Chapter 15

1348 Words
"You dari mana?"Pendek sahaja pertanyaan Zairil.Dia sudah lama sampai.Airin kemana sahaja sudah pukul dua belas tengah malam baru pulang. "I keluar.." "Dengan siapa?"Airin mendengus.Tidak suka Zairil banyak bertanya. "Dengan Zarul.Puas hati?" "You nak buat apa keluar dengan dia lagi?Kan i dah beritahu you yang i tak nak you jumpa Zarul lagi.Apa yang susah sangat nak faham Rin?"Airin memeluk tubuh sambil memandang Zairil atas bawah. "I keluar dengan abang i salah?Sebelum ni,dia yang jaga i..Ambil berat pasal i..Then you tiba-tiba pula jadi penghalang..."Zairil tersentak. "You cakap apa ni?" "Dah..I penat.I nak rehat..." "Rin..Tunggu..." "Apa lagi..?" "Hurm..I salah cakap ke?"Airin menggeleng.Malas hendak bertengkar.Dia kemudian terus berlari-lari anak mendaki tangga menuju ke tingkat atas.Zairil menumbuk dinding.Apa patut dia buat lagi.Airin keras kepala.Patutkah dia berterus terang dengan Zarul?.Jika mahu tunggu Airin sampai kesudah pun Airin tidak akan cakap.Zairil naik ketingkat atas,masuk kebiliknya bila pasti Airin sudah tidur. *********** Pagi itu Airin bangun lewat dari kebiasaannya.Dia tiada kelas sehingga minggu depan.Bila Airin terjaga dia terasa tubuhnya bagai dirangkul dari belakang.Airin memusing badan.Sejak bila pula Zairil masuk ke biliknya.Bukan semalam marah betul dengan dia.Tak tahu malu masuk kebilik orang senyap-senyap begitu. "Airil..bangun.."Kejut Airin perlahan.Zairil tidak masuk kerja ke?.sudah jam sembilan.Biasa Zairil awal masuk kepejabat. "Airil..you tak masuk office ke?"Zairil hanya menggeleng.Tubuh Airin dipeluk erat.Dia masih mengantuk kerana tidak dapat lelap semalam. "Bangunlah..." "I mengantuk.."Suara Zairil serak.Kasihan pula Airin.Untuk seketika,matanya ralit menelek setiap inci wajah Zairil lama.Kacak dengan rambut tidak terurus begitu.Rasa bagai mimpi bila dia berada dalam rangkulan seorang lelaki begitu.Zairil pula tu.Jika tahu dia akan dijodohkan dengan Zairil,sumpah dia tidak akan buka pintu hati untuk Zarul.Silapnya pernikahan mereka yang tidak dirancang itu hadir disaat dia dan Zairil sama-sama sudah punya insan lain sebagai kekasih.Waktu yang tidak tepat.Lagi rumit Zarul dan Zairil adik beradik,kembar pula tu. "Airil.."Airin tersedar dari lamunan bila bahunya dicium Zairil. "Airil,you tak masuk office ke ni?" "Masuk..After lunch..You tak ada kelas?" "Tak..Tapi i dah janji dengan Baby nak keluar pukul sebelas ni.."Zairil menjeling jam dinding.Baru pukul sembilan.Masih sempat jika dia mahu bermanja-manja dengan Airin. "So,ada masa lagi kan?"Airin mengangkat kening. "Masa apa?"Zairil tersenggih. "Eii,gatal lah dia ni.."Airin menolak wajah Zairil yang ingin mencium lehernya hingga lelaki itu hampir jatuh.Mujur Airin sempat menarik. "Sakitlah Rin..Dahlah i minta nak duduk sebilik dengan you,you tak mahu" "Sebab i tahu agenda you" "Alah..You pun nak sebenarnya kan"Airin mencebik. "Bila you masuk bilik i ni?"Zairil tersenyum. "Semalam.I tak boleh tidur.Tapi bila bau badan you yang bau sweet jer ni,lena pula tidur i.."Zairil mencapai tangan Airin.Sesekali dia mengusap lembut rambut Airin. "Sweet talker..Dah,i nak mandi ni.." "I nak ikut.." "Airil..."Zairil tidak peduli.Airin terjerit bila Zairil mengangkat dia kedalam bilik mandi.Malu Airin.Itu kali pertama dia mandi dengan jantina berlawanan.Zairil membuka air pancuran hingga mereka basah bersama.Baju tidur nipis yang dipakai Airin menampakkan lekuk tubuhnya dengan jelas bila basah terkena air pancuran "Airil..You pernah macam ni dengan Juwita?"Soal Airin teragak-agak.Takut jawapan Zairil menghampakan. "Tak..I tak pernah buat pada mana-mana perempuan,apa yang i buat dengan you.."Bisik Zairil.Memang dia tidak pernah sampai kesitu.Airin yang pertama. "You sayang i?" "I cintakan you Airin...Please tinggalkan Zarul..."Airin membalas bila Zairil mencium bibirnya yang sudah lencun basah. "Auch,,," "sorry sayang"Zairil menyentuh bibir merah Airin lembut.Tidak sengaja terkasar. "Errmm..Hati-hati..."Hidung Zairil ditarik manja. "Sini atau dalam"Bisik Zairil,Airin tersenyum sebelum ketawa kerana kegelian bila Zairil mengigit pehanya.Zairil dengan dia itu bukan seperti yang orang diluar kenal.Lelaki itu cukup berbeza bila bersama dia.Kerana itu Airin makin takut.Dia takut jika Zairil melayan wanita lain sama seperti Zairil melayan dia.Airin mula rasa cemburu. ************** Airin melepas kucupan Zairil bila loceng pintu rumah berbunyi. "Siapa?"Wajah Airin ada riak bimbang tetapi Zairil masih bersahaja.Zairil memeriksa cctv dari talifon bimbitnya. "Baby...You text dia suruh masuk..Dia tahu password pintu kan?"Airin mengangguk.Sudah berkali-kali Baby menemani dia dirumah itu bila Zairil tiada. "Suruhlah dia buat apa pun dekat bawah tu sebab i tak settle lagi dengan you"Airin membulatkan mata. "Tadi tu.." "Tu lain..." "Airil..." "Sayang..cepatlah.."Airin menggeleng.Macam-macam pula kerenah Zairil.Mahu tidak mahu diikutkan juga kehendak Zairil.Jika tidak,sehari suntuk nanti Zairil akan menganggu dia hingga tidak senang hidup Airin. Bila Airin turun,Baby sedang menonton televisyen sambil makan salad.Bahagia sungguh hidup Baby. "Dah selesai..?"Baby tersenyum mengusik. "Mengadalah kau..."Wajah Airin merah padam bila Baby menunjuk kearah dada Airin yang penuh dengan kesan Kissmark buatan Zairil. "Seronok ya sekarang.Dulu menangis-nangis..."Airin menyumpah-nyumpah didalam hati.Sudah berapa kali dia pesan pada Zairil supaya lebih berhati-hati.Mujur boleh ditutp dengan make up dan mujurlah sekarang dia tidak lagi memakai pakaian yang menyerlahkan lurah dadanya.Jika tidak,percuma sahaja menjadi tatapan orang. "Dia suami aku kan.Terpaksalah layan.Kau juga yang cakap.Nanti berdosa.."Baby menutup mulut menahan tawa.Dia tidak rasa Airin terpaksa.Punyalah lama dia tunggu dibawah itu Airin kata terpaksa. "Ya lah..Airil mana ni?" "Siap...Kejap.Aku bagitahu dia.."Airin berlari-lari naik keatas untuk menukar baju sekaligus memberitahu Zairil yang dia dan Baby sudah mahu keluar. "Eh,bukan tadi kata nak masuk office?" "Tak jadilah..I nak balik rumah mama.." "Lah..Kenapa tak cakap.Kalau tak i nak ikut"Zairil menarik Airin kedalam rangkulan.Dia tidak mahu Airin kesana kerana ada Zarul. "Not today..Zarul ada sana.."Airin tersenyum menggeleng. "Kenapa childish sangat ni?"Zairil tidak menjawab.Dicium bibir Airin lama sebelum Airin membalas.Zairil memang takut jika Airin bertemu Zarul.Dia dan Zarul sama.Mereka seperti bayang-bayang.Zairil takut Airin terbayangkan dia bila bertemu Zarul atau Airin terbayangkan Zarul ketika bersama dia. "Amboi-amboi dua orang ni..Tak cukup-cukup lagi ke?"Teguran Baby mengejutkan pasangan yang sedang asyik itu.Sejak bila Baby lihat mereka berciuman agaknya. "Kacau..Ril..I pergi dulu.." "Jangan balik lambat.."Airin mengucup pipi Zairil sebelum mencium tangan lelaki itu. "Ya..Thanks.."Zairil tersenyum lebar.Faham terima kasih untuk apa. ************ Zairil memarkir kereta bersebelahan kereta milik Zarul.Tekaannya tepat.Zarul ada dirumah.Syukur Airin tidak ikut sama.Zairil melangkah laju masuk kedalam banglo kerana cuaca agak panas tengahari itu. "Assalamualaikum..Mak Su pun ada..Tak kerja?"Tangan Puan Ruzila serta Marlia disalam sebelum mengambil tempat dikerusi. "Mak su cuti..Kamu?" "Cuti..Penat.." "Penat....?Airin tak balik sekali?"Marlia menyiku Puan Ruzila bila melihat kissmark dibatang leher Zairil.Mereka berpandangan untuk seketika. "Airin keluar dengan Baby..Tengok movie kot" "Kamu tak ikut?" "Dia tak ajak..Ni kenapa pandang Airil macam tu?" "Semalam tidur mana?" "Rumahlah..Kenapa?"Puan Ruzila menggeleng. "Airil dengan Rin sekarang okay?Masih tidur asing-asing lagi ke?"Zairil ketawa mendengar pertanyaan mamanya. "Mama serius ni.." "Pertanyaan Mama tu..." "Mama ada pergi rumah Airil last week.Masa Airil and Airin tak ada..Jangan nak bagi excuses yang kenapa barang Airin dan barang Airin dalam different room.Mama ni bukan bodoh tau.."Zairil mengerut dahi. "Mama..Airil ni bukan budak-budak lagi tau.Dah ada isteri pun..Tak kan sampai hari ni pun mama masih nak spotcheck Airil?" "Habis tu kalau sedar diri tu dah kahwin,kenapa terkejar-kejar lagi dengan perempuan tu?"Puan Ruzila mengacau air didalam cawan dengan sudu yang masih ditangan.Geram lihat Zairil kelmarin dengan Juwita,berpeluk-pelukan ditempat awam. "Dia ada nama Ma..." "So,betul la kamu masih lagi ada affair dengan perempuan tu?" "Of course lah Ma..Tengok..tu Kissmark tu.."Zarul yang tiba-tiba muncul terus sahaja menyerang tetapi Zairil hanya sambut dengan senyuman.Kalau Zarul tahu siapa yang punya kerja,Zairil yakin abang dia itu akan terguling menangis. "Sibuk kau kan?" "Ya lah..Kesian dekat Airin tu" "Kau macam tahu pula hal kami suami isteri.." "Ish..Dah lah tu..Korang berdua ni kalau berjumpa,tak bergaduh tak sah..Tak fahamlah Mak Su"Marlia penat hendak dengar Zarul dan Zairil bertengkar.Tidak pernah pula dia lihat kembar yang langsung tidak boleh berjumpa.Dahulu,sewaktu kecil akrab sahaja Zarul dan Zairil,tapi bila sudah semakin dewasa,makin jauh hubungan kedua beradik itu. "Entahlah Mar..Kak Ngah pun tak faham.." "Mama tak payah faham Rul pun tak apa.Layanlah anak kesayangan Mama tu.Rul nak keluar kejap" "Zarul...ishhh,budak ni.Nak pergi mana?" "Jumpa kawan..Esok nak pergi dah"Ujar Zarul bersahaja sambil berjalan menuju kepintu utama.Puan Ruzila menjeling Zairil. "Kenapa Mama pandang Airil macam tu?"Soal Zairil pelik.Masih tidak puas hati lagi agaknya. "Kamu dengan perempuan tu" "Sumpah Ma..Tak pernah..Airil masih tahu lagi halal haram" "Kalau dah berpeluk tu tahu halal haram?"Zairil mengigit bibir.Sahlah Mama sudah nampak dia dan Juwita.Yang terbaru kelmarin.Kenapalah dia tidak tahu hendak berhati-hati. "Ya..Tu Airil salah..Tapi ni,Airil dengan Airin..Sumpah!"Zairil mengangkat tangan.Soal itu dia tidak akan menipu.Marlia menggaru kepala yang tidak gatal.Malu pula dengar Zairil kata begitu.Tidak sangka sudah besar anak buah dia yang satu itu. "Kamu dengan Airin okay ke tak sebenarnya ni?Habis tu perempuan tu?" "Kami okay..Mama jangan risau.." "Ibu mana yang tak risau.Kamu tahu background Airin tu kan?Lagipun berdosa aniaya anak yatim tau Ril"Puan Ruzila mengingatkan Zairil untuk kesekian kali.Dia tidak mahu apa yang terjadi pada arwah ibu Airin,berulang kembali.Dahulu,dia orang paling lantang menentang arwah bapa Airil.Sekarang,jika Zairil buat perkara yang sama,apa perlu dia buat?. "Ma,Airil balik sini nak jumpa Mama.Bukan nak cerita hal rumahtangga Airil...Airil dengan Airin okay" "Tengok tu..Bila cakap lari.Nak pergi mana tu?" "Atas kejap.Airin pesan ambilkan barang Airin kat bilik"Puan Ruzila menjeling Marlia sekilas. "Kak Ngah jangan risau.InshaAllah budak berdua tu okay.." "Tapi kalau Airil terus dengan budak perempuan tu macam mana?" "Kak..Kan masa kita masuk bilik Airin aritu dalam bakul baju tu ada baju Airil?Tak kan Airil saja-saja nak masuk hantar baju dalam bilik Airin?Akak ingat mahu sangat Airin nak basuhkan baju orang?"Lama baru Puan Marlia tersenyum paksa.Harap benar telahan Marlia itu.
Free reading for new users
Scan code to download app
Facebookexpand_more
  • author-avatar
    Writer
  • chap_listContents
  • likeADD