Sudah dua hari Zairil berkerja di luar kawasan dan dua hari itu jugalah Baby menemani Airin dikondo Zairil. Zairil sudah menyimpan semua gambar dia dan Juwita didalam bilik sahaja.Airin tidak pernah tanya mengapa kerana dia memang tidak mahu ambil tahu tentang hubungan Zairil dan Juwita.
"Rin,bila laki kau balik?"Airin berhenti menyuap keropok kemulut.
"Tak tahu..Aku tak tanya pun.."
"Dia tak contact kau?"
"Ada semalam.."
"Dia tanya apa jer?"Airin mengerutkan wajah.Apa kena dengan Baby.Banyak sangat soalan sahabat dia itu.
"Kau sibuk kenapa?"
"Ye la..Aku pelik.Kenapa Airil text aku..Kenapa tak direct dengan kau sendiri"
"What?!Dia text kau?"Soal Airin terkejut.
"Ya..Dia pesan kat aku macam-macam..Yang penting dia tak kasi kau jumpa Zarul"Airin mencebik.
"Entah-entah dia kat sana tengah seronok dengan Juwita"
"Mana adalah..Semalam mak aku baru jer pergi butik Juwita.Mak aku kata perempuan tu ada jer.Kau jealous ya?"Duga Baby.Dia tahu perasaan sayang pada Zairil mula bersemi cuma Airin tidak mahu mengakui atas alasan tidak mahu curang pada Zarul.
"Jealous?Dia bukan Zarul okay"Baby menggeleng.
"Semalam aku tengok tv tau..ada satu rancangan agama ni.Pasal suami isteri.Nusyuz hukumnya seorang isteri tu ada hubungan dengan lelaki lain dan neraka jahanamlah tempat dia"Kata-kata Baby membuatkan Airin hampir ketawa.
"Sejak bila kau tengok cerita-cerita macam tu?"
"Sejak kau kena dengan Airil..Hahaha..Seriously aku takut.Kau patut bersyukur malam tu Airil yang selesaikan kau..Kalau lelaki lain?"Airin diam,mengigit bibir.Sejak kejadian itu dia memang insaf dan berjanji tidak akan lagi menyentuh arak dan hadir ke parti-parti liar begitu.Apa yang jadi malam itu cukup mengajar dia untuk lebih menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan maruah diri.
"Betul juga tu kan..Aku pun tak tahu nak kata apa"
"Lepas tu Airil ada minta lagi tak?"Soal Baby dalam gurauan.
"Bodohlah kau ni.."
"Mana tahu..Sekarang pun aku tengok macam angaukan kau jer dia tu"Airin ketawa menggeleng.Merepek sahaja Baby.Zairil ada Juwita.Mana Zairil hairan pada dia.
"Malam ni kau temankan aku lagi kan?"
"Mestilah..Zairil minta aku temankan kau sampai dia balik...Eh,zarul mana?Dah berapa hari kau tak contact dia"
"Dia fly...ada jer contact cuma tak kerap.Zarul pun busy"
"Dia tak sangkut ke dengan FA yang seksi-seksi tu"Airin tersenggih.Dia tidak pernah fikir pula tentang hal itu.Cuma dahulu Zarul ada juga bercerita tentan Azharina,pramugari yang bertugas disyarikat penerbangan yang sama dengan Zarul.Zarul pernah suka pada wanita itu tapi Zairil pula yang jadi penghalang.Mungkin sikap Zairil yang lebih matang membuatkan wanita senang dengan perwatakan Zairil.Zairil lebih cool.
"senyum-senyum,apalah yang dia fikir tu"
"Nothing..teringat Zarul pula"Ujar Airin berdalih.
"Kau jangan mengada sangat Rin..Ingat.Kau tu isteri Airil"
"Ya,aku isteri dia.Tapi dia tak pernah anggap aku isteri dia pun.Dia kata lelaki boleh kahwin lebih dari satu..Dia ingat aku apa?Tak nak lah aku jadi macam arwah ibu aku...Sampai mati tak tahu kena madu"Baby mengeluh.Airin masih tidak boleh melupakan peristiwa itu.
"Kau memang tak boleh terima mak tiri kau tu ke?"
"Kau jangan sebut pasal perempuan tu boleh?"
"Tapi kau kena ingat.Kau ada abang tiri dan adik perempuan Rin..Takut nanti .."
"Tak..lantak lah...Aku tak ada adik beradik selain dari Zarul,Zairil dan Zahirah..Diorang family aku"
"silap..Zarul dan Zahirah...Zairil husband kau"Airin mengangkat bahu.Malas hendak melayan Baby.
***************
"Sayang..I dah balik"Airin berpaling dalam keadaan mamai.Dia memisat mata supaya pandangan lebih jelas.Mana Baby?.Bukan Baby tidur dengan dia tadi diruang tamu.
"Bila you sampai?baby mana?"
"Lama dah..Baby tidur diguest room..I tidur dengan you malam ni boleh?"Pinta Zairil.Dia hanya rindukan Airin.Tiga hari rasa terlalu lama berjauhan dengan wanita itu.
"Kenapa tak tidur dalam bilik you?"
"Errmm,okay..Sorry ganggu you"
"Airil"Airin menarik tangan Zaiirl.Menghalang lelaki itu dari bangun.
"You tidurlah sini"
"Boleh ke?"Airin mengangguk sebelum kembali berbaring membelakangkan Zairil.Mata tidak boleh terpejam kerana bau minyak wangi yang dipakai Zairil benar-benar menganggu emosinya.
"Bukan sepatutnya esok you balik?"Soal Airin perlahan.
"Ya..Tapi i rindu you.Tu yang lepas meeting petang tadi,i terus balik"
"You tak jumpa Juwita"Zairil menghela nafas panjang.Dia langsung tak teringat tentang Juwita.Dalam kepala dia tadi hanya mahu cepat pulang kerana mahu bertemu Airin.Zairil menarik Airin menghadap dia. Diusap lembut rambut Airin.
"Rin,bila i dengan you please jangan sebut nama Juwita boleh?"
"You tak rasa bersalah ke dengan dia?"Zairil mengetap bibir,merenung Airin.Susah dia hendak menjawab soalan Airin.
"You tidurlah sayang..I just nak tengok muka you..I rindu bau you"Tubuh Airin ditarik kedakapan.Zairil tidak tahu hendak berbual apa.Dapat memeluk Airin pun dia sudah merasa lega.Hilang segala penatnya.Airin membiarkan sahaja Zairil mengucup ubun-ubunnya lama.Dia tidak sedar,tangannya membalas rangkulan Zairil.Airin tidak tahu rasa apakah itu tapi dia rasa selamat dan lapang bila dipeluk Zairil begitu.
"Airin..I love you so much" Zairil mengucup dahi Airin lembut,kemudian kucupan beralih kebibir mugil Airin,wajah Airin berubah bila Zairil menyentuh bahagian lain tubuhnya hinga dia terangsang,Perlahan Airin membalas kucupan Zairil.Airin terasa wajahnya panas bila kucupan beralih keleher jinjangnya dan turun kedada sehingga meninggalkan kissmark tanpa Airin sedar.Mindanya sudah dikawal baik oleh Zairil.Apa sahaja yang Zairil lakukan pada dia direlakan.Airin benar-benar terkhayal dengan belaian lelaki itu begitu juga Zairil.Dengan Airin dia boleh hilang akal warasnya.Airin miliknya.
"Thanks sayang.."Dikucup bibir Airin berkali-kali.Rambut Airin diusap lembut.
"Ermm,Airil..Macam mana kalau i pregnant?"Zairil tersenyum.
"Kalau you pregnant tak apalah.Bukan you tak ada suami"Bahu Airin dikucup lama.Airin takut dia yang belum bersedia.Airin mengeluh panjang.Lagipun Zairil sudah ada rancangan untuk mengambil Juwita sebagai isteri.Bagaimana dia nanti.
"Kenapa you mengeluh sayang..?"
"Nothing..I mengantuk"
"I tahu you fikir pasal i dengan Juwita kan?Apa-apa jadipun,i tetap tak akan lepaskan you"
"Tapi you tak akan lepaskan Juwita kan?You tak nak Juwita tahu i siapa dengan you sebenarnya kan?"
"Bagi i masa..Nanti i akan jelaskan pada Juwita.."Airin tidak jadi hendak tidur.Dia terfikir kembali.Kenapa dia bodoh.Bukan dia tidak mahu bermadu?.
"Apa i dah buat ni Airil?"Airin menepuk dahi.
"Kenapa?"
"I tak nak bermadu...I tak nak jadi macam arwah ibu i..."
"Situasi kita tak sama dengan arwah ibu you"
"You ni boleh fikir ke tak ni Airil?Sekarang ni dah macam i ada kat tempat Fazura..Dia rampas my mum dalam diam.Dia kahwin dengan my dad senyap-senyap...Sampai my mum mati,dia tak tahu yang Fazura tu madu dia..Oh my god...Now...i ni macam Fazura dan Juwita mangsa macam my mum?"Airin tiba-tiba rasa emosi bila teringatkan kisah cinta tiga segi ibu bapanya serta ibu tirinya.
"Airin..Cool down..You kenapa ni sampai nak fikir kesitu"Air tersenyum sinis.
"you lelaki..Mana you faham...Yang bercakar nanti perempuan...Rebutkan seorang lelaki..I tak boleh terimalah Airil"Zairil menggaru kepala yang tidak gatal.Tadi semuanya okay.
"Bagi i masa untuk settlekan hal i dengan Juwita.But promise me...You jangan tinggalkan i.."Tubuh Airin dirangkul kuat.Airin tidak mampu berkata.Jantungnya berdegup kencang.Keliru dengan perasaan dia sendiri.Dari awal dia sudah tahu yang Zairil sudah ada Juwita,kenapa dia melayan juga perasaan pada Zairil.
**************
"Airil,i balik dulu ya..airin okay tak?"
"Airin tidur lagi..Thanks ya temankan Airin masa i tak ada.Airin memang tak ada jumpa Zarul kan?"Baby menggeleng.Zarul memang tiada.Jika Zarul ada,susah juga Baby hendak menghalang Airin dari bertemu Zarul.
"You sayangkan Airin?"
"I love her so much"
"Then Juwita?"
"Baby..i dah janji nak kahwin dengan Juwita.Bukan senang i nak tinggalkan dia macam tu jer"Luah Zairil.Dia harap Baby faham.
"Kalau dah macam tu,kenapa you masih nak bersama Airin.Ikutkan perjanjian,you akan ceraikan Airin bila pengajian kan?"Baby agak kurang bersetuju dengan cara Zairil.Itu bukan selesaikan masalah.Menambah masalah lagi ada.
"Ikutkan memang macam tu..Tapi you tahu kan apa jadi between us?I tak boleh lepaskan Airin"
"sebab itu saja?"
"No..i cintakan dia,Baby.."
"I kenal sangat Airin tu.Hati dia nampak jer keras tapi dia mudah sangat terguris Ril.Kalau you tak jaga dia baik-baik..Tak mustahil nanti dia beralih semula pada Zarul.Dan you sendiri tahu ramai lelaki yang tunggu dia dekat luar sana.Ingat tau apa yang i cakap ni"Baby bukan mengugut tetapi dia mahu Zairil sedar.Tidak semua benda yang kita boleh dapat.Kadang,apa yang digenggam juga boleh terlerai.Ini pula ikatan cinta. Zairil hanya diam mendengar nasihat Baby.Memang benar kata Baby.Airin nampak keras tetap wanita itu mudah rapuh didalam.
"InshaAllah.I will do my best for her"
"Kita tengok nanti..Okaylah Ril..I balik dulu"Zairil menghantar baby hingga ke pintu hadapan.Setelah itu dia naik semula untuk menjenguk Airin.Hari itu Zairil tidak mahu kemana-mana.Tentang Juwita,pandai-pandailah nanti dia hendak memberi alasan.Zairil mengemas pakaian kotor dan dimasukkan kedalam bakul baju.Barang-barang Airin diatas meja,Zairil masukkan semula kedalam laici.
"Ubat apa ni?"Zairil mengambil beberapa papan ubat berwarna hijau.Dia rasa pernah lihat pil itu.Jantung Zairil berdegup kencang.Dia menjeling Airin yang sedang lena.Hendak dikejut dia takut Airin masih letih.Zairil menyimpan kesemuanya didalam kocek seluar.Kemudian nanti dia akan cari masa untuk bertanya Airin.Zairil tidak mahu Airin buat sesuatu yang boleh merosakkan tubuh.