"You'r pregnant?"Soal Zairil perlahan,takut merosakkan mood Airin petang itu.
"Tak..Kenapa you tanya?"Zairil menggeluarkan tiga papan mengandungi pil berwarna hijau dan diletak keatas meja.Airin menggaru kepala yang tidak gatal.
"You fikir i nak buang ke baby i kalau pun you tak nak?Ni bukan i punya lah"Airin mengambil kesemuanya dan dimasukkan kedalam tong sampah.
"Habis tu siapa punya?"
"My friend.I rampas dari dia..illegal abortion.Sebab lelaki tak nak bertanggungjawab..Lelaki pengecut"Ujar Airin dengan wajah meluat.
"I bukan macam tu.."
"I tak kata you pun..Tapi kalau ambil pil perancang tak ada masalah kan?"Airin baru teringat.Dia ada berbincang dengan Baby tentang niatnya untuk mengambil pil perancang.Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko dia mengandung.
"Untuk apa?"
"At least for the time being i boleh layan you macam isteri-isteri orang lain.."
"What do you mean for the time being?"Zairil kurang faham dengan kata-kata Airin.
"Airil..be realistic.I tak nak bermadu..You tak akan tinggalkan Juwita.I tak nak nanti anak i jadi mangsa masalah rumahtangga ibu ayah dia"
"Or you memang tak nak?"
"Protection jer..Kita pun ada banyak perkara yang tak jelas lagi..Be realistic.."Ulang Airin.Dia menghampiri Zairil,merenung Zairil sebelum mengucup bibir Zairil sekejap tanpa sempat Zairil membalas.
"Rin,i pindah bilik you"
"No..Nanti Juwita datang spotcheck kantoi bodoh jer nanti.."
"Pasal protection tu i tak berapa setuju"Airin mengangkat bahu.Dia malas hendak fikir.Airin hampir terlupa hendak berbincang dengan Zairil tentang rancangan dia dan teman-teman untuk bercuti ke Pulau Rawa.Zairil izinkan atau tidak,dia tetap mahu pergi.Itu percutian terakhir dia bersama-sama temannya sekampus sebelum peperiksaan akhir.Dan kemudian mereka akan bawa haluan masing-masing nanti.
*************
Juwita merenung Zairil yang sedang kusyuk menyiapkan kerja-kerja yang masih bersisa.Lelaki itu kelihatan tekun.Juwita sedang memikirkan bagaimana cara hendak beritahu Zairil tentang tawaran yang baru dia terima.Singapura dan Malaysia tidak jauh tetapi dia pasti Zairil pasti menghalang.Lagipun tawaran itu datang dari Edwin.Bekas kekasih dia.
"Lama lagi ke Airil?"Soal Juwita yang sudah mula bosan.Jika dia tahu,tidak mahu dia datang awal begitu.
"Baru pukul berapa...I nak kena siapkan report hari ni juga.."
"Habis?I nak tunggu macam ni jer?"Zairil ketawa kecil.Menggeleng melihat Juwita.
"Kalau tak boleh tunggu,you balik dulu boleh?Nanti i call you"
"Senangnya..I cancel semua appointment hari ni sebab nak jumpa you tau"Bentak Juwita.Tidak puas hati dengan jawapan Zairil.
"Habis macam mana?Ni kerja hakiki i..Kena siapkan..You lain.Butik tu you punya"
"Habis,tak kan sampai dah kahwin pun macam ni juga?"Zairil hanya tersenyum.Juwita memang sering merungut tentang dia yang sentiasa sibuk.
"Tiap-tiap malam kita dinner sama.Apa yang tak cukupnya lagi ni?"
"Itulah.I nak duduk sekali dengan you,macam-macam alasan you bagi..Sejak bila kolot pun i tak tahu"
"Tu la..dari dulu i ajak you kahwin,you tak nak..Ni dah sibuk nak duduk satu rumah dengan i..You tahu kan,parents i ada masa datang tidur rumah i"Juwita merengus kuat sambil menghenyak tubuh kesofa.
"Kalau dah kahwin,family you akan buat spotcheck juga?"
"Kenapa?You tak suka kalau family i datang jenguk kita?"Pandangan beralih kearah Juwita.Wajah wanita itu sudah berubah.
"Bukan..Bukan macam tu..Haish you ni.Susahlah"Juwita cuba mengalihkan topik agar dia tidak terlihat salah.
"I faham you tu anak tunggal..Tak biasa ada family.Tapi kalau you nak kahwin dengan i,you kenalah terima family i apa adanya..Nak tackle i kena tackle mama i dulu"
"Hurmm,Your mum mana suka i.Apa i cakap semua tak kena"
"Dah you belum apa-apa,you kata you tak biasa jauh dengan parents you.You tak ada kampung..Mummy you tak bagi you masuk dapur,Kalau you kahwin dengan i,you nak duduk rumah sendiri sebab tak suka rama-ramai"Zairil mengulang semula apa yang pernah Juwita cakap sewaktu kali pertama bertemu Mak su dua tahun lepas.Sejak itu keluarganya kurang berkenan dengan Juwita.
"Itu dulu..I tak matang lagi masa tu"
"Now kalau dah matang,apa patut you buat?"
"You nak i jumpa your mum?"Zairil senyum.Tidak memberi apa-apa jawapan.Jika sekarang dia bawa bertemu Mama,seperti sengaja pula mencari penyakit.
"Tadi bukan you kata nak discuss dengan i something?"Topik perbualan diubah Zairil untuk menggelak dari bertengkar dengan Juwita.
"Edwin offer i contract untuk jadi designer dengan company dia"Zairil mengangkat kening.
"So,you setuju?"
"I belum bagi keputusan.Tunggu you.Kalau you izinkan,i pergi"Zairil ketawa kecil.
"Pergilah..I belum jadi husband you lagi.I tak boleh halang you"Juwita merenung Zairil lama,minta kepastian.Sebelum itu,Zairil pantang jika dengar nama Edwin.
"Yang offer i Edwin tau.."
"Ya..I tahu..i masih boleh dengar suara you"
"Airil..Kenapa i rasa you ni lain sangat ya...?"Juwita berjalan menuju kearah Zairil.Zairil menyandar tubuh ke kerusi.
"What wrong with me?"Zairil berkelakuan seperti tiada apa yang berlaku.Tidak mahu Juwita sampai syak lagi.
"Entahlah.You nampak lain.."Juwita sudah berteman dengan ramai lelaki sebelum Zairil.Jika ada kelainan,dia pasti perasan.
"Nampak macam mana pula?"
"You tak ada betina lain kan Airil?"Zairil tersenyum senget.Betina lain dia tiada tetapi dia ada seorang isteri dirumah.
"Kasarnya..Tak ada lah..Kalau you nak pergi you pergilah.Once ada event baru you pergi kan?"Zairil inginkan kepastian agar semua jelas.Dia tidak kisah apa yang Juwita ingin lakukan tetapi harus tahu batas.
"Ya..Once event baru i turun sana..Kontrak setahun dulu..You okay tak ni?"
"I okay..Dont worry...You tunggu kejap.I ada tiga page lagi.After that kita keluar dinner terus"
"Then?"
"Baliklah sayang.Esok kerja"
"Airil..You ni kan?Dari dulu sampai sekarang..Memang susah nak luangkan masa untuk i ya?Kalau tak kerja,memerap dalam rumah...Ada apa dekat rumah you tu?"Zairil tersenyum panjang.Gila kalau Juwita tahu apa yang ada dirumah dia itu.Mujur memang dia jenis lelaki yang tidak suka melepak.Tidak nampak sangat jika dia tak dari awal lagi Juwita sudah syak.
"Dah memang i sejak azali macam tu"
"Apa-apa jer la.Buat kerja tu cepat sebab kalau you lambat maka lambatlah kita balik nanti"
**********
Airin berjalan seiring dengan Zarul.Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.Dia tidak sampai hati hendak melukan hati Zarul yang selama ini menyayangi dia sepenuh hati.
"Kenapa Airin banyak diam hari ni?abang ada buat salah pada Rin ke?"Zarul mencapai tangan Airin tetapi cepat-cepat ditarik Airin.
"Abang ni,buat terkejut Rin jer.."
"Rin kenapa?"
"Tak ada apa.Cuma risau final exam.."
"Need anything?"Airin menggeleng.
"Abang dengan Azharina macam mana?"Dahi Zarul berkerut.Kenapa tiba-tiba Airin bertanya tentang Azharina pula.
"Nothing much..Kadang-kadang fly sama..Tapi abang jarang sangat hang out dengan dia.Kenapa?Rin cemburu?"Zarul merenung Airin dengan senyuman meleret.Tidak pernah Airin cemburu sebelum ini.
"Kenapa abang langsung tak pernah beri peluang pada dia?Airin tengok,dia punyalah baik...Sampai sekarang tak kahwin sebab tunggu abang"Ujar Airin bersemangat.Dia tahu bagaimana azharina cintakan Zarul.Zarul sahaja jual mahal.
"Rin ni dah kenapa?Sibuk sangat pasal Azharina?Abang ada Rin kan..Cukuplah"Zarul pura-pura sibuk mengelap meja dengan tisu bila lihat Airin merenungnya tajam.
"Abang masih marahkan dia sebab dulu dia pilih Airil kan?"Duga Airin.Kening diangkat berkali-kali.Memang itu yang diceritakan Azharina pada dia.Azharina terkejar-kejarkan Zairil,sedangkan Zarul waktu itu tergila-gilakan Azharina kerana disekolah mereka,Azharina antara pelajar perempuan paling cantik.Akhirnya,Zairil pula menolak Azharina mentah-mentah.Bila mahu berpatah semula pada Zarul,faham-faham sahajalah apa tindak balas Zarul.Sebab itu hingga kini Azharina gigih ikut kemana Zarul pergi demi menebus kesalahan yang sudah dia lakukan.'Love is complicated'.Begitu juga dengan cerita dia,Zarul,Zairil dan Juwita.Terlalu rumit untuk diungkapkan.
"Rin..Dari dulu sampai sekarang..Rin asyik ungkit pasal Azharina tu..Abang langsung dah tak ada hati pada dia..Abang cintakan Rin"Airinin melepas nafas panjang.Merenung wajah Zarul lama.Mencari perbezaan antara Zarul dan Zairil.Cara bercakap nampak sama tapi Zarul lebih bersahaja.Zairil pula sentiasa serius riak wajahnya.Kecuali sebulan dua itu.Dia nampak sisi lain Zairil.Romantik,kelakar dan menyakitkan hati.
"Rin senyum kenapa?Pelik lah abang tengok Rin ni"
"Tak ada,kelakar tengok abang..."
"Macam-macamlah..Sedap tak smoothie ni?"Belum sempat Airin menjawab,Zarul sudah mengambil bekas minumnya dan disedut penuh nikmat.
"Sedapkan?Habislah Smoothie Rin ni..Abang nak,beli lah lain"Keletah Airin menggelikan hati Zarul.Gadis itu memang comel.
"Kedekut...Rin..Next month abang ada aviation course lagi"
"Ye ke?Berapa lama?"Soal Airin dengan wajah murung.Tiada Zarul,bermakna dia tiada tempat untuk berbual.
"Tiga bulan..Rin okay?Abang risau"
"Dah kerja abang..Abang risau kenapa?"
"Abang takut bila abang tak ada,Rin makin dekat dengan Airil"Airin tersenyum tawar.Serba salah dengan Zarul.
"Abang,,Kalau apa-apa jadi pada Rin,abang akan terima Rin apa adanya?"
"Airin jangan risau.Apa-apa jadi sekalipun abang akan tetap cintakan Rin.."Jawab Zarul dengan yakin.Dia perlukan Airin dalam hidupnya.Dia tiada wanita lain.