nak,sini nak..Macam ni..Tak fahamlah Mama"Bebel Puan Ruzila panjang.
"Mama dengan adik tidur sini kan?"
"Ya..Mama nak jumpa budak bertuah tu..."Airin tersenggih menggeleng,Marah betul Mama.
**************
"Sayang..."Kejut Zairil perlahan.Dia lihat jam sudah pukul dua pagi.Terlewat tadi kerana menunggu Juwita selesai acara.
"Baru balik?"Airin memisat mata.Pipi Airin dikucup lembut.
"Ya..Sorry lambat..Ju ada event"Airin mengangguk.
"Siapa ada event?"Zairil tersentak bila tiba-tiba Mama keluar dari dapur.
"Kawan..Mama tidur sini..?"Soal Zairil teragak-agak.Risau Mama dengar apa yang dikata tadi.
"Ya..Tidur sini.Ada benda nak cakap dengan kamu.Esoklah"
"Erm okay.Ma..Kami masuk bilik dulu.."
"Bilik mana?"Zairil mengigit bibir.
"Bilik kami lah Mama..."Sampuk Airin.Malas hendak besar-besarkan cerita.
"Ya lah tu.."Kata Puan Ruzila pendek sebelum beredar kebilik.Zairil memimpin tangan Airin kebilik .Malam itu mahu atau tidak,mereka terpaksa berkongsi bilik lagi.
"I ambil baju i kejap.."Airin hanya mengangguk.Dia mengantuk.Tetapi baru sahaja dia hendak meletakkan kepala ke bantal,talifon berbunyi.Zarul.Airin berfikir-fikir hendak jawab atau tidak.Baik dia tunggu Zairil masuk kebilik mandi.Bila Zairil kembali dan masuk kebilik mandi,baru Airin menelefon semula Zarul.
"Hai..tidur dah ke sayang abang ni?"
"Baru nak tidur..Abang baru balik bilik ke tu?"
"Ya..Baru habis..Rindu Rin.."
"Samalah..Rindu nak borak dengan abang.."Jujurnya Airin rindukan Zarul.Sejak Zarul berkrusus,dia rasa sunyi kerana Zairil bukan selalu ada.
"Nanti hantarlah gambar untuk abang okay..."
"Nantilah..Mama ada sini.Nanti Mama dengar pula..Esoklah abang VC nak?"
"Alah..Kenapa nak cepat..Siapa ada dengan Rin...?"
"Tak ada sesiapa.Tapi takut nanti mama dengar.."
"Takut mama atau Airil..Rin jangan"Airin mendengus.Zarul mula hendak cari salah dia.
"Abang..hurm,nanti call lah..Rin nak tidur" Airin mematikan talian dan terus menutup talifon .Malas hendak bergaduh dengan Zarul.
"Siapa call?"
"You dengar kan?"Soal Airil malas.Dia menghempas tubuh ketilam.
"You tak settle lagi dengan Zarul?"Soal Zairil keras.
"Kalau i tak settle lagi dengan Zarul kenapa ya?Airil..You dengar sini..I penatlah..Nak layan kerenah you,kerenah Zarul...You dengan dia ni menyemakkan fikiran i.."Airin benar-benar sakit hati.Penat dengan kerenah Zairil dan rajuk Zarul.Lelaki benar-benar meletihkan.
"Yang nak melenting tiba-tiba ni kenapa?Salah i tanya.."
"Kalau orang lain tanya tak salah tapi bila datang dari mulut you salah...Seronok kan ada dua perempuan.You dah sedap kat sana,you balik sini cari i pula"Zairil terdiam mendengar kata-kata Airin.
"I nak kita proceed penceraian kita bila i habis study and i will make sure i tak akan pregnantkan anak you" Sambung Airin.Entah mengapa dia tiba-tiba sakit hati dengan Zairil.Ringan sahaja mulutnya.
"Ni apa yang you merepek sampai cerai-cerai ni.Mama ada kan?"Airin mengangkat bantal dan baring diatas karpet.
"Ya Allah...Kenapa ni sayang?Jangan macam ni boleh tak?"Zairil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Dah jangan kacau i..."Airin menolak tubuh Zairil yang sudah berada disisinya.
"Tak naklah macam ni..I penat ni tau"
"You penat?Dah tahu penat kenapa nak dating sampai pagi"Sindir Airin.
"Ni kes cemburu lah ni ya?"
"Tak kuasalah i nak cemburu..Dah..dah...pergi tidur atas.Jangan kacau i"Zairil berkeras untuk tetap berada disisi Airin.Dia tidak mahu Airin tidur diatas karpet begitu.Takut sakit pula belakang Airin.
"I tak nak..I nak tidur dengan you"Airin hanya diam.Tidak menjawab.Dibiarkan sahaja Zairil memeluknya dari belakang.Lelaki itu boleh tahan keras kepala juga.Airin takut Mama terdengar mereka bertengkar.Jadi,terpaksalah dia bersabar malam itu.
Bila Airin sudah terlena,Zairil merenung wajah Airin lama.Bagaimana dia hendak buat Airin percaya yang dia begitu sayangkan Airin lebih dari segala-galanya.Tapi dia mahu Airin bersabar kerana mana mungkin meninggalkan Juwita begitu sahaja.Janji tetap janji.
**************
Zairil memberi isyarat supaya Zahirah diam kerana Airin masih nyenyak tidur.Tadi selepas subuh,dia sudah mengangkat Airin kekatil.
"Pintu tak tutup rapat..Ingat abang kat sebelah"Ucap Zahirah separuh berbisik.Dia mahu meminjam kemeja t Airin.
"Nak apa dik?"
"Kemeja akak.Adik nak pinjam.."Zairil dengan malas,bangun dari katil menuju ke almari pakaian dan mencapai kemeja t Airin yang berlipat.
"Thanks.Mama kata biar akak tidur sebab semalam akak tidur lewat tunggu abang"Pesan Zahirah sebelum keluar.Zairil tidak menjawab.Dia kembali ke katil untuk seketika.Tubuh Airin dirangkul lembut.Seronok rupa-rupanya ada isteri yang halal.Boleh dipeluk bila-bila masa.
Bila Zairil turun ketingkat bawah,Mama dan Zahirah sudah duduk dimeja makan untuk bersarapan tanpa memanggil dia dan Airin.
"Assalamualaikum..Morning Ma..."
"Walaikumusalam..Rin tidur lagi?"
"Haah..Biarlah dia tidur dulu..Penat kot"Beritahu Zairil sambil mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Puan Ruzila.
"Hurm,Rin ada pergi club lagi?Mabuk-mabuk lagi ke?"Soalan Puan Ruzila dijawab dengan senyuman sebelum menggeleng.Sejak kejadian malam itu,Airin banyak berubah.Serik agaknya.
"Syukur alhamdulillah kalau macam tu.Mama tengok pun,Airin dah tak pakai seksi-seksi lagi dah"Luah Puan Ruzila lega.Banyak perubahan yang dia lihat pada Airin.Zairil masih lagi senyum.Diluar memang Airin tidak seksi.Tetapi dirumah,seksa mata Zairil memandang,seksa juga batin dia melihat.Airin tak perlu menggoda pun dia sudah tergoda dengan gerak tubuh wanita itu yang sentiasa bersahaja.
"Cantik akak sekarang ni kan Ma..Berseri-seri..."Puji Zahirah ikhlas.Dia suka lihat penampilan Airin sekarang.Tidak seksi tetapi masih lagi menarik.Orang cantik.Pakai apa pun cantik.
"Senyum..senyum..fikir apa?"Zairil tersentak bila Puan Ruzila menegurnya.
"Tak ada apalah Ma..."
"Airil..Petang semalam Mama nampak kamu dengan perempuan tu lagi..Siap berpeluk bagai.Kamu ni apa cerita sebenarnya ni?Dia tahu tak yang kamu suami orang?"Soal Puan Ruzila sebaik Zairil selesai makan.
"Airil rasa tak salahkan Ma kalau Airil kahwin dua sekalipun.Airil dah ikut cakap Mama untuk kahwin dengan Airin..Airil dah bertahun dengan Juwita.Airil dah janji dengan Juwita nak kahwin dengan dia"Puan Ruzila mengetap bibir.Patutlah Airin tidak mahu mengandung.
"Airin macam mana?"
"Ril sayang Airin Ma..Dia isteri Airil..Dia tanggungjawab Airil.Ril tak akan sia-siakan dia"
"Sarapan tak ajak pun..."Perbualan anak beranak itu termati bila Airin tiba-tiba muncul.Dia cuba buat seperti tidak dengar apa-apa walau hatinya tiba-tiba terasa pedih.
"Awal lagi..Tu Mama tak suruh Airil kejut.Jom makan"Airin mencapai pinggan yang dihulur Puan Ruzila sebelum menceduk sendiri nasi goreng didalam mangkuk kepinggan.Airin langsung tidak memandang Zairil yang duduk disebelah dia.
"Sedapnya..Rindu masakkan Mama..."
"Rin lah tak nak balik-balik.."Airin tersenyum.Bukan dia tak nak balik tapi Zairil yang tak izinkan kerana Zarul ada.
"Sibuk nak exam Ma.."
"Jadi ke nak pergi Pulau Rawa tu...Mama pernah pergi sekali..Cantik sangat"Puan Ruzila baru teringat yang Airin ada beritahu hendak bercuti dengan kawan-kawan kerana cuti panjang.
"Postponed Ma..Maybe next month"
"Kenapa Mama tahu tapi i tak tahu ni Rin?"Airin hanya tersenyum.Jumpa pun susah.Bagaimana dia hendak beritahu.
"Dah kamu memanjang tak ada dirumah.Macam mana Airin nak cakap"
"Whatapp ada..call boleh..Bukan malam tak jumpa"Bengang Zairil.Mengapa dia jadi orang terakhir yang tahu.Rasa seperti dia tidak penting pula.
"Kan i tak jadi pergi..Janganlah besar-besarkan hal remeh.I nak makan ni Zairil"Serba salah pula Puan Ruzila kerana dia yang mula menyebut tentang hal percutian itu.Dia mana tahu yang Zairil belum tahu.Untuk seketika,meja makan sunyi sepi kerana masing-masing melayan perasaan sendiri.Sesekali Zairil menjeling Airin yang sedang leka mengunyah makanan.Kenapa pula dia rasa sakit hati teramat bila Airin buat seperti tiada apa yang terjadi.